Monday, August 17, 2009

TV3 lapor Nuri bawa Najib mendarat cemas dan salah guna kuasa Muhiyuddin

TV3, Buliten Utama semalam melaporkan hari ini helikopter Nuri milik TUDM yang membawa Tan Sri Muhyiddin Yassin,Timbalan Perdana Menteri yang juga Timbalan Presiden UMNO terpaksa membuat pendaratan kecemasan di Tuaran disebabkan cuaca buruk.

Muhyuddin Yassin dilaporkan didalam penerbangan menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu dari Kudat setelah selesai merasmikan Mesyuarat Agung UMNO Bahagian tersebut.Muhyiddin selanjutnya dijadualkan merasmikan pula Mesyuarat Agung UMNO Bahagian Penampang di sebelah petang.

Alhamdunillah Muhiyuddin terselamat kalau tidak terpaksa pula berarak ke Johor untuk pilihanraya kecil.

Apa yang tersirat dari laporan berita itu ialah penyalah gunaan kuasa. Muhiyuddin menggunakan peruntukan yang seharusnya boleh digunakan untuk dengan lebih berfaedah untuk rakyat hanya untuk menerbangkan dia bagi merasmikan mesyuarat Umno. Berapa belas ribu atau mungkin lebih dari itu terbazir hanya untuk menerbangkan Muhiyuddin bagi urusan Umno.

Persoalanya jika SPRM itu tidak pekak, buta dan kuda maka siasatlah berapa banyak wang rakyat terbazir hanya untuk menerbangkan Muhiyuddion atau banyak lagi pemimpin kanan Umno untuk merasmikan mesyuarat Umno di musim mesyuarat ini.

Blog kampung Perdamaian dialihkan setelah disabotaj

Blog kampung perdamaian sukhirin-kini dan silam (http://matamin.blogspot.com/) telah dihentikan siarannya kerana masalah teknikal yang di percayai disabotaj dan diserang cyber-trooper UMNO.

Namun begitu blog ini telah di reinkarnasi oleh pemiliknya dan sekarang boleh di akses melalui alamat berikut:

http://matamin02.blogspot.com

(Kini Dan Silam Blog sambungan Kampung Perdamaian Sukhirin – Kini Dan Silam, memaparkan kisah lampau dan kini bekas perajurit Rejimen Ke-10.)

Muhiyuddin juga harus komen ucapan Najib 'sanjung' Amerika

Heboh sekampung kononnya Anwar Ibrahim ini pengkhianat. Pemuda UMNO pula melancarkan kempen tandatangan bahawa kononnya Anwar Ibrahim ini pengkhianat kepada bangsa dan negara.
Muhyiddin pula dengan rasa tidak malu dan konfiden membuat tuduhan bahawa Anwar adalah pengkhianat.Muhyiddin membuat tuduhan kepada Anwar tanpa ada bukti-bukti yang kukuh. Hanya tuduhan rambang. Tapi, Muhyiddin tak pula komen bila Dato Najib pernah berkata di Heritage Foundation di Washington DC:

” The United States has excellent access to Malaysian intelligence.”

(Maklumat perisikan Malaysia sentiasa tersaji untuk kegunaan Amerika )

Keseluruhan ucapan Najib dapat dibaca di sini: http://www.heritage.org/research/asiaandthepacific/hl742.cfm)

Atau untuk ringkasan dalam bahasa Malaysia, boleh dibaca di sini: http://www.malaysiawaves.com/2009/04/najibamerika-mempunyai-aksess-yang.html

Dalam ucapan tersebut Najib Tun Razak dengan bangga:

  1. Menyatakan bantuan ketenteraan yang telah diberikan kepada Amerika sempena peperangan menentang keganasan ataupun sebelum2 itu.
  2. Menyatakan kebanggaan Malaysia menangkap orang-orang yang tidak berdosa di bawah ISA demi untuk membantu Bush di dalam menghapuskan Islam di atas nama ”Menentang Keganasan”.
  3. Menyatakan bahawa maklumat perisikan Malaysia sentiasa tersedia untuk digunakan oleh Amerika.
  4. Najib gembira yang pesawat Tentera Amerika terbang melalui angkasa Malaysia lebih 1000 kali setahun. Malahan selepas September 11, jumlah itu makin bertambah. Sedangkan pesawat2 itu digunakan oleh Amerika untuk membunuh ramai orang Islam yang tidak berdosa di Iraq, Somalia dan Afghanistan.
  5. b. Najib berbangga US Navy SEALS menjalankan latihan di Malaysia dua kali setahun. Sedangkan NAVY SEALS ini adalah alat Amerika untuk membunuh orang2 Islam yang tidak berdosa seluruh dunia.

Jadi saya nak tanya ialah, apa hukumnya UMNO dan Najib Tun Razak? Bukankah ini bukti jelas bahawa Najib dan UMNO itu PENGKHIANAT NEGARA NOMBOR WAHID? - artikel saduran

lebih 8,000 orang sambut Pelancaran Merdeka di Rembau bersama Anwar

Alhamdunillah dalam masa 3 minggu dari tarikh menerima arahan untuk mengadakan program bersama Datuk Seri Anwar, aktivis Cabang Rembau berjaya mengadakan satu program yang secara peribadi amat membanggakan.

Pada 11 Ogos yang lalu, telah berlansung di Kampung Selemak, Kota Rembau, majlis Perlancaran Sambutan Ulangtahun Kemerdekaan Negara. Selain Anwar Ibrahim yang menyampaikan ucapan kemuncak malam tersebut juga turut berucap ialah Datuk Zaid Ibrahim, Hj Mohamad Sabu, YB. Hj Taufek Ghani selain che'GuBard sendiri.

Turut hadir ialah YB Datuk Kamarul Baharin, Ybhg Hj Zulkifli Omar (P/jaya PAS NS) dan YB Ravi

Selain dari ucapan malam tersebut turut diserikan dengan persembahan Ito (penyanyi Blues Gang), Pyanhabib dan Nik. Selain dari hadirin dikejutkan dengan pertunjukan bunga api ketika Rembau digamatkan dengan nyanyian negaraku dan lagu patriotik lebih 8,000 orang serentak.

Barisan pimpinan ketika menyanyikan lagu patriotik
Tok Damud bin Bata,Tok Bathin di Rembau naik pentas menyampaikan
Petai, buah tangan dari Rembau. Kehadiran Tok Bathin dan kumpulan anak buahnya mendapat tepukan dan sorakan dari hadirin.
Kerana sesak Anwar yang hadir kira - kira jam 10.30 malam terpaksa
mengambil masa yang lama untuk sampai ke pentas.
Antara hadirin yang hadir tertawa mendengar ceramah Mohamad Sabu
Yang hadir dari perbagai bangsa bangga dan penuh semangat cintakan negara.
Hj. Mohahamad Sabu yang berucap sebelum Anwar Ibrahim.
Orang lama..... Pyanhabib mendapat tepukan gemuruh ketika mendekelamasikan
sajak 'Bapaku seorang YB..."
Selepas program che'GuBard ditemui beberapa teman pemimpin Umno cawangan sekitar Rembau, mereka cukup tersentuh dengan ucapan ikhlas Zaid Ibrahim

Ito masih bertenaga dan ramai peminat, mendendangkan 3 lagu malam itu.


YB Taufek, Mohamad Sabu dan Zaid Ibrahim ketika di Pentas.
Media kata 2,000 orang ....tetapi berdasarkan gambar ini
berapa agaknya jumlah sebenar ?
Kehadiran begitu ramai sehingga malam tersebut ada yang meletakkan
kenderaan lebih 2 km dan berjalan kaki.


Sesuai dengan tema, pentas berhias bendera Malaysia. Gambar atas che'GuBard, Norazizi Aziz (S/U Cabang) yang menjadi pengerusi malam tersebut dan YB Taufek

Nik (penyanyi bebas) memulakan nyanyian malam tersebut. Lirik lagu perjuangan yang dinyayikan turut mendapat perhatian dan pujian hadirin.

Terima kasih kepada SPR yang sudi membuka kaunter pendaftaran mengundi. Kaunter pendaftaran keanggotaan KEADILAN juga mendapat perhatian
suasana ketika persiapan petangnya.
Tulang belakang KEADILAN Rembau, Norazizi Aziz

sebuah lori yang di 'make up'...sebegitu rupa menjadi stage yang cantik. Terima kasih kepada sdr. Segar yang meminjamkan lorinya untuk dijadikan pentas. Menarik jawapanya apabila ditanya adakah beliau tidak takut 'SB' mencatat nombor lorinya kerana terlibat ? Dia menjawab rezeki saya tuhan yang bagi bukan Umno Mic atau Bn........
Din Binjai ...blogger sharpshooter.blogspot.com antara yang sudi hadir dari P.Pinang
untuk membantu penyiapan video klip. Selain dari Din Binjai, Zul Mamak juga datang jauh dari Pulau Pinang banyak membantu....
Sani, Bob, Yasir, Along (tak nampak sebab dia bawak lori) antara anak muda Rembau yang bertungkus lumus menjayakan program. Tahniah dan terima kasih
1 Malaysia menolak parti politik perkauman !.....tanpa politik perkauman Malaysia aman.
Zaid Ibrahim dan Anwar Ibrahim tidak dapat menahan ketawa
mendengar ucapan penceramah.
Tok Damud menyampaikan buah tangan orang ghombau !
Antara kemuncak malam tersebut ialah pertunjukkan bunga api.


bersemangat lebih 8,000 orang menyanyikan lagu Negaraku dan lagu patriotik serentak.
Amanat Anwar mengakhiri program malam tersebut.
ini bukan gambar di Rembau tetapi gambar 'berhala' Najib yang didirikan di Kuil Batu Caves.... apa kata ustaz - ustaz Umno


suasana pada 3.45 petang, 11 Ogos 2009. Rakaman terima kasih tak terhingga kepada keluarga tuan tanah yang mewakafkan tanah tersebut sebagai pusat aktiviti KEADILAN-Pakatan Rakyat.

Bertemu Blogger dari Mersing......

Minggu lepas sempat memenuhi undangan PAS kawasan Mersing yang dibuat sebulan lebih yang lalu.

Sekitar 400 lebih yang hadir ceramah yang didakan di hadapan PASTI Pekan Mersing.

Rupanya di Mersing ramai pembaca blog ini antaranya ialah Syam Mersing yang menunggu di tengah jalan dan membantu menunjukkan jalan. Terima kasih buah tangan keropok Mersing.Seorang teman blogger http://pulakdah.blogspot.com juga sempat ditemui selepas ceramah.

Sila klik sini untuk membaca blog beliau.

Rupanya ramai orang Umno mendengar ceramah malam tersebut. Ust. Azam selaku NYDP PAS Mersing menamatkan ucapan 10.30 malam sebelum memberi ruang 1jam setengah untuk che'GuBard mengulas mengenai siapa khianat Melayu ?. Responya cukup baik.

Seorang hadirin yang merupakan anggota Komando Tentera Malaysia yang 'menyelinap' masuk ke PASTI ketika sesi minum selepas ceramah menyatakan, beliau baru tersedar yang selama ini betapa Umnolah yang membodohkan rakyat. Beliau juga mengatakan ramai orang Umno datang dan duduk dalam gelap juga turut terdiam tak boleh nak jawab apa dengan fakta dan ulasan yang diberikan.

Buat PAS Mersing, tahniah kerana berjaya buat program, selepas ini perlu dibuat di tempat berbeza agar ahli Umno yang nak mengetahui dapat dihampiri. Cuma sayangnya ucapan malam itu tidak sempat dirakam.

Nora menulis lagi.....

Memang che'GuBard ahli MPP KEADILAN tetapi bukan dalam struktur KEADILAN Selangor jauh sekali terlibat dalam Kerajaan Negeri Selangor, untuk masuk campur bukan tak hendak membantu tapi macam yang ramai ketahui...

che'GuBard dan hantar tulisan Nora untuk perhatian dan tindakan tetapi hampir tiada pemimpin Selangor yang peduli..mungkin sibuk sangat rasanya....

Di perturunkan pula tulisan Nora yang baru di sini.

Nora...nak tulis balik

Dalam tulisan-tulisan lepas ramai antara yang membaca tulisan Nora menghantar SMS dan e-mail. Nora bagi kami tolong Nora. Nora membalas, ini bukan masalah Nora nak projek. Nora tak terror buat projek dan Nora tak nak projek-projek. Nora dari dulu berniaga sendiri. Hari ini Nora kerja dan letakkan berniaga sebagai aktiviti sambilan. Bukan projek k. Nora mahukan keadilan sekira nya kerajaan yang di dokong oleh Pakatan Rakyat memerintah. Nora tidak mahu Pakatan rakyat sama aje dengan UMNO. Itu salah dan itu bukan perjuangan yang kita lakukan selama ini. Hari ini Nora membantah UP TOWN Seri Gombak yang di terajui oleh Skuad Bogel. Lagi teruk Nora sedang menunggu salah seorang pemilik UP TOWN Seri Gombak itu yang juga merupakan penasihat salah satu persatuan peniaga untuk membantah tindakan persatuannya yang mahu mengemukakan saman kepada GMI. Nora sedang menunggu orang yang diberi projek oleh Kerajaan Negeri Selangor ini bangkit dengan garang mempertahankan usaha kita memansuhkan ISA. Ini Nora nak pesan – kita ikhlas berjuang-mengambil risiko untuk mendesak hapusnya ISA tetapi mereka yang diberi kemudahan – diberi projek – diberi ruang dan segala-galanya. Ini namanya TIDAK ADIL! Setakat ini SKUAD BOGEL tidak pula berani seperti kata-kata pelayar laman web Nora – bertindak bogel di hadapan Pejabat Kementerian Dalam Negeri untuk menuntut hapuskan ISA. Usahkan itu, hadir untuk membantah ISA tempoh hari pun tidak - maklumlah dah dapat projek. Itu yang sepatutnya kita bantah. Kita yang bergelar reformis – tidak meminta projek dan habuan tetapi sekiranya nama kita digunakan dan mereka yang tidak berpatutan, dapat projek mak secara relatifnya KEADILAN tidak tercapai matlamatnya. Apa pun Nora mahu tunggu mereka yang duduk dengan projek Kerajaan Negeri Selangor – UP TOWN Seri Gombak itu membantah tindakan menyaman GMI. Mungkin mereka akan buat setelah tersiar coretan Nora ini tetapi moralnya mereka tidak tergolong dalam orang-orang yang ikhlas berjuang. Sanggup bogel untuk projek diri – tentang kerajaan Negeri Selangor – kemudian deal dan terus senang dengan pengorbanan orang lain. Kita tunggu – kita tunggu dan sekiranya tidak ada maka ini akan menjadi pengajaran kepada politikus kita yang buta dalam menilai erti pengorbanan yang meletakkan dia di situ.

Nora akan dedah dengan lebih terperinci – kerana apa – kerana Nora tahu dan kerana sebelum ini Nora asyik berdiam.sila klik sini untuk baca tulisan Nora lagi.

Pengkhianatan Muhiyuddin di Johor

Ini adalah antara JASA Muhyiddin kepada rakyat di Johor:

1. Sewaktu Muhyiddin Yassin jadi Menteri Besar dan waktu itu Musa Hitam jadi Timbalan Perdana Menteri tiada siapa pun didedahkan bahawa pada tahun 1981, kerajaan Johor di bawah Muhyiddin telah menyerahkan tanah di kawasan Sungai Lingu iaitu di Bandar Tenggara Johor sebanyak 51,170 hektar kepada kerajaan Singapura.

Kawasan berkenaan dipajak kepada kerajaan Singapura selama 60 tahun dengan kadar bayaran RM350 juta dan tidak dibenarkan sesiapa pun memasukinya sekarang ini.
Empangan yang dibina setinggi 193 meter dan jika pecah atau dipecahkan seluruh Kota Tinggi termasuk Bandar Tenggara boleh tenggelam.

2. Kekayaan org Johor-Kakitangan Kategori C,D kerajaan Johor duduk kuarters kerajaan Gred C (Di Jln Kolam Ayer)- kereta dua buah, satu mercedes,satu alphard.

3. Muhyidin yang tukar cuti dari Jumaat kepada Ahad kononya untuk maju, maju betul maju kat perut. Ini kerana hakikatnya gelagat Kakitangan Kerajaan Johor Hari Jumaat-Lepas baca Al-Quran (9.30am) berdedai pergi makan, kalau nak cam yang bersamping tulah diorang. Pendek kata hari Jumaat ni langsung tidak produktif. Beliau telah mengubah cuti am pada hari Jumaat kepada hari Ahad, sekaligus menjadikan amalan cuti itu seperti amalan orang-orang Nasrani. Apakah ini satu pembelaan terhadap Islam?.
Semasa cuti hari Jumaat ditukar kepada hari Ahad, ada cakap-cakap yang mengatakan kubur bapa Muhyiddin dikencing orang..wallahualam.

4. Isu tanah Melayu yang dirampas UMNO di Kg Plentong Tengah pada tahun 2008. Malang sungguh nasib melayu Plentong Tengah apabila mahkamah menolak rayuan lebih 200 penduduk kampung dari terus menduduki tanah yang telah diduduki semenjak lebih 20 tahun lalu.

Untuk mendapatkan tanah itu penduduk bukan saja telah ditipu peguam yang dilantik mereka sebanyak hampir setengah juta ringgit pada tahun-tahun 1989-1993 tetapi juga terpedaya sekali lagi apabila mengeluarkan lebih lapan ratus ribu kepada firma guaman milik Oakfeild Ent ( syarikat yang dikurniakan tanah tersebut).

Lebih malang lagi penduduk dipaksa menandatangani akujanji unytuk tunduk pada kehendak mahkamah walau jauh disudut hati mereka menentang keputusan tersebut.Begitu malang sekali nasib insan-insan kecil dalam negara ini.Mereka menjadi umpama durian dengan mentimun.Duit hilang harta habis dan jiwa terus menjadi sengsara tanpa terkira.

Penghakiman muktamad keputusan : SEMUA RUMAH DIROBOHKAN.
Hakim memutuskan bahawa penduduk Kg. Plentong Tengah wajib merobohkan sendiri rumah mereka pada atau sebelum 31 Dis. 2008. Angkatan Muda Keadilan Johor menasihat penduduk agar bersabar dan menerima hakikat bahawa dikalangan mereka ada Ahli UMNO menjadi penghianat bangsa sendiri.

4. Kira-kira 50 penduduk Kampung Sentosa Dalam di Sungai Tiram telah mengharungi kehidupan tanpa bekalan elektrik dan air bersih sejak 40 tahun lalu. Mereka banyak kali telah membuat aduan kepada pihak bertanggungjawab tetapi tiada satu usaha pun dilakukan untuk membantu penduduk kampung itu. Aduan yang dibuat tidak pernah diberi perhatian oleh pihak berkuasa.

Seorang penduduk, Hussin Mohd. Lana, 55, berkata, pembangunan pesat yang dicanangkan sedikit sebanyak mengguris perasaan mereka.

"Pemimpin menguar-uarkan keselesaan rakyat perlu diutamakan, namun bagi kami ia tidak memberi sebarang makna berikutan kemudahan air bersih dan elektrik masih belum kami nikmati.

siapa khianat ? : RM 30 bill. ditelan rasuah

Written by Lim Hong Siang

Walaupun kebanyakan pengamal media cetak bahasa Cina menulis analisa di "atas pagar", ketika mengulas perhimpunan Mansuhkan ISA pada 1 Ogos, namun wacana di media internet memberi gambaran yang amat jelas--mengkritik kekerasan yang keterlaluan dari pihak polis.

Malah, hujah yang mendapat ruang dalam media "arus perdana", misalnya dari menteri kabinet, mahupun penulis Utusan Malaysia, disanggah dengan analisa yang berlandaskan fakta, sama ada statistik mahupun peristiwa sejarah.

Bekas Presiden Majlis Peguam Malaysia dengan tulisan beliau di merdekareview, menjawab soalan "Mengapa berdemonstrasi", yang diakhiri dengan kesimpulan, "persoalannya bukan mengapa berdemonstrasi, tetapi mengapa tidak boleh berdemonstrasi secara aman?" 【Mengapa berdemonstrasi

Penindasan yang menakutkan pelabur asing
Menteri Wilayah Persekutuan, Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin mendakwa bahawa perhimpunan Mansuhkan ISA telah mengakibatkan kerugian sebanyak 100 hingga 200 juta ringgit Malaysia, tanpa menunjukkan bagaimana perkiraan itu dicapai. Hujah sedemikian cuba memperkukuhkan persepsi bahawa "demonstrasi menakutkan pelabur".

Penganalisa politik, Ooi Heng memberi statistik keadaan ekonomi Malaysia sebelum dan selepas krisis ekonomi tahun 1997. Sebelum kemelut ekonomi pada tahun 1997, purata Pengaliran Masuk Pelaburan Langsung Asing (Inward FDI) bernilai RM16.60337 billion, iaitu 18.3% daripada Pembentukan Modal Tetap Kasar (Gross Fixed Capital).

Namun, pada tahun 2005, pengaliran pelaburan langsung asing ini memperlihatkan trend dua hala. Pengaliran keluar (Outward FDI) mencatat RM10.43187 billion (iaitu 10.5% daripada Gross Fixed Capital), sementara pengaliran masuk (Inward FDI) mencatat RM13.92514 biilion (iaitu 14.0% daripada Gross Fixed Capital).

Pengaliran dua hala selepas kemelut ekonomi 1997, memperlihatkan ketidakstabilan. Namun demikian, perangkaan tersebut memberi satu isyarat yang jelas, iaitu pengaliran masuk sedang berkurang atau tidak stabil, tetapi pengaliran keluar semakin bertambah.

Akhirnya, pada tahun 2007, angka pengaliran keluar (RM38 billion) telah melebihi angka pengaliran masuk (RM29 billion).

Ooi Heng menganalisa, antara daya tarik yang dimiliki Malaysia pada abab ke-20, adalah kos buruh yang rendah, penggunaan bahasa Inggeris dan rule of law. Namun, selepas krisis ekonomi 1997, keadaan ekonomi mula berubah, malah arah pengaliran pelabur asing semakin sukar diramalkan.

Kelebihan yang ada pada Malaysia kini semakin berkurangan. Malaysia gagal bersaing dengan "kilang dunia", negara China jika dibandingkan kos buruhnya. Malah, kelebihan penggunaan Inggeris, juga terkubur akibat dasar pendidikan "pecah dan perintah", satu proses yang dipolitikkan. Tinggallah "rule of law" yang masih dalam "bilik kecemasan", yang mampu mengekalkan keyakinan pelabur asing.

Namun demikian, negara yang menghormati undang-undang (rule of law), yang amat diperlukan pelabur asing ini, telah dicerobohi dan dimusnahkan. Kenyataan bahawa Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) adalah akta draconian tidak dapat diselesaikan hanya dengan cadangan menggantikan tahanan 60 hari kepada 30 hari pada peringkat permulaan. Tahanan tanpa perbicaraan, senjata menyerang musuh politik, tempoh tahanan yang boleh dilanjutkan dua tahun selepas 60 hari, dua tahun demi dua tahun...semua ini bercanggah dengan semangat rule of law.

Hilang RM330 billion kerana rasuah
Lebih teruk lagi, Ooi Heng memetik statistik anggaran sebuah badan pelabur Amerika Syarikat, Morgan Stanley, mendakwa Malaysia kehilangan RM330 billion kerana rasuah dalam jangka masa 20 tahun yang lepas. Malah, Pemudah yang ditubuhkan dalam zaman pemerintahan Abdullah Badawi, pernah menganggarkan kehilangan sebanyak RM10 billion kerana rasuah dalam tempoh setahun.

Justeru itu, Ooi Heng mengingatkan menteri supaya tanya pelabur, sama ada menyokong rule of law atau menyokong korupsi, sebelum mengeluarkan kenyataan yang bukan-bukan.
Pemuda MCA dibidas.

Selain itu, Setiausaha Agung Pemuda MCA, Chai Kim Sen yang mengeluarkan kenyataan bahawa "demonstrasi menakutkan pelabur asing", telah dikritik sebagai "cacat akal". Josh Hong, kolumnis merdekareview mengambil Hong Kong sebagai contoh, membuktikan bahawa wilayah yang diiktiraf daya saingnya itu, mengadakan demonstrasi secara besar-besaran sekurang-kurangnya dua kali setahun.

Malah, demonstrasi anti-globalisasi secara besar-besaran, yang diadakan pada Disember 2005, tidak memperlihatkan penurunan dalam pelaburan asing. Josh Hong berkata, Hong Kong telah memperkembangkan budaya demonstrasi yang unggul, tidak mencetus kesulitan dan tidak meninggalkan sampah-sarap, dengan syarat polis menghormati kebebasan dan hak rakyat untuk berhimpun.

Josh Hong juga berkongsi pengalamannya ketika perhimpunan Hindraf pada 25 November 2007. Kebetulan beliau menghadiri satu seminar yang diadakan di hotel yang terletak di Jalan Ampang. Menurut Josh Hong, peserta seminar dari Indonesia berkata, "perhimpunan yang sebesar ini, berlaku sekurang-kurangnya dua kali sebulan di Jakarta. Tapi polis kami hanya menjaga peraturan, tidak akan memukul sesiapa."

Peserta dari Filipina berkata, "Ini hanya berlaku di Manila 20 tahun yang lepas. Saya sedang mengimbas sejarah."

Peserta dari Hong Kong berkata, "Peliknya, mengapa tidak dibiarkan mereka berhimpun sahaja? Selamat datang, selamat pulang. Begitulah keadaannya di Hong Kong."

Dato' Onn pemimpin demonstrasi
Hujah bahawa "demonstrasi bukan budaya kami" telah disanggah dengan fakta sejarah. CEO Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor, Tang Ah Chai yang sebelum ini ditemuramah merdekareview, dalam kolumnya di therocknews, mengingatkan bahawa datuk kepada Menteri Dalam Negeri, Hishammuddin Hussein, iaitu Dato' Onn Jaafar adalah pemimpin demonstrasi ketika membantah cadangan Kesatuan Malaya.

Jelas, sesetengah pihak kini cuba membaca perhimpunan Mansuhkan ISA ini dari perspektif "perkauman". Semakin banyak hujah berbau perkauman dijangka menyarat dada media cetak, apa pula sebaliknya di media internet? - MerdekaReview

Kementerian Penerangan anjur debat Muhiyuddin dan Anwar Ibrahim

Pilihanraya Kecil Permatang Pasir akan bermula dengan hari penamaan calon pada 17 Ogos 2009 . Begitu singkat notis yang dikeluarkan oleh SPR . Tidak mengapa , cepat atau lambat , PRK tetap akan berlaku . Suasana panas politik mutakhir ini mungkin menyemarakkan suasana PRK Permatang Pasir . Kerusi yang digeruni oleh UMNO / BN kerana semua mengetahui Permatang Pasir berada di dalam Parlimen Permatang Pauh . Permatang Pasir adalah kubu PAS. Permatang Pauh kawasan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Keadilan . Sudah pastinya sedikit sebanyak menjatuhkan moral untuk UMNO / BN untuk menang . PRK Penanti baru-baru ini UMNO terlalu takut dan bacul sehinggakan tidak berani untuk meletakkan calon . Pelbagai alasan Najib Razak termasuk pimpinan UMNO dicipta bagi memberitahu bahawa UMNO tidak perlu menyertai PRK tersebut . Kali ini UMNO /BN bakal menghadapi kekalahan buat sekian kalinya lagi.

PRK Manek Urai tetap UMNO / BN kalah kepada 'Tok Peraih Ikan' dari PAS . Walaupun majoritinya sangat sedikit , tetapi yang pasti UMNO "kalah" ! Paling malu Pengarah Pilihanraya UMNO/BN di Manek Urai . Timbalan Presiden UMNO merangkap Timbalan Perdana Menteri iaitu Muhyidin Yasin . Kali pertama ditugaskan sebagai Pengarah Pilihanraya hingga sanggup merasuah para pengundi di Manek Urai akhirnya UMNO / BN tetap kecundang !

Muhyidin yang sudah malu dengan kekalahan UMNO , tertekan dengan kemaraan Anwar dan Pakatan Rakyat mengeluarkan serangan kepada anwar secara peribadi dengan menyatakan "Anwar Pengkhianat". Anwar dilabel sebagai pengkhianat kepada orang Melayu !

Benarkan Anwar seorang 'pengkhianat' ? Pengkhianat kepada Melayu atau pengkhianat kepada UMNO ? Kalau Anwar pengkhianat kepada UMNO , semua orang sudah mengetahui . Anwar bukan lagi ahli UMNO . Maka adalah wajar Anwar mengkhianati UMNO supaya UMNO kecundang dalam pilihanraya akan datang . Pakatan Rakyat akan memimpin Malaysia tercinta ini .

Pengkhianatan apa yang Anwar lakukan terhadap orang Melayu ? Adakah kerana mempertahankan ketuanan rakyat , membentuk keadilan sosial , mendaulatkan istitusi Raja berperlembagaan , mempertahankan Islam sebagai agama rasmi persekutuan , merakyatkan ekonomi , menentang akta zalim seperti ISA , mendesak pemansuhan PPSMI yang merugikan anak-anak bangsa , penentangan kepada rasuah dan penyelewengan yang dilakukan oleh UMNO/BN , menghapuskan Dasar Ekonomi Baru dengan cadangan mengantikan Agenda Ekonomi Malaysia yang lebih progresif , adil dan efektif dan banyak lagi , sudah pasti yang akan diberikan keutamaan ialah orang Melayu , adakah ini semua dianggap sebagai pengkhianat ?

Bagaimana pula pengkhianatan pimpinan UMNO dan UMNO terhadap Raja-Raja Melayu sehingga sanggup meminda Perlembagaan Persekutuan mengurangkan kuasa Raja-Raja Melayu serta menggunakan media menghina Raja-Raja Melayu , melacurkan bahasa Melayu melalui perlaksanaan PPSMI , menjual dan mengadaikan tanah rezab Melayu daripada 7 juta hektar yang digazetkan , kini tinggal 4 juta hektar , menjual BERNAS kepada syarikat daripada Hong Kong , penyelewengan Hak Keistimewaan Melayu dan Bumiputera dan pelbagai pengkhianatan yang dilakukan sama ada di peringkat negara dan negeri terhadap orang-orang Melayu .

Bagaimana pula dengan tanah orang-orang Melayu berkeluasan 51,170 hektar yang diserahkan oleh Muhyidin sewaktu menjadi MB Johor kepada Kerajaan Singapura dengan bayaran RM350 juta ? Sehingga sekarang Muhyidin tidak mengeluarkan sebarang kenyataan menafikan perkara tersebut . Pengkhianatan yang cukup nyata oleh Muhyidin . Siapa yang sebenarnya pengkhianat ?

Seperti biasa apabila satu ayat dilontarkan oleh pemimpin atasan maka Umno di peringkat lain seperti burung kakak tua akan ulang semula ayat tersebut. Antara kakak tua itu ialah Menteri Penerangan sendiri, Rais Yatim. Walaupun Rais Yatim yang pernah membakar jambatan dan mendedahkan pengkhianatan Umno terhadap orang Melayu sedar bahawa apa yang dikatakan Muhiyuddin Yasin itu tidak benar tetapi Rais tiada pilihan lain untuk kekalkan kedudukan ia perlu menjadi burung kakak tua.

KEADILAN cabar Rais Yatim selaku Menteri Penerangan jika benar saudara yakin akan hujah Anwar pengkhianat maka anjurkan debat terbuka untuk mencari fakta dan membantu orang Melayu mencari kebenaran, bukan penakut setakat bercakap sendirian di majlis rasmi kerajaan.

Apa kiranya kita temukan Anwar dan Muhyidin dipentas debat ? Dengan Tajuk "Siapa Pengkhianat : Anwar , Muhyidin atau UMNO ?". Biar rakyat menilai dengan fikiran yang terbuka . Disiar secara langsung di seluruh media elektronik . Rakyat pasti hendak tahu daripada hujah-hujah dan bukti Muhyidin apakah pengkhianatan Anwar kepada orang Melayu ? Saya kira tentu Pemuda UMNO bersetuju dengan cadangan saya . Dari melalak tidak tentu pasal dan menyokong membabi buta pemimpin mereka .

Monday, August 10, 2009

Surat Terbuka Buat Raja Nazrin : 7 Wasiat

10 Ogos 2009

Mengadap ;

DYMM Seri Paduka Baginda Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah.

Ampun Tuanku beribu ampun.

7 WASIAT RAJA MELAYU.

Amatlah bangga hamba patik dengan keperihatinan Tuanku dengan membangkitkan kembali ingatan rakyat terhadap 7 wasiat Raja - raja Melayu pada awal bulan kemerdekaan negara (Ogos) ini.

Sesungguhnya ingatan ini amat tepat pada masanya dimana regim pemerintah semakin gila mencabul hak kedaulatan rakyat, raja dan kemerdekaan yang kita perolehi bersama. Namun hamba patik juga sedikit merasa kesal apabila pemimpin Barisan Nasional bukan sahaja tidak sedar malah turut menyelewengkan peringatan Tuanku berkenaan dengan wasiat tersebut untuk kepentingan politik mereka.

Tuanku,

Merujuk wasiat tersebut seperti di bawahjelas semuanya telah dicabuli oleh Regim pemerintah hari ini;

7 Wasiat yang disampaikan semasa raja-raja Melayu menurunkan tandatangan persetujuan pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957 itu ialah:

1.Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung Persekutuan Tanah Melayu .

2.Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, Tanah simpanan Melayu sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.

3.Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kami serta harta milik kamu, kami tubuhkan Rejiman Askar Melayu selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.

4.Kami kekalkan dan kami jamin kerajaan dan kedaulatan raja-raja Melayu memerintah negara ini.

5.Kami isytiharkan Islam adalah agama Persekutuan.

6.Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu.

7.Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada raja-raja Melayu untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain (kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).

Ampun Tuanku di sini hamba patik ingin menarik perhatian tuanku mengenai 7 penyelewengan regim Umno - Bn yang telah mengkhianati wasiat Raja - Raja Melayu tersebut.

1. Kerana persepakatan Umno dan keghairahan Umno untuk dijadikan pewaris negara ini dari penjajah, Umno telah menggagalkan usaha serius sekumpulan besar rakyat tanah ini untuk menjadikan negara ini merdeka sebagai negara bangsa yang lebih bersatu padu. Perlembagaan Rakyat yang diketengahkan oleh AMCJA - PUTERA telah disabotaj , digagalkan dan difitnah oleh Umno bagi pihak British yang tidak mahu negara ini menjadi negara bangsa yang kuat. Maka negara ini terpaksa akur dengan kemerdekaan 'kurniaan British' dan mewarisi dasar pecah perintah yang sehingga hari ini menjadikan kita lemah.

2. British selaku penjajah telah mengistiharkan Kanun Tanah yang mengandungi Akta Tanah Rizak Melayu. Ketika British mengistiharkan tanah rizab ini sebanyak lebih kurang 7 juta hektar telah digazetkan sebagai Tanah Rizab Melayu. Tahun 1957, British menyerahkan negara ini kepada pewarisnya iaitu Regim Umno dengan bilangan tanah rizab Melayu yang masih 7 juta hektar. Namun kini hanya tinggal lebih kurang bawah 4 juta hektar tanah rizab Melayu yang masih tinggal. Itupun kebanyakan sudah berpindah milik kepada segelintir Melayu kaya dan berkepentingan politik.

3. Wasiat ketiga ini juga dicabuli. Pertahanan Negara jelas goyah apabila pemimpin regim ini memilih untuk menjadi hamba kepada kuasa asing. Pertahan negara masih bergantung dengan Amerika, pembelian peralatan perang yang melibatkan rasuah telah membahayakan keselamatan negara kerana peralatan yang tidak setara malah turut menyebabkan perajurit negara mati ketika latihan bukan ketika perang kerana mengendalikan peralatan perang yang usang dan tidak berkualiti. Malah tuanku rekod menyatakan Pemimpin kanan regim ini juga terlibat dalam menyerahkan tanah milik negara ini kepada negara asing dengan sewenang wenangnya. Itu belum masuk lagi kisah bagaimana periuk nasi negara ini (BERNAS) kini sudah menjadi milik pedagang asing dari Hong Kong.

4. Merujuk kepada perihal Kedaulatan Raja - raja Melayu menang telah dijanjikan dalam perlembagaan namun regim Umno Bn yang menguasai 2/3 parlimen negara telah meminda perlembagaan ini dengan menghakis kuasa Raja - raja Melayu. Masih ingatkah Tuanku dengan penghinaan TV3, Utusan dan lain media milik Umno yang menghina dan mengaibkan Raja Melayu semata untuk mempengaruhi rakyat untuk meminda perlembagaan pada tahun 1994 demi menghakis kuasa Raja Melayu.

5. Sememangnya Islam masih kekal sebagai agama Persekutuan namun kegagalan regim pemerintah menjaga keharmonian Islam amat menyedihkan. Malah Islam dipermainkan sendiri dalam ucapan pemimpin regim ini, khususnya ketika zaman era Mahathir Mohamad. Insitusi masjid, agihan zakat dan bantuan Baitulmal semuanya dipolitikkan sehingga penghormatan kepada institusi agama seumpamanya makin terhakis.

6. Bahasa Melayu sudah hilang maruah akademiknya. Institut Pengajian Tinggi bangga menggunakan bahasa penjajah sebagai pengantara. Di Peringkat menengah dan rendah mujur rakyat berani bangkit berdepan belantan, gas dan air kimia Polis regim ini maka kemungkinan pengajaran Sains dan Matematik akan dikembalikan semula dalam bahasa Melayu. Tulisan jawi pusaka bangsa telah lama mati......ini semua kerana pengkhinatan regim ini.

7. Hak istimewa orang Melayu dan bumiputera makin terhakis, bukan kerana dirampas oleh kaum lain tetapi diseleweng oleh bangsa sendiri melalui pengaruh politik regim. Regim ini menggunakan istilah hak bumiputera atau dasar ekonomi baru telah mengaut keuntungan bagi pihak mereka dan keluarga serta kroni mereka atas nama kuota Melayu sedangkan majoriti Melayu masih susah dan melarat. Memang yang kaya melayu tetapi yang kaya sangat kaya dan yang majoriti masih payah dibawah sini.

Ampun Tuanku ;

Harapnya Tuanku yang berpendidikan tinggi tidak termasuk kepada golongan mereka yang ditipu dengan dakyat propaganda Umno Bn malah patik doakan Tuanku bukanlah dari golongan bangsa Melayu yang bersama mendokong dakyah regim ini (walaupun sedar ia dakyah tipu) hanya kerana kepentingan perniagaan peribadi atau keluarga.

Percaya dan yakinlah Tuanku jika regim ini dibenarkan terus berkuasa, negara ini akan hancur.....bukan sekadar 7 wasiat tersebut akan dicabuli malah hamba patik yakin Insitusi Raja - Raja Melayu ini juga akan hanya jadi seperti muzium pameran untuk lawatan dan tatapan pelacong sahaja dalam masa 20 atau 30 tahun dari sekarang ini.

Dalam surat terbuka buat tuanku yang sudah tentu akan boleh dibaca oleh pemimpin Regim Umno - Bn ini tuanku hamba patik mohon izin untuk melaungkan cabaran jika benar ada pemimpin Umno Bn yang masih yakin mereka bukan pengkhianat dan penderhaka bangsa dan agama ini maka siapa yang berani tampil berdebat dengan fakta dan ilmu demi membina rakyat keseluruhannya.

Ampun tuanku beribu ampun.

Salam dari hamba rakyat

che'GuBard
ahli Majlis Pimpinan Pusat
Parti Keadilan Rakyat.

Selamat Ulang tahun DSAI


Pada hari ini (kiraan Masihi) dalam tahun 1948 telah lahir seorang insan yang diberi nama Anwar ibrahim.

Mungkin ketika itu tidak siapa menjangka Anwar yang sama bakal mengharungi rintangan mendepani perbagai cabaran membawa rakyat membebaskan negara menuju kemerdekaan sebenar.

Hari ini che'GuBard seluruh keluarga besar keADILan Cabang Rembau mengucapkan Selamat ulang Tahun kepada DSAI.

InsyaAllah kami akan hadiahkan kejayaan cemerlang program 11 Ogos nanti sebagai hadiah Ulang Tahun. Kita bertemu di Rembau.

One Malaysia = One Israel

Najib begitu bangga dengan konsep kononya idea aslinya '1Malaysia'.

Namun semua ini ialah hasil pemikiran agensi upahan perunding imej yang punya kaitan rapat denganZionis. Semenangnya pemimpin Bn punya kaitan rapat dengan Perunding Imej dan pelobi yang berfahaman Zionis.

Dr. Mahathir dahulu pernah menggunakan Saatchi & Saatchi sebagai perunding imej dan perunding bagi kempen Bn. Syarikat tersebut ialah syarikat kaitan rapat Israel. Kemudian menggunakan pelobi Yahudi , Jack Abramoff dengan bayaran yang tinggi semata - mata untuk mendapatkan janji temu beberapa minit dengan Presiden Amerika.

Begitu juga tradisi ini diteruskan oleh Abdullah Ahmad Badawi. Dia juga menggunakan perunding imej kaitan rapat zionis untuk melobi imejnya sebagai pemimpin Islam Liberal.

Terbaru Najib juga tidak lari, dia menggunakan Apco Worldwide yang juga syarikat kaitan Zionis Israel. Dikhabarkan melibatkan bayaran RM20 juta.sila klik sini untuk baca lanjut.

Patutlah konsep atau terma kempen 1 Malaysia seperti tidak lari jauh dari terma kempen 1 Israel yang pernah digunakan oleh Ehud Barak bagi kempen mengukuhkan pengaruh parti Buruh Israel pimpinannya.sila klik sini untuk membaca lanjut atau klik sini.

Maka siapa yer agen Amerika Zionis Israel ???

Umno NS bertumbuk lagi ?


Semalam mendapat sms dari teman menyatakan
"satu pergaduhan telah berlaku di program Umno di Pusat Dakwah Paroi. Umno Rembau bertumbuk dengan Umno Seremban isu tanah adat jalan keretapi"
Belum reda isu Mesyuarat Umno Bahagian Seremban yang berakhir dengan 'bertumbuk' sehingga ada yang cedera tahun lepas, kali ini Umno bertumbuk lagi. Nampaknya Umno sudah ambil tempat Mic. Satu ketika dahulu memang sering dengar mesyuarat Mic bertumbuk tapi lama dah tak dengar sebaliknya kini sering dengar Mesyuarat Umno pula yang bertumbuk....

Seorang teman yang hadir mesyuarat Umno itu tidak menafikan tetapi mungkin malu untuk mengesahkan.

Pertama sekali sebelum pergi ke isu bertumbuk ini paling penting ialah Umno telah mencemarkan kesucian Pusat Dakwah Paroi (masjid) dengan mengadakan program politik. Pusat Dakwah penuh dengan bendera Umno. Sudah lah buat program politik bertumbuk pula di tempat tersebut.
Menurut satu sumber pergaduhan berpunca dari komen - komen Umno Rembau yang menggelar Ketua Bahagian Umno Seremban Datuk Ishak (Lenggeng) sebegai pengkhianat dan campur tepi kain orang lain.

Ini merujuk kepada tindakan berani Datuk Ishak yang turun menemui penduduk tanah adat Rembau yang punya masalah tidak mendapat perhatian dari Umno atau kerajaan Negeri berikutan tanah merka yang hendak dirampas. sila klik sini untuk membaca lanjut.

Sememangnya Umno Rembau dibawah Menteri Besar mahupun Ahli Parlimen ataupun kerajaan negeri tidak memberikan perhatian kepada penduduk tanah adat ini sehingga KEADILAN Rembau campur tangan dan mengenengahkan isu ini.

Malah selepas diketengahkan isu ini, ADUN Kawasan tersebut memarahi wartawan yang membuat liputan isu tersebut dan bercakap sombong akan potong jari jika apa yang dibawa KEADILAN akan berjaya.

Sememangnya che'GuBard mengaku menghubungi Datuk Ishak untuk sama bantu campur tangan dengan ketepikan sentimen politik demi nasib rakyat dan menyelematkan tanah adat. Kebetulan Kampung terlibat juga merupakan kampung halaman emak Datuk Ishak. Alhamdunillah Datuk Ishak turun jumpa penduduk dan janji akan jumpa Najib Tun Razak untuk dapatkan pembelaan. Sama ada dia sudah jumpa atau belum itu tidak pasti. Tetapi yang pasti sudah mula Umno datang dengan tawaran lain kepada penduduk, tetapi bukan secara rasmi dan terbuka sebaliknya secara bisik-bisik.

Malangnya majoriti pemimpin Umno ini bersikap politik didahulukan rakyat dikesampingkan. Maka mereka tidak boleh terima kehadiran Datuk Ishak bersama KEADILAN Rembau. Maka inilah punca pertikaman lidah sehingga menyebabkan pergaduhan di Pusat Dakwah........

Nama che'GuBard juga dilaporkan disebut dalam mesyuarat tersebut dengan katanya apa yang che'GuBard boleh buat.....jawapanya mudah memang che'GuBard tidak ada kuasa kerana tidak menang pilihanraya.....tetapi dengan tenaga dan sokongan yang ada kami lakukan yang terbaik membawa pembelaan kepada rakyat.

Pilihanraya Kecil Pengkalan Pasir

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir jatuhnya pada 25 Ogos, awal Ramadhan, dan penamaan calon pula 17 Ogos.

Pilihanraya kecil kelapan ini dipanggil susulan kematian wakil rakyatnya, satu-satunya ADUN PAS di negeri tersebut, Datuk Hamdan Abdul Rahman pada 31 Julai lalu.

Permatang Pasir - satu daripada tiga kerusi negeri dalam parlimen Permatang Pauh yang diwakili ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam pilihanraya umum lalu, Mohd Hamdan memperolehi 11,004 undi untuk menewaskan calon BN dari Umno, Ahmad Sahar Shuib dengan majoriti 5,433 undi.

Umno yang hipokrit

Semuanya diambil kerana pertimbangan politik, yang dibuat kalau menentang Umno maka akan haram dan jahatlah. Mana yang dibuat kerana menyokong Umno akan halal, baik dan masuk syurgalah.

Mana tidaknya, puak penjilat Umno bagai nak 'pengsan' mengusung gambar Anwar Ibrahim memberikan penghormatan terakhir kepada mendiang Beng Hock (yang mati dibunuh ketika soal siasat SPRM) dan gambar ir.Nizar, memegang lilin yang dikatakan sudah menyebabkan keluar agama, menghina Islam dan seumpamanya.

Maka ulama dan ustaz kangkong pro regim segera mengeluarkan fatwa peribadi menyokong hujah Anwar dan Nizar sesat.

Tetapi ustaz dan ulama kangkong ini semuanya senyap apabila terang terangan Perdana Menteri pujaan mereka sendiri melanggar fatwa yang telah diwartakan oleh Majlis Fatwa.


Letak kalungan bunga di Tugu Peringatan HARAM – JAKIM

Haram Letak Kalungan Bunga Di Tugu Peringatan Negara
http://mufti.perak.gov.my/isu/tugu_kenangan.pdf

Tajuk : Meletakkan kalungan bunga di Tugu Peringatan
http://www.e-fatwa.gov.my/mufti/fatwa_search_result.asp?keyID=371

“Meletakkan kalungan bunga di Tugu Peringatan sempena upacara sambutan Hari Pahlawan dan upacara-upacara lain adalah haram dan hendaklah ditinggalkan.”

http://www.e-fatwa.gov.my/mufti/fatwa_search_result.asp?keyID=428

Berdoa di tugu peringatan adalah ditegah oleh syara’ dan hukumnya haram kerana perbuatan seumpama itu termasuk di dalam larangan firman Allah, surah al Maidah ayat 90 yang bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya arak, judi dan al-ansab(menyembah berhala) dan al azlam (bertenung nasib) adalah najis daripada amalan syaitan. Maka hendaklah kamu jauhkan daripadanya moga-moga kamu berjaya”.

http://www.e-fatwa.gov.my/mufti/fatwa_search_result.asp?keyID=608

Bahawa haram tiupan dan bertafakur dengan menundukan kepala kepala selama 20 saat dengan meletakan kalung bunga ditugu, bacaan sajak yang boleh menimbulkkan semangat kepahlawanan adalah diharuskan, tetapi dengan syarat tidak dilakukan dihadapan tugu, atau di dalam suasana yang dilarang oleh syarak kerana semua ini adalah upacara agama juga.

Pada hari pahlawan yang baru berlalu jelas Najib (isteri Rosmah) telah melanggar fatwa yang telah diwartakan. Seharusnya dia juga boleh didakwa di mahkamah syariah kerana menentang fatwa yang diwartakan. Namun ustaz dan ulama termasuk mufti yang terlibat mewartakan fatwa tersebut lebih takutkan wang dan kuasa.

Perkara tersebut bukan sahaja dilakukan oleh Najib namun Iman pengasas agama Islam Hadhari yang pernah menjadi PM Malaysia juga melakukan perkara sebegitu rupa ketika hari pahlawan.

Satu lagi masih ingatkah kita dengan gambar Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dinaikkan oleh penyokong bukan Islam dan Melayu berhampiran Batu Caves sedikit masa lalu. Sebaik sahaja gambar besar Anwar itu dinaikkan maka pemuda Umno, ustaz kangkong Umno pun keluar fatwa kononya itu berhala, tak patut wujud ...hina agama...hina bangsa..... maka YB Amiruddin ADUN kawasan terbabit campur tangan dan menurunkan gambar besar tersebut.
Tetapi beberapa hari lalu ketika Najib anak Tun Razak melawat Kuil Batu Caves binaan yang lebih besar menyerupai Najib dibina di kuil itu seiring dengan patung dewa Hindu.... nah sekarang apa kata kamu orang Umno dan Ustaz kangkong.....

Akhbar yang sibuk bagi liputan isu gambar besar anwar pula apa katanya...?

KDN nak dengar pendapat rakyat ?


Pagi ini menerima makluman dari seorang teman melalui email bahawa Kementerian dalam Negeri (KDN) kononya sedang mengadakan pungutan suara dalam laman Portal Berita nya (iKDN) berkenaan dengan isu ISA.

Terus klik link yang diberikan dan mengisi ruang undian yang disediakan. Sedikit tertawa juga iaitu hampir 90% pengundi terlibat semua mengundi untuk memansuhkan ISA.

Bagi che'GuBard regim ini tidak pernah belajar untuk mendengar suara rakyat, namun apa salahnya kita serang mereka dengan undian kita untuk menyatakan sikap dengan jelas.

Sila klik link http://www.ikdn.gov.my/ untuk membuat undian diruang muka depan portal tersebut.

Selamat Jalan 'Rendra'...........


kesadaran adalah matahari,
kesabaran adalah bumi,
keberanian menjadi cakrawala,
dan perjuangan adalah pelaksanaan kata-kata

selamat jalan, rendra.


Wahyu Sulaeman Rendra (lahir sebagai Willibrordus Surendra Broto Rendra, lahir di Solo, Jawa Tengah, 7 November 1935 – meenghembuskan nafas akhir pada di Jakarta, 6 Ogos 2009 pada umur 73 tahun).

Alfatihah......

Anak Muda Malaysia menangisi pemergian mu dan mengagumi perjalanan pilihanmu !

ucap takziah & Selamat Hari Lahir

Parti Keadilan Rakyat Cabang Rembau mengucapkan takziah ke atas kematian mendiang Kalyani a/p Muthu. Mendiang disyaki menghidap sakit buah pinggang. Diharapkan agar suami beliau, Raman a/l Krisnen Nair dan keluarga tabah dan bersabar di atas ujian ini. Parti Keadilan Rakyat Cabang Rembau telah hadir untuk menyampaikan sedikit sumbangan kepada keluarga mendiang.
Parti Keadilan rakyat juga turut mengucapkan selamat ulangtahun yang pertama kepada adik Rakshini a/p Murugan di Taman Bunga Raya, Rantau.

Saudara NorAzizi A.Aziz Setiausaha Cabang Rembau dan rombongan telah mewakili Cabang Rembau untuk menziarahi kedua keluarga terbabit.