Sunday, January 20, 2013

Fathul Bari nikah di Siam itu urusan peribadi dia

Kenyataan Umum
19 Januari 2013

SAMM JEMPUT ANAK MUDA TINGGALKAN SERANGAN PERIBADI UNTUK BERMAIN ISU LEBIH BESAR 

Beberapa kebelakangan ini seolah gempar apabila berlaku penemuan sekeping sijil nikah di Thailang yang merakamkan bahawa Ulama Muda Umno, Ust Fathul Bari telah bernikah di Thailand. Maka gegak gempitalah serangan isu ini kerana ulama muda Umno ini bernikah lari.

SAMM sememangnya banyak tidak bersetuju dengan Fathul tetapi bagi SAMM isu nikah di Thailand ini isu peribadi dan tidak perlu dipermainkan. Ya, mungkin hujahnya ialah Fathul yang menjadi ikon agama Umno telah menunjukkan contoh tidak baik malah ada teman yang menyatakan Fathul tidak hormat YDP Agong dengan melangkaui institusi agama di Malaysia dengan bernikah di Thailand. Walau apapun ia masih berkisar isu peribadi. Isu seperti ini tidak menguntungkan negara jika diperbincangkan secara besar pun.

sijil yang dikatakan surat nikah ulama muda umno di siam

Ingat perubahan, reformasi ialah berasaskan politik baru. Yang diperdebatkan ialah politik nilai, yang diserang ialah salah guna kuasa korup dan pembaziran. Salah urus tadbir dan polisi yang salah bukan menyingkap urusan peribadi yang sulit dan mengaibkan.

SAMM juga agak sedikit terkejut kerana ramai teman- teman progresif tersedut dalam isu peribadi seperti ini. Kepada Fathul dan sekutu regim yang lain, kamu menyerang kami dengan politik lapuk fitnah peribadi tetapi yakinlah anak muda telah mula mengakar dengan politik baru bila muncul serangan peribadi kami tidak akan layan malah tampil membela.

Ini pendirian SAMM bukan baru dalam kes Chua Soi Leck contohnya SAMM pernah mempertegaskan ;
"Dalam isu Chua Soi Lek contohnya cheGuBard konsisten dari awal menyatakan ia satu pencerobohan ruang peribadi beliau. Yang harus di siasat dan dibincangkan oleh rakyat bukan betapa 'power'nya Soi Lek dalam rakaman tersebut tetapi sepatutnya ialah begitulah hebat dan seriusnya pertempuran dalaman sebuah parti (Mca) gabungan Bn. Soi Lek ketika itu cuba dibunuh karier politiknya kerana agak kritikal dalam beberapa isu. Yang harus di siasat ialah bagaimana ruang privasi seperti itu boleh diceroboh. Kedua apa kaitanya dengan pendedahan demi pendedahan mengenai betapa Mca sedang bergelumang dengan 'geng' kongsi gelap. Seterusnya perlu dibincangkan juga jika 'seks' tersebut adakah benar ada kaitan dengan rasuah untuk mendapatkan tender seperti yang didedahkan pada ketika itu juga. Namun oleh kerana tahap terlalu sukakan sensasi cerita 'keseronokan' menonton video itu melebihi isu yang lebih penting kepada rakyat." sila klik sini untuk baca lanjut
Hentikan politik serangan peribadi ! Didik diri dan rakyat membawa negara ke hamisfera politik baru.

Sekian.

che'GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia

Saturday, January 19, 2013

Forum tampilkan Bawani dan Sharifah (SW1M)


Rosmah berani sumpah kepada Allah cincin tak ada di tangan dia

untuk berlaku adil di sini cheGuBard siarkan videopenafian Rosmah Mansor dan petikan penuh berita berkenaan penafian dia dalam isu cincin dan cheGuBard cabar Rosmah arah media arus perdana siar juga video dan penjelasan che'GuBard berkenaan cincin itu. Tunggu penjelasan selepas ini,

Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor berkata beliau berani bersumpah kepada Allah bahawa padanya kini tidak ada cincin bernilai RM24 juta seperti yang didakwa oleh pembangkang.

Bagaimanapun, Rosmah mengakui beliau ada melihat cincin tersebut apabila ia dibawa masuk ke Malaysia untuk dipamerkan "kepada orang yang ada duit".

"Saya berani bersumpah, saya berani bersumpah kepada Allah, saya tak ada cincin itu di tangan saya langsung.

"Memang cincin itu masuk untuk dipamer kepada orang yang ada duit. Saya tak ada duit tapi saya tengok saja, very nice, very nice, habis cerita," katanya ketika berucap di Majlis Makan Malam Bersama Balu-balu Tentera dan Perasmian Persatuan Peniaga-peniaga Bekas Tentera Kuala Lumpur dan Selangor malam tadi.

Rakaman ucapan Rosmah itu telah dimuatnaik di Youtube oleh portal berita KLPos.

Walaupun Rosmah tidak menyatakan secara khusus tetapi dipercayai beliau merujuk kepada dakwaan bekas ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Badrul Hisham Shaharin pada 2011.

Badrul Hisham, yang juga dikenali oleh nama blognya - Chegubard - membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendakwa beliau menerima maklumat bahawa sebentuk cincin bernilai RM24,458,400 telah diterbangkan ke Kuala Lumpur dengan Rosmah sebagai penerimanya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz kemudian menjelaskan bahawa walaupun cincin itu dibawa masuk ke negara ini, ia tidak dijual dan akhirnya dikembalikan kepada syarikat yang memilikinya.

Rosmah kemudian menafikan dakwaan tersebut, dan menyifatkannya sebagai fitnah, tetapi tidak mendedahkan sama ada beliau pernah melihat cincin itu sebelumnya.

Wednesday, January 16, 2013

Utusan menipu dalam terang !

Kenyataan Terbuka

16 Januari 2012

UTUSAN ALAT PENIPUAN UMNO

Bukan sekali tetapi sudah banyak kali Utusan Malaysia didapati menipu oleh mahkamah dan diarahkan membayar denda, namun ini tidak langsung mengendurkan peranannya untuk terus menipu.

Dalam satu artikel yang boleh dicapai secara online di sini dengan jelas bukan sahaja menulis dengan memutar belit fakta untuk mengelirukan sebaliknya terus menipu.

Dalam keghairahan menipu penulis artikel tersebut dengan selamba menyatakan Datuk Saifuddin Nasution Ismail, Setiausaha Agong PKR sebagai pengerusi majlis dalam Himpunan di Stadium Merdeka, fakta sebenar acara petang itu menampilkan 4 orang juru acara dan yang pasti bukan Saifuddin.

Penulis juga menulis nama che'GuBard dengan menyatakan pada sebelum itu telah membuat pengumuman pada awal majlis bahawa kutipan derma pada malam menjelang Himpunan ialah RM30,000. Di mana faktanya che'GuBard hanya masuk ke stadium selepas mengetuai perarakan ribuan anak muda dari Kg. Baru masuk ke stadium berada di padang langsung tidak ke pentas utama, bagaimana che'GuBard boleh dikatakan membuat pengumuman. Nampak sangat pembohongnya.

Utusan sememangnya alat penipuan tanpa batasan, selepas dari peristiwa 'mogok utusan' dimana menyaksikan parti regim menguasai Utusan, sejak itu Utusan sudah hilang roh.

Sekian.

che'GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia

Terima kasih semua yang terlibat dalam Countdown #KL112

Kenyataan terbuka

16 Januari 2013

TERIMA KASIH BERSAMA MENCIPTA SEJARAH DALAM MENGIRA DETIK #KL112 - KALI PERTAMA 74 TOKOH MUNCUL TANPA PROTOKOL BERKONGSI SATU PENTAS

Bermula 26 Disember 2012 di Machang, SAMM dan SMM serta banyak sekutu lain telah mulakan Jelajah Anak Muda Mobilisasi #KL112 bagi sama menjayakan Himpunan Kebangkitan Rakyat. Sebanyak 16 program telah berjaya diadakan bagi membantu mobilisasi dengan kemuncak program tersebut diadakan program Rapat Anak Muda Mengira Detik atau Countdown#KL112 di Kelab Sultan Sulaiman, Kg. Baru, Kuala Lumpur pada 11 Januari 2013 bermula 9 malam - 12.15 tengah malam

Program Rapat Anak Muda tersebut telah mencipta sejarah berjaya menampilkan 74 tokoh tampil berpidato, menyanyi, bergurindam bagi menyampaikan masej menjelang Himpunan Kebangkitan Rakyat, mereka bukan sahaja tokoh politik, seliberiti ataupun mahasiswa sahaja tetapi orang biasa seperti pekerja kilang (dari Melaka), Nelayan (dari Terengganu), peniaga kecil dan seumpamanya ang membawa suara hati kebangkitan rakyat dari akar umbi. Pimpinan NGO antara majoriti yang mengisi pentas dan penampilan mengejutkan ialah Tuan Nasiruddin mewakili Persatuan Bekas Polis Malaysia yang mendedahkan bagaimana Bn terlibat mendiamkan aktiviti mengambil komisyen ke atas bantuan kepada bekas polis.

Kami memohon maaf atas kekurangan dalam penganjuran. Kami juga memohon maaf ke atas beberapa tokoh yang telah hadir namun tidak sempat untuk diberi ruang bercakap di atas pentas antaranya Syed Shahrir (bekas Presiden MTUC), Clement (anti Lynas), Shaarudin (Selamatkan Pantai Kito - Teluk Kemang), Sheikh Omar (anak muda anggota seketeriat HKR), Khalid Ismath (aktivis mahasiswa) dan Baginda (NGO orang asal Sarawak). Namun yakin semua berjiwa besar dan terus meraikan program sampai ke penghujungnya.

Selain sejarah menampilkan paling ramai tokoh dalam satu masa, pentas Rapat Anak Muda Countdown #KL112 malam tersebut juga telah diadakan tanpa protokol. Kali pertama pemidato disusun bukan berdasarkan darjat sebaliknya berselang seli tanpa protokol, kali pertama rakyat melihat bagaimana Naib Presiden PAS sampai dan duduk bersama hadirin di bawah pentas sementara menanti giliran naik ke pentas, YAB Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid sampai dan selamba duduk di belakang pentas. SAMM menjadikan pentas malam tersebut betul - betul berimej rakyat, kehadiran yang ramai juga telah menjadikan orang yang hadir sehingga duduk di bahagian tepi atas pentas. Semua termasuk wakil NGO, pimpinan kanan parti politik dan rakyat biasa semuanya berucap dalam masa 3-4 minit seperti yang ditetapkan.

Kutipan dana pada malam tersebut dari hadirin ialah RM 9,570.43 dan ini menampung kos penganjuran keseluruhan malam tersebut yang berjumlah RM 18,300.00. Majlis malam tersebut juga mendapat sedikit tajaan sumbangan RM4,000 dari PR Selangor melalui YB Amirudin Shaari.

Acara malam tersebut ialah kemuncak dari siri jelajah yang telah berjalan sejak 26 Disember lagi. Ramai yang terlibat menjayakan program ini. Kesempatan ini SAMM juga bagi pihak SMM penganjur bersama mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat khususnya sokongan dan dokongan dari Tn. Hj Mohamad Sabu serta seluruh jawatankuasa induk HKR.

Di sini cheGuBard juga ingin merakamkan setinggi - tinggi penghargaan kepada semua komrad SAMM yang telah bekerja bertungkus lumus dalam semangat adik beradik yang tinggi dengan mengorbankan masa dan kewangan bagi menjayakan keseluruhan program dari jelajah, malam mengira detik sehingga perarakan ke stadium oleh SAMM yang cukup mengujakan. Kita telah membuktikan anak muda mampu mencipta sejarah !

 Sekian

che'GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia

 SAMM mengetuai pergerakan dari Kg Baru ke Stadium Merdeka 12 Jan
 Malam Rapat Anak Muda Countdown #KL112 diakhirkan dengan nyanyian Blank Gamma dan tembakan bunga api


 dianggarkan lebih 15,000 hadir pada malam Rapat Anak Muda countdown #KL112
SAMM berjaya memobilisasi lebih 600 petugas hadir di Kuala Lumpur yang didaftarkan untuk beberapa tugas khusus pada 11 dan 12 Januari

Segmentasi mahasiswa SAMM akan anjur Forum tampilkan Presiden SW1M sebagai panelis

Kenyataan Terbuka

16 Januari 2013


SEGMENTASI MAHASISWA SAMM AKAN ANJUR FORUM TAMPILKAN PRESIDEN SW1M & BAWANI SEBAGAI PANELIS

Satu rakaman video petikan dari forum "Seiringkah Mahasiswa dan Politik"yang telah berlangsung di UUM baru - baru ini telah tersebar dan begitu menarik perhatian. Seorang mahasiswi saudari Bawani telah bangkit bertanyakan soalan dan kelihatan seseorang yang dikenali sebagai puan Sharifah Zohra Jabeen yang bertindak selaku moderator telah turun sehingga menarik mikrofon dari Bawani. Tindakan ini dilihat kurang matang malah beliau yang juga Presiden Suara Wanita 1 Malaysia telah bertindak memalukan Bawani hanya kerana mahasiswi itu menyatakan soalan yang jelas bercanggah dengan beliau.

Sememangnya SAMM juga kesal dengan kejadian yang berlaku seharusnya di institusi pengajian tinggilah tempat seharusnya percanggahan pendapat dibincangkan dan disuburkan. Namun apa yang berlaku dalam forum tersebut menggambarkan sebenarnya situasi sebenar dalam kebanyakan IPT negara. Ini menjadi antara punca 'rangking' IPT negara semakin menjunam di mata dunia.

Perbagai respon muncul, sehingga nama #Bawani dan #Zohra menjadi trends dalam laman (antarabangsa) blog mikro twitter. Amat menyedihkan respon sama ada menyokong Bawani atau pun Zohra ada kelihatan agak melampau sehingga mengheret sentimen perkauman. Umno yang selama ini rapat dengan Zohra kelihatan cuba menjauh diri dengan beberapa penafian pimpinan Umno yang menyatakan Zohra ada kaitan dengan Umno tetapi menyatakan Zohra hanya pemimpin wanita KIMMA sebuah parti politik yang turut bernaung dibawah Bn.

Walaupun tidak bersetuju dengan pemikiran Zohra yang menghalau orang yang tidak bersetuju dengan regim penguasa untuk keluar dari negara ini, namun SAMM merasakan perlunya Zohra diberi ruang untuk muncul secara waras dan teratur bagi menyatakan apa sebenarnya yang berlaku dan memberi ruang beliau menyatakan pendapat. Situasi negatif ini harus diambil kesempatan oleh anak muda untuk menjadikannya pertembungan pendapat yang positif berasaskan fakta dan ilmu.

Maka SAMM telah menghantar satu surat pelawaan untuk diadakan satu forum seperti berikut ;

Forum  : Kebebasan Akedemik dan Hak Asasi
Tarikh  : 22 Januari 2013
Masa    : 8.30 malam
Tempat : Dewan Perhimpunan Cina Selangor, Kuala Lumpur

3 Panelis dinamakan sebagai panel forum ini dan sudah dihantar jemputan kepada mereka iaitu Puan Sharifah Zohra Jabeen, Saudari Bawani dan Dr. Maszlee Malek.

Diharapkan semua panelis khususnya Bawani dan Zohra dapat dengan jiwa besar untuk menerima pelawaan ini demi sama membina persekitaraan yang membina anak muda Malaysia.

Sekian.

Wan Noor Farel Azli Wan Haron
Pengarah Segmentasi Mahasiswa
Solidariti Anak Muda Malaysia


Tuesday, January 15, 2013

Koleksi kenyataan pimpinan utama Umno berkaitan Islam


HKR 12 Jan paling aman dalam sejarah – Peguam Pemerhati

KUALA LUMPUR 14 Jan: Himpunan Kebangkitan Rakyat adalah perhimpunan paling aman dalam sejarah negara, ibarat karnival keluarga, menurut Pemerhati Majlis Peguam.

“Sangat aman…Peserta himpunan mengikut arahan. Secara keseluruhan, tiada masalah,” kata Peguam Pemerhati Majlis Peguam, Wan Muhammad Hafiz.

“Saya rasa seperti di karnival keluarga. Paling aman dalam sejarah,” kata seorang lagi Peguam Pemerhati, Azira Aziz.

Beliau menterjemah demikian kepada Keadilan Daily sebaik kumpulan berjumlah 3,000 rakyat dari Kampung Baru tiba di Stadium Merdeka, Sabtu lalu.

Peserta HKR dilepaskan dari lokasi tersebut diketuai Penyelaras Solidariti Anak Muda Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin atau CheguBard.

Perjalanan ke Stadium Merdeka sejauh lima kilometer mengambil masa kira-kira sejam setengah diiringi, sebuah jip 4WD dan van yang turut dipenuhi minuman dan kelengkapan perubatan untuk peserta.

Kumpulan ini bertepuk tangan dan menyanyi beramai-ramai lagu rock dari kumpulan One Buck Short berjudul ‘Kelibat Korupsi’ bagi menaikkan semangat peserta.
 
Mereka turut mengibarkan bendera besar SAMM, bersama puluhan bendera kecil lain menarik perhatian orang ramai dari dalam kedai dan pejabat untuk segera ke pinggir jalan mengambil gambar.
Manakala para pemandu kereta membunyikan hon dan menunjukkan isyarat bagus.

Beberapa wartawan media arus perdana dan online yang ditemui memberitahu, Himpunan Kebangkitan Rakyat seperti ‘pesta jalanan’.

“Sangat menarik dan sangat bagus. Kita boleh ‘jual’ berita. Liputan membolehkan (jualan akhbar) laris,” kata seorang wartawan kanan yang ditemui.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=43122

Friday, January 11, 2013

mencipta sejarah malam ini : 50 tokoh berkongsi pentas

NAMA PROGRAM           : RAPAT KEMUNCAK COUNTDOWN #KL112
ANJURAN                            : SAMM & SMM DENGAN NAUNGAN JK INDUK HKR
TARIKH &MASA                                : 11 JAN 2013, 8.30mlm – 12.30 tgh mlm
VENUE                                  : KELAB SULTAN SULAIMAN, KG BARU

GILIRAN PENTAS
RANGKUMAN PERTAMA (8.15pm)
TOKOH / SELEBRITI
ORIGIN
AMRAN
PEMANDU TEKSI
ZURAIDI
PEKERJA KILANG
JAMIAH
SURI RUMAH
SHARIFAH
PENIAGA MELAYU P.PINANG
IBRAHIM ALI
NELAYAN
YB TIAN CHUA
NAIB PRESIDEN PKR
CIKGU NORMALA
GERAKAN PEMBANGUNAN PENDIDIK KEBANGSAAN
CYNTHIA GABRIEL
SUARAM
WAKIL
PERSATUAN BEKAS POLIS
PROF DR G BALASUBRAMANIAM
Wakil professional India Muda
KOL (B) NAZARI
Kerabat
DINSMAN (sampaikan sajak)
PENGGIAT SENI

RANGKUMAN KEDUA (9.00pm)
TOKOH / SELEBRITI
ORIGIN
YB HUSAM MUSA
PAS
YB FUZIAH
NAIB PRESIDEN PKR
WONG TACK
ANTI-LYNAS
YB ANTHONY LOKE
DAP
SUHAIZAN
TANAH
HARIS IBRAHIM
AKTIVIS ASALKAN BUKAN UMNO
SHAHARUDDIN
SELAMATKAN PANTAI PD
WAKIL PENGERANG
RAPID PENGERANG
TN SYED IBRAHIM
GERAKAN MANSUH ISA
ITO (PERSEMBAHAN)
PENGGIAT SENI

RANGKUMAN KE-3 (10.00pm)
TOKOH / SELEBRITI
ORIGIN
YM TENGKU HARMY
SEPUPU YDP BESAR N.SEMBILAN
RAJA BAHARIN
‘R’ TERENGGANU
ZUNAR
KARTUNIS
ABBY ABADI
SELEBRITI HIJRAH
HAIRIE OTHMAN
SELEBRITI HIJRAH
ISHAM RAIS
AKTIVIS INTERNASIONAL
SAFFWAN ANANG
PRESIDEN SMM
KC HENG
DEMA
ADAM ADLI
PENGARAH PROG/MAHASISWA
ISHAK SURIN
MUAFAKAT
Prof Dr. Shaharir
GM PPSMI
PAK SAMAD (PENYAMPAIAN SAJAK)
SASTERAWAN NEGARA

RANGKUMAN KE-4 (10.45pm)
TOKOH / SELEBRITI
ORIGIN
ABDULLAH ALI
BEKAS PEMAIN BOLASEPAK
DATUK FAUZI SHAARI
BEKAS KETUA JSJ PDRM
MAZLAN ALIMAN
ANAK
NAZRI DERAMAN
‘R’ KELANTAN
TS KADIR SHEIKH FADZIL
TOKOH UMNO
ARUL
PSM
BLANK (PERSEMBAHAN)
SELEBRITI HIJRAH (BEKAS KUMPULAN GAMMA)

RANGKUMAN TERAKHIR (11.30pm)
TOKOH / SELEBRITI
ORIGIN
AMNI JAGAT (SAJAK ABU)
PENGGIAT SENI
YB SYED AZMAN
PAS
YB DS WILFRED BUMBURING
Angkatan Perubahan Sabah
YB DATUK SAIFUDIN NASUTION
S/U AGONG PKR
TS KHALID IBRAHIM
MENTERI BESAR SELANGOR
TN HJ MAT SABU
PENGELOLA HKR / TIMBALAN PRESIDEN PAS

SETIAP TOKOH/SELEBRITI HANYA AKAN BERUCAP MAKSIMUM 4- 5 MINIT SAHAJA

Friday, December 28, 2012

Mohon penjelasan Ketua Pemuda Umno mengenai jutaan hutang di Bank Pertanian

Kenyataan Umum

27 Disember 2012

MOHON PENJELASAN KHAIRY JAMALUDDIN MENGENAI PINJAMAN BANK PERTANIAN BERNILAI JUTAAN RM YANG BERDASARKAN REKOD MASIH TERTUNGGAK

Kami mendapat maklumat dokumen yang setelah diperiksa balas diyakini sahih menyatakan Ketua Pemuda Umno Malaysia, Khairy Jamaluddin pernah mendapat kemudahan pinjaman membawa nilai jutaan ringgit dari Bank Pertanian Malaysia Berhad. Kemudahan pinjaman ini diperolehi ketika bapa mertuanya Abdullah Badawi menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Juga berdasarkan rekod data yang diperolehi pinjaman tersebut masih tertunggak (tidak berbayar).

Ketika terlalu ramai mereka yang terlibat dalam bidang pertanian bermasalah untuk mendapat kemudahan pinjaman, persoalanya kini bagaimana pinjaman bernilai jutaan ringgit tersebut boleh diperolehi dengan mudah, adakah pinjaman tersebut dikeluarkan dan digunakan berdasarkan syarat pinjaman Bank Pertanian ?

Mohon Khairy muncul dengan penjelasan mengenai perkara ini ? Jika ini semua benar wajarlah pimpinan Bn bersungguh - sungguh mengelak untuk membuat pengistiharan awam harta milikan mereka dan keluarga. Bagaimana pula rekod pembayaran kemudahan pinjaman ini , jika dalam keadaan biasa ramai dikejar kerana gagal membayar hutang. Anak muda terpaksa suruk kereta hanya kerana 3 bulan gagal membuat bayaran, ramai anak muda muflis hanya puluhan ribu pinjaman tetapi bagaimana dengan pinjaman jutaan menantu (bekas) Perdana Menteri ini. Bagaimana dengan faedah pinjaman yang dikenakan pula ?

Mohon Khairy sendiri tampil menjawab sendiri.

che'GuBard
Penyelaras Kebangsaan
Solidariti Anak Muda Malaysia



Wednesday, December 26, 2012

Pelancaran JELAJAH ANAK MUDA MENUJU #KL112 | 26Dis| 7mlm| Machang| Kelantan

DISEMBER 26 | 7.00 MALAM | MACHANG | KELANTAN 
[PELANCARAN ROADSHOW MENUJU #KL112 - 1 JUTA TURUN!!]
Tapak Ekspo, Jalan Machang-T.Merah, Machang
YB Saifudin (PKR), Chegubard (SAMM), Dato Che Loh, Ustaz Latif, Ustaz Fadly Shaari,
Adam Adli (SMM), Cikgu Man (AMK)

Pertanyaan: 019-9317608
Bagi menggandakan momentum mobilisasi ke arah Hari Kebangkitan Rakyat #KL112, satu inisiatif besar telah disusun oleh Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dengan kerjasama sekutu anak muda terdiri daripada Solidariti Mahasiswa Malaysia dan dengan sokongan seketreriat HKR, satu roadshow Jelajah Anak Muda Menuju #KL112 akan menjengah ke seluruh Negara.
Pihak secretariat Jelajah Mobilisasi Menuju #KL112 juga menjemput semua NGO yang mempunyai tuntutan rakyat untuk hadir ke pentas jelajah ini bagi terus menghasut orang ramai hadir ke Kuala Lumpur pada tarikh yang dimaksudkan. NGO diberi keutamaan dan setakat ini, hampir semua venue jelajah akan dihiasi oleh warna-warna NGO bertuntutan.
Harapan secretariat Jelajah Mobilisasi Menuju #KL112 agar maklumat jelajah bersifat ‘countdown HKR’ ini dapat dihebahkan sebaik yang mungkin bagi memberikan impak terbesar menjelang perhimpunan paling besar dalam sejarah negara – yang menampilkan… 1 Juta Rakyat!
Pelancaran gilang-gemilang akan bermula di Kelantan pada 26 Disember, iaitu 16 hari menjelang #KL112, seterusnya Jelajah Anak Muda akan menjengah semua negeri di semenanjung dengan 12 lokasi dan kemuncak jelajah ‘Final Countdown’ akan berlangsung di lokasi bersejarah negara iaitu Padang Kelab Sultan Sulaiman Kg Baru, Kuala Lumpur pada 11 Januari 2013 mengira detik 12 Januari 2012

Projek tanah Upayapadu: Umno diminta tanya Awang Adek


KOTA BHARU: Beberapa badan bukan kerajaan dan Umno diminta bertanya kepada bekas Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Malaysia, Datuk Dr Awang Adek bin Hussin berkaitan pembangunan tanah di Gua Musang.

Ini kerana, beliau yang menandatangani surat sokongan agar projek membabitkan Yayasan Islam Kelantan (Yik) dan  Upayapadu Plantation Sdn Bhd dilaksanakan.

Demikian kata Ustaz Fadli Shaari (gambar), Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan dalam satu kenyataannya hari ini.

Surat yang ditandatangani oleh Awang Adek adalah kedua selepas surat pertama dari Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Malaysia pada masa itu iaitu Datuk Peter Chin Fah Kui kepada Upayapadu Plantation Sdn Bhd pada 12 Oktober 2005.

Penjelasan Fadli ini merujuk kepada beberapa laporan akhbar yang masih lagi memainkan isu berkenaan sekeping tanah seluas tanah 10,526 hektar milik kerajaan negeri Kelantan yang didakwa sebagai habuan kepada pemimpin DAP Perak agar mereka sudi menyerahkan kerusi Menteri Besar Perak kepada PAS selepas pilihanraya umum 2008.


(Surat Awang Adek dan Peter Chin yang menyokong projek)

Sekalipun penjelasan telah diberikan panjang lebar dalam kenyataan sebelum ini, tetapi kelihatan pemimpin UMNO bersama beberapa NGO pro UMNO masih belum faham atau 'berpura-pura untuk tidak faham'.

Hari ini, 25 Disember 2012, dilaporkan di dada-dada akhbar desakan NGO Orang Muda Berpadu Anti Korupsi (OMBAK), Wira PERKASA dan Pertubuhan Minda Orang Muda (MOM) agar penjelasan dibuat oleh YAB Tuan Guru Menteri Besar Kelantan.

Begitu juga akhbar semalam 24 Disember 2012 di mana Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Haji Mohd Fatmi Haji Che Salleh juga turut mengeluarkan kenyataan yang sama nadanya.

"Kenyataan-kenyataan ini seolah-olah ingin menyebut bahawa projek yang dilaksanakan oleh syarikat ini ialah rahsia sehingga ia terdedah dengan laporan blog pisau.net," katanya.

Menurut beliau, ia bukan projek rahsia kerana telah dimaklumkan kepada Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi Malaysia.

Surat kelulusan pula telah dihantar kepada pihak Upayapadu Plantation Sdn Bhd pada 12 Oktober 2005 dan ditandatangani sendiri oleh Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Malaysia pada masa itu iaitu Datuk Peter Chin Fah Kui.

"Salinan surat-surat tersebut saya kepilkan bersama untuk rujukan," kata Fadli dalam kenyataannya.

Justeru, katanya, beliau meminta semua pihak di Kelantan terutama pemimpin UMNO dan NGO-NGO boleh bertanya terus kepada Dato Dr Awang Adek berkenaan isu ini.

Menyentuh kenyataan Pengerusi OMBAK agar YAB Tuan Guru Menteri Besar mendakwa blogger pisau.net jika benar ia merupakan satu fitnah, Fadli menulis, "saya kira OMBAK boleh bersabar."

"Mana tau, jika nasib baik, OMBAK pun boleh dimasukkan bersama dalam senarai defendan nanti," katanya berikutan cadangan Menteri Besar Kelantan agar pihak yang memfitnahnya sebelum ini disaman.

Saturday, December 22, 2012

TV3 sibuk pasal Selangor tapi lupa air di Kuala Pilah berkarat

Kualiti air di kawasan Kuala Pilah berada dalam keadaan yang teruk sejak akhir-akhir ini. Tidak sepatutnya ini berlaku memandangkan ia telah diuruskan oleh syarikat swasta iaitu SAINS.
Setiap rumah tetap membayar jumlah yang sama biarpun kualiti air yang diterima sangat menyedihkan.
Menjadi tanda tanya kepada masyarakat untuk apa urusan bekalan air ini diswastakan jika masyarakat tidak dapat menikmati kualiti air dan perkhidmatan bekalan air yang lebih bagus.
Air yang ditadah dalam kolah berkeladak  sekitar DUN Senaling sejak akhir-akhir ini. 
Masalah bekalan air yang di hadapai oleh negeri-negeri dibawah Barisan Nasional dipekakkan mata dibutakan telinga oleh pelbagai media.
Ibarat kuman di seberang laut nampak, gajah di depan mata tak nampak.
Gambar air paip berkeladak dan berkarat di Kuala Pilah di http://pasns.blogspot.com/2012/12/bekalan-air-paip-di-kuala-pilah.html

Sunday, December 16, 2012

Sidang Meja Bulat Pengerak Anak Muda Sabah 2012

sebahagian dari peserta dalam sidang pleno resolusi

dalam sidang media selepas selesai sidang meja bulat turut serta Jefery (AMK Sabah)
Kenyataan Media

16 Disember 2012

SIDANG MEJA BULAT PENGERAK ANAK MUDA SABAH 2012 HASILKAN 3 RESOLUSI

Pada 15 Disember 2012, secara rasminya SAMM Sabah telah dilancarkan. Sempena pelancaran SAMM Sabah telah diadakan satu Sidang Meja Bulat Pengerak Anak Muda Sabah 2012 di Lintas View Hotel, Kota Kinabalu. Sidang meja bulat ini telah dihadiri oleh 50 pengerak anak muda dari perbagai latar berlakang organisasi.

Sidang Meja Bulat yang dipengerusikan oleh Boby Bin Lewat @ Ewat yang bermula jam 12.00 tengahari telah dirasmikan oleh Datuk Kalakau Untul. Kalakau merupakan Presiden Persatuan Dusun Sabah Bersatu, bekas Timbalan Menteri Buruh. Dalam ucapan ringkasnya dia mengimbau pengalaman selaku Ketua Pemuda UPKO selama 12 tahun. Beliau menegaskan betapa anak muda harus duduk sendiri berbincang untuk membuat keputusan demi masa depan negara.

Dalam sidang meja bulat pertama yang mengabungkan anak muda dari perbagai latar belakang politik ini telah berlangsung selama 3 jam dengan menghimpunkan pandangan dan idea dari semua pihak. Telah dipersetujui 3 Resolusi penting dalam sidang meja bulat ini iaitu  :

  • menyedari masalah pendatang tanpa izin yang diberi kerakyatan secara 'pintu belakang' menjadi satu masalah utama yang memberikan impak sosial, ekonomi dan keselamatan kepada Sabah secara keseluruhan. Masalah ini bermula dari pada Projek Kad Pengenalan bawah Dr. Mahathir dan kini semakin parah di bawah Najib Razak. Masalah ini ialah konspirasi penguasa kerajaan pusat untuk terus mengawal dan menjadikan Sabah sebagai simpanan tetap untuk kekal berkuasa. Apabila masalah ini mula disedari maka Kerajaan Pusat dibawah Bn berjanji untuk mengadakan Suruhanjaya Di Raja bagi menyelesaikan isu ini. Namun janji tinggal janji. Pada 29 Julai 2012 Datuk Seri Panglima Wilfred Bumburing, Timbalan Presiden UPKO dan ahli parlimen Tuaran telah istihar diri keluar Bn kerana tututan Suruhanjaya Di Raja (RCI) isu Kad Pengenalan kepada orang asing tidak dilayan sekali lagi Najib mengulang janji mengumumkan akan diwujudkan RCI. Namun sehingga kini masih tidak tertunai. Sehubungan dengan itu Sidang Meja Bulat Pengerak Anak Muda Sabah 2012 dengan ini memutuskan tidak boleh ada PRU ke 13 tanpa menunaikan janjiRCI ini yang mengumumkan tindakan yang ke arah penyelesaian yang konkrit serta menghukum pengkianat yang terlibat. PRU tanpa RCI isu kad pengenalan  dan tindakan konkrit hanya proses untuk menipu dan meragut hak warga Sabah kerana pendatang yang memegang Kad Pengenalan ini sudah didaftar menjadi pengundi dan jumlahnya hampir sama dengan penduduk asal Sabah yang sah. Sidang Meja Bulat hari ini memutuskan jika PRU 13 tanpa RCI maka semua wajib menolak parti yang bersekongkol dengan parti yang menguasai putrajaya (Bn) walaupun parti itu berwajah Sabah kerana mereka bersengkongkol mengkhianati hak warga Sabah

  • pilihanraya umum akan menjelang ini amat penting demi masa depan politik Malaysia amnya dan Sabah khususnya. Rakyat Sabah telah ditindas dan diperbodohkan selama 55 tahun maka kami mengistiharkan PRU akan datang ini bukan perlawanan parti politik melawan parti politik tetapi kuasa rakyat melawan Barisan Nasional. Jesteru itu semua parti politik yang melawan Bn wajib sekarang untuk duduk semeja berunding ke arah satu lawan satu. Kami anak muda menyeru semua membuang jauh kesombongan dan ego politik kepartian sempit demi masa depan negara. Anak muda menggesa wajib satu lawan satu, ego politik kepartian sempit sehingga menyebabkan lebih satu calon ialah pengkhianatan besar kepada rakyat.
  • Anak Muda bersetuju sidang meja bulat seperti ini akan dijadikan platform gerakan anak muda untuk mencari kebersamaan demi masa depan Sabah dan Malaysia yang dicintai. Dalam masa terdekat ini akan diadakan satu siri latihan anak muda dengan menumpukan latihan hak warga ke arah memperkasakan anak muda Sabah yang lebih berperanan dalam menentukan masa depan sendiri.
 Resolusi ini telah dibacakan oleh Boby (Penyelaras SAMM Sabah) dan dipersetujui dengan laungan 'tukarrr!!' oleh 50 anak muda. Selepas ini resolusi ini akan diperturunkan ke seluruh anak muda Sabah melalui perbagai program anak muda.

Sekian

Seketeriat
Sidang Meja Bulat Pengerak Anak Muda Sabah 2012

antara yang hadir

Sumpah Najib tak kenal Altantuya benar atau palsu?

akan terbit satu lagi terbitan sensasi SAMM nantikannyadi pasaran
Arkib berita Utusan 23/8/2008
Ramai orang pakat timbulkan persoalan ini apabila towkey karpet Deepak Jaikishan pecah lubang isu akuan bersumpah 1 dan 2 P.Balasubramaniam penyiasat persendirian yang kini berada di luar negara.

Deepak dakwa Najib ada peranan dalam isu SD Bala -Malaysiakini
Ahli perniagaan Deepak Jaikishan mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memainkan peranan utama dalam tindakan penyiasat persendirian P Balasubramaniam yang menarik balik pengakuan berkanun (SD) pertamanya pada tahun 2008.

Dalam satu wawancara dengan Harakah, seperti dimuatkan di Youtube, Deepak mendakwa Najib berbuat demikian demi mengelakkan tindakan yang mungkin diambil seteru dalam Umno bagi menghalang cita-cita Najib menjadi perdana menteri.
"Tetapi satu faction lagi dalam Umno yang tidak mahu Datuk Najib menjadi perdana menteri, mereka ada kepentingan mereka, mereka dudah bersedia.

"Salah seorang ahli kumpulan ini akan keluar dan berikan SD dan menceritakan siapa yang arahkan dia melakukan perbuatan kejam ini dan siapa yang mengarah orang itu, ini sangat high level," kata Deepak.

Pada masa itu, Najib merupakan timbalan perdana menteri. Beliau kemudiannya dilantik menjadi perdana menteri pada 2009 selepas Tun Abdullah Ahmad Badawi terpaksa berundur ekoran pencapaian buruk dalam pilihan raya umum 2008.

SD pertama Balasubramaniam, didedahkan pada 3 Julai 2008, mengandungi kenyataan bersumpahnya bahawa Najib mempunyai kaitan dengan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu yang mati dibunuh.

Pada hari berikutnnya, Balasubramaniam membuat satu lagi SD dan mendakwa bahawa dakwaan dalam SD pertama adalah palsu.
"Jadi objektif untuk tukar SD bukan kerana takut sangat dengan SD si Bala ini. Objektif utama besar dari itu, mereka kena hentikan langkah seterusnya.

"(Pada) malam itu juga kena siap, kena U-turn (tukar pengakuan Bala), kena tutup (perkara itu), itulah yang masalah utamanya.

Deepak mendakwa beliau menerima satu panggilan telefon daripada isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor pada senja 3 Julai 2008.

Deepak mendakwa Rosmah meminta bantuannya memandangkan beliau mengenali Balasubramaniam, yang mendedahkan SD pertama pada pagi hari tersebut.

Susulan itu, Deepak mendakwa beliau mengunjungi kediaman rasmi Najib di Putrajaya dan memberitahu Najib bahawa Balasubramaniam enggan bekerjasama.

"Pertama (Najib) telefon satu lawyer, lepas itu dia telefon adik dia, lawyer juga. Lepas bincang, dia minta saya agar mencari jalan untuk jumpa dia dan cari jalan supaya (Balasubramaniam) setuju, untuk batalkan SD dia.

"Saya telefon Bala... Dia kata dia nak jumpa Datuk Seri atau Datin Seri kalau nak dia menarik balik dia punya SD," dakwa Deepak.

Deepak mendakwa Najib kemudiannya mencadangkan supaya adiknya Nazim yang seorang arkitek dan usahawan, untuk mewakilinya.

Dakwanya, pertemuan itu seterusnya berlangsung sekitar tengah malam di sebuah pusat membeli-belah di Damansara.

Dakwanya lagi, rundingan melibatkan sejumlah wang yang tidak didedahkan itu kemudiannya berlangsung dan Nazim seterusnya menghubungi Najib untuk mengatur seorang peguam untuk menderaf SD kedua di sebuah hotel mewah di Kuala Lumpur.

Dalam video berkenaan, Harakah memadamkan nama seorang peguam yang disebut Deepak.

Susulan itu, satu sidang media diadakan secara tergesa-gesa pada keesokan harinya.

Deepak mendakwa peguam berkenaan tidak mahu hadir, yang memaksanya memanggil seorang peguam lain untuk menemani Balasubramaniam bagi bertemu media.

Deepak mendakwa, beliau mendedahkan maklumat ini untuk menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk mengambil tindakan dan melindungi integriti insitusi tersebut.

"Saya yakin dalam SPRM mesti ada orang yang baik. Tidak mungkin semua orang hendak dengar cakap sepasang suami isteri. Kita ada 28 juta manusia di Malaysia," katanya.
Harakah bil 1801
VIDEO l 14.39 mins

Siasatan kes Altantuya perlu dibuat semula-Karpal -Harakahdaily
 Pendedahan ahli perniagaan Deepak Jaikishan tentang akuan bersumpah (SD) yang dibuat oleh P Balasubramaniam memerlukan kes pembunuhan Altantuya Shaariibu disiasat semula.

Pengerusi DAP, Karpal Singh, seorang peguam senior membuat cadangan itu ketika memberikan ucapan pembukaan di Kongres DAP pagi ini.

Karpal juga meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjawab segala pendedahan yang dibuat oleh Deepak itu.

Deepak dalam wawancara dengan media termasuk Harakahdaily mendedahkan beliau diarahkan oleh Najib untuk berbincang dengan P Balasubramaniam agar menarik balik pengakuan bersumpahnya yang mendakwa Najib terlibat dalam pembunuhan gadis Monggolia, Altantuya Shaariibu.

Deepak juga mendakwa, adik Najib, Nazim Razak telah bertemu dengan Bala dan bersetuju membayar wang jutaan ringgit bagi membolehkan Bala membuat perubahan kepada SDnya itu.

Turut serta dalam pertemuan itu adalah isterinya yang sedang sarat mengandung.

Hasilnya, Bala telah membuat SD 2 dan mengubah segala penyataan yang beliau buat dalam SDnya yang pertama.


RM 40 juta hanyasebahagian kecil dari rompakan, Tangkap Musa, Selamatkan wang rakyat Sabah

sebahagian yang dibenarkan naik ke tingkat 5, Kompleks Kerajaan Persekutuan (mini putrajaya)
yang menempatkan pejabat SPRM Sabah



Kenyataan Media
15 Disember 2012
Laporan SPRM Terhadap Musa Aman dan Nazri Aziz, SAMM Tuntut Siasatan Baru

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) hari ini membuat laporan SPRM terhadap Ketua Menteri Sabah Dato’ Seri Musa Aman dan yang didakwa menerima wang sebanyak RM40juta berbentuk rasuah untuk kekayaan peribadi merujuk kenyataan bersumpah Datuk Seri Lajim Ukim 11 Disember yang lalu.
SAMM juga dalam masa yang sama turut membuat laporan SPRM terhadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Seri Nazri Aziz yang punyai hubungkait dengan ahli perniagaan, Michael Chia apabila didedahkan Chia menaja kenderaan mewah, Hummer kepada anak Nazri.
Micheal Chia yang rapat dengan Musa ditahan di Hong Kong berikutan disyaki terlibat dalam penggubahan wang haram RM40 juta turut dituduh terlibat rasuah berhubung lesen pembalakan yang juga melibatkan Dato’ Seri Musa Aman.
Menurut Lajim dalam akuan bersumpahnya, pada 9 Oktober 2012 Nazri telah mengumumkan bahawa dakwaan rasuah terhadap Ketua Menteri Sabah, Dato’ Seri Musa Aman dan Michael Chia berhubung dakwaan wang rasuah berjumlah RM40 juta yang dikaitkan telah digugurkan di atas alasan wang RM40 juta yang disiasat itu merupakan derma politik kepada UMNO Sabah dan bukannya untuk kegunaan peribadi Ketua Menteri.
Namun kenyataan bersumpah Lajim Ukim menceritakan sebaliknya apabila beliau mengesahkan Umno Sabah tidak pernah menerima sebarang derma politik sebesar jumlah RM40 juta, seperti yang didakwa oleh Nazri Aziz di Parlimen. Apakah ini satu komplot terancang Musa dan Nazri untuk menyelamatkan antara satu sama lain?
Sebagai Ahli Majlis Tertinggi Umno dan Anggota Badan Perhubungan Umno Sabah, DS Lajim Ukim yang terlibat secara langsung dengan apa jua aktiviti Umno di Sabah termasuk perihal kewangan, DS Lajim memperakui tiada sebarang urusniaga dan transaksi yang membuktikan Umno Sabah penerima dana RM40 juta tersebut. Jika ada, pasti ia dibentangkan kepada Majlis Tertinggi UMNO atau Badan Perhubungan UMNO Sabah menurut Lajim.
Perkembangan terbaru ini jelas menunjukkan berlaku percanggahan daripada apa yang diumum oleh Nazri dan menerbitkan unsur penipuan yang membabitkan wang rakyat sebanyak RM40 juta. Pengumuman Nazri Aziz juga didapati menyeleweng dan berniat untuk menutup isu yang lebih besar iaitu dakwaan salahguna kuasa dalam anugerah lesen pembalakan di Sabah.
Dengan perkembangan ini juga SAMM mendesak SPRM supaya membuka satu kertas siasatan baru melibatkan Musa Aman dan Nazri Aziz. Kesediaan DS Lajim untuk memberi kenyataan kepada mana-mana pihak berkuasa bagi menyiasat skandal RM40 juta ini merupakan satu kelebihan dan kesempatan ini harus diambil oleh SPRM.
Sekian
Boby Bin Lewat @ Ewat
Penyelaras SAMM Sabah

** Laporan telah dibuat oleh Boby bagi pihak anak muda Sabah dan di iringi oleh lebih 60 orang anak muda.