KUALA LUMPUR, 4 Sept — Ketua menteri (KM) Pulau Pinang, Lim Guan Eng hari ini mahu pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang, Teng Chan Yeow, menjelaskan isu dua orang pemimpin Umno Pulau Pinang yang sering mendakwa sebagai pembela kaum Melayu memilih untuk mengaut keuntungan sebanyak RM5 juta dalam jangka masa tiga setengah bulan sebagai broker tanah tetapi enggan berkongsi keuntungan tersebut dengan 31 pemilik tanah Melayu.
“Adakah ini cara pemimpin-pemimpin UMNO melindungi hak pemilik tanah Melayu dengan membeli tanah mereka pada harga yang murah kemudian menjualnya pada harga yang tinggi, dan menelan 100 peratus keuntungan yang didapati?” tanya Lim.
“Saya kesal bahawa Musa bukan sekadar enggan menerangkan mengapa beliau tidak mahu berkongsi keuntungan RM5 juta tersebut dengan 31 orang pemilik tanah Melayu, tetapi apabila disoal beliau berlaku emosi dan bersikap tidak rasional serta menyerang saya sebagai rasis kerana menimbulkan isu kepentingan awam ini.”
Menurut setiausaha agung DAP itu, keengganan Teng untuk memberi penjelasan adalah serupa dengan taktik menabur fitnah demi fitnah tanpa bukti terhadap pemimpin-pemimpin PR.
“Bermula dengan pemalsuan foto Google dalam kes projek-projek bukit untuk mengutuk kerajaan negeri PR, Teng masih lagi belum menunjukkan bukti bahawa saya, empat ahli Exco iaitu Chow Kon Yeow, Phee Boon Poh, Wong Hon Wai dan Danny Law serta ADUN Komtar Ng Wei Aik mempunyai kepentingan peribadi dalam projek hospital swasta Taman Manggis,” kata Lim.
“Kini Teng cuba untuk menjelaskan kegagalan BN untuk menunaikan janji untuk membeli tanah 1.1 ekar di Taman Manggis pada harga RM450 sekaki persegi untuk tujuan pembinaan Projek Perumahan Rakyat (PPR) dengan mengatakan bahawa kerajaan negeri belum lagi memberi surat rasmi kepada BN. Ini merupakan satu syarat baru yang tidak pernah disebut oleh BN.
“Untuk memastikan Teng tidak dapat mengelak dengan membuat janji-janji dan dakwaan yang tidak berasas, saya telah mengarahkan setiausaha politik saya Ng Wei Aik untuk menulis surat rasmi yang akan dihantar kepada pejabat Teng supaya BN boleh membeli tanah itu pada harga RM450 sekaki persegi untuk tujuan PPR.
“Keuntungan daripada penjualan tanah itu kepada BN akan digunakan untuk pembinaan perumahan mampu milik oleh kerajaan negeri di kawasan Pulau, terutamanya di Jalan SP Chelliah,” kata Lim.
Beliau kemudian mempersoalkan apakah BN akan membayar lebih RM22 juta sebelum pilihan raya umum yang akan datang untuk membeli tanah tersebut untuk pembinaan PPR atau adakah ini hanya sandiwara murahan sempena pilihan raya yang semakin hampir. - The Malaysian Insider
kan semalam wa dah cakap , pemimpin Melayu hanya pandaibuat duit sahaja dan tak pandai buat Projek.
ReplyDelete