Saturday, April 09, 2016

Catatan pengalaman Dialog dengan Dr.M : lari balik awal



1. Pada 2 April saya dijemput melalui whats app oleh salah seorang panatia penganjur Program Dialog Anak Muda : Deklarasi Rakyat, Realiti atau Fantasi ? untuk hadir dengan menghantar nama dan no.kad pengenalan. Sebelum itu saya sering dicabar oleh beberapa kelompok yang bersama Deklarasi agar saya duduk mendengar dulu dari Mahathir mengenai deklarasi ini.

2. Pada 7 April saya hadir bersama Komrad Edy Noor Reduan, Pengarah Propaganda SAMM dan Komrad Faisal Zainal, Penyelaras Muda SAMM. Kami tiba lewat beberapa minit, ketibaan kami disambut jelingan sekumpulan lelaki bertubuh sasa yang saya kira 'bodyguard' kepada orang penting yang sudah hadir selain wartawan yang berkumpul kerana tidak boleh masuk. Kami mendaftar dan mengambil tempat. Masuk sahaja Pengerusi Majlis sedang mengumumkan bahawa media, rakaman dilarang malah Pengerusi Majlis mengingatkan pengguna media sosial tidak terlalu laju melaporkan program dialog tersebut. Walaupun ia nampak sangat kontradik dengan semangat kebebasan dan kritikan terbuka kumpulan Deklarasi Mahathir namun saya mengambil sikap positif mungkin tidak mahu terganggu dan Mahathir bersedia untuk sesi terus terang.

3. Kehadiran kurang dari 100 orang, turut kelihatan Khairuddin (yang mengaku sepupu Anwar Ibrahim), Siti Hasmah, Marina Mahathir, Hishamuddin Rais (tukar tiub) juga ada selain Maria Chin, Ambiga dan mahathir sendiri di kerusi panel di depan. Muka - muka kepimpinan pelajar yang dikenali juga turut kelihatan.

4. Mahathir mengambil tempat bercakap awal, tak banyak yang diulas. Dia memulakan celoteh dengan mengingat sejarah Malayan Union dan kuasa raja tetapi keluhnya kini raja juga tak ada kuasa untuk berbuat apa. Secara sinis dia mengaku mengenai tindakannya meminda kuasa raja itu salah katanya dia jangka Raja yang akan timbulkan masalah tetapi dia tidak sangka Perdana menteri yang punca masalah negara.

5. Selepas dia duduk sesi soal jawab dibuka. Dua soalan awal ditanya secara 'formal' oleh wakil Kesatuan Pelajar dan Mahathir respon mudah ajak semua pelajar tumbang Najib dan masalah akan selesai. Kecewa dengan cara Mahathir memperbodohkan anak muda dengan jawapanya , saya mengambil tempat untuk bercakap selepas Adam Adli.

6. Rakaman curi yang dibuat oleh Kak Nashitah yang viral di media sosial itu hanya suku dari semua yang saya ucapkan. Saya bangun dan saya perkenal diri dengan mengatakan saya che'GuBard dari SAMM yang Tun katakan sebagai Kucing Kurap. Saya nyatakan bahawa Tun panik dan silap, saya tidak pernah mencabar Tun berdebat sebaliknya saya menjemput Tun untuk satu sesi terus terang supaya anak muda khususnya jaringan SAMM mampu mendengar sendiri dan membuat keputusan betul dan adil. Saya tegaskan dengan jelassaya tidak akan mengajak orang tua yang memang banyak buat salah yang akan menjadi point - point besar untuk saya 'score' kalau berdebat. Saya ambil kesempatan meminta Tun respon mengenai Kehilangan wang Rakyat memalui skandal Bank negara 1992 ketika TS Jaafar menjadi Gabenor sebanyak RM30billion, Skandal MAS RM580 juta, Skandal Perwaja RM10b, Skandal Bank Bumi RM10b, Skandal Maminco RM1.6b dan saya sebut mengenai Far Eastern Eeconomic Review yang menyebut jumlah RM1.6jutadigunakan Mahathir untuk balilout syarikat kapal anaknya selepas memecat dan menfitnah Anwar Ibrahim atas banyak alasan ini saya tak akan debat dengan Tun sebab teruk Tun akan kena. Ketika ini muka Mahathir berubah dan kelihatan Marina memaling ke arah saya dengan muka yang sangat marah tetapi saya cuma balas dengan senyuman.

7. Pengerusi mula mengganggu dengan meminta saya terus kepada soalan. Saya tegaskan untuk bertanya 3 soalan dan penegasan. Penegasan pertama saya ialah Deklarasi ini bukan deklarasi rakyat ia deklarasi Tun Mahathir kerana ia tak lalui proses suara rakyat, malah majoriti yang tandatangan ketika 4 Mac itu hanya melihat deklarasi penuh hari tersebut. Isinya pula berkisar dengan penyingkiran Najib dan musuh-musuh politik Tun Mahathir. Bagaimana dengan perubahan sistem dan pemansuhan undang - undang penting seperti akta hasutan, pemerkasaan pilihanraya yang bebas dan adil ? Saya tegaskan deklarasi ini hanya retorik dan untuk Tun penuhi kehendak politik semata. Bila saya sebut ini yang hadir bertepuk tangan. Saya katakan Tun hipokrit kerana baru ini dalam temuramah dengan media Indonesia Tun sebut soal Anwar bersalah tak boleh buat apa sebab mahkamah dah putus dan kena hormat, bila kena kat orang lain Tun suruh hormat dan ikut tetapi bila tak kena pada Tun , Tun bising kata sistem rosak lah apa lah.... 

8. Kedua saya sebut dengan jelas 2008 Tun ajak rakyat jatuhkan Abdullah dan semua ayat ajak jatuh Najib sama je bunyi skripnya semasa nak jatuh Abdullah. Masa nak jatuh Abdullah dedah berbiliion juta wang yang dirompak melalui Scomi, Skandal Oil for food termasuk khairy dituduh merompak berjuta - juta termasuk terlibat menjual saham berkepentingan negara ke Singapura. Saya tanya Bila Pak Lah jatuh Tun balik ke Umno semula dan dapat kedudukan istimewa semula tetapi apa usaha nak kembalikan duit rakyat. Saya katakan tak ada usaha kerana Tun bukan soal rakyat tetapi soal kehendak politik Tun semata bila Pak Lah dah jatuh Tun tak peduli pun soal rakyat dan kini sekali lagi nak guna benda sama.... masa ni yang hadir tepuk kuat lagi...

9. Pengerusi berdiri ketika ini untuk saya tamatkan bercakap. Saya sebut yang terakhir saya nak tanya Kenapa Anwar dipecat ? adakah kerana Anwar meliwat, agen Amerika atau dia halang Tun nak bail out anak Tun... saya juga bertanya kalau najib jatuh Tun nak siapa naik jadi PM dan TPM ? ketika ini Pengerusi bercakap dan minta saya berhenti... saya akur dan senyum lalu berhenti serahkan mikrofon.

10. Selepas saya saya ingat ada seorang bangun bertanya juga soal kenapa Tun tak buat apa soal Rafizi ditahan, bukankah Rafizi sekutu Tun sekarang ? dan Mandeep Sigh yang merupakan kakitangan seketeriat BERSIH bangun bertanya soal pilihanraya bebas dan adil dan perlu dimasukkan kedalam deklarasi.

11. Tun bangun jawab.... dia berpusing - pusing langsung tak menyebut atau mengulas apa yang saya bangkitkan. Berkenaan Rafizi dia sebut dengan jelas dia berjuang bukan untuk Rafizi... Rafizi buat salah langgar OSA maka kena lah hukum...dan sebab itu kena perjatuh Najib sebab kalau Najib jatuh Rafizi bebaslah...  berkenaan soalan BERSIH dia menagmbil analogi Sri Lanka dia sebut di Sri Lanka ada dua parti, satu parti isteri Janeral dan satu parti anak pejuang kemerdekaan. Bila isteri Janeral kalah dia kata pilihanraya menipu dan begitulah sebaliknya... Mahathir sebut pihak yang kalah akan sentiasa kata Pilihanraya menipu... ayat ini sepatutnya sudah menampar muka kumpulan BERSIH kerana mahathir sendiri tidak mengakui perjuangan BERSIH dengan tidak mengakui kepincangan pilihanraya.

12. Seorang pemuda duduk dibarisan depan bangun ingatkan mahathir yang dia tak menjawab lagi soalan che'GuBard. Mahathir terus tak peduli, dia mengulas pula mengenai orang tanya saya persoalan kenapa saya boleh duduk dengan musuh saya seperti Lim Kit Siang, Md Sabu dan lain lain. Mahathir sebut dengan jelas bukan saya datang tapi depa yang datang pada saya maka tanyalah depa. mahathir kata dia pun pelik bagaimana orang yang mahathir dah buat macam - macam salah pada mereka masih datang untuk sign deklarasi dengan Mahathir. Ketika ini saya bangun mencelah dan katakan "Tun, kamu tak jawab lagi soalan saya". Pengerusi Majlis mendiamkan saya semula dan Mahathir mengakhirkan ucapanya dengan penipuan katanya Anwar pun tulis surat kepadanya sokong dia. Ini jelas tipu mana ada Anwar tulis surat kepada Mahathir sokong dia... Ini mengingatkan kita dengan pembohongan Mahathir ketika kempen PRU lepas konon ugut nak dedahkan surat Wan Azizah kepadanya yang konon mengadu perihal Anwar.

13. Dia duduk dan terus bisik sesuatu pada pengerusi majlis dan pengerusi Majlis terus umum bahawa Tun Mahathir kena pulang awal kerana ada urusan penting dan soalan yang tidak berjawab akan dijawab oleh Ambiga dan Maria Chin. Saya dan ramai lagi anak muda , aktivis mahasiswa yang hadir tak boleh menyorokkan kekecewaan dengan cara Mahathir, hadir program dialog dengan syarat tiada media dan bila ditanya lari balik awal tinggalkan orang lain untuk cuci ? Inilah demokrasi terpimpin ala Mahathir.

14. Setelah hadir dan berdepan sendiri dengan Mahathir .... saya dan SAMM menegaskan garis yang kami ambil tidak salah dan tepat. 

che'GuBard, SAMM


Projek Lebuhraya di Selangor Membawa Musibah

Projek Lebuhraya di Selangor Membawa Musibah
Sekali lagi kerajaan Selangor mendapat perhatian dalam isu mengendalikan pembinaan lebuhraya yang akan memakan belanja berbilion-bilion ringgit dengan kos yang berat bagi alam persekitaran yang bakal dihancurkan. Kerajaan negeri bertekad untuk meneruskan dua buah projek lebuhraya yang diberikan kepada syarikat pemaju Prolintas, Lebuhraya SUKE ( Sungai Besi-Ulu Kelang Expressway ) dan DASH ( Damansara – Shah Alam Expressway ) walaupun dibantah oleh komuniti setempat, NGO alam sekitar, aktivis sosial daripada pelbagai lapisan masyarakat.
Selepas mengambil alih lebih 100 hektar daripada hutan simpanan Ampang dan Gombak bagi pembinaan Lebuhraya EKVE ( East Klang Valley Expressway ), kedua-dua hutan simpanan tersebut sudah ditutup dan projek pembinaan lebuhraya sudahpun dimulakan. Sekarang, kerajaan negeri ingin menghancurkan sebahagian daripada hutan simpanan Bukit Cerakah, hutan Sungai Buloh dan Bukit Sungai Puteh di Hulu Langat bagi pembinaan lebuhraya SUKE dan DASH. Sebahagian besar daripada hutan yang akan dimusnahkan bagi pembinaan lebuhraya ini merupakan daripada Taman Warisan Negeri Selangor yang diwartakan pada tahun 2007 sebagai tanah negeri yang dilindungi oleh Akta Perhutanan Negara 2005 dan diuruskan oleh Jabatan Perhutanan Selangor.
Taman negeri tersebut juga merupakan sebahagian daripada tulang belakang bagi Semenanjung Malaysia dan berfungsi sebagai kawasan tadahan air yang paling penting bagi Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. Hutan simpanan ini bukan sahaja kaya dengan biodiversiti tumbuhan dan haiwan, ia juga amat penting sebagai pembekal air bagi jutaan penduduk di semenanjung Malaysia. Hutan ini harus dilindungi daripada pengusaha dan kapitalis kaya yang akan cuba menggondol alam semulajadi ini bagi keuntungan swasta.
Bantahan daripada rakyat
Seperti perancangan lebuhraya KIDEX ( Kinrara-Damansara Ekspressway ) sebelum ini, pembinaan lebuhraya EKVE dan perancangan lebuhraya SUKE dan DASH mendapat bantahan daripada komuniti setempat. Jawatankuasa komuniti setempat yang mengatur kempen bantahan pembinaan lebuhraya ‘No SUKE Highway’ dan ‘Say No to DASH mewakili lebih daripada 42 ribu penghuni yang merangkumi hampir 20 komuniti. Kempen ini telah menganjurkan beberapa aksi bantahan termasuk perjumpaan awam, penyerahan memorandum kepada wakil rakyat dan protest jalanan di kawasan yang terbabit. Baru-baru ini, kempen “No SUKE Highway’ telah mengemukakan permohonan untuk semakan kehakiman mengenai projek Lebuhraya SUKE dan berjaya menghentikan langkah-langkah kerajaan negeri untuk meneruskan projek tersebut sehingga selesai semakan daripada mahkamah.
Pengerusi kempen ‘No SUKE Highway’ Agus Hassan mendakwa bahawa kerajaan negeri, terutamanya Menteri Besar Azmin Ali sebagai tidak menghormati seruan komuniti yang membantah projek ini dengan sekeras-kerasnya. MB Azmin Ali telah menjanjikan pengurusan yang lebih berhemah selepas pembatalan Lebuhraya KIDEX dua tahun lalu tetapi didapati bahawa itu adalah sekadar janji kosong. Pembatalan Lebuhraya KIDEX hanya merupakan sebuah langkah politik untuk menggulingkan bekas MB Khalid Ibrahim dan selepas menduduki takhta, Azmin Ali mendedahkan wajah sebenarnya yang gelojoh
dan tidak mewakili aspirasi rakyat. Walaupun pada awal pertabalannya Azmin digambarkan sebagai pejuang rakyat dengan propaganda ‘Jokomin’, kini sebarang jenis propaganda sebegitu sudah mula menimbulkan kesangsian di kalangan rakyat Selangor.
Selain itu, beberapa NGO lain dan aktivis alam sekitar telah memulakan kempen mereka sendiri untuk mempertahankan alam semulajadi yang dianggap amat bernilai dan tidak boleh diganti. Langkah kerajaan Selangor ini bukan sahaja akan memberi kesan kepada komuniti setempat, ia juga akan memberikan impak alam sekitar yang akan memudaratkan kehidupan semua penghuni berdekatan. Buat masa ini, penerokaan alam sekitar tanpa kawalan di Semenanjung Malaysia sedang menyebabkan banjir-banjir besar yang menjurus kepada malapetaka bagi jutaan rakyat biasa. Pembangunan, pembinaan lebuhraya dan pencemaran alam disebabkan oleh perlombongan bauksit sudahpun memberikan kesan yang mendalam bagi masyarakat di utara dan timur Semenanjung Malaysia. Dengan keasyikkan kerajaan Selangor untuk menghancurkan Taman Warisan Negeri, masyarakat Selangor juga boleh menjadi mangsa bencana alam tidak lama lagi.
no SUKE highway
Pembangkang Hipokrit
Walaupun wajah sebenar MB Selangor sudah terdedah, masih lagi keputusan Azmin Ali tidak dibantah oleh mana-mana kepimpinan parti PKR. Wakil rakyat yang telah bersuara semasa bantahan KIDEX dahulu semuanya mendiamkan diri. Malah, bekas aktivis alam sekitar Elizabeth Wong yang juga merupakan ADUN bagi Bukit Lanjan (kawasan terbabit) dan Exco negeri Selangor sanggup mengeluarkan kenyataan mempertahankan keputusan Azmin Ali. Mengikut ulasannya, projek lebuhraya tersebut adalah kesinambungan daripada perancangan kerajaan sebelum ini dan kerajaan pembangkang sekarang jauh lebih mementingkan kesihatan alam sekitar.
Walaupun kedua-dua kerajaan BN dan pembangakng PH langsung tidak ambil kisah tentang alam sekitar, kem pembangkang seringkali cuba memberikan imej yang lebih baik daripada parti pemerintah dan asyik menyalahkan kerajaan persekutuan bagi semua kelemahan mereka. Dalam kes lebuhraya SUKE dan DASH, adalah jelas bahawa Azmin Ali mempunyai peluang dan ruang yang cukup untuk membatalkan projek tersebut. Tanah dan sumber semula jadi adalah perkara berkaitan dengan pengurusan negeri dan di bawah kawalan penuh MB Azmin.
Menteri Kerja Raya, Fadillah Yusof sendiri telah mengakui bahawa projek-projek lebuhraya seperti ini hanya boleh diteruskan jika kerajaan negeri Selangor sendiri yang memasukkan projek-projek tersebut dalam rancangan mereka. Notis pengambilan tanah juga tidak boleh dikeluarkan oleh Pejabat Tanah Selangor tanpa kelulusan Exco negeri. Exco Elizabeth Wong yang terlibat secara langsung dalam hal ini tidak mempunyai sebarang alasan untuk memesongkan persoalan yang dibangkitkan berkenaan projek tersebut.
Menurut beberapa pihak, kerajaan negeri juga melanggar peraturan dalam usaha meneruskan pembinaan lebuhraya SUKE dan DASH kerana ia gagal untuk disenaraikan secara rasmi dalam rancangan tempatan. Biasanya, kes sebegini akan dianggap tidak sah dan ditolak secara automatik. Walaupun terdapat sebuah peraturan khusus sebegitu, kepimpinan negeri Selangor masih dapat meluluskan projek lebuhraya tersebut.
PKR_Kajang_03032014_620_329_100
Pengangkutan awam
Pada hujung tahun lepas, sebuah organisasi alam sekitar telah melaporkan bahawa Semenanjung Malaysia sedang mengalami penghapusan hutan dalam skala yang sangat merisaukan. Dalam keadaan pemanasan global dan perubahan iklim, aktiviti segelintir pengusaha yang menggondol hutan bagi mengaut keuntungan harus dibendung. Sememangnya syarikat swasta seperti Projek Lintasan Kota Holdings (Prolintas) yang bertanggungjawab bagi kedua-dua lebuhraya SUKE dan DASH tersebut sudah pasti hanya menumpukan perhatian penuh pada keuntungan wang duit bagi syarikat mereka. Ia adalah tugas kerajaan yang memerintah untuk mencantas kemahuan kapitalis besar dan melindungi hak rakyat daripada dicabul. Tetapi, sama seperti kerajaan pemerintah BN, kerajaan negeri PH juga didapati bersekongkol dengan syarikat pemaju besar untuk menekan kehidupan rakyat biasa. Adalah dikatakan bahawa lebuhraya-lebuhraya tersebut akan memudahkan pengguna jalan raya dan membebaskan mereka dari kesesakan. Tetapi, kerajaan negeri yang menjanjikan untuk menambah pembinaan pengangkutan awam sebagai alternatif bagi lebuhraya, menelan balik janji-janji mereka dan bertindak bertentangan. Walaupun dapat membebaskan rakyat daripada kesesakan lalulintas yang sementara, pembinaan lebuhraya ini akan mengakibatkan kehancuran alam sekitar yang tidak ternilai dan rakyat akan dibebankan dengan harga tol yang mahal. Alternatif pengangkutan awam seperti tren, tram atau lain-lain cara masih boleh difikirkan bagi menangani masalah kesesakkan dan adalah amat tidak matang untuk berhujah bahawa kita tidak ada pilihan lain. Peningkatan teknologi dan inovasi harus dipergunakan sepenuhnya untuk melindungi persekitaran dan pada masa yang sama berusaha menyelesaikan masalah harian yang dihadapi oleh rakyat biasa.
Di persidangan Parlimen baru-baru ini, Menteri Kerja Raya Malaysia telah mengumumkan bahawa kerajaan perlu membayar sekurang-kurangnya RM1 bilion sebagai pampasan kepada syarikat konsesi tol jika ingin mengelakkan kenaikan harga tol pada tahun ini. Ini merupakan tambahan daripada RM500 juta yang dipersetujui dan diperuntukkan bagi tahun ini dan syarikat lebuhraya mempersalahkan kejatuhan nilai ringgit bagi tuntutan baru mereka. Walaupun harga tol masih baru dinaikkan pada tahun lepas, kerajaan sedang dipaksa untuk memberikan lebih banyak duit kepada syarikat konsesi lebuhraya dan tidak ada sesiapa yang menentang tuntutan syarikat tersebut. Ini menunjukkan bahawa kedua-dua pemerintah BN dan pembangkang PH hanya menggunakan retorik kosong bagi meraih undi dan akan melupakan rakyat sejurus selepas menawan kuasa politik.
Pembinaan penentangan Agenda kapitalis besar dan kerajaan negeri yang bersekongkol dengan mereka seperti projek lebuhraya EKVE, DASH dan SUKE ini hanya boleh dikalahkan dengan kekuatan rakyat. Sebuah gerakan dari peringkat akar umbi harus di bina dan sebuah kepimpinan yang jelas harus dibentuk. Tanpa kepimpinan yang jelas, hala tuju dan kemenangan sesuatu gerakan itu tidak boleh dijamin. Tetapi dengan kepimpinan yang kukuh, sesuatu gerakan, walaupun dalam skala yang tidak seberapa, akan dapat memberikan impak yang besar dan akan melemahkan birokrasi kelas atasan. Lebuhraya KIDEX sebelum ini tidak mungkin dapat dikalahkan tanpa mobilisasi ratusan rakyat biasa yang sedar akan hala tuju dan matlamat mereka.
Kempen ‘No SUKE Highway’ dan ‘Say No to DASH’ setakat ini sedang memberikan kepimpinan yang baik dan bertindak sebagai suara kolektif dalam perjuangan rakyat yang sudah mula bercambah. Beberapa aksi yang ditaja oleh mereka mendapat sambutan yang baik di kalangan rakyat dan memberikan tekanan kepada golongan pemerintah dan kapitalis. Perjuangan ini harus diteruskan dan diperkembangkan. Kesedaran yang wujud dikalangan rakyat harus dipergunakan untuk menarik lebih ramai ke dalam perjuangan dan ini termasuk untuk memulakan dialog dengan organisasi-organisasi kelas pekerja dan komuniti lain untuk turut memberikan solidariti.
Alternatif Politik
Berdasarkan pengalaman rakyat Selangor dan rakyat dari negeri-negeri lain di Malaysia, adalah jelas bahawa terdapat satu kekosongan dalam perwakilan rakyat di arena politik dimana semua keputusan penting diambil. Rakyat biasa yang bertungkus lumus membina negara disisihkan daripada memberikan pandangan dan suara walaupun dalam isu-isu yang berkaitan secara langsung dengan mereka. Segala kuasa politik tertumpu di tangan segelintir birokrasi yang mengaburi mata rakyat dengan janji-janji kosong dan akhirnya berpihak kepada pemodal dan pemaju. Bagi menjamin sebuah perubahan yang akan dapat berkekalan, adalah mustahak bagi rakyat biasa dan kumpulan komuniti untuk mula mempertikaikan struktur politik yang terbina buat masa ini.
Rakyat biasa harus diberikan kuasa untuk membuat keputusan berkaitan dengan kehidupan seharian mereka. Bagi merealisasikan matlamat tersebut, adalah penting bagi kelas pekerja dan rakyat biasa untuk membina alternatif politik mereka sendiri. Kebergantungan mereka kepada kepimpinan anti-rakyat seperti parti-parti arus perdana harus dicantas dengan mewujudkan alternatif yang berkesan. Sebuah parti yang dibina secara demokratik, yang bertujuan untuk memperjuangkan kemahuan rakyat biasa dan yang menggabungkan semua elemen perjuangan akar umbi adalah alternatif yang paling sesuai bagi rakyat biasa.
Perjuangan komuniti dan pertahanan alam sekitar ini tidak harus berhenti dengan tuntutan-tuntutan asas sahaja. Beberapa tuntutan lain juga harus dimasukkan bagi menarik lebih ramai rakyat ke dalam gerakan. Misalnya tuntutan untuk mengadakan pilihanraya Ahli Majlis tempatan bagi memilih ahli majlis yang sesuai bagi masyarakat setempat. Pada masa ini, semua Ahli Majlis dilantik oleh kerajaan negeri dan menjadi pak turut birokrasi atasan.
Gerakan ini juga boleh menuntut solusi yang lebih baik bagi masalah kesesakan lalu lintas dan juga masalah kemerosotan alam sekitar yang dialami oleh rakyat biasa. Jika perjuangan ini tidak dilanjutkan kepada tuntutan demokrasi bagi rakyat, penduduk di kawasan yang sama boleh dimangsakan oleh kelas kapitalis dengan cara yang berlainan di masa hadapan. Demokrasi rakyat merupakan pertahanan yang paling berkesan bagi kelas pekerja dan rakyat biasa.

(video) Kebenaran 'rogol' hutan untuk lebuhraya tunjuk hipokrit kita

"Jika di Sarawak PKR dan parti pembangkang lawan pembinaan empangan antaranya empangan Baram... hujah kita jangan ceroboh hutan yang tidak akan terganti, jangan ambil tanah penduduk, sudah banyak empangan... dan macam - macam lagi...."

Kita tempelak alasan Kerajaan Sarawak yang menyatakan projek itu kena diteruskan kerana ia bersifat kepentingan awam. Malah kita ajak orang setempat tolak Barisan Nasional bila tiba pilihanraya nanti.

Sebaliknya di Selangor kita benarkan pembinaan beberapa lebuh raya serentak dengan menghancurkan hutan simpan kekal bertaraf kelas 1 yang sangat penting untuk ekosistem alam. Kelompok profesional, NGO dan penduduk setempat membantah namun kita teruskan konon kerana kepentingan awam.

Malah bukan sahaja kita menhancurkan hutan yang penting demi alam kita tetapi kita juga kianati manifesto mansuhkan tol sebaliknya kita membenarkan beberapa lagi lebuhraya bertol dibuka. Tidakkah ini satu pengkhianatan ?

Jika di Sarawak dan negeri lain bawah Bn kita lawan tetapi bila kita ada kuasa sikit kita sama sperti Bn... Adakah Selangor sedang menghantar isyarat bahawa PKR atau PH atau sebelum itu PR merupakan sebuah kerajaan munafik ? Cakap lain buat lain ?

dan ingatkah kita dengan antara alasan Khalid Ibrahim digulingkan oleh geng Azmin ? Antara alasanya ialah Khalid luluskan pembinaan lebuhraya bertol... dan kini Azmin meneruskan nya....


Dapatkan booklet bukti skandal balak Kelantan


Setelah menanti sekian lama akhirnya berjaya dicetak booklet 24 muka surat terkandung fakta dan bukti bersangkutan skandal Balak Kelantan. Masa diambil agak lama untuk mengumpul dana sendiri sesama anggota SAMM dan sumbangan kenalan untuk mencetak 25,000 booklet ini.

5,000 telah dibawa oleh Mohd Afiq ke Kelantan malam tadi untuk edaran di Kelantan dan bagi yang lain boleh didapati secara pos. Bagi yang berminat sila klik sini.

Selepas membaca membaca booklet ini pasti semua pelik bagaimana dokumen selengkap ini tidak mampu mengheret sesiapa bukan untuk didakwa tetapi untuk siasatan pun tidak berbunyi langsung.

Memetik kenyataan Mohd Afiq yang melaporkan kes ini ke SPRM "saya disoal siasat berjam jam sebaliknya pelaku yang dilaporkan bebas sehingga hari ini...saya ingat kembali cerita teman - teman yang buat laporan terhadap kepincangan pemimpin Bn.... kini saya rasa membuat laporan kepada pemimpin Pas tak ubah seperti membuat laporan kepada pemimpin Bn yang dilindungi.."

Ingatkah kita berkenaan tuduhan rasuah menerima rasuah pergi mengerjakan haji terhadap Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat ? tanpa bahan bukti hanya laporan kosong tetapi hanya beberapa jam diperlukan untuk Pengarah SPRM mengeluarkan kenyataan termasuk Umno buat buat demonstrasi depan Pejabat MB... tetapi berbeza kes ini , bukti diberikan tetapi semua didiamkan. Adakah ini antara 'deal' hubungan baik dan apabila Hadi sedondon dengan Najib ?

Untuk pengetahuan semua bahan bukti yang dicetak ini hanya sebahagian kecil dari bukti yang wujud. Kami masih menyimpan bukti termasuk resit asal kemasukan 'wang rasuah' yang dimasukkan ke bank. Bukan sahaja pemimpin politik pegawai kerajaan juga terlibat.

Untuk mendapatkan booklet bukti skandal balak sila klik http://chegubard.blogspot.my/2016/04/dapatkan-buku-bukti-mahathir-punca.html

PERSPEKTIF AP20160403 Azmin vs Chegubard

Cabar ke SPRM : Prof Dr Shaharuddin jangan jadi Prof kangkung

Saya telah dihantar link berita (klik sini) di mana seorang yang dikenali sebagai Prof Sahahrudin Badrudin telah mencabar saya agar membawa apa yang saya bangkitkan mengenai pentadbiran Azmin Ali ke SPRM.

Jujurnya saya tidak kenal pun Prof. ini yang tiba - tiba menjadi Naib Presiden PKR. Mungkin ia dilantik bagi tujuan tertentu agaknya. Namun apabila membaca komennya jelas ia tidak ubah seperti prof. kangkung yang lain yang menjilat penguasa semata.

Saya minta sesiapa tolong sampaikan kepada prof ini agar cerdik sikit kalau nak menjilat pun.

Minta ia baca kenyataan saya sebelum ini "Cabaran untuk saya ke SPRM ialah dari mereka yang tidak memahami pentadbiran itu sendiri. (rujuk m/s 4 kedua dua dokumen yang disertakan) Menurut undang – undang  adalah menjadi hak Kerajaan (sama ada pusat atau negeri) untuk memberikan apa juga projek atau kerja secara tender atau runding terus. Tetapi TENDER TERBUKA ialah janji ‘reformasi’ kita kepada rakyat. Tak kan nak buat laporan ke SPRM kerana Azmin menipu dalam sidang media dan Azmin mengkhianati aspirasi reformasi ?" atau untuk baca penuh sila klik http://chegubard.blogspot.my/2016/02/bukti-penipuan-azmin-di-media-berkenaan.html

Jika dia benar mahu memainkan peranan selaku Naib Presiden apa salahnya beliau hubungi cheGuBard dan mendengar sendiri apa sebenarnya yang dibangkitkan dan melihat sendiri bukti yang tersusun bukan sekadar memberi komen sekadar menjaga kepentingan diri.

Professor ini tahu atau tidaksemua proses aduan dalaman sudah dilalui sebelum pendedahan media dibuat ?

Jika inilah ahli akedemik yang nak disandarkan maka ia tak ubah seperti seperti Bn yang penuh dengan Prof kangkung pemuji tak kisah apa yang penguasa lakukan.

Maaf kalau tulisan ini kasar tapi ia sesuai dengan cara prof yang serbu dinding tak pakai helmet.

jemput baca juga (klik) Apa beza PKR dengan Umno ? Gantung kerana kritik penyelewengan. Libatkan polis untuk senyapkan kritikan

Citizens' Declaration: Chegubard mocks opposition leaders

KUALA LUMPUR: Suspended PKR life member Badrul Hisham Shaharin has branded opposition leaders who joined Dr Mahathir Mohamad in inking the Citizens' Declaration as lazy, saying they should be mobilising grassroots support on their own to topple the government.

According to the former Rembau PKR division chief, the mood of the people on the street is for a regime change.

“They should just go back to the grassroots and tackle the basic life problems and mobilise the rakyat to topple the regime. But instead, they bear Mahathir,” said Badrul in an interview with Berita Daily on Tuesday.

Badrul stressed that Mahathir will always be an Umno man despite having quit the party a second time.

“He has lost his influence in the party and is just playing politics.

“Look at (former Kedah menteri besar) Mukhriz (Mahathir), (Umno vice-president) Shafie (Apdal) and (suspended Umno deputy president) Muhyiddin (Yassin)…all of them are still in Umno.

“Their move is still within Umno and Barisan Nasional (BN) framework,” Badrul said.

He also reminded the opposition leaders that Mahathir did the same thing in Abdullah Ahmad Badawi’s time that ultimately benefited current Prime Minister Najib Razak.

“Mahathir is inside out Umno and he himself has pledged to return to the party when Najib is no longer the prime minister.

“And now we (the opposition) hold them as hero. I wanted to ask, in the next general election, wouldn’t the opposition front install a candidate against Muhyiddin if he stands for BN? The same person that has been billed a hero, the icon for struggle and agent of change.

“Now what will the rakyat think of the opposition then?” he said.

Badrul added that the opposition should inch closer to Putrajaya on its own strength unless a unity government is on the cards.

“Unless the opposition feels that the best way to move forward is a unity government led by Mahathir’s choice of prime minister.

“Or, the opposition is ready to join Umno after this,” he said, sarcastically.

The founder of the Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) said that his NGO's stand is for a caretaker government to take over the nation’s administration till the next general election.

“The first thing that the caretaker government must do is to set the date to dissolve Parliament. Give a grace period of two years for the caretaker government to solve the nation’s crisis and indict any parties of their wrongdoings without any compromise.

“In the two years, the caretaker government also must reform the electoral system to ensure a clean and fair election,” he said.

A number of political heavyweights from both sides of the divide last Friday cast aside their differences and joined hands in a bid to oust Najib from office by launching the Citizens' Declaration.

Malaysia's longest serving prime minister Mahathir‎, once reviled by the opposition as the pharoah for his way of ruling the country, led the movement which managed to secure more than 50 signatories.

Among Mahathir's one-time rivals who signed the declaration were PKR deputy president Azmin Ali, PKR vice- president Tian Chua, DAP supremo Lim Kit Siang and Amanah president Mohamad Sabu.

Thursday, April 07, 2016

SKANDAL DASH-SUKE : LAPORAN POLIS TERHADAP AZMIN ALI !

Sebanyak dua laporan polis dibuat oleh dua buah badan bukan kerajaan (NGO) terhadap kerajaan negeri Selangor pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Laporan itu dibuat oleh NGO, Say No To SUKE (SNTS) dan Say No To DASH (SNTD) pada 27 dan 29 Mac lalu berikutan perbincangan antara penduduk terkesan dan pentadbiran Azmin berhubung pembinaan lebuh raya bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) dan Sungai Besi-Ulu Klang (SUKE) temui jalan buntu.
“Kalau mereka tidak mahu berbincang dengan kami mereka boleh berbincang dengan pihak polis,” kata Pengerusi Say No To DASH, Agos Hasan Ashari kepada pemberita di lobi bangunan Setiausaha Kerajaan Selangor (SUK) di Shah Alam, hari ini.
Menurut Agos, antara isu berbangkit adalah kerajaan pimpinan Azmin didakwa melanggar Akta Perancangan Bandar dan Desa, yang menetapkan sebarang projek perlu dimasukkan dalam rancangan tempatan terlebih dahulu. Jika tidak, ia harus ditolak.
“Pemeriksaan di pihak berkuasa tempatan mendapati kedua-dua projek tidak dimasukkan dalam rancangan tempatan. Projek SUKE perlu dimasukkan dalam rancangan tempatan Ampang Jaya manakala DASH perlu dimasukkan dalam rancangan tempatan Petaling Jaya 2,” kata Agos.
Malah, urusan pengambilan tanah untuk projek berkenaan juga didakwa dibuat secara salah disisi undang-undang.
“Mengikut akta, sebelum pengambilan tanah kena ada kewartaan tetapi pengambilan tanah telah berlaku pada 23 Julai 2015. Warta untuk rancangan tempatan hanya dikeluarkan pada 14 Januari 2016,” jelas Agos.
Agos berkata laporan polis dibuat kerana mereka telah berputus dengan alasan berterusan daripada PKR, DAP dan PAS – tri parti yang membentuk kerajaan di Selangor.

Monday, April 04, 2016

Dapatkan buku bukti Mahathir punca perdagangan Malaysia - Israel


Petikan buku MALAYSIA MUNAFIQ " Kabinet dibawah Dr. Mahathir lah yang membuka ruang dagang dengan Israel semula dengan mengambil kesempatan pada Mei 1994 Parlimen Malaysia meluluskan Akta Larangan Import (Pindaan bil 7) yang menarik balik sekatan import terhadap barangan Isrel dan Afrika Selatan. Ia boleh menggugurkan larangan kepada Afrika Selatan sahaja tetapi begitulah liciknya politik Dr.Mahathir tanpa sedar ia mengambil kesempatan membuka ruang berdagang dengan Israel secara terbuka."
SAMM pernah mengeluarkan kenyataan ini awal tahun 2012 lagi klik http://chegubard.blogspot.my/2012/02/isu-perdagangan-malaysia-israel-tidak.html?m=1
atau dapatkan buku MALAYSIA MUNAFIQ dengan perbagai (termasuk salinan borang kastam dll) bukti perdagangan Malaysia - Israel.
RM15 + belanja Pos (RM6.00)
setiap belian akan diberi percuma
* booklet Wajah Sebenar Mahathir
* booklet fakta kes Anwar Ibrahim
* booklet Skandal Pembalakan Kelantan
Berminat sila bank in RM21 utk satu set buku ke akaun maybank no.555041113224 atas nama solidariti anak muda dan hantar bukti penghantaran ke whats app 0183557923 berserta alamat dan nama utk penghantaran.
Segera stok terhad.

Saturday, April 02, 2016

Setahun GST, protes tak disambut tangkapan lagi


Ini berbeza dengan keadaan pada tahun lalu, apabila seramai 79 orang ditahan ketika mengadakan protes membantah GST di kompleks yang sama.

Justeru, pihaknya telah membangkitkan 15 persoalan kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia berkenaan pengurusan kutipan cukai GST.


Berbeza dengan suasana setahun lalu, apabila beberapa ahli NGO dan parti politik menyertai protes membantah pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), bantahan hari ini oleh kira-kira 30 peserta tidak menyaksikan sebarang tangkapan oleh pihak berkuasa.
Kira-kira 20 anggota polis yang di sekitar perkarangan Kompleks Kastam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur hanya memantau keadaan dan membiarkan peserta protes dengan batahan mereka.
Pada kemuncaknya puluhan rubu yang membantah di bebeberapa bandar utama di seluruh negara dan juga berlaku beberapa tangkapan terhadap pemimpin mereka.
Protes hari ini bermula dengan aman sekitar jam 10.30 pagi itu sempena setahun sistem cukai baru dilaksanakan dan diketuai aktivis PSM, S Arutchelvan.
Mereka turut membawa kain rentang tertulis "Apa jadi dengan duit GST?"

Menurut Arutchelvan yang juga adalah jurucakap kumpulan bantah GST, kerajaan telah gagal mengawal, memantau dan menguatkuasakan apa yang dijanjikan sebelum pelaksanaan cukai tersebut.
Malah, Arutchelvan berkata pihaknya sejak awal sedia maklum bahawa cukai itu akan membebankan rakyat namun kerajaan tidak menghiraukan kebimbangan mereka.
Namun, Arutchelvan mendakwa pertemuannya dengan Pengarah Kastam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Datuk Abdul Ghani Othman jelas mengecewakan.
'Tidak bertanggungjawab sepenuhnya'
"Kami tanya soalan yang mudah saja dan tak susah mana pun tapi semua soalan itu pengarah Kastam tak boleh jawab.
"Tapi dia janji akan bawa persoalan kami kepada kementerian yang terbabit dan kami akan tunggu," kata Arutchelvan kepada pemberita di pintu masuk Kompleks Kastam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di Kelana Jaya.
Bagaimanapun, dalam reaksi balas Abdul Gani berkata dirinya tidak bertanggungjawab sepenuhnya untuk menjawab berhubung segala persoalan yang diutarakan kumpulan tersebut.
"Saya hanya jaga Kuala Lumpur sahaja, bukan satu Malaysia. Ia tidak adil, orang yang berhak jawab perkara ini adalah orang atas lagi.
“Awak juga bertanyakan soalan yang salah. Kami akan hantar soalan itu kepada pihak kerajaan," kata Abdul Gani.
Sementara itu, Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shahrin berkata apa yang dicanang Jabatan Kastam berhubung GST adalah penipuan semata-mata.
'Menyusahkan rakyat'
Katanya, adalah jelas pelaksaan cukai GST telah menyusahkan rakyat.
"Semua yang dia cakap sebelum GST tipu semata-mata. Persoalaan bila dah laksana kutipan puluh bilion rakyat jadi semakin susah. Baik wartawan, polis atau Kastam kita merasakan bebannya," kata Badrulhisham.
Beliau yang lebih dikenali sebagai Chegubard berkata pertemuan dengan Jabatan Kastam telah gagal menjawab dalam soal mekanisme pelaksanaan cukai tersebut.
"Ramai tanya kenapa pergi ke Kastam tapi saya nak beritahu kalau pergi MOF (Kementerian Kewangan) pun kita akan dapat jawapan yang sama.
"Tapi yang berkempen adalah kastam. Dia yang cakap GST baik dan sebagainya tapi bila kita datang hari ini bertanyakan satu harga barang dan perkhidmatan yang berlaku penurunan harga dia tak boleh bagi jawapan.
"Yang dia gagal jawab hari ini adalah mekanisme perlaksaanan. Maknanya kerajaan lepas tangan," kata Badrulhisham.