Sunday, August 31, 2014

N01 titik memulakan semua semangat penyatuan Pakatan atas nama Rakyat

Kenyataan Akhbar
Solidariti Anak Muda Malaysia
Kelantan

29 Ogos 2014

N01 Pengkalan Kubur Detik Terbaik Untuk Bersatu


  1. Hari ini Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) telah menetapkan Pilihanraya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubur ialah pada 25 September 2014.
  2. Pengerusi SPR berkata hari penamaan calon untuk PRK ditetapkan pada 13 September 2014 manakala pengundian awalnya pada 21 September 2014.
  3. Solidariti Anak Muda (SAMM) melihat pilihanraya kecil kali ini merupakan waktu terbaik untuk Pakatan Rakyat kembali bersatu setelah melalui suatu fasa 'pergelutan' yang panjang. SAMM memandang serius pergelutan yang berlaku kerana untuk melawan rejim yang zalim, kesepakatan yang jitu amatlah diperlukan. SAMM yakin Pakatan Rakyat mampu menyelesaikannya secepat mungkin. Ribut dan hujan pasti berhenti, mentari akan muncul lagi.
  4. SAMM akan menyokong mana-mana calon yang akan bertanding mewakili Pakatan Rakyat pada kali ini. Ini adalah pendirian SAMM dalam menentang kezaliman rejim BN.
  5. SAMM juga akan membuka bilik gerakan di Pengkalan Kubur. Kami akan membantu sedaya mungkin dalam memastikan kemenangan kepada calon Pakatan Rakyat. SAMM sendiri akan mula turun padang seawal mungkin.
  6. SAMM melihat pilihanraya kecil ini satu kesempatan yang sangat baik untuk menghantar signal kepada regim zalim yang menafikan hak royalti Kelantan, lebuhraya rakyat yang tertangguh walau sudah dua kali tersenarai dalam pelan Rancangan Malaysia.
  7. SAMM juga memandang serius bilamana segala janji-janji manis regim dan Perdana Menteri terhadap rakyat. Kos kehidupan yang semakin meningkat di kala pendapatan rakyat masih statik ditakuk yang lama.
  8. Golongan marhaen seperti penoreh terkial kial mencari sesuap nasi dikala harga getah yang menurun ditahap terendah sehingga RM 1.50 sekilogram. SAMM juga melihat kemenangan PRK ini mampu membuatkan rejim berfikir sekali lagi untuk melaksanakan GST pada tahun hadapan.
  9. SAMM menyeru dan merayu kepada seluruh rakyat yang mengundi di PRK kali ini mengambil peluang keemasan ini untuk menyedarkan regim.
  10. SAMM juga mengharapkan kemenangan Pakatan Rakyat kali ini akan kembali menyatukan Pakatan Rakyat lantas memberi isyarat kepada rakyat bahawa Pakatan Rakyat sudah bersedia menggantikan regim Barisan Nasional di Putrajaya.
Hj Osama
Penyelaras SAMM Kelantan

Tuesday, August 26, 2014

Rasionalisasi Najib disabotaj dari dalam Kabinet

Kenyataan Media
26 Ogos 2014

RASIONALISASI NAJIB BERMULA DENGAN GAGAL
SAMM ingin menegaskan
 iaitu program rasionalisasi (pemotongan subsidi) bukan sahaja mendera rakyat tetapi ia telah gagal, bukan disabotaj pembangkang tetapi oleh orang dalam kelambu dia sendiri.

Sejak dari awal lagi rasionalisasi (sila faham dengan maksud pemotongan) khususnya harga bahan api adalah satu projek gagal oleh Datuk Seri Najib Tun Razak. Rasionalisasi hanya bukti bagaimana Najib hilang idea menjana ekonomi negara dan hanya tahu memotong hak rakyat (subsidi). Maka rakyat yang sememangnya susah dihimpit tekanan ekonomi global akan terus tersepit dengan kerajaan yang gagal menjana ekonomi negara melindungi rakyat.


3       Kegagalan rasionalisasi (pemotongan subsidi) ini lebih parah apabila Perdana Menteri dikelilingi dengan anggota cabinet yang korup dan berkepentingan.
YB Dato’ Seri Abd. Wahid Omar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggung jawab kepada Unit Perancangan Ekonomi di mana program rasionalisasi (pemotongan subsidi) ini diseliakan. Namun SAMM terbaru mendapat maklumat bagaimana beliau sendiri terpalit dalam beberapa isu berkenaan pelaksanaan rasionalisasi (pemotongan subsidi) khususnya bahan api.

Terbaru SAMM dijemput dalam pertemuan meja bulat menemui beberapa tokoh korporat termasuk dari syarikat yang ada hubung kait kerajaan, mereka meluahkan bagaimana kegiatan menyalin kertas cadangan berlaku di EPU. Menurut rungutan mereka bukan sedikit ahli perniagaan menjadi mangsa fotokopi ekspress ini, alasan seperti ketelusan, keterbukaan dan integriti telah disalahgunakan untuk membolehkan penyaduran yang akhirnya menjaga kepentingan dinasor korporat besar kroni berkepentingan.


SAMM ingin menimbulkan pertanyaan kepada Wahid Omar selaku Menteri yang bertanggungjawab.


Mengapa program subsidi petrol yang seharusnya dimulakan 2009 gagal ? Benarkah tuduhan yang berlegar kononya ia berkaitan menyaduran kertas cadangan seperti mana yang diperkatakan ? 
Berapakah bayaran yang telah diterima oleh Maybank dan IRIS daripada kerajaan? Siapakah dan bagaimanakah, proses perlantikan IRIS berlaku ? 

Kerana itulah SAMM semakin gusar dengan pelaksanaan program rasionalisasi (pemotongan subsidi) yang diperkenal Najib Razak ini. Ia bukan sahaja kerana pemotongan subsidi yang bakal mendera rakyat tetapi sistem perlaksanaan yang sagat lemah diragui dengan terlalu banyak pihak yang mengambil kesempatan.

Kepada Perdana Menteri atau kerajaan jangan hanya tahu menuduh pembangkang tidak memahami dan mensabotaj program – program kamu yang kononya baik untuk rakyat tetapi fahamilah apa berlaku di pihak kamu, di keliling Perdana Menteri itu sendiri penuh golongan berkepentingan yang sentiasa mengambil kesempatan.


SAMM mendesak Wahid Omar, tampil dengan penjelasan yang jujur mengenai perkara ini. SAMM sekadar menyampaikan kegusaran dan keluhan warga korporat yang mana apa yang mereka gusarkan mampu jadi impak besar kepada kehidupan rakyat. SAMM bersedia tampil dengan pendedahan berdokumen selepas mendapat respon dari Wahid Omar.

Sekian.

che’GuBard
Pengasas SAMM

blog               :               http://chegubard.blogspot.com
eMail             :               chegubard@gmail.com
FB Page         :               https://www.facebook.com/pages/CheGuBard

klik sini untuk menyumbang kepada SAMM

Dapatkan buku terbaru bongkar hubungan Malaysia - Israel. Perbagai data dan dokumen sokongan bukti betapa munafiqnya bila kita bercakap simpati Palestin, dapatkan buku ini sebelum diharamkan klik http://chegubard.blogspot.com/2014/08/buku-terbitan-terbaru-samm-bongkar.html?m=1

Buku terbitan terbaru SAMM bongkar kemunafiqan Malaysia dalam isu Israel - Palestin

Kenyataan Media
26 Ogos 2014

MEMPERKENALKAN BUKU ‘MALAYSIA MUNAFIQ ?’ (SIMPATI PALESTIN, BANTU ISRAEL)

Majoriti penduduk dunia simpati dan menyokong perjuangan Palestin. Tak tahu berapa ratus ribu kali sudah kerajaan seluruh dunia mengeluarkan kecaman terhadap Israel. Namun tidak pelikkah kita mengapa


kejadian penindasan dan kesaliman Israel terhadap Palestin berterusan hingga kini, malah ia umpama acara protes bermusim.

Buku ‘MALAYSIA MUNAFIQ?’ ini tampil untuk merungkai persoalan ini. Berpuluh negara seluruh dunia termasuk Malaysia boleh dikategorikan sebagai munafiq kerana kita mengecam Israel termasuk tidak ada sebarang hubung diplomatic tetapi kita secara langsung dan tidak langsung berdagang membantu ekonomi Israel, bukan itu sahaja syarikat berkepentingan Israel juga mampu memiliki projek dan kontrak dari syarikat Malaysia termasuk Kerajaan Malaysia sendiri.

Buku ini yang merupakan kumpulan tulisan che’GuBard selaku Pengasas SAMM yang dimana lebih setengah dari usia 10 tahun SAMM itu telah menjadikan isu hubungan dagang Malaysia – Israel sebagai agenda utama untuk dilawan. Ia bukan sahaja mengandungi pembongkaran disertakan bukti fakta dan dokumen tetapi turut mengupas kaitan tanah ini dengan Israel dengan menyelusuri tali sejarah lagi.

Tajuk              :           Malaysia Munafiq ? (Simpati Palestin, Bantu Israel)
Tebal               :           156 muka surat
Tulisan            :           che’GuBard (susunan Edyess)
Terbitan          :           Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
                                   sempena 10 tahun SAMM

Cetakan pertama ini dibuat secara ekslusif  sebanyak 2500 naskah sahaja dan hanya boleh diperolehi dengan berhubung terus dengan unit penerbitan SAMM dengan menghubungi 0129781707 (Sani Md Shah). Buku ini boleh diperolehi dengan sumbangan minima RM21.00, dengan memiliki buku ini secara tidak langsung anda juga menyumbang untuk membantu kegiatan SAMM yang antaranya menumpukan kesedaran isu perjuangan Palestin ini.


Kami sedar risiko besar dalam menulis buku ini tetapi berpegang dengan ungkapan “perjuangan adalah perlaksanaan kata –kata” maka risiko itu menjadi dorongan positif akhirnya. Miliki buku eksklusif ini segera sebelum ia diharamkan.


Bukan mc D tetapi MiTi (kerajaan Malaysia) sasaran sebenar : Henti hubungan dagang yang jadikan Malaysia negara munafiq

Kenyataan Media
26 Ogos 2014

Aksi #PagarMiTi298 Hentikan Hubungan Dagang M'sia-Israel Harus Bertaraf Dunia

Ketika kenyataan media ini dibaca, negara Palestin khususnya Gaza masih lagi dihujani dengan serangan bom yang mengorbankan orang awam yang tidak bersalah. Maka sesuatu perlu dilakukan segera, tekanan yang berstrategi wajar dilancarkan.

Negara haram Israel terus hidup kerana adanya sebuah negara munafik yang membekalkan bahan mentah keperluan industri seperti minyak sawit, minyak sayur, koko, getah dan pelbagai lagi bahan mentah. 

Ekonomi negara haram Israel juga diperkukuh apabila negara munafik ini membenarkan perdagangan dua hala secara langsung dan tidak langsung menjadikan lebih banyak dana termasuk dana persenjataan diguna untuk membedil anak Palestin dan perluasan kuasa. 

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) secara konsisten telah membuat pendedahan demi pendedahan hubungan perdagangan Malaysia-Israel. Ia termasuklah pendedahan komponen buatan Israel yang diimport masuk dan juga pendedahan kabinet negara dan syarikat GLC yang menggunakan perkhidmatan syarikat berpengkalan Israel (APCO dan EDS) yang menyumbang hingga ratusan juta ringgit.

SAMM pada dasarnya berpendapat, menghentikan hubungan dagang antara Malaysia dan negara haram Israel merupakan satu strategi yang mampu melumpuhkan kekuatan Israel khususnya apabila tiada lagi bahan sumber asli tanahair dihantar ke Israel.

Malah pada tanggal 6 ogos yang lalu, SAMM telah melontarkan cabaran untuk satu demonstrasi besar diadakan pada sasaran yang tepat, iaitu Pejabat Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) yang bertempat di Jalan Duta. 


Akhirnya SAMM dan rakan sekutu mencapai kata sepakat bersedia menganjurkan demonstrasi beserta penyerahan memo seperti berikut;

Penyerahan Memorandum 'Hentikan Perdagangan Malaysia-Israel'

Tarikh              : 29 Ogos 2014
Masa                : 2.30pm (mula selepas solat jumaat di Masjid Wilayah Jalan Duta)
Lokasi             : Dari Masjid Wilayah menuju pejabat MITI Jln Duta.
Hashtag           : #PagarMiTi298

Penafian kemanusiaan buat rakyat Palestin ini juga merupakan isu yang merentasi batas kaum dan agama.

SAMM dan rakan sekutu juga mengalu-alukan lebih banyak penyertaan dari NGO yang bersimpati dengan nasib rakyat Palestine. Inilah aksi sebenar yang wajar disokong oleh semua pihak sebagai isyarat hubungan dagang antara Malaysia-Israel harus dihentikan segera.

Aksi #PagarMiTi298 ini juga dijangka mendapat liputan dari seluruh dunia. 

Sekian,



che'GuBard
Pengasas SAMM
Mewakili kumpulan NGO Menuntut Perdagangan M'sia-Israel dihentikan.

Monday, August 25, 2014

Sidang media dan pra Pelancaran Buku


Semua pemimpin politik / NGO dan aktivis prihatin Isu Palestin di jemput ke
Pra Pelancaran
Buku "Malaysia Munafiq ?"
 
(simpati Palestin,Bantu Israel)
& sidang media Himpunan 'Henti Dagang bantu ekonomi Israel'
26 Ogos, 11pg, Dewan Himpunan Cina (KLSCAH), Jln Maharajalela, Kuala Lumpur .
- sebarkan -

Pemuda Umno PP buat laporan polis ke atas akaun twitter che'GuBard

Kenyataan Umum

25 Ogos 2014


LAPORAN POLIS OLEH PEMUDA UMNO PULAU PINANG

Telah dimaklumkan semalam (24 Ogos 2014) berita di TV9 telah melaporkan sekumpulan pemuda Umno P.Pinang telah membuat laporan polis ke atas akaun twitter milik che'GuBard yang kononya menghina mangsa serta waris mangsa MH17.

klik sini untuk menonton berita TV 9 tersebut.

Pertama sekali terima kasih kepada pemuda Umno yang telah mengikuti dan memberi perhatian terhadap akaun twitter che'GuBard. Keduanya terima kasih juga kerana membuat laporan polis dan jika isu ini boleh besar maka akan memberi ruang kepada che'GuBard memberikan penjelasan dan menyampaikan apa yang berada dibenak pemikiran che'GuBard.

Simpati tanpa belah bagi kepada semua mangsa dan keluarga mangsa trajedi pembunuhan MH17. Semoga Allah mengampun dosa dan menerima semua amal baik di dunia semua mangsa serta kita juga. 

Yang dipertikaikan bukan penghormatan buat jenazah, walaupun ada pendapat yang mengatakan

  • Ini adalah mangsa yang dianiaya (kes sengaja menyebabkan kematian), jadi apa bezakan mereka dengan kes penganiayaan lain ? Adakah kita memerlukan kajian semula 'perintah protokol' negara khususnya dalam bab pengurusan jenazah dengan penghormatan negara... siapa yang layak dan sebagainya...
  • jika dikatakan meninggal dengan jumlah yang ramai serentak bagaimana dengan mangsa kemalangan bas dan sebagainya ?
  • bagaimana sebelum ini tokoh atau prajurit yang layak kita abaikan dalam menghormati pengkebumian mereka ? Apa perasaan keluarga mereka melihat semua ini ?
  • atau adakah kita sekadar meniru Belanda yang mengadakan acara hampir serupa. Mengapa pula kali ini kita ketepikan fatwa Majlis Fatwa 1987. Pejabat Mufti Perlis secara jelas menyatakan Jabatan Mufti Negeri Perlis telah mengeluarkan sekeping memo bertarikh 22 Ogos 2014, yang tersebar di laman sosial facebook dan twitter, menjelaskan bahawa kerajaan negeri tidak boleh melaksanakan program tafakur anjuran Kerajaan Pusat berkenaan kerana perbuatan itu didakwa melanggar Faktwa Kebangsaan Tahun 1987 dan Fatwa Negeri Perlis tahun 1974 "
  • apa yang berlaku ialah penasihat strategi media Perdana Menteri telah memberikan nasihat yang sangat baik agar kesempatan trajedi MH17 ini diambil kesempatan baik menumpukan rakyat ke atas titik trajedi dengan kesedihan agar melupakan persekitaran dan kelemahan Perdana Menteri yang lain dan kali ini ia sebenarnya sangat berjaya. Nah sekarang siapa yang mempolitikkan isu ini sebenarnya ?
Yang ditimbulkan bukan untuk menghina, kematian satu kehilangan yang amat menyedihkan lebih - lebih lagi jika yang tersayang mati menjadi mangsa dan ada pelakunya. Maka yang paling utama diperlukan ialah keadilan terhadap kejadian ini. Rakyat khususnya waris mangsa perlu tahu apa perkembangan dan usaha ke arah mengheret 'pembunuh' terlibat ke muka pengadilan ? Apa isi kotak hitam dan apa perkembangan siasatan ?

Tahukah kita berapa ramai dalam senarai mangsa tersebut merupakan sumber utama atau satu satunya sumber pendapatan keluarga ? Perbelanjaan yang berjuta dihabiskan seharusnya ditumpukan kepada perkara ini bagi meneruskan kelansungan kepada mereka yang hidup.

Dalam memperkatakan MH370, kita diajak bersedih setiap hari dengan menonton pada ketika itu kenyataan berulang ulang dari Perdana Menteri kepada sepupunya yang ketika itu memangku jawatan Menteri Pengangkutan. Bukan setakat jawapan berbelit dihadapan media antarabangsa memalukan tetapi kita mengundang senyum dunia apabila Sidang Media tergempar maklumat terbaru telah mengumumkan setakat ini tidak ada maklumat terbaru juga dari mulut menteri. 

Masih ingatkah kita lagi dengan 
  • bagaimana kajian ilmiah membuktikan majoriti rakyat Malaysia yakin 'Putrajaya' menyembunyikan maklumat sebenar MH370 (sila klik sini)
  • ketika siasatan dilakukan semua senarai menifest kargo dan senarai penumpang dipadamkan dari sistem. (klik sini untuk membaca lanjut)
  • dan apa yang diyakini ialah Malaysia menjadi kuasa pertembungan kuasa politik kuasa besar dunia dan Najib Razak sendiri tersepit (sila klik sini)
MH370 misteri kerana Najib lemah dan tersepit dalam menguruskannya.

Rakyat dalam dan luar negara terus bangkit mempersoalkan maklumat sebenar mengenai MH370 namun seperti sudah jatuh ditimpa tangga, MH17 pula menjadi mangsa pertembungan yang Malaysia sendiri tidak punya kepentingan. Semua sedih, namun kesempatan ini digunakan sepenuhnya oleh Najib Razak dan team propagandanya .... maka semua hampir dilupakan. 

Maka siapa bertanya akan dituduh menghina mangsa, tidak sensitif dan mengkhianati negara. 

Sekali lagi persoalanya siapa yang mempolitikkan kejadian demi kejadian untuk menutup kelemahan.

Ada juga patutnya kenyataan Dr. Mahathir Mohammad ; Najib Razak , Perdana Menteri yang lemah.

Cuma kini adakah polis cukup masa dan anggota untuk dibazirkan dengan laporan 'sengal' pemuda Umno ini dalam keadaan banyak kes yang lebih penting tertangguh kerana tidak cukup anggota.


che'GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia.

klik sini untuk menyumbang kepada SAMM

Saturday, August 16, 2014

Majoriti Sudah Dicapai - Tamatkan Kemelut Selangor Segera!





Kenyataan Media
16 Ogos 2014

Majoriti Sudah Dicapai - Tamatkan Kemelut Selangor Segera!

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) ketika ini sedang mengadakan Rapat Kebangsaan 3/2014, dengan ini secara langsung mengumumkan Resolusi Khas menyentuh kemelut Selangor seperti di bawah;

1.      SAMM mewakili aspirasi anak muda dan rakyat progresif memperingatkan pakatan rakyat bahawa undi yang mereka perolehi bukan untuk rakyat menempuh krisis demi krisis. SAMM melihat krisis di Selangor telah dimulakan dengan kesilapan pengurusan PKR dan PR sendiri.

2.      Tindakkan beberapa ahli parlimen muda yang angkuh tidak membantu masalah ini selesai malah mengusutkan lagi suasana. Mereka harus lebih bijak dalam mengurus krisis. Janganlah sombong dan mendabik dada kerana kegagalan krisis ini mampu membawa perpecahan muktamad Pakatan Rakyat.

3.      Kini masanya krisis ini ditamatkan setelah satu pihak berjaya mendapat majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor. Pihak YB Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail telah berjaya menunjukkan sokongan majoriti anggota dewan secara bertulis dan fizikal, jika pihak YAB Tan Sri Khalid Ibrahim ingin menafikan satu sahaja jalan segera buka dewan untuk menunjukkan dia masih punya sokongan majoriti

4.      Sistem raja-raja Melayu khususnya pihak istana Selangor perlu bersama rakyat menjadi penyelesai masalah, bukan menjadi benteng kepada pihak-pihak tertentu. Maka SAMM mendesak pihak istana memberi laluan ‘penstrukturan organisasi’ di Selangor demi untuk mengelak pentadbiran negeri menjadi lebih bermasaalah. Pihak istana perlu panggil mengadap kedua – dua pihak dan selesaikan segera krisis ini.

5.      Dengan perlantikkan Menteri Besar yang dipilih ahli dewan secara demokrasi (majoriti), Pakatan Rakyat harus mengembalikan kepercayaan rakyat khususnya negeri Selangor dengan menghentikan londeh melondeh sesama sendiri. Semua pihak perlu akur dengan keputusan yang sudah dicapai.

6.      SAMM juga menegaskan bahawa tiba masanya beberapa pemimpin senior Pakatan Rakyat harus undur dan beri ruang dan peluang kepada pemimpin muda.

7.      Kesepakatan dan keberanian perlu di dalam suatu gagasan. Kegagalan Pakatan Rakyat didaftarkan dalam satu Logo atau satu agenda yang jelas akan menjadikan penentuan demokrasi (seperti krisis Selangor ini) tidak mampu ditangani dengan baik pada masa hadapan. Setakat ini tidak kelihatan kesungguhhan menjadikan agenda mendaftarkan PR dibawah satu nama dan logo dijadikan keutamaan.

8.      Antara yang diberikan perhatian oleh SAMM ialah penglibatan untuk kekal berkuasa menggunakan sokongan Umno. Atas semangat Asalkan Bukan Umno (ABU) , mengekalkan kuasa menggunakan pengaruh Umno ialah pengkianatan ke atas semangat PRU 13 dimana rakyat sudah menolak Umno / Bn di Selangor. Kekal kuasa dengan bergantung sokongan Umno yang minoriti hanya akan membuka ruang kepada Umno yang telah ditolak rakyat.


Sekian

Resolusi dibacakan oleh :

Che’GuBard
Pengasas
Solidariti Anak Muda Malaysia

Tuesday, August 05, 2014

Black 505: Chegubard dilepas tanpa dibebaskan


Mahkamah Sesyen Petaling Jaya hari ini melepas tanpa membebaskan bekas Ketua PKR cabang Rembau Badrul Hisham Shaharin atau dikenali sebagai 'Chegubard' daripada tuduhan menganjurkan perhimpunan program penghargaan kepada pengundi negeri Selangor, tahun lepas.
   
Hakim Yasmin Abdul Razak membuat keputusan itu selepas mendengar hujahan Timbalan Pendakwa Raya Tan Gin Han dan peguam Michelle Yesudas yang mewakili tertuduh.
   
Terdahulu, dalam prosiding hari ini yang ditetapkan untuk sebutan kes itu, Tan memohon mahkamah menetapkan tarikh baru sementara menunggu keputusan rayuan di Mahkamah Persekutuan berhubung rayuan keputusan Mahkamah Rayuan, yang menggugurkan pertuduhan ke atas Anggota Dewan Undangan Negeri Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad kerana menganjurkan perhimpunan Blackout 505 di Stadium Kelana Jaya pada 8 Mei tahun lepas.
   
Bagaimanapun Michelle yang mewakili Badrul Hisham membantah permohonan pendakwaan dan berhujah bahawa keputusan rayuan kes Nik Nazmi di Mahkamah Persekutuan masih belum mempunyai tarikh dan pertuduhan terhadap anak guamnya akan berlanjutan sehingga kes Nik Nazmi selesai.
   
Badrul Hisham, 35, yang juga pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia, sebagai penganjur perhimpunan program itu didakwa gagal memberitahu Ketua Polis Daerah Petaling Jaya mengenai program berkenaan dalam tempoh masa ditetapkan iaitu 10 hari sebelum tarikh program diadakan.
   
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Dataran Petaling Jaya, Padang Timur, Jalan Timur, di Petaling Jaya pada 5 petang, 25 Mei tahun lepas.
   
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman 2012, yang boleh dihukum mengikut Seksyen 9(5) akta sama, yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM10,000 jika sabit kesalahan.-Bernama

Chegubard malu bersemuka SPR

BADRUL Hisham Shaharin atau cheGuBard (kiri) menyatakan sesuatu kepada peguamnya, Michelle Yesudas semasa keluar dari kamar Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, Selangor, semalam. - UTUSAN/Ghazali Basri

PETALING JAYA 4 Ogos - Ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Rembau yang digantung keahlian, Badrul Hisham Shaharin mengakui berasa malu untuk bersemuka dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) jika tiada sebarang tindakan diambil dalam menyelesaikan masalah pemilihan PKR.

Badrul Hisham yang dikenali sebagai Chegubard berkata, ini kerana semua aduan yang dikemukakan beliau sejak tahun 2010 kepada Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) masih belum mendapat sebarang balasan atau tindakan.

Katanya, antara aduan berkenaan pemilihan PKR yang sering dikemukakan ialah berkaitan kertas undi berlebihan, pengundi yang mengundi atas nama orang lain serta pihak JPP yang dipercayai terlibat dengan masalah penyelewengan pemilihan.

"Bagi saya masalah penipuan ini khususnya pemilihan dalam parti perlu ditangani segera. Jika tidak saya bersama rakan-rakan lain yang berjuang atas nama bersih dan demokrasi berasa malu untuk berjumpa dengan pihak SPR disebabkan parti ini juga akan dianggap sama menipu dalam demokrasi.

"Jadi, kenapa apabila kita lawan dengan SPR, kita perlu raikan, tetapi ketika lawan di tempat tertentu kita tidak raikan. Oleh itu, saya akan terus berjuang untuk menegakkan demokrasi di semua tempat," katanya kepada pemberita di Mahkamah Seksyen di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Badrul Hisham berkata, beliau tidak akan berkompromi dengan sebarang bentuk penipuan atau penyelewengan terhadap sistem demokrasi termasuk dalam parti sendiri.

"Prinsip saya semua perkara berkenaan penyelewengan dalam sistem demokrasi, saya akan lawan dan tentang dengan berani.

"Saya sudah nyatakan pelbagai bukti dan saya rasa masalah ini (pemilihan PKR) perlu diselesaikan segera disebabkan semua aduan yang dibuat masih belum mendapat balasan sehingga hari ini," jelasnya.

Dalam pada itu, mengulas mengenai jawatan Menteri Besar Selangor, Badrul Hisham berkata, beliau menggesa satu referendum rakyat diadakan bagi mengambil kira pandangan rakyat mengenai perubahan pucuk kepimpinan di Selangor.

Katanya, ini kerana kemenangan pakatan pembangkang di Selangor juga adalah disebabkan oleh pengaruh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

"Jadi, saya rasa sebarang perubahan dalam jawatan Menteri Besar perlu mengambil kira pandangan rakyat kerana sebarang pertukaran bukan berdasarkan arahan dari pucuk pimpinan parti sahaja," jelasnya.