Kenyataan
Terbuka
27 September 2012
27 September 2012
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) bersama organisasi anak muda di Pulau Pinang dengan ini mengecam
tindakan permainan media ‘dangkal’ regim penguasa dalam usaha mengalih
perhatian rakyat dalam isu sebenar.
Dari isu bendera ‘Sang Saka Malaya’ yang dikibar pada malam merdeka yang
diberikan perasa propaganda melampau dengan fitnah ia menjadi agenda PR untuk
menukar bendera negara. Isu ini dipatah dengan mudah dengan hujah jika benar PR
mahu menukar bendera mengapa tidak bendera gantian tersebut diarak di negeri
bawah pentadbiran PR dahulu, tetapi ini tidak berlaku kerana ia hanya fitnah
regim Bn semata.
Terbaru ialah isu di mana Datuk Seri Anwar Ibrahim dan beberapa pemimpin
PR kononya menggunakan jet peribadi untuk hadir ke acara parti di Labuan. Isu
ini menjadi gempar hampir lebih seminggu dimainkan di media perdana milik regim
Bn.
Persoalanya mudah ; berapa wang negara (baca RM rakyat) hilang kerana
pemimpin PR ini menaiki jet peribadi tersebut ? Telah juga diperjelaskan oleh
Anwar Ibrahim sendiri jet tersebut di uruskan oleh rakan beliau yang kebetulan
merupakan ahli perniagaan dari Malaysia Timur. Sebenarnya ini yang menakutkan
Bn apabila ada orang korporat yang mula cenderung menyokong PR. Maka orang
korporat ini harus dicari sehingga ke lubang cacing untuk dihukum.
Persoalan berikutnya ialah Anwar hanya seorang Ketua Pembangkang dalam
negara Malaysia dan seperti mana yang diketahui hampir tidak punya peranan
dalam pentadbiran negara kerana dinafikan oleh regim Bn. Maka apa yang tidak
kena ?
Jika melakukan penerbangan dengan jet peribadi merupakan kesalahan, maka
seharusnya lebih salah apabila dilakukan oleh Menteri Kabinet dan sudah tentu
tajaan itu lebih mampu mengundang perbagai persepsi.
Rekod penggunaan jet yang sama yang disediakan oleh T Jets Sdn Bhd
sendiri mampu memberikan penjelasan. Kita cabar media regim mendedahkan
pimpinan Umno yang pernah menggunakan jet tersebut dan siapa pembiaya mereka.
Antaranya pada 23 September 2011, Dato Seri Jamil Khir Baharom, Menteri di
Jabatan Perdana Menteri juga antara yang tersenarai pernah menaiki jet
tersebut.
Manakala pada 15 November 2011 lepas DatukSeri Dr. Ahmad Zahid Hamidi,
Menteri Pertahanan yang juga Naib Presiden Umno sendiri telah mengakui menaiki
jet peribadi yang ‘ditaja’ sahabatnya untuk ke Arab Saudi. Mengapa ini tidak
menarik perhatian media regim jika benar mahukan ketelusan ? Siapa yang menaja
menteri tersebut dalam penerbangan jet peribadi dan apa kepentingan mereka ?
Itu belum lagi bagaimana wang negara terbazir kerana atas program parti
Bn helikopter, jet dan banyak harta negara digunakan.
Persoalanya kini jika disebut kemewahan bagaimana pula media terus diam apabila
muncul satu demi satu pemborosan Datin Seri Paduka Rosmah Mansor. Cincin RM
24.45 juta yang telah dibuat laporan SPRM masih belum terjawab, terbaru muncul
pula gambar Rosmah dalam media internet yang dikatakan mengenakan jam berjenama
Frank Muller yang dikatakan berharga RM 350,000 – RM 500,000.
Itu belum lagi berbilion wang negara yang hilang kerana kelemahan,
pembaziran dan rasuah. Bersama kenyataan media ini disenarai 75 kejadian
kehilangan berbilion wang rakyat yang sehingga kini tidak terjawab. (klik sini)
Kami mendesak untuk isu bodoh seperti isu jet ini dihentikan segera. Ia cuma
usaha sebuah regim yang hampir lemas dengan kesedaran rakyat. Ia cuma satu
usaha mengalihkan isu sebenar dari perhatian rakyat.
Isu sebenar sekarang ialah kepayahan hidup rakyat, negara hilang daya
saing sehingga menanggung hutang paling tinggi dalam sejarah negara, kenaikan
harga barang dan rasuah serta penyelewengan yang tidak terkawal. Kini negara
ditahap kritikal, Malaysia memerlukan peranan semua dalam usaha menyelamatkan
negara ini. Kita memerlukan politik matang, seharusnya inilah masa parti
politik yang bakal bertanding dalam pilihanraya bersaing dalam isu polisi dan
tawaran kepada rakyat.
Inilah masanya kita melakar sejarah baru politik matang dalam negara di
mana ketua kepada parti penguasa (Bn) Datuk Seri Najib Tun Razak harus tampil
merani berdebat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim Ketua gabungan pembangkang
(PR). Yakinlah bukan kepetahan yang bakal menjadi ukuran tetapi rakyat ternanti
untuk menilai kejujuran dalam membuat tawaran bagaimana negara harus dipacu ke depan
menjadi sandaran. Selebihnya biar rakyat membuat keputusan.
Kami anak muda tidak akan tertipu dan teralih tumpuan.
Sekian.
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) P.Pinang
Angkatan Muda Pulau Pinang (AMK PP)
DAPSY PP
Pemuda PAS PP
Unit Ehsan P.Pinang
Jingga 13
Jingga 13
Malaysian Indian Voice (MIV) PP
Persatuan Kebajikan India Bayan Baru
Komuniti Pulau Pinang
**kenyataan media dibacakan oleh sdr. Azrizal Tahir(Timb.Ketua AMK Malaysia) pada 27 September,2.30 ptg di Komtar Walk, P.Pinang
No comments:
Post a Comment