Monday, October 31, 2011

Mereka terus mewah ketika rakyat bergelut dengan kesusahan.


Rakyat makin terhimpit dengan kos kehidupan yang makin menggila. Regim penguasa semakin gagal mengawal kenaikan harga barang dan perkhidmatan malah dalam pada masa yang sama perbagai cukai diperkenalkan terus menjerut rakyat. rasuah dan pemborosan semakin menggila.

Dalam pada masa yang sama ketika rakyat terus dibayah payah meneruskan kehidupan seharian keluarga pemimpin negara terus bermewah.

Masih tidak mampu menjawab isu cincin RM 24.45 juta yang terkait dengan Rosmah Mansor kini muncul pula anaknya dengan imej begitu juga.
Sebuah akhbar West Australian Newspaper melaporkan ketika keluarga Perdana menteri mengikuti Perdana menteri ke Australia untuk hadiri persidangan bekas negara jajahan British, anak Rosmah telah melaporkan pembelanjaan yang bermewah keterlaluan oleh keluarga Perdana Menteri Malaysia. Ini mungkin tidak dikeluarkan di media negara. Maka keratan ini diperturunkan untuk semua membacanya.

Jika ini benar maka imej boros dan mewah Rosmah kini diikuti anaknya pula. Ini umpama mencurah garam ke luka rakyat.

Saturday, October 29, 2011

Dapatkan Risalah Penjelasan ‘Cincin Puaka’ Secara Percuma !!

Dapatkan risalah penjelasan isu ‘cincin puaka’ secara percuma di beberapa venue antaranya;

29 Oktober 2011 (Sabtu)

9.00 mlm : Pelancaran Risalah Pemborosan Imelda Rosmah peringkat negeri Johor
PASTI Al-Huda, Parit Baru, Batu 18, Air Hitam, Bakri Johor
untuk keterangan/pertanyaan sila hubungi : 017-6849693

30 Oktober 2011
9.00 mlm :
Pelancaran Booklet Cincin RM24.45 j dan pemborosan imelda Rosmah bersama Md Sabu & che'GuBard di Kompleks Imam Al Syafie (KIAS) Temin, Jerantut.

2 November 2011

9.00 malam : Ceramah Umum perkenal booklet Cincin RM24.45j & Pemborosan Imelda Rosmah Peringkat Perak diDataran Sayong, K.Kangsar (depan stasyen Petronas)

4 Nov. 2011

9.00 mlm : Ceramah Umum perkenal booklet Cincin RM24.45j & Pemborosan Imelda Rosmah Peringkat P.Pinang di Bukit Gedung (sebelaah Surau Ubudiah)

Risalah ini wajib dimiliki dan diagihkan dari kalangan rakyat yang tidak punya akses maklumat internet! Sila dapatkannya secara percuma dan agihkan maklumat penting pemborosan Imelda Rosmah !!

Sehingga kini sebanyak 10,000 risalah telah tersebar terus ke rumah - rumah kawasan tumpuan iaitu kawasan yang dikenali sebagai kubu regim pemerintah. Kami sebarkan melalui operator SAMM di lapangan dan hampir 3000 telah diedarkan melalui program pelancaran (serta ceramah) yang dibuat diperbagai peringkat. Matlamat risalah ini ialah untuk disebar kepada mereka yang tidak punya akses internet ataupun mereka yang tegar penyokong regim yang tidak mengetahui maklumat. Untuk pengetahuan semua sehingga kini tidak ada sesiapa yang menaja kami mencetak risalah ini. SAMM telah mengambil tindakan dan mencetak risalah ini sendiri dan hanya sebahagian sahaja yang telah dibayar tetapi masih berhutang dengan syarikat pencetak.

Sesiapa yang sudi untuk menaja edaran risalah ini secara percuma boleh menaja dengan menanggung kos percetakan tersebut sebanyak RM0.65 sen senaskah. Minimum 400 salinan (satu bundle). Boleh diedar sendiri atau kami bantu edarkan. Setakat ini telah dicetak 25,000 naskah dan kami sasarkan sebelum hujung bulan November akan dicetak 100,000 naskah dan terus diedar ke kawasan tumpuan. Untuk itu kami memerlukan sumbangan pihak-pihak yang prihatin. Kepada yang sudi membantu boleh terus masukkan ke akaun Solidariti Anak Muda no akaun 05012010074930 (Bank Islam M'sia Berhad).

Bagi penyokong yang mahu mendapatkan booklet ini secara percuma dan kemudian sumbanglah semampu mungkin ke dalam akaun SAMM untuk bantu kami mencetak lagi sila hadir ke program-program umum yang melibatkan che'GuBard. Boleh rujuk jadual di http://chegubard.blogspot.com

Versi internet risalah ini akan dilancarkan pertengahan November 2011 selepas kami paling tidak dapat menampung kos cetakan risalah edisi cetakan pertama (RM16,250...kami telah bayar RM 7500 dan masih berhutang RM 8750)

Kenyataan Media : Demo Mahasiswa Untuk Mahasiswa Jika UiTM Gantung Mahasiswa


Kenyataan Media

28 Oktober 2011

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Segmentasi Mahasiswa mengutuk sekeras-kerasnya tindakan amaran penggantungan pengajian oleh Universiti Teknologi Mara(UiTM) Shah Alam terhadap saudara Khalid Mohd Ismath berkaitan tulisan beliau dalam blognya yang “menghentam” pentadbiran Universiti Islam Antarabangsa (UIA) berhubung isu penggantungan tugas Prof Dr Abdul Aziz Bari dan terlibat dengan Demonstrasi Aman Kebebasan Akademik di UIAM, jumaat lalu.

Sedangkan pihak pentadbiran UIA sendiri sudah melepaskan Professor Dr Aziz Bari membuktikan tindakkan UIA tidak berlandas kepada peraturan, di manakah silapnya jika mahasiswa mengkritik universiti tersebut secara ilmiah dan terbuka? Kekangan pihak UiTM terhadap mahasiswa yang mempunyai pandangan dari sudut berbeza akan merealisasikan apa yang dipanggil ‘pembonsaian minda’ terhadap mahasiswa.

SAMM Segmentasi Mahasiswa berpendapat tindakan amaran penggantungan yang dikenakan kepada saudara Khalid Mohd Ismath adalah satu tindakan yang zalim dan tidak relevan kerana ia melanggar hak kebebasan bersuara dan berhimpun seperti yang terkandung dalam perlembagaan perkara 10(1)(B).

Khalid adalah mahasiswa tahun satu Fakulti Undang-undang dan merupakan timbalan presiden Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI). Menurut sumber tertentu melalui tulisan di blognya, Khalid menyifatkan penggantungan tugas pakar perlembagaan itu sebagai tidak patut memandangkan Prof Abdul Aziz digantung sebelum dibicarakan lantas Khalid mengajak semua pihak turun berdemonstrasi membantah keputusan pentadbiran UIA Selasa lalu.

Perkara ini membuktikan, Hak kebebasan bersuara yang termaktub dalam Perlembagaan jelas telah dilacurkan oleh pihak Universiti atas tindakan memanggil Saudara Khalid dan mengarahkan beliau memadamkan tulisan di blognya.

Atas desakan pihak universiti Khalid terpaksa Akur dan memadamkan tulisan yang ditulis diblognya. Jika sebelum ini ada pihak yang cuba membangkitkan bahawa kuasa mahasiswa atau kehebatan mahasiswa tidak sehebat seperti era 70-an, namun sebenarnya yang “membisukan” suara mahasiswa adalah sikap pentadbiran seperti yang ditunjukkan UiTM dan juga Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU) yang jelas masih mencengkam suara mahasiswa.

Amaran keras buat pihak pentadbiran UiTM sekiranya mengambil tindakan terhadap saudara Khalid, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Segmentasi Mahasiswa tidak akan teragak-agak untuk melancarkan demonstrasi besar-besaran dan akan bekerjasama dengan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) untuk mendesak keadilan kepada saudara Khalid.

Wan Farel
Penyelaras Segmentasi Mahasiswa SAMM
www.anakmudamalaysia.com

19.10.2011, Belanje Kiri, Parit

Friday, October 28, 2011

The Najibs’ pilgrimage and GE


Jeswan Kaur
| October 29, 2011 FMT

If the allegation is true that it is nothing more than a political gimmick, Does Najib think manipulating his hajj will assure him of the people's vote?

COMMENT




News is out that the 13th general election is scheduled for Dec 10. Prime Minister Najib Tun Razak is expected to dissolve Parliament on Nov 11.

All this will happen once Najib and wife Rosmah Mansor return from their hajj pilgrimage on Nov 6.

Along with this news which was made by Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) chairperson Badrul Hisham Shaharin or better known as CheguBard, came some disturbing revelations.

Naively or otherwise, Badrul said his “inside sources” told him that Najib and Rosmah’s trip to Mecca was related to the image building-cum-enhancement of the PM and his domineering wife.

Badrul went on to say that media coverage has been put in place to provide extensive coverage to the hajj pilgrimage performed by the premier and his wife.

What is astonioshing is the reason behind the airing of the couple’s pilgrimage – to influence and lure the rakyat, especially the Malays in winning their votes come the 13th GE.

“Don’t be surprised if the image or video clip of Najib and Romah entering the Kaabah is aired every night,” Badrul was quoted as saying.

Does Najib think manipulating his hajj will assure him of the people’s vote and victory in the impending general election? Was that the real intent of Najib and Rosmah, to make the full of trials and tribulations journey to Mecca, to perform the hajj?

Najib’s hajj agenda

For those doing the hajj, it is said to be a very “private” affair, between them and God. Donned in the white ihram and devoid of all material comforts, the hajj is performed with the intention of seeking forgiveness for the sins done.

In the case of Najib and Rosmah, misusing the pilgrimage to further their worldly vested interests, i.e. improving their image to win the hearts of voters will put any decent human being to shame.

It was just two months ago that the Selangor Islamic Religious Department or Jais gate-crashed into a thanksgiving dinner organised by the Damansara Utama Methodist Church, accusing the church of trying to convert Muslim guests at the dinner.

It is illegal to proselytise Muslims in Malaysia.

But extremist organisations like Perkasa were far from assured that proselytisation was never the church’s agenda. In retaliation, on Oct 22, the Himpunan Sejuta Umat (Himpun) was organised.

Perkasa, the Malay rights group, lauded the success of Himpun claiming it unified Muslims even from opposing political factions.

Himpun claims to have the backing of 200 NGOs representing four million Muslims nationwide.

Yet the 100,000 seats in the Shah Alam Stadium were glaringly empty with barely 5,000 people turning up for the rally. To the Christian leaders, the Himpun fight is “irrelevant” as no conversion attempts were ever made.

Himpun’s co-organiser, Mohd Yusri Mohamed, had prior to the rally insisted that the rally was not anti-Christian, amid rumblings of uneasiness that it could spark further racial tensions.

What does Perkasa have to say about the Najib-Rosmah hajj pilgrimage, which is all about fulfilling their hidden agenda?

Rushing into the GE a disaster

Badrul, who is also Rembau branch PKR chief, said he was made to understand that Najib deliberately chose the date Nov 11 after receiving paranormal and astrological advice which said the number 1 is the lucky digit for Najib and Rosmah.

Are Muslims not forbade from believing in such matters? It is said that not only is the practice of astrology haram or forbidden, so is visiting an astrologist and listening to his predictions, buying books on astrology or reading one’s horoscope are also forbidden!

Since astrology is mainly used for predicting the future, those who practice it are considered fortune-tellers. And the one who seeks his horoscope comes under the ruling contained in the Prophet’s statement:

“The Salaah (daily prayer) of whoever approaches a fortune-teller and asks him about anything will not be accepted for forty days and nights.”

Such a belief is considered shirik or polytheism because Allah has clearly stated: “With Him are the keys to the unseen and none knows it except Him.”

To-date, it is confirmed that Najib will go by the Nov 11 date despite being cautioned by some quarters not to hold the general election much earlier and in a surprised manner.

Badrul went on to say that the 13th GE is also being rushed to tackle the inner crisis troubling Umno, the country’s dominant party representing Malay rights. The 13th GE is Najib’s way of making sure his detractors within Umno do not succeed in dethroning him.

But Badrul is worried that the call for the GE much sooner will only spell trouble for Najib, keeping in mind the chain of events post-July, when election watchdog Bersih 2.0 held its “Walk for Democracy”. One of them was the setting up of a parliamentary select committee on electoral reform in August this year.

Bersih 2.0 has cautioned the Najib administration that any move towards electoral reform would be deemed insincere and deceitful if the eight immediate demands by Bersih 2.0 are ignored before the 13th general election.

Monday, October 24, 2011

Najib akan adakan Pilihanraya Umum tanpa menunggu proses penambahbaikan pilihanraya.

Malaysia antara negara demokrasi terkebelakang dari segi proses pilihanrayanya. Sehingga kini tidak ada siapa boleh mengesahkan bila PRU itu akan berlaku yang ada hanyalah spekulasi-spekulasi. Mengambil kira semua spekulasi dan beberapa maklumat dalaman yang diperolehi maka diyakini Najib Razak akan membubarkan parlimen dalam masa terdekat ini.

Menurut sumber yang ada menyatakan, tahun ini Najib dan Rosmah akan menunaikan ibadah haji dan akan pergi dengan penerbangan terakhir. Pemergian beliau ini juga dikaitkan dengan pembinaan dan pembaikan imej beliau dan isterinya yang teruk tercalar dengan beberapa isu.Diyakini telah disusun di Tanah Suci nanti liputan media yang akan menyiarkan gambar – gambar pasangan suami isteri ini mengerjakan ibadah Haji untuk memberikan satu persepsi baru kepada orang ramai khususnya dalam usaha mengepung undi orang Melayu. Jangan terkejut nanti kalau imej atau klip Najib dan Rosmah memasuki kaabah akan dimainkan tiap malam.

Najib dan Rosmah dijadualkan balik dengan pesawat penerbangan khas sekitar 6 November. Selepas itu dia akan mengukur kejayaan misi hajinya selain dari membuat beberapa keputusan akhir menjelang tarikh penting. 11 November 2011 menurut maklumat yang diyakini Najib akan membubarkan Parlimen dan serentak dengan itu negeri – negeri dibawah Bn juga akan membubarkan DUN. Sehingga kini dalam Pakatan Rakyat masih belum ada kata sepakat dalam pembubaran DUN di negeri dibawah PR.

1 Disember dikatakan akan diadakan penamaan calon dan 10 Disember (sabtu) akan diadakan proses pengundian. Angka berkaitan 1 ini sengaja dipilih menurut maklumat yang ada kerana mengikut nasihat paranormal dan tukang tilik yang biasa digunakan mereka yang menyatakan nombor berkaitan 1 merupakan nombor tuah bagi Najib dan Rosmah. Diyakini sehingga hari ini dari maklumat dalaman sah Najib akan mengikut tarikh ini walaupun kuat yang menasihatinya agar jangan mengadakan PRU awal dan secara mengejut.

Pilihanraya awal ini dipercayai juga kerana krisis dalaman Umno yang makin meruncing.Sudah mula ada pihak yang mahu menjatuhkan Najib dalam Umno sendiri. Najib tidak boleh membiarkan ini merebak,mereka yang terlibat perlu disingkirkan. Namun sebelum itu Najib perlu mendapat mandat baru dan memastikan majoriti yang dinamakan sebagai Calon PRU.Bn perlulah individu yang boleh menyokong beliau tanpa belah bagi

Pada 9 Julai puluhan ribu rakyat telah turun ke jalanraya kerana menuntut Pilihanraya Bersih dan Adil. Walaupun penuh sekatan hampir tidak masuk akal apabila melihat puluhan ribu yang masih berjaya hadir walaupun K.Lumpur dibuatkan seperti darurat oleh penguasa dengan melakukan kepungan dan memaksa banyak organisasi untuk tidak menjalankan operasi pada hari tersebut. Ini semua kerana iltizam dan kehendak kuat rakyat untuk menuntut pilihanraya bersih dan adil.

Najib sendiri akhirnya terpaksa mengakui bahawa kepincangan wujud dan proses pilihanraya memerlukan reformasi. Satu jawatankuasa terpilihan Parlimen diwujudkan untuk maksud tersebut.

Malangnya usaha Najib hanya pada kulit. Dalam mengumumkan langkah pemerkasaan demokrasi dalam negara tetapi beliau (baca : bn) sendiri terus mengerjakan banyak perkara jahat membunuh demokrasi khususnya dalam proses pilihanraya. Isu penganugerahan istimewa orang asing dengan taraf wargananegara secara mudah dengan syarat mengundi Bn dilihat antara kemuncak kekurang ajaran Bn ini.

Jesteru ini Solidariti Anak Muda Malaysia memberikan peringatan kepada Najib, Rosmah dan regim bn keseluruhanya,JANGAN ADA SEBARANG PROSES PRU SEHINGGA SELESAI PROSES PENAMBAHBAIKAN PRU KHUSUSNYA MELAKSANAKAN 8 TUNTUTAN BERSIH. Jika PRU diadakan sebelum proses reformasi PRU diadakan maka PRU tersebut bakal m,enjadi PRU terkotor dalam sejarah negara.

Jika PRU tetap diadakan sebelum proses reformasi pilihanraya selesai maka PRU yang diadakan itu hanyalah penipuan dan hanya proses bohong yang hanya ingin memanjangkan hayat Umno dan barisan Nasional selaku regim pemerintah. ia hanya satu proses demokrasi palsu dan menipu rakyat.

Najib dan regimnya mungkin boleh terus berdegil memanggil PRU dan jika ini berlaku yakinlah pasti akan ada mobilisasi terbesar rakyat dan SAMM tidak menolak kemungkinan kali ini bukan sekadar demonstrasi protes tetapi ia mobilisasi rakyat benar – benar untuk menumbangkan regim, mobilisasi rakyat untuk memasuki Putrajaya. Mobilisasi rakyat kali ini akan benar – benar berwajah Malaysia dengan menolak sebarang sentimen perkauman. Dari pengamatan SAMM yang sama bergelumang dibawah, majoriti rakyat yang sedang terhimpit kehidupan mereka telah bersedia, rakyat tidak redha Bn terus mendapat mandat dengan cara menipu dan terus menghancurkan negara.

Ulasan lanjut akan dibuat dalam forum mengakar perubahan malam esok. Jumpa disana. Pihak media juga dijemput hadir
ditulis oleh che’GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia
24 Jun 2011

Hadir tanda solidariti

Pada 25 Okt. 2011, jam 9 mlm di 50B, Ting.2, Bangsar Utama, Segmentasi Anak Muda Mahasiswa, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) akan menganjurkan satu Forum bertajuk Anak Muda Mengakar Perubahan. Forum ini bakal mengupas peranan anak muda dalam mencetus dan melaksanakan perubahan itu. Forum ini menampilkan tokoh yang tidak asing lagi antaranya Prof. Dr. Abu Hassan yangakan mewakili Zentrum, Tokoh gerakan mahasiswa Saudara Hilman Idham serta che'GuBard yang mewakili Solidariti Anak Muda Malaysia.

Semua khususnya anak muda dijemput hadir sama berdiskusi. Diskusi ini bukan diskusi biasa tetapi diskusi ke arah melahirkan gerak kerja praktikal yang bakal mengombak arus perubahan dalam negara.

Sebelum Forum berlansung di lokasi yang sama akan diadakan 'rapat tergempar penyelaras SAMM kebangsaan dan negeri', ada beberapa keputusan penting mengenai gerakan akan disepakati dan akan diumumkan melalui forum tersebut.

Farel
Penyelaras Segmentasi Mahasiswa SAMM
24 Okt 2011
email : dedek_1717@yahoo.com

Sunday, October 23, 2011

Rahsia kenapa Final Piala Malaysia 2011 di Shah Alam TERBONGKAR



Audit beri amaran selenggara segera bumbung Stadum Nasional elak runtuh - KUALA LUMPUR, 24 Okt 2011 - Bumbung Stadium Nasional Bukit Jalil, pusat sukan yang menjadi lokasi nadi Sukan Komanwel 1998, telah tamat tempoh jaminan tiga tahun lalu dan memerlukan kerja-kerja penyelenggaraan segera demi keselamatan dan keselesaan pengguna, kata laporan Ketua Audit Negara 2010.

“Semakan Audit mendapati bumbung stadium tersebut telah tamat tempoh jaminan pada 2008 dan masih digunakan sehingga kini.

“Sebahagian besar bumbung didapati telah terkoyak dan skru kabelnya longgar dan berkarat,” kata Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang dalam laporannya dikeluarkan hari ini.

Katanya, masalah itu antara lain berpunca daripada kelewatan dan ketiadaan kelulusan mendapatkan peruntukan daripada kerajaan.

Selain Stadium Nasional, Stadium Putra Bukit Jalil juga berhadapan dengan masalah mendapatkan peruntukan.’

Tanpa merujuk kepada mana-mana kes sebelum ini, Ambrin berkata tindakan segera perlu diambil bagi mengelakkan insiden bumbung stadium runtuh.

Terengganu menyaksikan bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin runtuh dua tahun lalu.

Stadium Nasional Bukit Jalil ialah pusat sukan dan bangunan sukan paling terkenal di Kompleks Sukan Negara, Bukit Jalil. Ia mempunyai tempat duduk berbumbung untuk 100,000 penonton.

Maklumat sebelum ini menunjukkan ia mampu menganjurkan pelbagai acara dan juga sebagai tempat acara olahraga dan telah direka bentuk mengikut piawaian Kejohanan Dunia dan Sukan Olimpik dan mempunyai kemudahan padang dan trek.

Ambrin berkata pihak Audit berpendapat berlaku kelewatan melaksanakan kerja-kerja penukaran bumbung di Stadium Nasional Bukit Jalil yang telah tamat tempoh jaminan kerana peruntukan yang dimohon semenjak 2006 tidak diluluskan.

“Ini boleh menjejaskan keselesaan pengguna kerana terdesah kepada hujan serta membahayakan pengguna sekiranya berlaku bumbung runtuh terutamanya bagi penganjuran acara dan kejohanan peringkat antarabangsa.

“Selian itu, PSM perlu membuat perancangan rapi untuk kerja penukaran bumbung tersebut supaya kerja dapat dilaksanakan dengan teratur dan mengikut jadual yang ditetapkan.

“Ini bagi memastikan hasil penyewaan stadium tidak terjejas sekiranya berlaku kelewatan penukaran bumbung,” kata beliau.

Laporan itu menyebut Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) telah mengambil tindakan memohon peruntukan bagi mengatasi masalah itu dengan membuat enam permohonan dan telah dipanjangkan kepada Kementerian Belia dan Sukan mulai 2006 hingga 2010

PSM telah membuat dua permohonan tahun lalu, RM40 juta pada 8 Februari dan RM35 juta 20 September di bawah peruntukan Rancangan Malaysia Kesembilan.

“Bagaimanapun kerajaan telah meluluskan peruntukan sejumlah RM30 juta di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan pada bulan Disember 2010.

“PSM melalui Kementerian Belia dan Sukan telah menyerahkan pelaksanaan kerja penukaran bumbung stadium kepada Jabatan Kerja Rayat pada April 2011 kerana PSM tidak mempunyai kepakaran teknikal,” katanya lagi.

Ambrin berkata kelewatan bukan disebabkan pihak PSM kerana perbadanan telah memulakan tindakan awal mulai 2006 bagi mengatasi masalah yang timbul.

“Kelewatan juga adalah berpunca daripada pihak lain dan disebabkan kekangan kewangan kerajaan adalah faktor utama kelewatan ini berlaku. PSM selaku pengurus dan pentadbir Kompleks Sukan Negara telah melaksanakan tugas dengan melaporkan masalah yang dihadapi,” katanya lagi.

Malah katanya, semakan lanjut mendapati PSM telah memohon peruntukan bagi menukar bumbung Stadium Putra sebanyak empat kali, antara 2006 dan 2010, tetapi tidak diluluskan.

“Pada Mac 2010, PSM sekali lagi telah memohon peruntukan sejumlah RM6 juta di bawah peruntukan Rancangan Malaysia Ke-10. Kerajaan telah meluluskan permohonan sejumlah RM6 juta pada Januari 2011,” katanya.

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/audit-beri-amaran-selengara-segera-bumbung-stadum-nasional-elak-runtuh/

Wednesday, October 19, 2011

MATC Cabang Rembau lulus 4 usul

Anggota sedang mendengar pembentangan Usul

Parti Keadilan Rakyat Cabang Rembau telah berjaya mengadakan Mesyuarat Agong Tahunan Cabang pada 16 Oktober lepas pada jam 4 ptg - 5.30 ptg bertempat di Pejabat PKR Parlimen Rembau (DUN Rantau).

Mungkin kerana angin pelihanraya yang makin hampir menyebabkan MATC kali ini menerima kehadiran agak luar jangkaan dan kelihatan wajah - wajah anggota lama yang telah 'sejuk' muncul kembali.

MATC telah dirasmikan sendiri oleh che'Gubard manakala upacara rasmi perasmian penutup diadakan dalam satu majlis Hi Tea selepas MATC ditangguhkan. Hi tea tersebut dihadiri oleh Datuk Chua Jui Meng, YB Fuziah Salleh, YB Taufek Abd Ghani dan YB Ravi.

MATC berjalan lancar dan 3 usul telah diluluskan.

Usul pertama dibawa oleh Saudara Yusof Tapa (Timbalan Ketua Cabang / Penyelaras DUN Kota). Usul berbunyi PKR Rembau menggesa wajib bagi PM untuk tidak mengadakan PRU sebelum proses penambahbaikan proses PRU dilakukan seperti yang dijanjikan dan tuntutan dalam BERSIH 2. Jika PRU masih berlansung tanpa menyelesaikan proses penambahbaikan dan menunaikan tuntutan BERSIH 2 maka jelas Najib Razak seorang pembohong. Maka PKR Rembau menyeru BERSIH 3 diadakan dan mobilisasi rakyat terbesar rakyat Malaysia harus digerakkan.

Usul kedua dibawa oleh Yaser Sheikh Abd Rahman yang mewakili AMK Rembau. Beliau menegaskan isu berbangkit dalam pemilihan wajar diselesaikan dengan segera. Parti ini sebelum memasuki Putrajaya harus menunjukkan sikap berani berdepan dengan proses demokrasi dengan telus. Beliau menyatakan rasa kesal kerana laporan penyelewengan khususnya yang dimajukan oleh Ketua Cabang sehingga kini diragui sudah disiasat atau belum kerana pengadu masih belum pun dipanggil untuk diberikan kenyataan. tegas Yaser lagi, malah surat jawapan dangkal hanya dihantar melalui email orang lain dan diperolehi oleh pengadu setelah hampir setahun. Ramai mengatakan yang sudah tu sudahlah tetapi tahukah kita che'GuBard tak sudah - sudah dihimpit perbagai pihak kerana isu pemilihan soalnya ketika membentangkan usul. Jika kita cakap soal ketelusan SPR tetapi kita terpalit dengan permasalahan pemilihan yang disapu dibawah karpet maka susah orang hendak hormat kita.

Usul yang ketiga dibawa oleh Norazizi Abd Aziz, setiausaha cabang Rembau mengenai perlu perketat kreteria pemilihan calon. Belia menyatakan kebimbangan ini berasas kerana menjangkakan keputusan PRU nanti siapa pun yang memang pasti dengan majoriti tipis. Maka jika diizinNya PR membentuk kerajaan di NS maka dengan kelebihan tipis juga. Beliau membangkitkan kegusaran bahawa kemungkinan peristiwa Perak akan berulang. Secara terus terang beliau menyatakan kebimbangan ini kerana orang - orang yang diberi kepercayaan dalam MPN Negeri Sembilan ialah mereka yang pada tahun 2008 terdiri dari mereka yang menjadi utusan Umno untuk bertemu dengan beberapa calon PKR untuk mempengaruhi agar menarik diri dan memberi kemenangan mudah buat Umno. Dua orang yang telah membuat pengakuan ditemui ialah che'GuBard dan YB Aminuddin ketika bertanding. Diyakini individu tersebut berjaya menyusup masuk dan kini mendapat kepercayaan dalam MPN NS dan sedang mempersiap diri sebagai calon.

Usul yang ke empat dibawa oleh Zul Jimmy yang menyatakan memandangkan beberapa perkembangan terkini yang memihak kepada PR dan kegagalan Bn menunaikan janji khususnya dalam Parlimen Rembau dan DUN Rantau maka PKR mempunyai peluang baik di kerusi tersebut lebih - lebih lagi keadaan Negeri Sembilan yang seolah gagal dipacu oleh menteri Besar yang juga ADUN Rantau. Beliau membawa usul agar PKR Rembau kekal bertanding di Parlimen Rembau dan DUN Rantau tetapi kali ini harus mempersiapkan awal calon terbaik dan persiapan jentera harus disediakan awal. Jangan kita hanya bertanding dengan calon saat akhir atau hanya bergantung kerana kelemahan lawan.

Keempat - empat usul diterima tanpa bahas. Dalam ucapan penangguhan che'GuBard menyatakan 22 Oktober ini akan bermulanya gerak kerja kempen 'ala pilihanraya' dan 23 Oktober pula akan mula dengan kursus jentera yang mana semua ini akan diadakan tiap minggu.

Cincin RM72 juta sudah pulang? - Subky Latif


ADAPUN cincin ajaib yang diposkan kepada isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor telah dipulangkan kepada yang mengirim.

Berita yang dibongkar oleh Cikgu Bard, seorang pemimpin ternama PKR betapa adanya cincin yang semahal sekitar RM72 juta dihantar kepada Rosmah secara pos dan terpaksa melalui pemeriksaan kastam itu adalah benar apabila Menteri Nazri Aziz mengesahkannya dalam Parlimen.

Menteri Nazri dalam jawapannya kepada soalan mengenainya di Parlimen memberitahu bahawa cincin itu telah dikembalikan kepada syarikat pemunyanya.

Apabila ia telah dikembalikan kepada sipengirim, bererti pernah dibawa masuk ke negara ini dan dihantar kepada Rosmah di alamatnya.

Bagaimana ia dibawah masuk telah didedahkan oleh Cikgu Bard. Bagaimana ia dipulangkan tidak pula diketahui.

Berita rasmi mengenai cincin ini hanya yang disahkan oleh menteri Nazri di Parlimen. Penjelasan menteri di Parlimen diterima sah. Anggota Parlimen tidak boleh membuat kenyataan palsu di Parlimen. Jika dibuktikan anggota Parlimen membuat kenyataan palsu di Parlimen, maka hilang kelayakannya sebagai anggota Parlimen.

Berita ia sudah dikembalikan itu boleh diterima. Tetapi penapian Rosmah betapa cincin itu dihantar kepadanya sebagai fitnah tidak dipercayai. Orang percaya cincin itu telah dihantar kepadanya dan telah diterimanya.

Jika diadakan penyiasatan telus di Jabatan Kastam, nescaya orang dapat tahu bagaimana cincin itu sampai ke Jabatan Kastam dan cara mana kastam mengendalikannya? Kastam juga tentu dapat menceritakan ke mana cincin itu dihantar selepas diperiksa kastam?

Yang menjadi misteri sekarang ialah bagaimana cincin itu boleh dihantar ke Malaysia dan kepada orang yang dikirim di alamatnya?

Adakah syarikat yang mengirimnya sekadar untuk menunjuknya saja kepada Rosmah?

Adalah tidak munasabah cincin yang semahal itu boleh dihantar begitu saja kalau tiada persetujuan atau permintaan dari orang yang dihantar?

Kalau atas tujuan untuk dipertontonkan kepada orang Malaysia dan kemudian dipulangkan balik, mengapa tidak dihantar kepada Raja Permaisuri Agong yang kedudukan baginda adalah lebih tinggi dari isteri Perdana Menteri?

Rosmah memang terkenal sebagai seorang yang lincah dan diketahui pula suka bermewah serta gemar kepada benda-benda yang mewah.

Jika cincin itu untuk tujuan pameran, tiada berita tentang pameran barang mewah termasuk cincin itu. Adalah mustahil pameran diadakan sekadar untuk menunjukkan sebentuk cincin itu saja.

Kalau untuk dipamer, tentulah tuan punya cincin itu sendiri datang kerana dia akan dapat menjawab semua pertanyaan para peminat tentang cincin itu. Adalah mustahil cincin itu dipamerkan tanpa kehadiran tuan punya bagi menjamin keselamatan cincin itu.

Agak ajaib jika cincin itu sekadar dipinjamkan kerana ia bukan benda yang murah. Apa jaminan jika cincin itu hilang?

Tiada jawapan yang dapat diterima bagi tuan punya melepaskannya kepada orang lain selain dari dijual.

Orang seperti Rosmah dipercayai tidak akan melepaskannya apabila ia sudah di tangannya. Sedaya upayanya dia akan menjadikannya hak miliknya. Setinggi mana pun harganya tidaklah penting sangat tetapi dia ada cara untuk menyelesaikannya dan dia ada cara bagaimana Perdana Menteri Najib dapat membantu mendapatkannya.

Kita tidak menyanggah penjelasan Menteri Nazri ia telah dikembalikan kerana kita menghormati kata-kata di Parlimen adalah benar dan tiada yang tidak benar.

Tetapi siapa saksi cincin itu telah beredar dari tangan Rosmah? Apa bukti ia sudah diterima semula oleh tuan punya?

Apa pun perkiraan antara kedua tuan punya dan orang yang menerima cincin adalah urusan dan transaksi kedua mereka.

Negara, kerajaan dan rakyat ada hak untuk mengetahui urusan cincin itu. Kita yakin Rosmah mahu memilikinya. Tuan punya tentu sudah diyakinkan urusan niaganya dan penyerahan cincin itu tidak mendatangkan risiko.

Tidak cukup duit gaji Najib dikumpul sejak mula jadi menteri hingga sekarang untuk membelinya. Maka Najib mesti menghilangkan keraguan orang tentang cincin itu supaya tiada wang negara disalahgunakan dan tiada urusan yang tidak betul melayakkan cincin itu boleh menjadi milik isterinya.

Sukar orang untuk mempercayai adanya urusan tentang cincin itu boleh dibawa ke sini.

Silap Rosmah ialah mengapa cincin itu tidak dipakai dan dibawa pulang sendiri? Tiada siapa tahu jika ia tidak dipos.

** ini adalah tulisan Subky latif dan tidak ada kene mengena dengan che'GuBard...jumlah nilai cincin juga tidak tepat...cuma diperturunkan untuk sama kita membacanya

Isu titah boleh diperdebat : SAMM dokong Aziz Bari dan Sokong Dr. Mahathir

Kenyataan Terbuka
19 okt 2011

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dengan ini menyatakan sokongan terhadap kenyataan Profesor Aziz Bari yang menyatakan bahawa titah monarki boleh dikritik dan diperdebatkan. Tindakan penguasa regim mengambiltindakan hanya atas komen tersebut dilihat hipokrit dan terkebelakang.

Dalam dunia yang terbuka ini semua perkara harus dihujahkan dengan matang. Ini bukan zaman rakyat khususnya anak muda menerima apa sahaja yag disuap dari pihak atasan. Zaman ini setiap hujah itu pasti akan dibahas dan dikritik jika perlu.

Begitu jugalah institusi monarki bukan sahaja di negara ini tetapi terdapat di seluruh dunia. Institusi monarki ini harus segera menyesuaikan diri termasuklah berevolusi sesuai dengan peredaran zaman. Mahu atau tidak ia sesuatu yang wajib demi kelansungan untuk institusi beraja.

SAMM merafak sembah menghormati titah kerabat monarki di Negeri Sembilan, Tunku Zain Al 'Abidin Tuanku Muhriz yang menitahkan bahawa titah diraja boleh dibincangkan oleh ahli akademik dan media, selagi ia tidak mendatangkan kemudaratan yang sebenar. Menunjukkan dengan jelas betapa dalam dunia terbuka ini institusi monarki harus bersedia untuk titah mereka diperdebatkan dan dikritik masyarakat.
Dalam memperkatakan perkara ini, mana - mana pihak pun pasti akan merujuk peristiwa krisis antara istana dan kerajaan di bawah bekas Perdana Menteri Dr.Mahathir. Namun bagi SAMM kami dengan jelas menyokong tindakan Dr Mahathir meminda perlembagaan negara membawa institusi monarki dalam realiti masyarakat kini.

Namun apa yang kami tidak setuju ialah cara bagaimana Dr Mahathir memalukan dan menghina institusi monarki dengan memberikan persepsi hina kepada institusi monarki demi meraih sokongan rakyat terhadap usaha pindaan perlembagaannya.

Merujuk peristiwa kedua pula di mana Menteri Besar pilihan Barisan Nasional, Idris Jusoh telah ditolak dari mengangkat sumpah di Terengganu. SAMM berpendapat sememangnya institusi monarki punya kuasa atau peranan dalam memperkenan siapa mahu menjadi ketua negara atau ketua negeri dalam pentadbiran politik tetapi institusi monarki juga harus berdepan dengan rakyat iaitu menjelaskan sebarang tindakan mereka dalam hujah yang boleh diterima. Pada ketika itu, istana harus tampil memberi penjelasan kepada rakyat Terengganu mengenai tindakan mereka.

Respon rakyat pada ketika itu yang dipengaruhi oleh parti politik juga ada yang tidak kena. Umno (pro Idris Jusoh) telah bertindak melulu sehingga menghina sultan dengan panggilan 'natang' (dialek Terengganu yang bermaksud binatang). Pihak yang bersetuju dengan keputusan menyingkirkan Idris pula telah menyokong Sultan secara melulu, ini tidak progresif. Seharusnya pihak ini merafak sembah meminta Istana tampil memberikan penjelasan kenapa tindakan itu diambil dan ini lebih progresif.

Pihak berkuasa juga dalam perkara ini menjadi kuda tunggangan regim. Sekiranya menghina monarki itu berpihak regim maka mata pihak berkuasa sengaja dibutakan, tetapi jika timbul saranan walaupun saranan itu ke arah memperkasa monarki diutarakan oleh pihak bukan dari regim, maka tindakan 'segera' diambil.

che'GuBard sendiri pernah berdepan situasi ini hanya apabila mencadangkan betapa penting peranan institusi monarki dalam menjaga kepentingan agama malah dalam perkara mutakhir ini sering pula dipertikaikan maka che'GuBard pernah mencadangkan agar sultan atau bakal sultan wajib sekurang - kurangnya memiliki diploma syariah islam atau berkaitan bagi membantu baginda membuat keputusan tepat bukan sekadar dipengaruhi 'nasihat' yang mungkin mewakili kepentingan tertentu. (klik sini untuk baca artikel tersebut)

Malangnya selepas posting yang ditulis sempena keputeraan DYMM YDP Agong ini dibuat, Ketua Pemuda Umno Rembau telah mengarahkan pemudanya membuat laporan polis terhadap artikel ini kononnya menghina monarki dengan tidak pandai hal ehwal Islam. Atas laporan dangkal itu maka berkejarlah polis menahan saya. Saya ditahan dalam serbuan polis ketika sedang mempengerusikan mesyuarat AJK cabang Rembau. Begitulah berterusan, ini membukti betapa hipokrit regim Umno. Mereka memperlaku institusi istana seumpama pelacur,a pabila suka dicari untuk berlindung tetapi apabila tidak suka diterajang hina.

SAMM ingin menyeru kepada institusi monarki negara ini agar sedar hakikat keperluan berevolusi mengikut zaman untuk kekal relevannya. Rakyat masih boleh menerima bajet yang besar diperuntukan untuk monarki dalam negara ini, tetapi rakyat sudah tentu tidak boleh menerima jika jumlahnya tidak masuk akal dalam keadaan rakyat terhimpit dengan perbagai kepayahan.

Intai dan pelajarilah institusi beraja di banyak negara bagaimana peranan dimainkan. Ada yang sudah umpama muzium dan alat keraian seperti kebanyakan negara Eropah termasuk England tetapi ada juga yang terus kekal dihormati seperti di Thailand.
Ini bukan zaman Melaka, dunia berkembang pesat sewajarnya isi kandung dalamnya juga harus transform secepat perkembangan dunia jika tidak mahu ketinggalan. Rakyat tidak lagi boleh lagi dipaksa akur membuta tuli.

Akhirnya diingatkan juga institusi monarki ini seharusnya bukan punya orang Melayu sahaja. Institusi beraja ini seharusnya juga dihormati oleh semua bangsa atau keturunan yang diamnya dalam tanah jajahan ini. Untuk itu ruang perbincangan dan pemahaman sewajarnya harus juga sampai kepada semua rakyat.

che'GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia
http://www.anakmudamalaysia.com
http://chegubard.blogspot.com
chegubard@gmail.com

Monday, October 17, 2011

sasar 100,000 risalah sebelum hujung November

25,000 siap cetak kami sasar 100,000 akan dicetak dan diedar menjelang hujung November

che'GuBard memberikan penerangan mengenai isu cincin di meja utama kelihatan Norazizi, s/u cabang Rembau, YB Taufek Pesuruhjaya PAS NS, YB Ravi (ADUN PKR P.Dickson), Datuk Chua Jui Meng dan YB Fuziah Salleh
muka depan risalah
antara hadirin yang dapat memasuki ruang 'dewan' di Pej. PKR Rembau (DUN Rantau)
bergambar selepas pelancaran
Gimik pelancaran bertukar kerana ribut di lokasi asal. Belon dipecahkan dan
ada booklet dalam belon. Gimik ini melambangkan usaha pemecahan tembok maklumat.
YB Fuziah sedang berucap
hanya kira - kira 500 orang sahaja yang berjaya masuk bersesak memenuhi ruang pejabat.


Kenyataan terbuka
17 Oktober 2011

Semalam 'menumpang' MATC Cabang Rembau telah diadakan Majlis ringkas memperkenalkan Booklet Penjelasan Isu Cincin RM24.45j dan pemborosan 'Imelda' Rosmah.

Sejak dari 8 Julai 2011 iaitu dari che'GuBard membuat pendedahan mengenai kemasukan cincin RM24.45 j yang dalam borang kastam (kotak penerima) tertera nama Rosmah Mansor perbagai usaha penafian termasuk dengan menyerang cheGuBard sendiri.

Maka setelah berbincang maka SAMM memutuskan untuk menerbitkan buku kecil setebal 16 m/s untuk dilancarkan pada 16 Oktober bagi menjelaskan kemasukan cincin berlian pada 16 April 2011 lalu.

Memang kebanyakan maklumat ada dalam internet, tetapi persoalan yang lebih penting ialah berapa peratus dari rakyat mampu ada akses internet. malah dari jumlah yang sedikit itu pula berapa ramai yang guna internet untuk mencari penjelasan alternatif mengenai isu negara. Majoriti masih terpedaya dengan propaganda murahan media perdana. Jika kita hanya khayal dalam internet maka kita akan bermain dengan kelompok penyokong yang sama.

Menyedari hakikat ini dan sedar isu cincin ini sudah diperkatakan di mana sahaja maka satu penjelasan lengkap harus dibuat. Buku ini akan menjelajah ke kawasan tapak sokongan regim. Maklumat propaganda murahan akan dipecahkan. Ini isu penting kerana sebuah negara pernah dicatakan hancur kerana '1st ladynya' yang tamak, rakus dan sombong.

Semalam dijadualkan akan diadakan hi Tea untuk pelancaran selepas MATC Cabang Rembau, malangnya hujan ribut di Pekan Rantau telah memaksa program hanya diadakan di dalam ruang terhad pejabat PKR Rembau (DUN Rantau). Kami memohon maaf atas ketidak selesaan yang wujud. Ruang terhad hanya mampu semalam memuatkan kira - kira 500 orang itupun dalam keadaan berhimpit. Kita menjangkakan jika diadakan di lokasi asal dalam keadaan cuaca baik pasti lebih dari 1000 orang kehadiran.

Penghargaan kepada pimpinan yang sudi hadir bersama seperti YB Fuziah salleh, Datuk Chua Jui Meng, YB Taufek dan YB Ravi. YB Antony Loke yang telah berjanji untuk hadir malangnya tidak muncul sehingga akhir program. Terima kasih kepada semua yang menjayakan program semalam.

Di sini juga che'GuBard ingin melahirkan rasa kecewa kepada 'hero-hero' pimpinan PKR di Negeri Sembilan yang bersungguh - sungguh menghubungi ramai orang termasuk pimpinan yang dijemput untuk tidak hadir program semalam. Ini ialah perangai busuk yang merosakkan perjuangan. Namun bagi kami anak muda biarkanlah mereka ini tenggelam dan perasan menyusun diri dalam kabinet bayangan sahaja. che'Gubard ingatkan diri, kita buat kerja bukan kerana orang itu atau orang ini tetapi kita berjuang demi kewajipan melakukan perubahan yang kita yakini demi rakyat.

Program ini juga menjadi sasaran politik tidak matang Umno - Bn. Poster, Banner dan bunting bagi tujuan promosi program ini habis dicuri. Ketika kami sedar semua bahan promosi hilang hanya selepas 6 jam dipamerkan.

Ramai tertanya - tanya mana SAMM mendapat wang untuk membuat cetakan. Jujurnya SAMM tidak menerima mana - mana dana dari mana - mana pihak. Risalah ini kita masih hutang dengan pencetak. Sehelai risalah kos cetakan RM0.65sen/naskah + kos penerbitan RM 0.50sen/naskah. SAMM telah membayar kos cetakan RM16,250 dengan 4 keping 'posdated cheque' bertarikh 23 Okt, 30 Okt, 5 Nov dan 11 Nov.

Begini lah juga kita mencetak buku Fitnah ia dibayar dengan cara yang sama, sementara sampai ke tarikh satu - satu cek itu hendak ditunaikan maka SAMM akan cuba sungguh - sungguh untuk melengkapkan jumlah wang untuk cek tarikh akan datang.

Semua projek penerangan turun ke bawah kami disara oleh rakyat sendiri. Seperti booklet ini bernilai RM1.50 senaskah, maka kami rayu untuk sesiapa yang perhatin agar selepas mendapatkan risalah ini silalah ke bank dan masukkan RM1.50 (minima) ke akaun Solidariti Anak Muda 05012010074930 (bank Islam Malaysia Berhad). Sebarang kemasukan lebih dari nilai risalah amat dihargai. Ia akan membolehkan kami mencetak ulang risalah dan termasuk beberapa bahan baru yang lebih menggemparkan. Dengan berbuat demikian membantu merialisasikan 100,000 risalah sebelum hujung November.

Diharapkan dengan penerbitan booklet ini mampu mempertingkatkan kesedaran orang ramai mengenai pemborosan orang yang menyamar "1st Lady Of Malaysia". Kepada Najib dan Rosmah SAMM memberikan amaran ubah cara hidup jika tidak kamu akan kami ubah.

Booklet ini akan diedarkan dengan strategi tersendiri menembusi kawasan-kawasan sasaran yang merupakan tapak sokongan regim penguasa. Jika penyokong PR ingin memiliki risalah ini cara paling mudah ialah dengan hadir ke lokasi - lokasi program che'GuBard di seluruh negara (jadual dalam blog che'GuBard) atau semua yang membeli Buku Fitnah selepas 16Okt. akan juga dapat booklet ini secara percuma.

Kepada mana - mana pihak yang mahu mengedarkan risalah ini sendiri di kawasan masing-masing harap dapat menaja dengan menanggung kos RM300 (bagi satu bundle 400).

Kepada orang Umno/Bn yakinlah dengan mengekalkan Najib dan Rosmah akan mempercepatkan kejatuhan Umno/Bn itu sendiri. Ikrar kami anak muda kan bersunggguh - sungguh epenuh daya upaya akan memastikan Najib/Rosmah merupakan Perdana Menteri terakhir yang datang dari regim pewaris penjajah. SAMM percaya proses reformasi menyelamatkan negara hanya akan bermula selepas regim tumbang di tangan kuasa rakyat.

che'GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia

Booklet gives blow-by-blow account on RM24mil ring : Mkini


A 16-page booklet by a PKR-linked NGO presenting a collation of information on the multi-million ringgit ring linked to the Prime Minister's wife will be launched tomorrow.

While the information provided in the booklet is readily available on the Internet, the product of Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) traces the events which have occurred since the expose on the RM24.45 million ring.

Rosmah ring bookletThe issue was made public by SAMM leader Badrul Hisham Shaharin, popularly known as Chegubard, who is also a prominent PKR member.

Kicking off with salacious foreword comparing Rosmah Mansor to the infamous Imelda Marcos of the Philippines, the booklet presents both documents said to have been leaked to the NGO by Customs Department officers and the authorities' response to it.

The information trail presented begins from customs records dated April 14, 2011 showing that a ring labelled 'Natural Fancy Blue Gray Cushion Cut Diamond Ring' was brought in from New York.

It states that the ring, worth exactly RM23, 458, 400 was imported on behalf of Jacob and Co by local company Malca Amit, but no duty was payable as taxes on luxury goods had been lifted from beginning-2011.

Rosmah ring bookletAlso stated on the record was that the ring is to be inspected by one 'H.E. Datin Paduka Seri Rosmah Mansor'.

“The key question is, why was the PM's wife's name stated? Does she moonlight as a jewellery inspector?” the booklet asks.

It later moves on to state that on July 13, Chegubard lodged a report with the Malaysian Anti-Corruption Commission, resulting in an inspection on the cargo section of the Kuala Lumpur International Airport.

Following this, a customs form circulated on the Internet, purported showing that the ring was taken by hand to Singapore four days after it arrived.

The mystery of the customs officer

The form was signed by one 'Abdul Najid Abdul Razak', who was stated to be a customs officer in the passenger inspection division a KLIA.

However, the booklet asserts that the Customs Department website states that Abdul Najid is an officer in the training and services division.

“Will they later say that this officer was transferred to KLIA when the website, which when viewed was last updated on Oct 4, 2011, said he was supposed to be still attached to a division in Putrajaya?” it asked.

It added that there also appeared to be amendments made onto the form by hand, changing the export date to April 20 and the flight number to SQ107, “without any initials”.

“This raises high suspicion over whether this K2 form was used to save Rosmah.”

The booklet moves on to say that Rosmah had on July 29, two weeks after the first expose, denied that she bought the ring, while ex-PKR member Anuar Shaari told private television station TV3 news that the ring belonged to Maira Nazarbayev, the future mother-in-law of Rosmah's daughter.

NONEIt also states that Minister in the Prime Minister's Department Nazri Abdul Aziz (left) had in a written answer in Parliament to DAP-Segambut MP Lim Lip Eng on Oct 4,confirmed the ring’s existence.

Nazri, however, said that the ring was not purchased by anyone in Malaysia and was returned to the company which owns it.

'Early demise'

As a parting shot, the booklet, which also solicits a RM1.50 donations per booklet and provides the NGO's bank account details, lists multi-million spending related to Prime Minister Najib Abdul Razak and his wife.

This includes the maintenance costs for their official residence, the budget for the education programmes of Rosmah’s Permata group, and the cost of the accessories which she has been photographed wearing.

It also includes a 18-karat white gold Jacob & Co bangle weighing 65.77g and Hermes handbags.

“A special note for Umno/BN people, be sure that retaining Rosmah and Najib spells an early demise for Umno/BN,” the booklet warned.

Saturday, October 15, 2011

Rosmah Tolong Jangan Kalahkan UMNO - Chegubard mahu terbit brosur cincin RM24j - pesan kawan-kawan Umno



Tidak puas hati dengan penjelasan mengenai kontroversi cincin berlian bernilai RM24 juta, aktivis akar umbi, Badrul Hisham Shaharin memutuskan untuk menerbitkan brosur 16 muka bagi mendedahkan kebenaran di sebalik perkara tersebut.

badrul hisham shaharin altantuya police questioning 290509 03Badrul, yang lebih dikenali sebagai Chegubard, menerajui kumpulan anak muda yang dikenali sebagai Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM).

Katanya, selain menerbitkan bukti asal mengenai cincin
tersebut, brosur itu juga akan turut memuatkan jumlah pembaziran dan gaya hidup mewah orang yang didakwanya "bergaya sebagai wanita pertama Malaysia."

Majlis pelancaran brosur tersebut akan diadakan di pejabat PKR di Rantau, Negeri Sembilan dan akan dihadiri pemimpin tinggi PKR, termasuk naib presiden Datuk Chua Jui Meng dan Fuziah Salleh serta setiausaha Pemuda DAP kebangsaan, Anthony Loke .

Julai lalu, Badrul mendakwa cincin itu - 'Natural Fancy Gray Cushion Cut Diamond' berharga RM24,458,400 - diterbangkan ke negara ini melalui Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA).

Beliau juga membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Pulau Pinang pada 13 Julai, mendakwa cincin tersebut dibeli oleh isteri perdana menteri - Datin Seri Rosmah Mansor.

Beliau berkata mempunyai salinan cetakan dokumen itu dari skrin komputer bagi membuktikan pembelian cincin berharga RM24.4 juta itu bebas daripada dikenakan cukai import.

Antara maklumat tertera pada cetakan komputer itu adalah:

Nama Barangan:
Natural Fancy Blue Gray Cushion Cut Diamond
Nama Pengekspot: Jacob & Co dari New York
Nama Pengimpot: Datin Seri Paduka Rosmah Mansor dan Jeremi Beh Sin Tee
Tarikh Impot: 6-04-2011
Tempat Impot: KLIA

Rosmah: Dakwaan beli cincin RM24 juta fitnah

Sebelum ini, setelah khabar angin bertiup kencang tentang pembelian cincin bernilai RM24 juta, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor akhirnya bersuara dan menyifatkannya sebagai satu fitnah dan tidak ada masa mahu melayannya.

NONE“Tak ada apa yang saya nak cakap (mengenai pembelian cincin lebih RM24 juta) sebab saya tidak ada masa hendak layan perkara seumpama ini. Ikut sedap dia (blogger) saja hendak cakap (tuduh).

“Ini bukan perkara seronok-seronok, ini adalah fitnah.... apa yang saya tidak rasa? Semua saya sudah rasa (difitnah).

“Justeru, daripada saya layan perkara seumpama ini lebih baik saya beri perhatian kepada hal rakyat kerana itu lebih penting,” katanya.



Kastam sahkan cincin RM24 juta wujud

Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) mengesahkan cincin berlian RM24 juta yang didakwa dibeli isteri perdana menteri Rosmah Mansor benar-benar wujud.

NONEBagaimanapun, dalam jawapan bertulis kepada ahli parlimen Segambut Lim Lip Eng, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (kiri) berkata, tiada pembelian dibuat terhadapnya.

"Dalam isu yang dibangkitkan ini, SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) telah merujuk kepada JKDM, dan pihak JKDM telah mengesahkan bahawa tiada sebarang pembelian ke atas cincin tersebut.

"Setelah beberapa hari cincin tersebut dikembalikan semula kepada syarikat pemunya cincin berkenaan," katanya.

Dalam soalannya, Lim meminta perdana menteri menyatakan status siasatan polis, SPRM dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) terhadap dakwaan pembelian cincin bernama 'Natural Fancy Gray Cushion Cut Diamond'.

25,000 risalah akan beredar

Dalam reaksi segeranya, Badrul Hisham berkata, siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap laporannya yang dibuat pada 13 Julai, termasuk terhadap pegawai syarikat kargo, membuktikan dokumen yang didedahkan sah.

"Lepas itu puak-puak blogger (penulis blog) Umno dan lain-lain jawab konon cincin itu masuk untuk pameran sulit dan sudah keluar semula. Dan ada yang siar borang cincin itu keluar.

"(Tetapi) borang itu banyak keraguan, antaranya ada pindaan tanpa pengesahan dan tandatangan pegawai kastam itu ialah pegawai kastam yang bertugas di bahagian latihan HQ (ibu pejabat) kastam," katanya.

Bagaimanapun, Badrul Hisham berhujah,barangan untuk pameran seharusnya melalui prosedur dan borang berbeza.

"Semakin mereka nafi semakin bercelaru. Sekarang rakyat kena hakimi," katanya lagi.

NONEDi sebalik kontroversi cincin mewah itu, Badrul Hisham hari ini turut membangkitkan tentang gelang bernilai RM1.65 juta yang juga didakwa dipakai Rosmah dan dikeluarkan syarikat sama.

Badrul Hisham juga berkata, SAMM pada minggu depan akan mula mengedarkan 25,000 naskhah risalah buku kecil mengenai cincin itu dan "pembaziran lain" kepada umum.

Kandungannya tidak didedahkan buat masa ini.

Rosmah Tolong Jangan Kalahkan UMNO

Terdapat ramai kawan-kawan blogger Pro UMNO mengeluh, "tak habis-habis Romah ni, lepas satu, satu lagi wujud isu".

Antaranya menyatakan mereka mampu berhujah menangkis segala tuduhan-tuduhan pembangkang yang ditujukan kepada BN, namun apabila isu itu melibatkan Rosmah, mereka kelu tidak terkata.

Apatah lagi apabila terdapat kenyataan-kenyataan yang bercanggah mengenainya.

Awal tahun 2011 dulu, kecoh tentang Rosmah menginap hotel di Dubai dengan kos RM100 ribu semalam.

Cerita-cerita kemewahan sebegini langsung tidak membantu meraih undi rakyat marhein.

Malah ramai yang menganggap kemewahan sebegini sangat menyakitkan hati dalam keadaan rakyat terpaksa berhadapan dengan kos hidup yang semakin meningkat.

Pemimpin sepatutnya bersama-sama merasai kesusahan rakyat jika ingin terus kekal menjadi pemimpin dan terpilih dalam Pilihanraya Umum Ke-13 yang akan datang.