Monday, October 25, 2004

MIC samseng: 3 anggota polis berpihak

KENYATAAN MEDIA
ANGKATAN MUDA MALAYSIA PARTI KEADILAN RAKYAT

Pada 25 Oktober 2004 lebih kurang pada pukul 12.30 tengah hari semasa saya menghadiri sidang Media Mendesak Samy Vellu meletakkan jawatan di depan Selangor Assembly Hall, Jalan Datuk Maharajalela, K. Lumpur, hadir sekumpulan 10-15 orang yang mengaku anggota MIC. Mereka telah mencuba membuat kacau dan secara kasar meminta kami beredar dari kawasan tersebut. Walau bagaimanapun kami tetap tidak beredar. Kira-kira dalam sepuluh minit kemudian datang tiga orang anggota polis, salah seorang daripadanya berpakaian preman minta kami bersurai dan menanggalkan dua sepanduk yang digunakan dalam sidang media itu.†Sejurus itu secara tiba-tiba kumpulan MIC yang berada di situ terus meluru kepada kami dan secara kasar menolak saya dan kawan-kawan yang lain. Mereka bertindak ganas dengan diperhatikan oleh polis lalu mengoyak sepanduk kami. Apabila kami mencuba bertegas polis yang berpakaian preman tersebut mengarahkan kami diam dan mengugut akan membuat tangkapan jika kami tidak diam.Kemudian semua sepanduk tersebut diserahkan oleh anggota MIC itu kepada polis di situ.Kami menyesali tindakkan tiga orang anggota polis yang hadir itu kerana berat sebelah dan melindungi tindakan ganas dan samseng kumpulan MIC tersebut. Kumpulan MIC itu diketuai oleh Senator Datuk Saravanan, juga ahli jawatankuasa pusat MIC.

No comments:

Post a Comment