Kenyataan Terbuka
24 Oktober 2014
ANWAR TIDAK AKAN KE
PENJARA
1.
Persoalan apa keputusan perbicaraan kes Fitnah 2
ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim semakin menjadi bualan. Saya sendiri
dihujanipersoalan ini dari perbagai pihak termasuk media. Ramai yang melihat
Anwar akan ke penjara namun telahan saya sedikit berbeza.
2.
Saya tidak mahu membincangkan kes ini dari aspek
teknikal atau perundangan kerana bagi saya jelas kes inimerupakan kes politik
dan sahih wujud konspirasi kerana tidak boleh sesiapa nafikan sebelum Saiful
dikatakan diliwat ia muncul ‘mengadap’ ketua seteru politik Anwar.
3.
Oleh kerana ia kes politik maka keputusan kes
Fitnah 2 ini terletak kepada perkiraan juga. Aspek antarabangsa nampaknya agak
kecil dalam kes kali ini kerana Najib sudah mampu memunculkan diri sebagai
budak Amerika yang baik dalam perbagai aspek.
4.
Dari sudut parti politik Umno itu sendiri, Datuk
Seri Najib Razak memerlukan Anwar di luar penjara.Bukan rahsia kelompok yang
kecewa dengan Najib dalam Umno dan Bn itu bukan sedikit jumlahnya. Namun mereka
tidak mungkin menyerang Najib secara terbuka kerana tidak mahu merisikokan
kestabilan Umno dan Bn kerana antara ancaman terbesar Umno dan Bn masih ada
iaitu Anwar. Ramai yakin jika Anwar dipenjara, maka ancaman besar hilang jadinya
kumpulan yang kecewa dengan Najib pastinya akan bergabung dan mula menyerang
Najib. Bukan itu sahaja perebutan dan pertembungan antara kem akan lebih jelas
lagi. Kini semuanya tidak berlaku hanya kerana mereka takut hilang kuasa kerana
mereka amat faham dengan kelebihan Anwar mencelah jika krisis besar berlaku
dalam Umno/Bn dan mereka semua akan hilang kuasa. Kesimpulanya Najib akan
selesa dan selamat jika Anwar di luar.
5.
Muncul pula persoalan adakah Mahathir akan diam
jika Anwar bebas dibawah pemerintahan Najib ? Jawapanya Najib bukan Pak Lah
yang dikuasi oleh kelompok muda diketuai Khairy yang tidak memahami seni
politik ketika itu. Mahathir kini harimau dicabut misai mengamun sekali sekala
tetapi diam, dia kini mendapat akses kepada banyak tempat, Mahathir kini
dijinakkan dengan duduk dikerusi no. 1 Proton, malah anaknya juga dilayan baik
selaku MB Kedah.
6.
Dilihat dari aspek ikatan Pakatan Rakyat dan PKR
itu sendiri pula lebih positif bagi Najib jika Anwar bebas. Bukanlah rahsia
Timbalan Presiden PKR Azmin Ali sedang memperkukuhkan kedudukan bagi mengambil
alih parti dan hanya menanti keputusan kes memenjarakan Anwar. Orang- orangnya
disusun dari peringkat tinggi hingga ke peringkat cabang. Ramai dalam parti
sudah sedar bagaimana dia menyasarkan kerusi presiden dalam pemilihan lepas dan
hanya berundur setelah Anwar sendiri turut menghantar boring pencalonan. Bayangkan jika keputusan membebaskan Anwar
maka ia akan seolah anti klimaks kepada kartel Azmin ini. Jika Anwar ditahan
pasti akan berlaku operasi ‘pembunuhan politik’ besar besaran dalam PKR. Dimana
bukan penyokongnya akan diflush keluar.
7.
Namun melihat bagaimana dia dan kartelnya
melanggar keputusan parti secara licik dan tersusun melobi diri sendiri dalam
kes Menteri besar Selangor tanpa penghiraukan dia memalukan presiden parti,
menyebabkan istana menuduh DSAI sebagai pengkhianat/penderhaka malah ikatan PR
turut dirisikokan hanya kerana dia mahu menjadi MB… melihat perkembangan
tersebut dapat dijangka jika Anwar bebas maka akan berlaku pertembungan dimana
jelas akan berlaku pertembungan besar yang mampu mengakibatkan pepecahan besar.
8.
Kesimpulannya jika Anwar ditahan PKR akan
dikuasai Azmin cuma mengecil sedikit kerana bukan kartel akan dipancung. Namun
ia tetap bahaya pada Bn kerana kekecewaan orang ramai terhadap pentadbiran
Najib yang lemah akan mengalihkan sokongan pada PKR dan PR. Namun jika Anwar
bebas PKR akan bertembung hebat diantara kartel Azmin dan penyokong Anwar /
Azizah maka parti itu akan hancur dan sudah tentu PR akan terjejas teruk.
9.
Persoalanya ialah apa yang rakyat dapat ? Saya
yakin jika analisis ini kekal dan tanpa kejadian atau campur tangan lain,
InsyaAllah Anwar akan dibebaskan, maka menjadi cabaran baginya untuk menyusun
dalam saki masa yang terhad selepas keputusan mahkamah itu dalam mendepani
cabaran yang cukup mencabar bagi melakukan sentuhan terakhir bagi menumbangkan
regim Bn.
Sekian.