Wednesday, August 01, 2007

terbaru...........


Album aku Hentikan Perang Sekarang telahpun berada di pasaran. Lagu-lagu dalam album ini ialah:
1) Gadis Rumah Merah
2) Hentikan Perang Sekarang
3) Burhanuddin Al Helmy
4) Siren Bomba
5) Menunggu Bayang-bayangmu
Kepada sesiapa yang berminat, sila email ke amin.iskandar@gmail.com.
Harga: RM 15 (Semenanjung Malaysia) dan RM 18 (Sabah dan Sarawak).

1 comment:

  1. Anonymous8:40 AM

    Chegubard, tolong baca & sebarkan seluas-luasnya! Datuk Yusuf ditekan/dipecat/dipindahkan oleh Gani Patail. Jawapannya di MKini.com itu sekadar "wayang" selepas PM minta dia kekal di Pejabat AG tapi Yusuf dah tak tahan.

    Tengok cara jawab Sallehuddin Saidin: Bukan letak jawatan sebagai protes kepada Gani tetapi letak jawatan "persaraan awal"!!!

    Ada sesuatu yg panas di Office AG. Tolong check!


    Mungkinkah Raja Petra diperalatkan?
    Oleh Rahman Ibrahim


    Pengendali laman web Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin, sering mendedahkan sesuatu yang “luar biasa”, memukau dan sekali gus berani. Namun, sewaktu pendedahannya tentang dakwaan rasuah Ketua Polis Negara baru-baru ini, tokoh alam siber itu tersilap arah? Maklumatnya disogokkan oleh seseorang, atau sesuatu pihak, yang dipercayai sebagai “god father” di Bukit Aman?

    Musa Hassan sendiri sudah membuat pengakuan terbuka bahawa maklumat seumpama itu datangnya daripada orang-orangnya sendiri di Bukit Aman. Ulasan sebuah akhbar berbahasa Inggeris, The Star, bertajuk “The seat gets hot for top cop” (1 Ogos) meringkaskan percaturan politik tajam di Bukit Aman.

    Dipercayai seseorang yang menyerang Musa itu bukannya calang-calang orang; banyak pihak percaya ia datangnya daripada pucuk pimpinan atasan barisan pasukan polis sendiri. Lagi pun, polis kecil setakat jawatan “prebet” tentunya tidak berani menyerang bosnya sendiri dengan tuduhan rasuah RM2 juta!

    Tetapi siapakah orang itu dan kenapakah media massa kita tidak bersedia mendedahkannya? Apakah pegawai atasan polis yang menyerang Musa itu dilindungi oleh orang politik atau gengster tertentu?

    Ada pihak menganalisis, tuduhan kepada Musa itu sebenarnya tidak betul. Malah, pihak yang menuduh itu sendiri yang melakukan jenayah tersebut — yakni mempunyai hubungan dengan samseng dan mengambil wang perlindungan. Pihak itu berkata, berita yang disiarkan dalam New Straits Times tentang seorang pegawai tinggi polis menyimpan RM27 juta dan kini disiasat Badan Pencegah Rasuah sebenarnya “counter-attack” pasukan pro-Musa terhadap puak yang menentangnya.

    Jadi, pihak yang menuduh Musa menerima rasuah RM2 juta sebenarnya mempunyai simpanan wang RM27 juta! Tetapi jumlah wang sebesar itu, apakah untuk dirinya sendiri? Atau, untuk membiayai sekumpulan pegawai tinggi polis untuk melakukan sesuatu yang mereka suka di luar pengetahuan kerajaan, menteri dan masyarakat?

    Babak-babak ini semakin menarik. Sama-samalah kita lihat, siapakah yang akan ditamatkan kontraknya tidak lama lagi dan siapa pula yang akan dinaikkan pangkat atau ditukar.

    Menurut laporan The Star di atas, salah satu punca Musa dibenci oleh pegawai-pegawai kanannya sendiri ialah penukaran pegawai, dan beberapa langkah yang diambilnya, dalam usaha menentang rasuah. Apakah geng yang sama yang menentang pelaksanaan suruhanjaya bebas IPCMC sehingga berani mengugut Perdana Menteri, yang juga Menteri Keselamatan Dalam Negeri?

    Kita tidak tahu, setakat ini, tetapi coraknya kini makin jelas. Musa, sebagai pemegang jawatan rasmi dan tertinggi pasukan polis, dikatakan anti-rasuah seperti yang diuar-uarkan oleh Perdana Menteri.

    Tetapi terdapat beberapa pihak tertinggi di Bukit Aman tidak menyenanginya, dan mereka ini disokong oleh beberapa pihak dalam Umno, termasuk yang pro-Tun Dr Mahathir Mohamad, sehingga terang-terangan menolak IPCMC. Jadi, sebenarnya usaha menolak IPCMC ini datangnya dari Bukit Aman sendiri, dengan sokongan dan lobi dari beberapa pihak dalam Umno yang anti-Perdana Menteri.

    Apabila NST dijadikan pentas untuk mendedahkan wujud pegawai tinggi polis yang mempunyai RM27 juta, maka jelaslah bahawa pihak pro-Perdana Menteri dan pro-Musa melakukan “counter-attack” terhadap pihak yang menyerang Ketua Polis Negara.

    Dan, khabarnya, pegawai tinggi polis itu “bersalah” apabila mempunyai sebuah syarikat perladangan di Sabah. Jika Musa jujur dan berani, jika Perdana Menteri jujur dan berani, kenapa biarkan pegawai polis tersebut menguasai sebuah syarikat perladangan di Sabah?

    Tidakkah pegawai kanan perkhidmatan awam seharusnya bebas daripada kegiatan perniagaan?

    Babak kedua cerita ini belum tamat. Ada cerita, kononnya isu panas di Bukit Aman ini merebak juga ke Putrajaya melalui kes siasatan dan pendakwaan wanita Mongolia, Altantuya Sharibu. Kedua-dua puak yang bertelagah di Bukit Aman terlibat dalam siasatan.

    Pegawai polis yang pro-Musa, seperti arahan Perdana Menteri, mahu siasatan dan pendakwaan berjalan secara telus dan profesional. Tetapi ada pihak dalam polis yang tidak mahu sebab mereka ada kepentingan tertentu dengan seorang tokoh politik tertentu dan juga orang kuat Jabatan Peguam Negara.

    Kini isu panas itu sudah meletup. Akhbar Internet terkenal Malaysiakini.com (1 Ogos) melaporkan ketua bahagian pendakwaan meletakkan jawatan sebagai membantah sikap bosnya. Berita itu menyebut, Datuk Yusuf Zainal menafikannya. Tetapi berapa lama beliau boleh bertahan di bawah Tan Sri Gani Patail? Gani sudah berusaha untuk memindahkan Yusuf sebagai hakim tetapi setakat ini gagal. Ada dua, tiga usaha lagi dijalankan oleh Jabatan Peguam Negara untuk menyingkirkan Yusuf tetapi setakat ini gagal.

    Tiba-tiba bertiup kencang berita Yusuf akan meletakkan jawatan atau dipindah keluar dari Jabatan Peguam Negara. Yusuf hari ini menafikan perletakan jawatannya tetapi …. tunggulah apa akan jadi pada nasibnya, seperti yang pernah terjadi pada bekas Peguam Negara, Dato’ Seri Ainum binti Mohd Saaid.

    Siapakah yang menyingkirkan Ainum? Sekarang masanya semua cerita-cerita di belakang tabir ini didedahkan kepada umum.

    Sallehuddin Saidin, timbalan pendakwa raya yang disingkirkan daripada mengendalikan kes Altantuya, telah meletakkan jawatan. Alasannya: Persaraan awal. Betulkah? Atau meninggalkan Jabatan Peguam Negara yang semakin tercemar?

    Begitu juga Yusuf Zainal — kesian, tidak ada orang politik mahu membela nasib birokrat-birokrat yang profesional dan jujur sehingga percaturan politik di Bukit Aman dan Jabatan Peguam Negara nampaknya akan dimenangi oleh tokoh-tokoh yang dicurigai kejujurannya?

    ReplyDelete