Saturday, October 15, 2011

Rosmah Tolong Jangan Kalahkan UMNO - Chegubard mahu terbit brosur cincin RM24j - pesan kawan-kawan Umno



Tidak puas hati dengan penjelasan mengenai kontroversi cincin berlian bernilai RM24 juta, aktivis akar umbi, Badrul Hisham Shaharin memutuskan untuk menerbitkan brosur 16 muka bagi mendedahkan kebenaran di sebalik perkara tersebut.

badrul hisham shaharin altantuya police questioning 290509 03Badrul, yang lebih dikenali sebagai Chegubard, menerajui kumpulan anak muda yang dikenali sebagai Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM).

Katanya, selain menerbitkan bukti asal mengenai cincin
tersebut, brosur itu juga akan turut memuatkan jumlah pembaziran dan gaya hidup mewah orang yang didakwanya "bergaya sebagai wanita pertama Malaysia."

Majlis pelancaran brosur tersebut akan diadakan di pejabat PKR di Rantau, Negeri Sembilan dan akan dihadiri pemimpin tinggi PKR, termasuk naib presiden Datuk Chua Jui Meng dan Fuziah Salleh serta setiausaha Pemuda DAP kebangsaan, Anthony Loke .

Julai lalu, Badrul mendakwa cincin itu - 'Natural Fancy Gray Cushion Cut Diamond' berharga RM24,458,400 - diterbangkan ke negara ini melalui Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA).

Beliau juga membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Pulau Pinang pada 13 Julai, mendakwa cincin tersebut dibeli oleh isteri perdana menteri - Datin Seri Rosmah Mansor.

Beliau berkata mempunyai salinan cetakan dokumen itu dari skrin komputer bagi membuktikan pembelian cincin berharga RM24.4 juta itu bebas daripada dikenakan cukai import.

Antara maklumat tertera pada cetakan komputer itu adalah:

Nama Barangan:
Natural Fancy Blue Gray Cushion Cut Diamond
Nama Pengekspot: Jacob & Co dari New York
Nama Pengimpot: Datin Seri Paduka Rosmah Mansor dan Jeremi Beh Sin Tee
Tarikh Impot: 6-04-2011
Tempat Impot: KLIA

Rosmah: Dakwaan beli cincin RM24 juta fitnah

Sebelum ini, setelah khabar angin bertiup kencang tentang pembelian cincin bernilai RM24 juta, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor akhirnya bersuara dan menyifatkannya sebagai satu fitnah dan tidak ada masa mahu melayannya.

NONE“Tak ada apa yang saya nak cakap (mengenai pembelian cincin lebih RM24 juta) sebab saya tidak ada masa hendak layan perkara seumpama ini. Ikut sedap dia (blogger) saja hendak cakap (tuduh).

“Ini bukan perkara seronok-seronok, ini adalah fitnah.... apa yang saya tidak rasa? Semua saya sudah rasa (difitnah).

“Justeru, daripada saya layan perkara seumpama ini lebih baik saya beri perhatian kepada hal rakyat kerana itu lebih penting,” katanya.



Kastam sahkan cincin RM24 juta wujud

Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) mengesahkan cincin berlian RM24 juta yang didakwa dibeli isteri perdana menteri Rosmah Mansor benar-benar wujud.

NONEBagaimanapun, dalam jawapan bertulis kepada ahli parlimen Segambut Lim Lip Eng, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (kiri) berkata, tiada pembelian dibuat terhadapnya.

"Dalam isu yang dibangkitkan ini, SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) telah merujuk kepada JKDM, dan pihak JKDM telah mengesahkan bahawa tiada sebarang pembelian ke atas cincin tersebut.

"Setelah beberapa hari cincin tersebut dikembalikan semula kepada syarikat pemunya cincin berkenaan," katanya.

Dalam soalannya, Lim meminta perdana menteri menyatakan status siasatan polis, SPRM dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) terhadap dakwaan pembelian cincin bernama 'Natural Fancy Gray Cushion Cut Diamond'.

25,000 risalah akan beredar

Dalam reaksi segeranya, Badrul Hisham berkata, siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap laporannya yang dibuat pada 13 Julai, termasuk terhadap pegawai syarikat kargo, membuktikan dokumen yang didedahkan sah.

"Lepas itu puak-puak blogger (penulis blog) Umno dan lain-lain jawab konon cincin itu masuk untuk pameran sulit dan sudah keluar semula. Dan ada yang siar borang cincin itu keluar.

"(Tetapi) borang itu banyak keraguan, antaranya ada pindaan tanpa pengesahan dan tandatangan pegawai kastam itu ialah pegawai kastam yang bertugas di bahagian latihan HQ (ibu pejabat) kastam," katanya.

Bagaimanapun, Badrul Hisham berhujah,barangan untuk pameran seharusnya melalui prosedur dan borang berbeza.

"Semakin mereka nafi semakin bercelaru. Sekarang rakyat kena hakimi," katanya lagi.

NONEDi sebalik kontroversi cincin mewah itu, Badrul Hisham hari ini turut membangkitkan tentang gelang bernilai RM1.65 juta yang juga didakwa dipakai Rosmah dan dikeluarkan syarikat sama.

Badrul Hisham juga berkata, SAMM pada minggu depan akan mula mengedarkan 25,000 naskhah risalah buku kecil mengenai cincin itu dan "pembaziran lain" kepada umum.

Kandungannya tidak didedahkan buat masa ini.

Rosmah Tolong Jangan Kalahkan UMNO

Terdapat ramai kawan-kawan blogger Pro UMNO mengeluh, "tak habis-habis Romah ni, lepas satu, satu lagi wujud isu".

Antaranya menyatakan mereka mampu berhujah menangkis segala tuduhan-tuduhan pembangkang yang ditujukan kepada BN, namun apabila isu itu melibatkan Rosmah, mereka kelu tidak terkata.

Apatah lagi apabila terdapat kenyataan-kenyataan yang bercanggah mengenainya.

Awal tahun 2011 dulu, kecoh tentang Rosmah menginap hotel di Dubai dengan kos RM100 ribu semalam.

Cerita-cerita kemewahan sebegini langsung tidak membantu meraih undi rakyat marhein.

Malah ramai yang menganggap kemewahan sebegini sangat menyakitkan hati dalam keadaan rakyat terpaksa berhadapan dengan kos hidup yang semakin meningkat.

Pemimpin sepatutnya bersama-sama merasai kesusahan rakyat jika ingin terus kekal menjadi pemimpin dan terpilih dalam Pilihanraya Umum Ke-13 yang akan datang.

1 comment:

  1. Halo, nama saya Yusi Retnowati dari Indonesia, silahkan saya sarankan semua orang di sini harus sangat berhati-hati, karena ada begitu banyak lender pinjaman palsu di internet, tetapi mereka masih yang asli di perusahaan pinjaman palsu. Saya telah scammed oleh 8 lender pinjaman yang berbeda, saya kehilangan begitu banyak uang karena saya mencari pinjaman dari perusahaan mereka. Aku hampir mati dalam proses karena saya ditangkap oleh orang-orang saya karena utang.

    Saya hampir menyerah sampai saya mencari nasihat dari seorang teman yang memperkenalkan saya ke pemberi pinjaman kredit asli dan perusahaan yang sangat handal yang Karen Mark Keuangan Perusahaan Pinjaman yang saya dapatkan pinjaman saya sebesar 500 juta rupiah indonesia (Lima ratus juta indonesian rupiah) di kurang dari 24 jam tanpa tekanan atau stres yang pada tingkat bunga rendah dari 2%. Saya sangat terkejut ketika saya memeriksa rekening bank saya dan menemukan jumlah pinjaman yang saya minta ditransfer ke rekening bank saya tanpa penundaan atau kekecewaan, jadi saya berjanji bahwa saya akan berbagi kabar baik sehingga orang bisa mendapatkan pinjaman mudah tanpa stres dari Ibu Karen Mark.

    Saya ingin Anda percaya Ibu Karen Mark sepenuh hati karena dia telah benar-benar membantu dalam hidup saya. Anda sangat beruntung memiliki kesempatan untuk membaca kesaksian ini hari ini. Jadi, jika Anda membutuhkan pinjaman apapun, silahkan hubungi perusahaan melalui email: (karenmarkfinancialloancompany@gmail.com)
    Anda juga dapat menghubungi saya melalui email saya, jika Anda menemukan kesulitan untuk mengajukan pinjaman dari perusahaan. (Yusiretnowati010@gmail.com). Tuhan membantu Anda dan sangat berhati-hati

    ReplyDelete