Monday, October 24, 2011

Najib akan adakan Pilihanraya Umum tanpa menunggu proses penambahbaikan pilihanraya.

Malaysia antara negara demokrasi terkebelakang dari segi proses pilihanrayanya. Sehingga kini tidak ada siapa boleh mengesahkan bila PRU itu akan berlaku yang ada hanyalah spekulasi-spekulasi. Mengambil kira semua spekulasi dan beberapa maklumat dalaman yang diperolehi maka diyakini Najib Razak akan membubarkan parlimen dalam masa terdekat ini.

Menurut sumber yang ada menyatakan, tahun ini Najib dan Rosmah akan menunaikan ibadah haji dan akan pergi dengan penerbangan terakhir. Pemergian beliau ini juga dikaitkan dengan pembinaan dan pembaikan imej beliau dan isterinya yang teruk tercalar dengan beberapa isu.Diyakini telah disusun di Tanah Suci nanti liputan media yang akan menyiarkan gambar – gambar pasangan suami isteri ini mengerjakan ibadah Haji untuk memberikan satu persepsi baru kepada orang ramai khususnya dalam usaha mengepung undi orang Melayu. Jangan terkejut nanti kalau imej atau klip Najib dan Rosmah memasuki kaabah akan dimainkan tiap malam.

Najib dan Rosmah dijadualkan balik dengan pesawat penerbangan khas sekitar 6 November. Selepas itu dia akan mengukur kejayaan misi hajinya selain dari membuat beberapa keputusan akhir menjelang tarikh penting. 11 November 2011 menurut maklumat yang diyakini Najib akan membubarkan Parlimen dan serentak dengan itu negeri – negeri dibawah Bn juga akan membubarkan DUN. Sehingga kini dalam Pakatan Rakyat masih belum ada kata sepakat dalam pembubaran DUN di negeri dibawah PR.

1 Disember dikatakan akan diadakan penamaan calon dan 10 Disember (sabtu) akan diadakan proses pengundian. Angka berkaitan 1 ini sengaja dipilih menurut maklumat yang ada kerana mengikut nasihat paranormal dan tukang tilik yang biasa digunakan mereka yang menyatakan nombor berkaitan 1 merupakan nombor tuah bagi Najib dan Rosmah. Diyakini sehingga hari ini dari maklumat dalaman sah Najib akan mengikut tarikh ini walaupun kuat yang menasihatinya agar jangan mengadakan PRU awal dan secara mengejut.

Pilihanraya awal ini dipercayai juga kerana krisis dalaman Umno yang makin meruncing.Sudah mula ada pihak yang mahu menjatuhkan Najib dalam Umno sendiri. Najib tidak boleh membiarkan ini merebak,mereka yang terlibat perlu disingkirkan. Namun sebelum itu Najib perlu mendapat mandat baru dan memastikan majoriti yang dinamakan sebagai Calon PRU.Bn perlulah individu yang boleh menyokong beliau tanpa belah bagi

Pada 9 Julai puluhan ribu rakyat telah turun ke jalanraya kerana menuntut Pilihanraya Bersih dan Adil. Walaupun penuh sekatan hampir tidak masuk akal apabila melihat puluhan ribu yang masih berjaya hadir walaupun K.Lumpur dibuatkan seperti darurat oleh penguasa dengan melakukan kepungan dan memaksa banyak organisasi untuk tidak menjalankan operasi pada hari tersebut. Ini semua kerana iltizam dan kehendak kuat rakyat untuk menuntut pilihanraya bersih dan adil.

Najib sendiri akhirnya terpaksa mengakui bahawa kepincangan wujud dan proses pilihanraya memerlukan reformasi. Satu jawatankuasa terpilihan Parlimen diwujudkan untuk maksud tersebut.

Malangnya usaha Najib hanya pada kulit. Dalam mengumumkan langkah pemerkasaan demokrasi dalam negara tetapi beliau (baca : bn) sendiri terus mengerjakan banyak perkara jahat membunuh demokrasi khususnya dalam proses pilihanraya. Isu penganugerahan istimewa orang asing dengan taraf wargananegara secara mudah dengan syarat mengundi Bn dilihat antara kemuncak kekurang ajaran Bn ini.

Jesteru ini Solidariti Anak Muda Malaysia memberikan peringatan kepada Najib, Rosmah dan regim bn keseluruhanya,JANGAN ADA SEBARANG PROSES PRU SEHINGGA SELESAI PROSES PENAMBAHBAIKAN PRU KHUSUSNYA MELAKSANAKAN 8 TUNTUTAN BERSIH. Jika PRU diadakan sebelum proses reformasi PRU diadakan maka PRU tersebut bakal m,enjadi PRU terkotor dalam sejarah negara.

Jika PRU tetap diadakan sebelum proses reformasi pilihanraya selesai maka PRU yang diadakan itu hanyalah penipuan dan hanya proses bohong yang hanya ingin memanjangkan hayat Umno dan barisan Nasional selaku regim pemerintah. ia hanya satu proses demokrasi palsu dan menipu rakyat.

Najib dan regimnya mungkin boleh terus berdegil memanggil PRU dan jika ini berlaku yakinlah pasti akan ada mobilisasi terbesar rakyat dan SAMM tidak menolak kemungkinan kali ini bukan sekadar demonstrasi protes tetapi ia mobilisasi rakyat benar – benar untuk menumbangkan regim, mobilisasi rakyat untuk memasuki Putrajaya. Mobilisasi rakyat kali ini akan benar – benar berwajah Malaysia dengan menolak sebarang sentimen perkauman. Dari pengamatan SAMM yang sama bergelumang dibawah, majoriti rakyat yang sedang terhimpit kehidupan mereka telah bersedia, rakyat tidak redha Bn terus mendapat mandat dengan cara menipu dan terus menghancurkan negara.

Ulasan lanjut akan dibuat dalam forum mengakar perubahan malam esok. Jumpa disana. Pihak media juga dijemput hadir
ditulis oleh che’GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia
24 Jun 2011

1 comment:

  1. Najib selaku Perdana Menteri Malaysia dilihat sedang bertungkus lumus memperbaiki imej nya yang kian terpalit najis.

    Membubarkan Parlimen dan mengadakan Pilihanraya Umum ke-13 di saat pergolakan di kalangan Parti-Parti komponen BN adalah suatu kedaan yg sukar bagi Najib ketika ini.

    Namun walaubagaimanapun PRU ke-13 tidak dapat dielakkan lagi. Setiap detik yang berlalu bagai sembilu buat Najib.

    ReplyDelete