Saturday, July 19, 2014

minta PKR serius terhadap pembocor maklumat biro politik

PETALING JAYA: Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham meminta PKR supaya memandang serius mengenai pembocor maklumat biro politik yang terus bebas.
Menurutnya, pada 28 Mei 2014 saya telah menghantar surat mengenai aduan berkenaan maklumat yang dibocorkan ke media sosial termasuk mengandungi maklumat sulit peribadi saya.
“Dokumen yang bocor itu ialah keratan minit mesyuarat biro politik yang dibocorkan oleh beberapa facebooker yang dikenali sebagai Penyokong Keadilan Raya yang diketuai oleh Azmin Ali.
Tambahnya yang dikenali juga sebagai Chegubard, parti perlu memandang serius perkara ini dan bukan sahaja facebooker itu perlu digantung tetapi wajar dicari siapa anggota biro politik yang membocorkan maklumat dan dokumen mesyuarat sulit parti kepada umum secara sengaja dan sedar.
“Jika ini didiamkan, beberapa lagi maklumat sulit akan terus tersebar termasuk jatuh ke tangan musuh,” jelasnya.

No comments:

Post a Comment