Kenyataan Umum
24 Disember 2013
PRO TAIB PANIK HANYA KERANA LAWATAN KERJA SAMM KE SARAWAK 27 - 30 DISEMBER.
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) akan mengadakan lawatan kerja ke Sarawak pada 27 hingga 30 Disember 2013. Lawatan ini bertujuan bertemu dengan komrad SAMM Sarawak, menyusun massa muda melalui pertemuan dan siri diskusi sepanjang lawatan kerja ini.
Lawatan yang akan disertai oleh 11 Penyelaras dan Pengarah SAMM Kebangsaan dan diketuai oleh che'GuBard sendiri juga dibuat sebagai rentetan dari ziarah ke Baram pada 11 - 13 November lepas. sila klik sini untuk laporan ziarah Baram yang lepas.
Selain itu lawatan ini juga merupakan peluang bagi SAMM mengenali perlawanan peringkat akar umbi selain memahami isu di Sarawak. Sarawak amat penting kerana kurang dari 2 tahun akan berlaku Pilihanraya Negeri. Walaupun SAMM ialah gerakan anak muda non partisan tetapi mengambil sikap politik. SAMM melihat Sarawak perlu perubahan pemerintahan kerana jelas penindasan berlaku, negeri antara terkaya tetapi rakyat antara termiskin dan melihat betapa Sarawak menjadi kunci perubahan peringkat nasional, cuma cabaranya ialah kempen kesedaran perlu dilakukan dari sekarang demi mempertingkatkan tahap pendidikan politik pengundi.
Pasukan SAMM dijadualkan akan berada sejauh di pendalaman belantara Baram bersama pejuang aktivis yang mempertahankan tanah mereka dari dicerobohi projek Empangan. SAMM akan menyampaikan sedikit sumbangan dalam bentuk barang makanan asas selain akan mengadakan bengkel bagi menyusun perlawanan, antaranya ialah strategi perlawanan, hak anda dan polis serta bertukar pandangan mengenai perlawanan di tempat lain.
Miri juga bakal menjadi destinasi, beberapa pertemuan dengan anak muda Miri bagi menyusun perlawanan rakyat akan dibuat dalam bentuk bengkel dan diskusi.
Bagi aktivis atau anak muda setempat yang ingin menyertai program SAMM di Miri dan Baram boleh terus berhubung dengan 01115820525 Ray (Penyelaras SAMM)
29 Disember 2013 Pasukan SAMM akan bertolak dari Miri ke Kuching. 3 siri bengkel, pertemuan dan diskusi dijadualkan. Juga misi penting di Kuching ialah Pra Pelancaran Kempen 'Nyah Taib'.
Abdul Taib bin Mahmud (77 tahun) telah menjadi Ketua Menteri Sarawak selama hampir 33 tahun. Tidak dinafikan punya sedikit sebanyak khidmat jaya namun rekod rasuah dan salah guna kuasa hasil terlalu lama di tampuk pemerintahan sudah terlalu menyerlah. Sarawak antara negeri paling kaya kini kekal rakyat menjadi antara termiskin, namun tidak dinafi ramai terus mendokong dia kerana tertipu dengan imej 'raja puteh' yang tampil dengan politik 'santa clausnya'.
Kempen Nyah Taib bukan kempen parti politik namun ia kempen mensasarkan Taib seorang sahaja. Telah beberapa kali berjanji pada umum untuk berhenti namun sehingga kini sering mengelak dengan perbagai alasan. Ini secara tidak langsung turut menyekat naik pimpinan dari parti beliau sendiri.
Kempen 'Nyah Taib' ialah kempen oleh rakyat Sarawak mengajak semua rakyat Sarawak termasuk pendokong Bn di Sarawak untuk turun ke bawah bagi menyedarkan rakyat mengenai kepincangan dan keterlaluan Taib dan keluarganya mengumpul harta kekayaan dan gagal dalam memajukan Sarawak seiring dengan 'sedutan' kekayaan buminya.
Kempen ini belum bermula tetapi sudah menimbulkan ketakutan. Dari media rasmi hinggalah media internet pro Taib sudah digunakan bagi menyerang Lawatan Kerja SAMM kali ini. Malah ada pimpinan pengampu Taib juga cuba memutar belitkan kononya PKR mahu mengadakan demonstrasi pada 29 Disember depan rumah Taib. (sila klik sini)
Pertama sekali program pelancaran kempen 'Nyah Taib' ialah usaha SAMM Sarawak dengan sekutu aktivis dari perbagai latar bukan PKR dan ia bukan berbentuk aksi jalanan tetapi kempen kesedaran di mana bahan kesedaran seperti risalah, bahan audio visual akan diperturunkan hingga ke pendalaman bagi mempertingkatkan kesedaran. Sekumpulan anak muda juga akan dilatih sebagai agen penyebar maklumat bagi memastikan maklumat berkesan sampai kepada sasaran tepat.
Ketika Pilihanraya Negeri jauh lagi kempen ini juga dilihat bakal disokong oleh sebahagian pimpinan negeri Sarawak yang ramai sedar mengenai kemusnahan kerakusan yang dibawa oleh Taib serta keluarga tetapi tidak punya keberanian untuk menyatakan secara berdepan. Cuma sudah pasti yang pro Taib akan muncul cuba menjadi hero.
Oleh kerana panik yang tak tentu arah oleh kumpulan pro Taib dengan program lawatan kerja SAMM ke Sarawak kali ini maka SAMM menjangkakan gangguan menggunakan pihak berkuasa kemungkinan beberapa watak akan dihalang memasuki Sarawak sehinggalah gangguan menggunakan anasir tertentu secara ganas. Namun kita yakin dengan kebijakan pasukan keselamatan dalam menjalankan tanggungjawab secara profesional.
Bagi yang mahu bersama dalam program SAMM di Kuching pula boleh terus hubungi 0129198085 (Azan Akma).
Bagi misi lawatan kerja ke Sarawak kali ini antara tumpuan ialah menyampaikan bantuan makanan asas dan peralatan perkhemahan kepada pengongsi kem bantahan (blocked) di Baram maka kami amat mengharapkan sumbangan semua. Mereka yang berkumpul bagi memprotes pembinaan Empangan meninggalkan kampung halaman ada yang berjalan berhari - hari untuk bersama tinggal di Kem bantahan, tinggal dalam suasana yang daif. Sumbangan boleh disalurkan kepada akaun Solidariti Anak Muda - akaun Maybank 162106790728 (selepas menyalurkan sumbangan sila sms 0126937908 bagi mengesahkan sumbangan). Lawatan kali ini turut melibatkan kos besar seperti kos pengangkutan ke Belantara Baram dan lain - lain kos 'ground arrangement' lain. Kos penerbangan Kuala Lumpur Sarawak ditanggung oleh anggota rombongan sendiri.
Dengan jumlah wang begitu besar terlibat, Umno Baru layak digelar sarang tipu daya.
Abdul
Razak Baginda mempunyai rakan-rakan yang berpengaruh tetapi dia tetap
mengekalkan profil yang rendah. Tidak banyak yang perlu dirisaukan oleh
Razak kecuali reputasinya jika hubungan sulitnya dengan Altantuya
diketahui umum - selain daripada menghadapi kemarahan isterinya,
Mazlinda Makhzan ( seorang pengarah dalam syarikat yang terlibat dengan
perjanjian kapal selam ). Walaupun skandal ini memaksa SPRM memulakan
penyiasatan, kebiasaanya kes akan ditutup selepas keghairahan orang
ramai terhadap kes mula reda.
Walaupun pengakuan terperinci telah diberi oleh Sirul Azhar bin
Haji Umar (IC No: RF12559 ) tentang pembunuhan terancang yang dicatatkan
dalam Laporan Polis No: 7380 /06 pada 9 November 2006 pada jam 1635
oleh Inspektor Nom Phot a/l Prack Dit , Mahkamah rayuan pada 23 Ogos
tahun ini telah memutuskan untuk membiarkan kedua-dua Sirul Azhar dan
pemberi arahan, Kapten Azilah Hadri bebas begitu sahaja.Umum mengetahui bahawa Kapten Azilah Hadri adalah bekas polis dari unit elit UTK (Unit Operasi Khas Polis Diraja Malaysia ) dan pernah berkhidmat sebagai pengawal peribadi kepada menteri pertahanan dan timbalan perdana menteri yang pada masa itu merupakan Datuk Seri Najib Razak. Dia telah dipanggil oleh Setiausaha peribadi Najib dan ketua keselamatan , DSP Musa Safri , selepas Abdul Razak Baginda melaporkan kepada kawan rapat yang juga rakan bisnes terbesarnya Najib Razak , bahawa dia telah diganggu oleh wanita Mongolia yang menuntut bahagian sogokannya daripada RM540 juta wang rasuah dari transaksi jual beli rahsia kapal selam dari Perancis.
Sirul Azhar menyatakan dalam kenyataan polis bahawa dia telah diarahkan oleh Azilah untuk membantu ‘menguruskan’ wanita bernama Aminah atau Altantuya Shaariibuu yang sering mengganggu seorang tokoh penting. Dia juga menambah bahawa ganjaran wang tunai sebanyak RM50, 000 -100,000 akan diberikan. Saya tidak pasti jika Sirul tahu siapa yang telah membuat tawaran itu, dan jika tahu sekalipun, apa sahaja nama yang disebutnya sudah pasti telah dipadam dari kenyataannya oleh pegawai-pegawai polis yang setia melindungi VVIP dalam Umno Baru.
Pernah buat ‘kerja serupa’ sebanyak 6 kali
Razak Baginda juga menambah bahawa Kapten Azilah memberi jaminan bahawa tugas itu akan segera diselesaikan dan dengan riaknya memberitahu bahawa sebelum ini dia pernah menyelesaikan sekurang-kurangnya enam kes yang serupa.
Tiada siapa yang waras akan mengaku melakukan pembunuhan kejam - lebih-lebih lagi apabila mangsa tidak dikenali olehnya dan adalah seorang wanita cantik yang ditinggalkan oleh seorang lelaki Casanova yang rapat dengan ahli politik. Altantuya jelas bukanlah seorang penjenayah tegar. Siapa yang tergamak untuk menembak perempuan itu sebanyak dua kali dengan jarak dekat di kepala walaupun dia merayu untuk tidak di apa-apakan - termasuk anak dalam kandungan? Apa sahaja jenayah yang mungkin telah dilakukan, mengugut umpamanya, dia tetap berhak untuk dibicarakan di mahkamah. Setiap anggota polis tahu bahawa - atau sepatutnya tahu akan hak itu walau dalam apa jua keadaan sekali pun.

Walau bagaimanapun , Kapten Azilah Hadri dan Sirul Azhar bukanlah calang-calang polis. Mereka komando dari UTK , dilatih sebagai penembak tepat dan bersedia untuk mengikut perintah tanpa soalan. Siapa yang memberi arahan? Sudah pasti mereka tidak akan taat kepada Abdul Razak Baginda – dia hanyalah orang awam, walaupun rapat dengan orang yang mempunyai pengaruh politik. Perintah itu sudah semestinya datang dari seorang pegawai polis yang lebih tinggi, dalam hal ini setiausaha peribadi Najib Razak , bekas DSP Musa Safri , yang telah dinaikkan pangkat dan dipindahkan ke negeri lain.
Tuan politik wajib bertanggung jawab
Mengapa Musa Safri tidak pernah dipanggil sebagai saksi dalam perbicaraan itu, yang telah direkodkan menjangkau 159 hari ? Dia merupakan ketua keselamatan dan pembantu peribadi kepada Najib Razak dan Rosmah Mansor. Apa jua tindakan yang telah diambilnya adalah di atas arahan mereka, demi kepentingan serta keselamatan diri mereka. DSP Musa Safri jelas seorang pekerja yang setia kepada tuan politiknya. Merekalah yang mesti bertanggungjawab diatas tindakan pekerja mereka - terutamanya jika tindakan ini melibatkan penculikan dan pembunuhan kejam , ditambah pula dengan penggunaan bahan letupan jenis ketenteraan untuk memusnahkan bukti badan seorang wanita yang mengandung.
Kita tidak harus lupa bahawa seseorang di Jabatan Imigresen dengan sengaja memadam dari pangkalan data komputer, semua rekod kemasukan Altantuya Shaariibuu dan rakan-rakannya. Siapa yang mempunyai kuasa untuk memerintahkan jenayah sedemikian rupa? Pada bulan Oktober 2006 apabila kisah itu mula diketahui, Kementerian Dalam Negeri ( yang mengawal Jabatan Imigresen) baru-baru ini telah disusun semula dan walaupun Mohd Radzi Sheikh Ahmad sepatutnya bertanggungjawab, ia merupakan satu tempoh yang penuh kekeliruan tanpa diketahui dengan jelas dari manakah datangnya arahan.
Sudah pasti ada seseorang yang sangat berkuasa dalam hierarki jawatan yang boleh melakukan jenayah sekeji diatas (hampir) tanpa halangan. Bukti ini menunjukkan kepada siapa ya? Siapakah pelaku yang mampu melakukan tipu daya yang kompleks ini?
Benarkah Rosmah tiada di tempat kejadian?
Begitu juga dengan anggota beruniform yang terlibat dalam kes itu. Musa Safri mungkin telah bersubahat dalam melakukan jenayah yang serius , tetapi sebagai seorang pegawai polis Melayu yang ketaatannya kepada Tuan Besar melebihi tugasnya sebagai penjawat awam, dia hanya akan mendapat simpati setelah mengakui peranannya dan untuk memberi laluan agar keadilan dapat dijalankan. Kapten Azilah dan Sirul jelas terlibat , melalui pengakuan Sirul serta akuan berkanun terperinci yang ditandatangani oleh penyiasat persendirian Balasubramaniam a / l Perumal. Walau bagaimanapun, peranan mereka hanyalah pada dasarnya untuk melakukan kerja kotor orang lain.
Dalam akuan berkanun yang ditandatangani pada 18 Jun 2008 oleh Raja Petra Kamarudin , blogger kontroversi dan editor newsportal Malaysia Today yang lebih dikenali sebagai RPK, beberapa individu lain juga telah terlibat dalam pembunuhan sensasi itu. Malah, pengakuan RPK mendedahkan bahawa isteri Najib, Rosmah Mansor mungkin telah berada di tempat kejadian pembunuhan itu, bersama-sama dua pegawai berpangkat tinggi dari bahagian kejuruteraan Kementerian Pertahanan, Lt Kol Abdul Aziz Buyong dan isterinya Lt Kol . Norhayati Hassan, kedua-duanya merupakan pakar dalam penggunaan bahan letupan C4 . RPK mendakwa dia telah diberi maklumat menggemparkan ini oleh seorang pegawai kanan Perisikan Tentera.
RPK kemudiannya menarik balik akuan bersumpahnya pada bulan April 2011 dalam satu temu bual yang disunting oleh TV3 , stesen yang mesra kerajaan, dengan memberi penjelasan bahawa dia tidak pasti sama ada apa yang dia dengar adalah benar. Alasannya adalah dia merasa ia merupakan tanggungjawabnya sebagai seorang warganegara untuk memberitahu masyarakat tentang apa yang didengarinya . Ramai yang melihat ini sebagai satu petunjuk bahawa RPK mungkin telah diminta untuk memfailkan akuan itu pada Jun 2008 oleh pihak yang mahu menghancurkan aspirasi Perdana menteri Najib Razak.
Siapakah yang membocorkan maklumat?
Dalam
Umno Baru terdapat ramai yang ingin melihat Najib Razak dan isterinya
yang berpengaruh dikeluarkan daripada parti - skandal Altantuya akan
menjadi senjata yang paling tepat bagi tujuan ini.Tiga nama segera muncul di fikiran : Mahathir Mohamad, yang mempunyai matlamat untuk memastikan anak bongsunya , Mukhriz , menjadi Perdana Menteri , Tengku Razaleigh Hamzah , yang telah mengintai jawatan PM sejak pertengahan 1980-an , dan Muhyiddin Yassin, timbalan Najib, yang sudah pasti mengimpikan jawatan tertinggi negara itu.
Walaupun siasatan terperinci terhadap kes pembunuhan Altantuya menunujukkan bahawa skandal kapal selam Scorpene mula diketengahkan pada tahun 2002, iaitu semasa tempoh Mahathir, Najib Razak pasti akan disabitkan kerana dia pada masa itu merupakan menteri pertahanan di kabinet Mahathir.
Abdul Razak Baginda , menurut akuan berkanun menggemparkan P.I Bala pada 3 Julai 2008, telah diperkenalkan kepada Altantuya Shaariibuu oleh rakannya Najib Razak di sebuah ekspo berlian di Singapura. Tanpa menyembunyikan apa-apa, Razak Baginda telah menceritakan kepada penyiasat peribadinya bahawa Najib tidak mahu lagi terlibat dalam skandal besar selepas dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri, hanya kedudukan sahaja dari jawatan teratas. Jadi, dia mahu Razak Baginda untuk mengambil alih peranannya sebagai ‘sugar daddy’ kekasih Mongolianya yang bercita rasa tinggi itu.
Umum telah mengetahui bahawa kelemahan Najib Razak adalah wanita cantik. Kelemahan itu merupakan ‘Achilles Heel’ hampir setiap tokoh penting - terutama dalam rimba politik dimana pemangsa bersembunyi di sebalik sifat kepura-puraan dan kemunafikan.
Penipuan
Penipuan dan pujuk rayu, rasuah dan ancaman, pergaduhan sesama sendiri – inilah yang sering berlaku dalam persekitaran politik kita sekarang. Tiada siapa yang mahu berhadapan risiko kehilangan segala-galanya, jadi perkahwinan untuk kesenangan, pragmatisme sinis, dan politik berkepentingan menjadi kebiasaan. Siapa peduli akan kebenaran? Ini semua hanyalah persepsi semata-mata, dan di sinilah pakar kaki pusing memainkan peranan mereka. Siapa peduli tentang keadilan? Ia boleh dijual beli jika kamu punya wang yang banyak.
Umno Baru telah tenggelam sehingga ke paras songkok tinggi mereka dalam kolam penipuan dan konspirasi tersembunyi.
Walaupun ada yang bakal gembira melihat Najib dan Rosmah dikeluarkan dari papan permainan, terdapat juga yang takut kehilangan kuasa sepenuhnya sekiranya perebutan kuasa bertukar ganas. Mereka lebih suka berkhidmat untuk seorang pemimpin korup yang boleh menawarkan faedah kepada mereka - daripada seorang pemimpin bersih yang pasti akan serta-merta memecat mereka di atas ketidakcekapan dan ketamakan.
Negara butakan mata terhadap kes BUNUH
Kesunyian yang menyelubungi episod umpama mimpi buruk ini mendedahkan konspirasi di peringkat tertinggi - dan seluruh kerajaan persekutuan Barisan Nasional sebenarnya terlibat sama kerana bersubahat dalam pembunuhan kelas pertama.
Kerana kerajaan sepatutnya mewakili semua, setiap rakyat Malaysia akan mengalami nasib yang sama - sehingga kita menebus kembali kewarasan fikiran dan maruah kita sebagai rakyat kepada negara yang berkemungkinan sekali berhadapan dengan kehancuran.
Adakah kita patut berhadapan dengan semua ini setelah 56 tahun kita merdeka? Hanya untuk dikenali sebagai sindiket jenayah besar yang terdiri daripada penipu, orang-orang munafik, pencuri, perogol dan pembunuh?

![Clarification dari AMK Sarawak, oleh Timbalan AMK Sarawak, saudari Zulhaidah Suboh
Saya Selaku Tim. Ketua AMK Sarawak ingin memberitahu bahawa PKR tidak terlibat demo depan rumah Taib. Di minta Kt. Setiausaha Politik Ketua Menteri Abdullah Saidol harus menyelidik secara terperinci sebelum memberi kenyataan. Tiada perbincangan dan perancangan berkaitan demo antara PKR dan individu yg bernama Che'gu Bard yg di sebut oleh Abdullah Saidol. Jika ada sekali pun rakyat pro PKR yg terlibat, ini bukan wakil drpd parti itu. Kehadiran mereka atas kapasiti individu dan aktivis semata mata. Lupakh pimpinan BN Sarawak bahawa Taib sendiri pernah mengumumkan beliau akn berundur sbg Ketua Menteri Sarawak semasa beberapa kali PRN Sarawak? Siapa sebenarny Penipu & Pembohong?
PKR tidak pernah mengamalkan budaya politik kasar dan biadap spt kenyataan ADUN Semop. PKR merupakan sebuah Parti yg byk memberi kesedaran dan membuka mata rakyat Sarawak ttng sistem bobrok yg dilaksanakan oleh BN selama ini terutamany di Sarawak. Inilah yg menjadi ketakutan pemimpin BN.Kt. Pemuda PBB Neg. Srwk pula menyarankan supaya demontrasi dpn kediaman DS Anwar Ibrahim yg nyata bercakap bohong dan memburukkn imej Malaysia. Adakah Fazillah tdk tahu atau pura pura tdk tahu sepanjang Msia diterajui oleh PM Najib byk rekod buruk yg dcatatkan oleh Najib dr segi ekonomi, rasuah, campur tangan dlm jabatan kerajaan, sistem kehakiman dan byk lagi. Imej Malaysia tercalar bukan krn PKR tp sah dan nyata oleh BN dan ini menyebabkan sokongan BN kian pudar dan rakyat semakin muak dgn janji2 manis semasa pilihanraya tapi gagal dikotakan dan dilaksana dgn rasional. Apalah takut sgt dgn che'GuBard Samm] sorg ank Rembau sekampung dgn Rosmah. Takut lah dgn ank2 Sarawak yg bakal Bangkit & Lawan kamu. Seorg che'GuBard Samm di sekat, ribuan ank Sarawak yg Lawan. Berapa imbuhan yg bakal diterima oleh barua BN dlm mempertahankan Taib sepanjang hayat beliau?? BN dan Fitnah tdk dpt dipisahkan.](https://fbcdn-sphotos-d-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash4/s526x395/1459137_592147087506318_303347485_n.jpg)
