Saturday, April 24, 2004

Khidmat Negara:Keadilan hantar memorandum hari ini
OLEH:DALIA ISMAIL

Menteri Pertahanan Datuk Seri Najib Tun Razak Khamis memberitahu Program Latihan Khidmat Negara akan diteruskan walaupun terdapatnya kelemahan pelaksanaan fasa pertama program itu .
Katanya program itu perlu diteruskan kerana ia dapat memberi kesan yang amat besar kepada usaha pembentukan generasi akan datang, walaupun berlaku beberapa insiden seperti kes rogol membabitkan jurulatih PLKN sendiri terhadap seorang remaja berusia 18 tahun di Kem Merang, Setiu, Terengganu pada 18 April lalu.
Dalam pada itu , Angkatan Muda KeADILan, akan menghantar satu memorandum mendesak pengantungan segera PLKN Sabtu ini.
Agendadaily di maklumkan antara butiran memorandum itu mengesa PLKN dihentikan serta-merta dan satu siasatan terperinci dijalankan oleh satu jawatankuasa yang benar-benar bebas.
Timbalan Ketua Penerangannya , Badrul Hisham Shaharin,ketika dihubungi Agendadaily,mendakwa banyak cerita yang tidak didedahkan oleh kerajaan terhadap kepincangan modul progam PLKN ini.
Katanya,” kita bukan tidak setuju dengan hasrat Menteri Pertahanan untuk meneruskan PLKN. Tetapi kita amat kesal kerajaan cuba menutup kepincangan moral yang berlaku daripada pengetahuan umum.
“Bukan sahaja membabitkan kes pergaduhan dan rogol malah ada kes yang dilaporkan juga membabitkan gangguan seksual oleh jurulatih yang telah diselindungkan oleh komander kem latihan. Malah cerita jurulatih dan pelatih banyak didedahkan di akhbar berbahasa Cina.
“ Itu kita tidak bongkarkan lagi kisah kontraktor-kontraktor yang dilantik yang masih lagi gagal menuntut bayaran mereka untuk menjayakan fasa pertama PLKN ini,” ujarnya.
KeADILan mendesak PLKN dihentikan serta merta dan satu jawatankuasa bebas dibentuk kerana PLKN yang diletakkan di bawah bidang kuasa Kementerian Pertahanan itu dilihat tidak cukup bersedia untuk melaksanakan PLKN Fasa 1 yang bermula 16 Februari lalu.
PLKN kini disertai seramai 85,000 remaja yang lahir pada 1986.Mereka dipilih untuk menjalani latihan pertama PLKN, yang dibahagikan kepada tiga kumpulan setiap satu menjalani latihan tiga bulan, di 41 buah kem di seluruh negara.
KeADILan akan menyerahkan memorandum itu kepada Pengarah Jabatan Khidmat Negara untuk diajukan kepada Menteri Pertahanan di Bangunan Wisma Selborne Jalan Tun Razak, Sabtu ini jam 9.30 pagi.
Najib memberitahu para wartawan selepas satu majlis di Pulau Pinang bahawa PLKN akan diteruskan tapi segala kelemahan yang dikesan akan diperbaiki.
Sebelum itu Ketua Pemuda Keadilan Terengganu Faris Musa menyifatkan dakwaan kejadian rogol itu telah menimbulkan rasa kurang yakin rakyat terhadap jurulatih PLKN yang ada Mahkamah Majistret Kuala Terengganu telah menyambung tempoh reman selama sembilan hari lagi mulai Selasa lalu terhadap jurulatih yang didakwa merogol pelatih berkenaan bagi membantu siasatan polis.
Pengerusi Majlis Latihan Khidmat Negara Profesor Datuk Dr Ahmad Fauzi Ahmad Basri dalam kenyataannya minggu lalu juga bersetuju untuk mengkaji semula PLKN membabitkan keseluruhan konsep dan pendekatannya.

No comments:

Post a Comment

Post a Comment