Tuesday, September 27, 2016

Badang muncul semula di Labu Kubong, Kuala Kangsar

Badang anak tungggal, pasangan petani miskin yang bekerja keras sehingga hari mereka meninggal dunia. Sebagai seorang pemuda, bekerja sebagai kuli kepada Orang Kaya Nira Sura.
Badang mewakili menifestasi betapa kaya menindas miskin dengan kerjanya yang berat dan upahnya yang sikit, dia bekerja sambilan dengan tiap petang memasang perangkap ikan dan mengumpulkan hasil pada pagi berikutnya.
Satu pagi Badang menemui perangkap beliau kosong. Tulang-tulang sisa dan skala membuktikan bahawa seseorang telah memakan hasil tangkapan beliau. Ini berterusan untuk beberapa hari dan Badang menjadi marah. Menjangkakan ini sebagai kelakuan beberapa haiwan liar, Badang bersenjatakan dirinya dengan kayu rotan  dan bersembunyi di dalam semak hutan. 
Penantianya berhasil apabila dia ditemukan dengan hantu air yang mencuri makan ikan di perangkapnya.Kemarahan Badang itu mengatasi ketakutan beliau. Tiba -tiba dia yang lemah dan penakut menjadi berani. Dia menghampiri hantu air itu dan menarik janggut dan rambut hantu air itu.
Hantu air panik, terkejut dan takut. Dia merayu dilepaskan dan berjanji menunaikan permintaan Badang. Badang sememangnya mewakili manifestasi marhaenis yang jujur, dia boleh sahaja meminta untuk menjadi kaya dan seumpamanya, namun permintaannya ialah sekadar menjadi kuat dan perkasa supaya boleh menjadi pekerja yang baik dan dedikasi.
Kisah Badang ini kemudianya panjang sehingga Nira Sura membebaskannya sebagai abdi, bertemu Raja Paduka Seri Rana Wikrama, menjadi ketua tentera dan bertempur dan bersahabat dengan Nadi Bijaya Panglima diRaja India.
Begitulah mitos Badang yang penuh menifestasi yang disampaikan dari mulut ke mulut. 
Namun kini mitos Badang ini cuba diberikan nafas segar oleh penganjur BADANG CHALLANGE 2016. Bertempat di Labu Kubong,bandar Di Raja Kuala Kangsar akan berlangsung buat kali ketiganya BADANG CHALLANGE yang akan menghimpunkan peserta dari perbagai latar belakang dalam dan luar negara menguji ketahanan, kekuatan dan kepantasan mereka sesuai dengan watak Badang dalam mitos Melayu. Inisatu yang amat luar biasa dan pasti jarang berlaku.

Tahun ini ia disusun dengan cukup berbeza dengan tawaran hadiah yang meningkat.

Ayuh ramai ramai - kita hadir menyaksikan sendiri mitos Melayu muncul semula 14 - 16Oktober ini

https://www.facebook.com/BadangChallenge/

13 dan 14 Oktober Mahkamah Petaling Jaya

Mahkamah selesai mendengar hujah penggulungan pendakwaan dan dijawab oleh peguam bela. Hakim "memohon" untuk diberikan tarikh lain bagi meneliti semua fakta bagi membuat keputusan.
14 Oktober sebagai tarikh hakim akan baca keputusan...
13 Oktober sambung bicara kes aksi anti GST "tawan kompleks Kastam"... Oktober juga dijangka rayuan kes aksi black out 505 depan parlimen dijangka berjalan...
Penuh tarikh mahkamah bulan Oktober.. sendirian sumpah saya akan terus melawan... maaf dalam hidup ini aku hanya tahu hitam dan putih...betul atau salah tidak ada kelabu... tidak ada kompromi dlm prinsip perjuangan.. kita cakap kita buat.. perjuangan adalah perlaksanaan kata kata... biar terasing dari bersama kemunafikan...
Maaf jika itu kononya tidak sesuai dlm politik.. maka aku akui itu kegagalan aku sebagai org politik... bagi aku politik bukan mainan tapi amanah perjuangan...

Jus KELAKIAN #KoopSAMMBerhad

MENCARI AGEN untuk jus kekuatan lelaki dalam sachet.
Jus dalam sachet yang dibungkus 15 sachet setiap kotak
Produk ini berkesan sehingga 3 hari dari tempoh pengambilan
Ø Membantu memiliki diameter saiz zakar yang besar dan panjang serta keupayaan seks yang kuat
Ø Menggalakkan pembesaran sekali ganda organ seks lelaki (walau berusia)
Ø Mengubah badan lalaki kepada lebih kuat, sihat, gagah dan bertenaga
Ø Dapat merawat mati pucuk (ED), Ejakulasi pramatang (PE) dan disfungsi seksual lelaki
Ø Mengimbangi hormone tubuh manusia dan menggalakkan rembesan hormoh lelaki (Testosteron)
Ø Merawat Hiperplasia Prostatik Benigna (BPH) dan kerap membuang air kecil pada waktu malam
Ø Meningkatkan sitem imunisasi badan
Ø Memperbaiki masalah keletihan dan kebimbangan
Ø Menguatkan daya ingatan walaupun telah lanjut usia
Kesan terhadap wanita Meningkatkan intensiti organism, Membantu meningkatkan prestasi dan keinginan seks dan Meningkatkan KEYAKINAN SEKSUAL
Dikeluarkan oleh sebuah kilang tempatan dengan formula US yang mendapat pengiktirafan GMP , pihak pengilang mempersiapkan produk dengan ujian makmal. Produk siap dengan sijil GMP dan lain lain kelulusan yang diperlukan. Syarikat pengeluar merupakan sebuah syarikat yang kukuh dengan modal berbayar besar dan terdiri dari sekumpulan peniaga muda yang serius.
Produk dalam bentuk jus dalam bentuk sachet, hanya perlu koyak dan sedut. Tidak perlu air ketika pengambilan. Ia sangat mudah. Pembungkusan dalam kotak menarik yang mengandungi 15 sachet. Harga jualan RM120 (SS RM120) tertera di kotak amat berpatutan kerana strategi pemasaran syarikat ialah membantu pengguna menghadapi masalah mereka dan sasarannya ialah dari segi kuantiti jualan dan 'repeat sale'. Kita menjanjikan produk yang kompiten mengatasi produk sedia ada di pasaran dari segi kualiti, harga dan pendekatan promosinya.
** satu sachet kesanya minima 3 hari
Promosi agresif telah dirancang secara on line dan off line termasuk perundingan akhir dengan seorang artis terkenal yang sedang menguji sendiri produk sebelum menandatangani kontrak sebagai duta produk.
** penumpuan produk ialah jualan on line bukan di kedai.
Ayuh anda semua dijemput untuk bersama keluarga besar FIRE UP sebagai agen. Hanya membuka peluang kepada 100 agen SAHAJA hubungi sebelum 7 Oktober.
berminat sila PM laju2. bersama buat keuntungan sambil membantu kenalan lama dan baru menikmati kehidupan lelaki sebenar.
Pelancaran produk 15 Oktober 2016
klik https://www.facebook.com/FireUp.Malaysia dan PM admin segera

Beranikah PKR bersikap terbuka isu pemecatan Chegubard? - AntaraPos

[ULASAN] Adakah PKR sudah hilang ruh ketelusan dan keluhuran undang–undang yang dilaungkan selama ini? Apakah bezanya PKR dengan parti-parti saingannya, terutamanya Umno, dalam isu menegakkan kebenaran?
Persoalan ini dilontarkan terus kepada presiden parti itu, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail oleh Penasihat Solidariti Anak Muda Malaysia, Badrul Hisham Shahrin dalam surat terbukanya kelmarin, 20 September 2016.
Asas persoalan Badrul Hisham atau Chegubard adalah cara PKR menangani isu pemecatannya dari PKR demi “mahu menegakkan keadilan dan membanteras kezaliman dalam parti.”
Beliau juga mempersoalkan mengapakah Timbalan Presiden, Azmin Ali menyerang wibawa presiden dan keluarganya kerana tidak dilantik menjadi menteri besar Selangor “dipayungi’ daripada tindakan disiplin.
Chegubard bertanya presiden PKR mengapa beliau dipecat kerana membuat teguran secara terbuka sedangkan apabila Azmin menyerang parti di media arus perdana, tidak dikenakan tindakan.
“Jika muncul di media dikatakan perkara yang salah, saya mohon Presiden merujuk selepas PRU ke 13 yang mana Azmin Ali merajuk kerana tidak dilantik menjadi Menteri Besar Selangor, dia menjaja kepada ramai bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim menipunya,” katanya.
Chegubard menjelaskan  Azmin bertindak demikian kononnya kerana Datuk Seri Anwar Ibrahim telah berjanji kepadanya untuk menjadikan beliau Menteri Besar  Selangor. 
“Tetapi malangnya selepas menang katanya Anwar menipunya dengan melantik Tan Sri Khalid Ibrahim semula. Untuk itu ia (Azmin) telah menggerakkan semua pengikutnya menyerang keluarga Presiden, “ katanya.
Chegubard mendedahkan bahawa bukanlah rahsia istilah seperti ‘Istana Segambut’ dan seumpamanya yang masih digunakan musuh politik PKR sehingga kini adalah ciptaan kartel Azmin Ali. 
“Azmin merajuk dan mula mengumpulkan sokongan beberapa ahli parlimen. Dia membuat sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN sendiri menyerang presiden parti mengamalkan kronisma dan nepotisma. Ia bukan sahaja keluar TV3 malah hampir semua media ketika itu,” katanya. 
Dalam surat terbuka lima halaman kepada Wan Azizah yang dikirimkan kepada lebih 370 penama lain, Chegubard menuntut presiden parti itu menjelaskan mengapa beliau dipecat dua kali dalam tempoh 12 hari.
“Ini bukan sahaja pelik tetapi agak lucu. Saya dan KEADILAN sendiri mencatat rekod dengan menjadi parti pertama dalam dunia memecat seorang anggota dua kali dalam tempoh 12 hari,” kata Chegubard.
Katanya, surat pemecatan pertamanya bertarikh 26 Ogos 2016 dikeluarkan dengan ‘meniru’ tandatangan Setiausaha Agung, Rafizi Ramli yang ketika itu tidak berada di Kuala Lumpur.
“Kesalahan meniru tandatangan ini boleh disabit kesalahan Seksyen 471 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum dengan Seksyen 467 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara dua tahun dan denda.
“Amat malang sekali kakitangan ibu pejabat ‘dipaksa’ bertindak oleh seorang pimpinan kanan parti seorang ahli parlimen yang juga seorang peguam untuk melalukan jenayah tersebut,” tegas Chegubard. 
Beliau berkata, apa yang dituntutnya ialah penjelasan PKR sama ada ia sudah hilang ruh ketelusan dan keluhuran undang–undang yang dilaungkan selama ini?
“Saya dipecat dengan tuduhan baru dan saya tidak dipanggil membela diri. Adakah ini cara KEADILAN mengendalikan keadilan?,” kata Chegubard lagi.
Beliau mengakui PKR ada mengeluarkan ‘arahan’ untuk menutup mulut kerana mengkritik dan mendedahkan amalan korupsi dalam pentadbiran kerajaan negeri. 
Namun, katanya, arahan berkenaan spesifik kepada isu penyelewengan agihan Zakat dan Isu kontroversi Darul Ehsan Investment Group (DEIG) yang hingga kini belum ada penyelesaiannya.
Malah, kata Chegubard isu pembaziran Kubah Masjid Negeri berjumlah RM32.4 juta dan isu #skandal Azmin68054 juga tidak termasuk dalam ‘arahan’ tutup mulut itu.
Badrul Hisham mendakwa keputusan memecatnya dilakukan tanpa mesyuarat rasmi. Ia dibincangkan melalui aplikasi ‘whats app’ yang gagal mendapat sokongan majoriti seperti yang dikehendaki perlembagaan parti.
“Tuduhan ke atas saya iaitu ‘Menjejaskan imej, memecah belah parti seterusnya ingkar arahan parti” merupakan tuduhan yang berat dan saya langsung tidak diajukan bukti dan dipanggil bela diri,” katanya.
Beliau juga mendakwa pernah menyerahkan semua bukti berkaitan kes ‘pintu gerbang’, balak tanpa tender kepada syarikat enterprise, DEIG dan penyelewengan agihan zakat. 
“Dalam sesi pertemuan (11 Januari 2016) ketika saya mengajukan bukti kesemua panel  Lembaga Disiplin yang mendengar tidak mampu mematahkan satu pun hujah saya malah mengakui ada sesuatu yang sangat tidak kena dan parti perlu bertindak. 
“Namun kemudian Lembaga Disiplin (18 Febuari 2016) mengeluarkan satu surat mengatakan bahawa semua yang saya adukan di luar bidang kuasa tanpa dinafikan pembuktian aduan,” katanya.
Badrul Hisham menyindir bahawa PKR  menyambut Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai wira kerana berani mengkritik Datuk Seri Najib Razak secara terbuka berkenaan kepincangan dan penyelewengan Umno. 
“Bila Umno memecat Muhyiddin dan konconya kita serang Umno sebagai bacul penakut dan menutup penyelewengan. Muhyiddin dan konconya dipecat kerana memburukkan imej parti dan memecah-belahkan parti.
“Adakah kita berbeza dengan mereka? Jawablah dengan jujur dan lancar dengan rakyat. Adakah kita hanya berlawan (Umno) untuk ambil alih kuasa namun dari segi prinsip kita sama?” tingkah Chegubard.
Chegubard berkata,  beliau pernah dipujuk berdiam, ditawar membungkam, namun tidak mahu mengenepikan didikan reformasi bahawa bila nampak penyelewengan, ia mesti “lawanlah sepenuh jiwa dan tenaga”. 
“Saya belajar dari bawah, dari petugas parti memanjat tiang menggantung bendera sehinggalah menganjur program besar yang membawa saya menjelajah lokap ke lokap, mahkamah ke mahkamah. 
“Saya pernah memangku anak yang baru seminggu lahir demam kuning teruk tetapi tidak mampu saya masukkan ke hospital kerana tidak cukup belanja.
“Sebaliknya saya hanya zikirkan kalimah nama – nama Allah dan berdoa. Itu belum dikira rumah sewa dikunci kerana tidak membayar sewa. Namun dalam perjuangan saya diajar jangan mengeluh sebaliknya terus bergembira, katanya.
Chegubard mendakwa, hanya kerana bercakap benar dan berlawan atas prinsip beliau difitnah kononnya dibiaya oleh Umno dan ada juga menuduh beliau kononnya dibiaya DAP.  
“Demi Allah saya tidak dibayar hanya untuk khianat prinsip saya sendiri, malah saya sendiri sehingga kini masih menanggung hutang kewangan dari rentetan perjuangan ini,” tegas Badrul.
Beliau kesal dalam isu berkenaan beberapa temannya ‘ditekan’ oleh pimpinan parti dengan ugutan pecat jawatan lantikan politik hanya kerana bergambar dengannya  dalam facebook.
“Nampaknya untuk mempertahankan korupsi Azmin, ramai hilang pertimbangan,” dakwa Chegubard. Benarkah Kak Wan?

Wednesday, September 21, 2016

Keputusan kes penganjuran Black 0ut 505 di PJ

Esok (22 September 2016), Khamis Mahkamah Sesyen Petaling Jaya akan membacakan keputusan sama ada che'Gubard perlu membela diri atau tidak dalam perbicaraan bawah akta perhimpunan aman kerana dituduh menganjurkan Himpunan Black Out pada 25 Mei 2013 yang mana menjadi Himpunan kedua terbesar selepas Stadium Kelana Jaya selepas PRU ke 13 lalu.

Kes ini mula didakwa 6 Jun 2013, pernah dibebas tanpa lepas dan didakwa semula.

Setelah didakwa semua lebih dari sekali maka esok Mahkamah akan membuat keputusan sama ada membebaskan atau memanggil untuk bela diri.

Video wartawan Indonesia menyamar TKI tamparan buat negara


Kenyataan Umum

21 September 2016

VIDEO WARTAWAN INDONESIA MENYAMAR TKI TAMPARAN BUAT KESELAMATAN NEGARA

Berbillion wang rakyat dicurahkan secara langsung mahupun tidak langsung berkaitan isu keselamatan sempadan khususnya sempadan perairan Perairan Pantai Timur Sabah sehinggalah terpaksa mewujudkan ESSZONE mahupun ESSCOM. Namun berbilillion wang rakyat itu terbazir begitu sahaja kerana sehingga kini isu penculikan seolah gagal dikawal. Masalah utama disempadan masih sama seperti masalah utama dalam negara sendiri iaitu rasuah sudah terlalu membarah.

Lihat sahaja pendedahan baru - baru ini bagaimana didedahkan oleh keluarga mangsa penculikan betapa Malaysia rupanya berunding dengan penculik dengan membayar sejumlah wang yang besar bagi tujuan membebaskan mangsa penculikan. Lebih malang lagi sebahagian besar wang tersebut dilaporkan hilang dan tidak sampai kepada penculik.

Terbaru wajib diberika perhatian dan jawapan dari pihak berkenaan ialah berkenaan video berdurasi 10minit lebih yang diterbitkan oleh TRANSMEDIA Indonesia yang mula viral di media sosial. Video di mana wartawan Indonesia menyamar sebagai "Tenaga Kerja Indonesia" (TKI) masuk secara haram melalui sindiket ke Malaysia melalui Tawau, Sabah. Dia menaiki bot di siang hari dan berselisih dan melepasi sekatan polis. Sampai dengan selamat hanya dengan bayaran serendah RM50 ke RM100 sahaja. 

Tidak perlu tentera atau pengganas bersenjata cukup hanya bot 'pancung' dengan warga Indonesia mampu melepasi sempadan yang kononya diistihar ESSZONE atau ESSCOM dengan peruntukan tinggi membazir wang rakyat. Berapa banyak benda salah seperti dadah, senjata dan seumpamanya melintasi sempadan dengan mudah dan ia lalu depan pasukan keselamatan tetapi semuanya 'ditutup mata' kerana sudah tentu rundingan sudah dilakukan awal.

Video ini harus menjadi 'wake call' kepada kita semua. Menteri Dalam Negeri yang juga Timbalan Perdana Menteri, Menteri Pertahanan yang juga sepupu kepada Perdana Menteri wajib bertanggungjawab. Penjelasan harus diberikan, tindakan harus dilakukan terhadap siapa yang bersalah dalam video tersebut jelas kelihatan anggota keselamatan terbabit. Jika tidak anda berdua wajib letak jawatan.

Keselamatan rakyat dan kedaulatan negara hanya mainan terhadap koruptor ini. Rakyat wajib bangkit menentang.

che'GuBard, SAMM

Jawapan surat pemecatan : Mohon penjelasan dan pertimbangan semula pemecatan

che’Gubard
Pusat Gerakan Rakyat (PaGer) SAMM,
No. 344 (Ting. 1& 2),
Jalan Haruan 5/8, Oakland Commercial Center II,
70300 Seremban,
Negeri Sembilan Darul Khusus.

Tarikh    : 20 September 2016 (Selasa)

Kepada ;

YB Datuk Seri Dr. Wan Azizah Bt Dato’ Hj Wan Ismail,
Presiden,
Parti Keadilan Rakyat,
Jalan Tropicana Selatan 1, Tropicana, 46050 Petaling Jaya,
 SELANGOR DARUL EHSAN.

YB Datuk Seri Dr. ;

MEMOHON PENJELASAN DAN PERTIMBANGAN SEMULA PEMECATAN

Adalah dengan segala hormatnya merujuk surat pemecatan saya dari Parti Keadilan Rakyat bertarikh 6 September 2016 (no.ruj : SUA2016/SKR/0051).

Untuk makluman YB Presiden pemecatan ini merupakan pemecatan kedua saya dalam tempoh 12 hari. Ini bukan sahaja pelik tetapi agak lucu. Saya dan KEADILAN sendiri mencatat rekod dengan menjadi parti pertama dalam dunia memecat seorang anggota dua kali dalam tempoh 12 hari.

Bukan satu rahsia surat pemecatan pertama bertarikh 26 Ogos 2016 dikeluarkan dengan ‘meniru’ tandatangan Setiausaha Agung parti tanpa pengetahuan Setiausaha Agung yang mana beliau tidak berada di Kuala Lumpur pada ketika itu.Kesalahan meniru tandatangan ini boleh disabit kesalahan Seksyen 471 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum dengan Seksyen 467 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara dua tahun dan denda. Amat malang sekali kakitangan ibu pejabat ‘dipaksa’ bertindak oleh seorang pimpinan kanan parti seorang ahli parlimen yang juga seorang peguam untuk melalukan jenayah tersebut. Sangat dikesali  jenayah ini dilakukan dalam sedar hanya kerana ingin menghukum dan  boleh disifatkan membodek Azmin Ali yang mana pada hari tersebut saya hadir ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membuat laporan dan mendedahkan bukti korupsi dia.

Dalam perkara ini saya masih menanti penjelasan parti atau adakah KEADILAN sudah hilang ruh ketelusan dan keluhuran undang – undang yang dilaungkan selama ini ?
Saya juga memohon YB Presiden untuk meneliti semula proses pemecatan saya, adakah ia mengikut prosedur dan lunas keadilan itu sendiri ?

Saya dipecat dengan tuduhan baru dan tuduhan tersebut saya tidak dibicarakan dan dipanggil membela diri. Adakah ini cara KEADILAN mengendalikan keadilan itu ?
Ya, saya pernah menerima ‘arahan’ dari parti untuk menutup mulut kerana mengkritik dan mendedahkan amalam korupsi dalam pentadbiran kerajaan negeri. Namun arahan tersebut spesifik kepada isu pada ketika itu iaitu isu penyelewengan agihan Zakat, Isu DEIG malah isu malah isu pembaziran Kubah RM32.4 juta juga tidak termasuk dalam ‘arahan’ tutup mulut tersebut. Isu #skandalAzmin68054 lebih lagi tidak termasuk dalam arahan ‘tutup’ mulut itu. Ia pertuduhan baru dan saya sendiri tidak dibicarakan. Tindakan diambil tanpa bicara. Adakah itu pelaksanaan keadilan cara KEADILAN ?

Dalam pengetahuan kita semua dan tidak menjadi rahsia malah ada bukti yang saya diberikan tersimpan. Pemecatan saya bukan sahaja mencipta rekod dipecat dua kali (satu dengan surat yang tandatangan palsu) tetapi tanpa keputusan mesyuarat rasmi dan ia hanya dibincangkan melalui aplikasi whats app sahaja dan mengikut rekod saya ia masih gagal mendapat sokongan majoriti seperti yang dikehendaki perlembagaan parti.

Tuduhan ke atas saya iaitu “Menjejaskan imej , memecah belah parti seterusnya ingkar arahan parti” merupakan tuduhan yang berat dan saya langsung tidak diajukan bukti dan dipanggil bela diri.

Dalam pengetahuan YB Presiden juga saya pernah membuat aduan kepada parti, saya tampil menyerahkan semua bukti berkaitan kes ‘pintu gerbang’, balak tanpa tender kepada syarikat enterprise, DEIG dan penyelewengan agihan zakat. Dalam sesi pertemuan (11 Januari 2016) ketika saya mengajukan bukti kesemua panel  Lembaga Disiplin yang mendengar tidak mampu mematahkan satu pun hujah saya malah mengakui ada sesuatu yang sangat tidak kena dan parti perlu bertindak. Namun kemudian Lembaga Disiplin (18 Febuari 2016) mengeluarkan satu surat mengatakan bahawa semua yang saya adukan diluar bidang kuasa tanpa dinafikan pembuktian aduan.

Maka menggunakan asas ini maka adakah ada keperluan untuk saya membuat aduan yang sama dengan perkara korupsi kepada parti ?

Adakah dengan pemecatan ini kerana saya ke SPRM membuat aduan terhadap pimpinan parti ?Adakah saya seorang yang membuat aduan SPRM kepada pimpinan parti ?
Jika muncul di media dikatakan perkara yang salah, saya mohon YB Presiden merujuk selepas PRU ke 13 yang mana Azmin Ali merajuk kerana tidak dilantik menjadi Menteri Besar Selangor, dia menjaja kepada ramai bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim menipunya kerana Datuk Seri Anwar Ibrahim telah berjanji kepadanya untuk menjadikan dia Menteri Besar dan kerana itu dia telah bersungguh – sungguh mendepani PRU ke 13 tetapi malangnya selepas menang katanya Anwar menipunya dengan melantik Tan Sri Khalid Ibrahim semula.

Untuk itu ia telah menggerakkan semua pengikutnya menyerang keluarga YB Presiden khususnya melalui media sosial dan bukanlah rahsia istilah seperti ‘istana Segambut’ dan seumpamanya yang digunakan musuh politik sehingga kini merupakan ciptaan kartel Azmin Ali. Malah tanpa berselindung Azmin sendiri menyerang Anwar terbuka di media sosial dan menggagalkan kempen Black out 505 yang sedang giat ketika itu.

Pada ketika itu bukan menjadi rahsia juga Azmin merajuk dan mula mengumpulkan sokongan beberapa ahli parlimen. Dia membuat sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN sendiri menyerang presiden parti mengamalkan kronisma dan nepotisma. Ia bukan sahaja keluar TV3 malah hampir semua media ketika itu. 9 Aduan dibuat dari seluruh negara berkenaan perkara ini termasuklah salah satunya dibuat oleh Faizal Ab. Rahman yang ketika itu Ketua AMK Balik Pulau. Namun parti mengatakan ia bukan kesalahan. Maka apabila Timbalan Presiden yang kecewa tidak menjadi Menteri besar menghina tanpa bukti Presiden dan menghina parti mengajak beberapa ahli parlimen ‘berpuak’ tidak menjadi kesalahan , maka apa kesalahan yang saya lakukan hanya kerana mendedahkan korupsi dengan bukti ?

YB Presiden ;
Kita menyambut orang seperti Tan Sri Muhyiddin Yassin dan kuncunya sebagai hero kononya kerana berani berkata benar mengkritik Datuk Seri Najib Razak secara terbuka berkenaan kepincangan dan penyelewengan. Bila Umno memecat Muhyiddin dan kuncunya kita serang Umno sebagai bacul penakut dan menutup penyewengan. Muhyiddin dan kuncunya dipecat kerana memburukkan imej parti dan memecah belahkan parti.

Adakah kita berbeza dengan mereka ? Jawablah dengan jujur dan lancer dengan rakyat. Adakah kita hanya berlawan untuk ambil alih kuasa namun dari segi prinsip kita sama ? Mohon jujurlah YB Presiden…jujurlah…

Saya sudah dipujuk untuk berdiam, saya sudah ditawar untuk membungkam, namun sumpah saya pada diri saya sendiri dan ia didikan reformasi bahawa bila nampak penyelewengan maka lawanlah sepenuh jiwa dan tenaga. Didikan perjuangan politik yang saya lalui bukan dari dewan kuliah atau lobi hotel mewah, saya belajar dari bawah, dari petugas parti memanjat tiang menggantung bendera sehinggalah menganjur program besar yang membawa saya menjelajah lokap ke lokap, mahkamah ke mahkamah. Saya pernah memangku anak yang baru seminggu lahir demam kuning teruk tetapi tidak mampu saya masukkan ke hospital kerana tidak cukup belanja sebalilnya saya hanya zikirkan kalimah nama – nama Allah dan berdoa, itu belum dikira rumah sewa dikunci kerana tidak membayar sewa. Namun dalam perjuangan saya diajar jangan mengeluh sebaliknya terus bergembira.

Hanya kerana bercakap benar dan berlawan atas prinsip saya difitnah kononya dibiaya Najib dan ada juga tuduhan saya dibiaya DAP juga.  Demi Allah saya tidak dibayar hanya untuk kianat prinsip saya sendiri, malah saya sendiri sehingga kini masih menanggung hutang kewangan dari rentetan perjuangan ini.

Sebelum menutup surat panjang ini, saya juga memohon kebijakan YB Presiden. Bukan sahaja saya cuba dipecat namun saya dimusuhi dengan sebegitunya, beberapa teman ditekan oleh pimpinan parti dengan ugutan pecat jawatan lantikan politik hanya kerana bergambar dengan saya dan tersiar dalam facebook. Nampaknya untuk mempertahankan korupsi Azmin, ramai hilang pertimbangan.

YB Presiden, saya memohon pertimbangan keadilan untuk saya. Saya memohon balasan jujur ibu Presiden. Banyak yang saya ingin coretkan dalam surat yang akan menjadi terbuka ini namun saya masih cuba mewaraskan diri.

YB Presiden, saya bersama perjuangan ini sejak awal pemecatan Anwar, pelancaran parti di Renaissance Hotel K.Lumpur, masih ingat lagi mesyuarat – mesyuarat parti menjelang PRU 1999 di bangunan tidak siap (Marinara), Kuala Lumpur sehinggalah penganjuran aksi massa kecil dan besar dan dikebanyakan masa saya duduk bukan sekadar di ruang tamu KEADILAN tetapi saya didalam kelambu KEADILAN itu. Sebolehnya saya mahu menyimpan sebahagian besar pengalaman itu sebagai pengalaman peribadi kerana ada yang tidak bagus dan boleh disalah faham jika dikongsi.  Ketika ramai pernah meninggalkan dan ada berpatah semula menjadi hero saya tetap bersama KEADILAN susah macam mana pun, namun dalam hal pemecatan ini saya merasakan ia sangat tidak adil.

Hari ini 20 September merupakan hari ulang tahun kebangkitan gerakan Reformasi diseru oleh Anwar Ibrahim yang dipecat Mahathir Mohamad kerana bercakap benar. Hari ini juga saya dipecat dengan usaha untuk melindungi anak angkat Mahathir yang menjadi duri dalam daging selamanya dalam perjuangan politik Anwar Ibrahim.
Apa istimewanya Azmin yang diberi paying emas ini ?

Akhirnya saya menanti jawapan jujur Presiden parti dan buktikanlah kepada rakyat kita benar - benar berbeza.

Seorang pejuang 'muda' Indonesia, Soe Hock Gie pernah mengungkap lebih baik diasingkan dari menyerah kepada kemunafikan. Janji dan sumpah saya atas ibu pertiwi ini, saya tidak akan bergerak seinci pun dari prinsip tidak akan kompromi dengan penyelewengan dan korupsi dalam apa jua bentuk sekalipun. Perjuangan ini seharusnya bukan hanya menukar watak dan nama kerana musuh utama kita ialah sistem yang menyebelahi kapitalis dan ahli politik yang diperkuda pemodal besar. Perjuangan kita seharusnya ialah menentang penindasan dan korupsi dengan berani ke arah menjadi dunia yang lebih manusiawi.

Sekian dan terima kasih.

che'GuBard

Sunday, September 04, 2016

Kertas siasatan BPR ke atas Azmin lengkap tetapi kenapa tidak didakwa ?

Catatan Hujung Minggu
4 September 2016
Bagaimana Azmin menjadi kebal ?
1. Catatan hujung minggu ini mengajak semua berfikir, sangat boleh dibezakan bagaimana semua kekuatan regim digunakan bagi mendepani Ketua Menteri Pulau Pinang, Sdr. Lim Guan Eng sehingga beliau ditahan bermalam dilokap dan didakwa dengan satu pendakwaan yang sangat lemah kerana status tanah yang dikaitkan dengan tuduhan terhadap Lim Guan Eng tidak pun bertukar. Namun dalam kes Azmin Ali SPRM dilihat bertindak sangat lembab dan perlahan walaupun jelas bukan sahaja status (syarat nyata) tanah pertanian yang melindungi zon hijau Paya Indah Wetland bertukar tetapi status Hutan Simpan Kuala Langat turut bertukar menjadi kawasan pembangunan.



Dalam kes lemah Lim Guan Eng media dan hampir keseluruhan kepimpinan Bn memberikan tumpuan namun dalam kes yang kukuh berkaitan Azmin semua ibarat acuh tak acuh sahaja 'menyampuk'.
2. Ini ada kaitan dengan GAMUDA. Ingat tak, bila che'GuBard mula hampar isu ini, media memberi liputan juga malah ada juga pemimpin Bn turut memberi komen, namun apabila che'GuBard mula mendedahkan GAMUDA lah pemaju terlibat yang mana 'proksi' Azmin ditempatkan untuk mendapatkan pertukaran status tanah semua menjadi berbeza. Pemimpin Umno Bn seolah bisu dan media mengecilkan liputan. Jelas jika kes ini didakwa maka tanah 619 hektar berisiko untuk dibekukan dan dikembalikan statusnya. GAMUDA sudah mencurahkan RM1billion untuk lot 68054 tersebut termasuk harga tanah, wang lobi dan seumpamanya. Jika tanah ini gagal dimajukan dengan dikembalikan statusnya maka GAMUDA kapitalis besar tersenarai BSKL berdepan dengan masalah besar, saham bakal menjunam turun dan pasti pimpinan atasan GAMUDA bakal diturunkan. Soalanya mampukah regim Bn membenarkan syarikat gergasi mesra Bn tersungkur hanya untuk korbankan Azmin Ali yang juga memainkan peranan penting mengucar ngacirkan pembangkang ?

3. Azmin ini agen / opportunis sejak awal lagi. Ingat dia ini anak angkat Mahathir dan Hasmah yang Mahathir tempatkan di Pejabat Anwar sebaik habis belajar. Dia sangat setia Mahathir, 13 Disember ketika majlis perkahwinan anaknya dia sendiri menyebut didepan semuahadirin Mahathir dan dia umpama mencincang air tidak akan putus. Mahathir sebagai tetamu istimewa dipuja puji tanpa menyebut sepatah nama Anwar. Klik http://chegubard.blogspot.my/2015/12/13-disember-buka-mata-ramaiikatan-azmin.html

Baru ini bocor di beberapa laman web sejumlah kertas siasatan terhadap Azmin yang BPR sudah lengkapkan pada tahun sekitar 1997, bayangkan ketika 1998 hampir semua penyokong Anwar 'dikerjakan' Mahathir dengan teruk sekali. Perniagaan semua yang terkait PKR kecil besar diburu dan diganggu. Namun berdasarkan kertas siasatan Azmin tersebut kenapa dia tidak diganggu, malah ketika semua diburu dan ditahan ISA jika tidak lari keluar negara , dia duduk tenang di rumah seorang pimpinan Umno dalam pengetahuan Mahathir. Kertas siasatan selengkap dibawah tidak didakwa hanya kerana dia ialah agen yang harus ditanam bagi melengkapkan cita - cita Mahathir bila tiba masanya.

Secekap inilah Azmin melolos diri mengumpul kekayaan dan kedudukan diri.

















4. Kebelakangan ini Azmin menyerang che'GuBard sebagai agen Najib. Kononya che'GuBard dibayar. Soal saya mudah sila sebut mana duit yang Najib beri ? di mana pertemuan tersebut ? Jangan ketika kamu sibuk mendedak tuduh orang makan dedak sebab takut tersedak nanti. Azmin hanya berani gerakkan budak - budak dia membawa tuduhan tetapi kalau dia jantan dia sebut nama dan tuduh secara terbuka ! Kalau berani jom sama - sama istihar harta.

Tuduhan Azmin, che'GuBard dibela Najib hanya untuk menutup hubungan dia dengan regim. Untuk pengetahuan semua sebaik mengesahkan diri duduk selaku MB Selangor dia telah pergi bertemu Najib Razak, sanggup menunggu lama. Rosmah mansor yang pulang melihat Azmin tertonggok dan dimaklumkan pegawainya Azmin sudah menunggu lama bagi bertemu Najib yang masih sedang sibuk , maka Rosmah masuk ke ruangan tamu bagi bertegur Azmin. Tak disangka Azmin salam Rosmah dan cium tangan. Azmin minta maaf dan beri tahu nak jumpa Najib agar dapat memulakan hubungan baru.

Cekapkan Azmin dengan Mahathir dia setia kerana itu bapa angkatnya, dengan Najib dia menjalin hubungan demi 'keselamatan'nya.

 5. Azmin juga punca pembangkang terus kekal lemah dan celaru. Azmin menjaga hubungan dia dengan PAS kerana apa ? Tanyalah semua pimpinan PKR, AMANAH, DAP malah pimpinan NGO - NGO yang aktif membantu gerakan progresif mengenai PAS, majoriti pasti mengatakan PAS mesra Umno Najib, tetapi mengapa Azmin masih 'melindungi' PAS di Selangor ? Malah menggunakan kedudukanya selaku Timbalan Presiden memastikan PAS terus diberikan nyawa untuk memainkan peranan sebagai pembangkang mesra Umno Najib.

Pilihanraya Sungai Besar sahaja, ramai tahu bagaimana Azmin melalui tangan gelapnya membantu PAS bagi memastikan AMANAH kalah teruk yang berakhir dengan Bn memang besar.

Azmin cukup cekap sama ada siapa pun yang menang dia cuma nak pastikan kedudukan dia, dalam keadaan dia makan dedak sambil menabur dedak dia mengalih tumpuan dengan menuduh orang lain makan dedak.

Azmin dilindungi, bayangkan kes Lim Guan Eng beratur hampir setiap hari pimpinan Bn buat laporan polis dan SPRM namun dalam kes Azmin ini pemimpin umno sekadar menyampuk sesekali sahaja.

Pemecatan che'GuBard saat laporan SPRM dibuat untuk mengalih tumpuan che'GuBard dan pasukan. Rafizi yang lemah dan koyak minda menjadi mangsa. Sahih tandatanganya dipalsukan tetapi Rafizi yang konon hero hanya berdiam sahaja.

Jika Rafizi berani kenapa diam dalam kes tuduhan rasuah seks di Pejabat MB Selangor, laporan Rafizi pasti dibakul sampahkan kerana Azmin dilindungi. Namun kenapa Rafizi tidak mendedahkan butiran pembongkaran seperti yang dia lakukan sebelum ini ?

Rakyat majoriti dah sedar dan memilih menolak Bn, hanya kecelaruan pembangkang sahaja akan memenangkan Bn. Lihat sahaja PRN Sarawak, akhirnya Bn menang bergaya kerana agen regim Azmin memainkan peranan sehingga terkeluar watiqah bukan tandatangan Presiden PKR sehingga rakyat hilang keyakinan bila pertembungan sesama pembangkang berlaku.

Jika sebelum ini ia peranan Hadi dan pasukanya maka menurut sarawak Report habuan sekitar RM90juta.... apa pula jumlah habuan Azmin dan pasukan Azmin dapat ?

Kes Paya Indah Wetland ini merupakan kes yang 'real'.... Azmin dan pasukanya dengan kekuatan kewangan sedang berusaha dari semua segi untuk menipu dan menyelamatkan keadaan. Regim di Putrajaya juga tidak serius kerana Azmin harus terus ditempat sama bagi memainkan peranannya.

che'GuBard merayu semua sama berdiri untuk kes Paya Indah Wetland ini, ia kes penting kerana ia kes melawan pemodal besar, menyelamatkan alam sekitar, melawan korupsi dan mempertahankan integriti. Rabu ini insyaAllah akan dilancarkan booklet #skandalAzmin68054 versi online. Rayu semua download dan bantu sebar nanti.

sebarkan juga link http://chegubard.blogspot.my/2016/08/kenyataan-penuh-video-depan-sprm-26.html

bagi yang belum memahami isu Paya Indah Wetland boleh tonton video 20 min penerangan lengkap mengenainya klik http://chegubard.blogspot.my/2016/09/jom-fahami-apa-dia-skandalazmin68054.html

dia sudah 'kawtim' tetapi selamat atau tidak bukan atas tentukan tetapi ia keputusan rakyat hakim negara. Mohon semua bersama

http://chegubard.blogspot.my/2016/09/jawapan-surat-pemecatan-mohon.html

NGO serah laporan SELCAT desak buka siasatan #skandalAzmin68054 & Haniza minta maaf

klik untuk imej lebih besar dan membaca kenyataan penuh


klik http://www.bharian.com.my/node/188931

SHAH ALAM, Sept 1— An NGO today demanded Selangor’s Select Committee on Competency, Accountability and Transparency (Selcat) convene a special meeting to deliberate on the alleged land status change for the Paya Indah Wetlands.
Pertubuhan Gerakan Penegak Suara Selangor chairman Nasiruddin Mohamed accused Selangor menteri besar Datuk Seri Azmin Ali of having approved the land status change.
In a press conference here, he said that the NGO is also willing to produce witnesses and “key important sources” to Selcat should it be needed to facilitate investigations into the matter concerning Lot 68054 in Mukim Tanjung Dua Belas in Kuala Langat.
“The party leadership helming Selangor’s administration always criticise the parliamentary Public Accounts Committee (PAC) on matters of accountability. Now the people are waiting to see if Selcat too is like the PAC,” Nasiruddin said.
He had earlier submitted a memorandum on the controversial alleged land status change, to a representative of the Selangor Speaker and Selcat chief, Hannah Yeoh’s office at the Selangor State Secretariat Building here.
In his memorandum, Nasiruddin alleged that Azmin had approved the land status change knowingly, in the interest of his proxy who had allegedly acted for a property developer.
“A recently leaked message from the individual show that this person acted on behalf of the developer using his political position to lobby for the status change and the menteri besar who had chaired the (Selangor Executive Council) meeting is suspected to have knowingly approved the land status change, with the knowledge that the person lobbying for it was acting for the developer.
Nasiruddin said that the alleged proxy seems to have ‘inside knowledge’ as to the agenda of the State Executive Council (exco) meeting and also expressed suspicion, alleging that the person could possibly be Azmin’s proxy set up within the developer’s company.
“This is a very critical matter concerning integrity as the four menteri besar before this, had for 22 years opposed the land status change but as soon as Datuk Seri Azmin Ali took over, and at the very early stages of his leadership, the status change for the land was approved,” he added.
In July, Bernama reported Azmin saying that the state government would cooperate with the relevant authorities investigating the matter.
Prior to that, Selangor Tourism, Environment, Green Technology and Consumer Affairs Permanent Committee chairman Elizabeth Wong had acknowledged that the Selangor government had developed Lot 6850, covering 619 hectares in Mukim Tanjong Dua Belas, Kuala Langat.
However, she reportedly said the land was privately owned land and not a wetland reserve.
Prior to that, PKR member Badrul Hisham Shaharin had also accused the state government of rezoning the said land, a claim that was later denied by Wong.
News portal Free Malaysia Today reported Wong saying on July 26, that the allegation first made by Badrul, also known as Chegubard, was false and an attempt to discredit the state government.
- See more at: http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/ngo-wants-special-selcat-meet-to-discuss-paya-indah-wetland-status#sthash.Kcl2BhMt.dpuf

Benarkah budaya rasuah, ugutan dan penipuan berlaku dalam PKR?

[ULASAN] Dakwaan salah guna kuasa membabitkan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali dan barisan Exconya dalam urusan menukar status sebidang tanah dalam kawasan Paya Indah Wetlands, sudah sampai ke tangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
 
Yang pasti SPRM akan menyiasat laporan yang dibuat oleh Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard berhubung Lot 68054 milik Salak Land Development Sdn yang sejak 22 tahun lalu gagal ditukar status daripada pertanian kepada pembangunan.
 
Ia kerana lot berkenaan termasuk dalam lingkungan zon hijau - kawasan paya yang dilarang dibangunkan secara komersil sebab ia boleh terdedah kepada bencana alam seperti tanah mendap dan sebagainya.
 
Untuk mengubah status tanah kepada komersil, lot 68054 perlu dizonkan semula agar bebas daripada zon hijau. Di sini siasatan Chegubard bermula.
 
Sebaik sahaja mengambil alih kepimpinan Selangor dua tahun lalu, Chegubard mendakwa Azmin meluluskan pengezonan semula kawasan hijau itu dan penukaran status lot 68054 menjadi tanah komersil.
 
Azmin dan Exco Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar, Elizabeth Wong menafikan dakwaan itu dan mencabar Chegubard melaporkan perkara itu kepada SPRM.
 
Berdasarkan prestasi mutakhir SPRM, dakwaan ini pasti dibongkar hingga ke akar umbinya. Ini mungkin melambungkan harapan dan keyakinan rakyat terhadap badan pencegahan itu. 
 
Isu Paya Indah Wetlands goncang keyakinan rakyat kepada PKR
 
Namun sebaliknya isu Paya Indah Wetlands ini juga nampaknya mampu menggoncang keyakinan umum terhadap integriti politik parti pemerintah Selangor, iaitu PKR.
 
Selain menjadi menteri besar Selangor, Azmin juga adalah Timbalan Presiden PKR. Kesan awal pendedahan Chegubard ini mengaktifkan tuduhan terhadap Chegubard kerana melanggar disiplin parti.
 
Sebelum ini Chegubard dikatakan banyak kali mengkritik keputusan pimpinan PKR termasuk dalam tata-urus pemilihan parti itu. Namun yang paling kerap dikritik bekas Ketua Cabang PKR Rembau itu tertumpu pada Azmin. 
 
Chegubard mendakwa sehari sebelum beliau melaporkan isu berkenaan kepada SPRM, beliau dihubungi seseorang dalam parti yang menawarkan imbuhan agar tidak meneruskan rancangannya itu.
 
Chegubard berkata, beliau menyerahkan kepada parti untuk menyelesaikan status keahliannya dalam PKR dan menegaskan bahawa tumpuannya kini adalah berjuang untuk isu pendedahan Paya Indah Wetlands itu.
 
"Kamu (parti PKR) bincanglah. Bagi saya, selain daripada uruskan hidup seharian dan keluarga saya, tumpuan saya adalah pasal isu (penukaran status lot tanah) 68054. 
 
"Yang pasti saya akan berulang alik daripada SPRM dan saya akan pastikan kes ini akan jumpa jalan penyelesaian dan tanah ini selamat daripada kerakusan kapitalis," ujarnya.
 
Bagaimanapun PKR dikatakan mengambil keputusan memecat keahlian Chegubard pada hari beliau membuat laporan kepada SPRM. Pemecatan itu diketahuinya melalui panggilan telefon.
 
Keadaan ini menjadikan persoalan keahliannya dalam PKR menjadi misteri. 
 
"Hari saya muncul di SPRM, pagi itu, sekitar jam 10.04 pagi, saya dapat panggilan daripada Ibu Pejabat PKR. Saya angkatlah. 
 
"Dia (staf Ibu Pejabat PKR) kata, Chegubard, saya dah emel dan pos laju kepada Chegubard. Saya tanya apa dia? Dia kata surat pemecatan, yang baru pagi ini siap.
 
"Saya suruh kawan-kawan saya tanya di mana YB Rafizi (Setiausaha Agung PKR) ketika itu. Dia berada di Utara tanah air. Kawan-kawan saya telefon dia dan tanya dia tahu atau tidak akan kewujudan surat (surat pemecatan) itu. Maknanya tandatangan Rafizi palsu. 
 
"Kak Wan (Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail) respon, keputusan (pemecatan Chegubard) belum dicapai. Jadi persoalan dia sekarang ini, apa dia?” katanya.
 
PKR ialah parti yang mengumumkan tekad mahu melakukan transformasi terhadap amalan demokrasi dan menyegarkan budaya politik telus dan benar dalam negara.
 
Bagaimanapun cara ia menangani karenah Chegubard adalah jelas bercanggah dengan laungan reformasinya. Ia memperlihatkan seolah-olah PKR tidak kekok membelakangi prinsip demokrasi. 
 
Apakah begini caranya PKR menangani kritikan ahlinya sendiri?
 
PKR bercelaru hanya kerana Chegubard?   
 
PKR harus menyiasat dakwaan ada percubaan untuk merasuahkan Chegubard supaya jagan membawa isu berkenaan kepada SPRM.  Siapakah yang cuba membuat sogokan itu?
 
Lebih utama lagi ialah PKR juga harus menyiasat benarkah ada pihak cuba mencemarkan nama baik Setiausaha Agungnya dengan mempalsukan tandatangan surat pemecatan Chegubard. 
 
Jika presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail menafikan sudah ada keputusan dibuat berhubung keahlian Chegubard, bagaimanakah ada surat pemecatan dikeluarkan?
 
Kecelaruan ini jika tidak ditangani segera akan memberi gambaran bahawa pentadbiran PKR adalah kelam kabut. Jika itu tidak benar, maka PKR wajib membuat penjelasan segera kepada ahli dan rakyat umumnya.
 
Dakwaan Chegubard mungkin berat sebelah kerana kesemua dakwaan berhubung disiplin dan ketelusan pengurusan PKR hanya bersandarkan dakwaan Chegubard semata-mata. 
 
Namun mengapakah pimpinan PKR seolah-olah keberatan untuk memberikan penjelasan kepada ahli dan masyarakat amnya? Adakah Chegubard dianggap seorang pemimpin kerdil dan tidak perlu diberi publisiti?

Azmin panik tanya balik wartawan profesional ke tidak ?

Datuk Seri Mohamaed Azmin Ali terus mengambil sikap berdolak dalih setiap kali disoal mengenai kontroversi yang melanda status tanah Paya Indah Wetlands.
Malah yang terbaru Menteri Besar Selangor itu tidak menjawab secara tepat soalan yang yang diajukan sebaliknya memusing ayat dengan mengatakan rakyat Selangor adalah proksi nya sedangkan soalan yang diajukan ternyata berlainan.
Beliau ditanya adakah Ketua AMK Gombak, Zainol Abidin Mohamad adalah proksinya dalam kontroversi Paya Indah Wetlands seperti yang didakwa Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) namun ini jawapan sinis yang diberikannya:
“Rakyat negeri Selangor adalah proksi saya. Saya menjaga kepentingan rakyat dan negeri”, katanya.
“Saya sudah tegaskan beberapa kali bahawa pendirian kerajaan negeri pada hari ini bahawa kita bersikap terbuka dan telus.
“Mana-mana pihak atau individu yang mempunyai dakwaan tidak payah menjerit setiap malam di media. Serah sahaja kepada pihak berkuasa untuk buat siasatan,” katanya di sidang media selepas merasmikan Projek Rumah Selangorku di Taman Putra Impiana, Puchong, pagi Sabtu.
Azmin berkata demikian mengulas tindakan Penyelaras SAMM, Badrul Hisham Shahrin atau Chegubard, melaporkan dakwaannya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Jumaat lepas, bahawa kepimpinan Azmin secara salah mengubah status lot tanah 68054 yang dikatakan milik Paya Indah Wetlands daripada pertanian kepada komersial.
Beliau kemudiannya ditanya tindakan Chegubard yang mengedar booklet #skandalAzmin68054 setebal 16 halaman yang didakwanya sebagai mengandungi 80 peratus bukti salah guna kuasa bersabit kontroversi di lot tanah di Paya Indah Wetlands.
Azmin, mengelak untuk menjawab, sebaliknya menempelak pemberita dengan menyoal etika kewartawanan.
“Anda mewakili pihak mana? SPRM? Tanya soalan yang menunjukkan anda profesional atau tidak dalam bidang ini.
“Saya nak tanya, adakah anda seorang wartawan yang profesional?,” soalnya.
Terdahulu, kerajaan negeri melalui Exconya, Elizebeth Wong menafikan dakwaan Chegubard dan menegaskan lot 68054 bukan sebahagian daripada Paya Indah Wetlands.
Sebaliknya, tanah paya yang diwartakan Jabatan Perhilitan sebagai Rizab Tanah Paya di bawah Kanun Tanah Negara sejak 1998 hanya melibatkan lot 4827 dan 3974, ujar Elizabeth.
Azmin dan Elizabeth kemudiannya mencabar Chegubard melaporkan perkara itu kepada SPRM.
Chegubard selepas selesai membuat laporan kepada badan siasatan kerajaan itu memberitahu pemberita, identiti Zainol sebagai proksi Azmin, dikesan daripada dokumen yang dihantar melalui aplikasi ‘Whats App’ kepada semua exco kerajaan negeri Selangor, sekaligus menggambarkan hubungan rapat lelaki itu dengan Azmin.
Dalam perkembangan berlainan, Azmin menyerahkan kepada Lembaga Disiplin PKR berkaitan isu pemecatan Chegubard daripada parti itu.
Terdahulu, Chegubard memberitahu beliau menerima emel pada pagi Khamis (sebelum laporan dibuat kepada SPRM) menyatakan beliau dipecat daripada PKR atas alasan tindakannya itu menjejaskan nama baik parti.
Ketua Penerangan PKR, Syed Ibrahim Syed Noh dalam reaksinya menafikan perkara itu dan berkata Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR masih belum memuktamadkan status Chegubard.

Chegubard kemudiannya berkata akan mendapatkan penjelasan daripada PKR berhubung kekeliruan itu.

Jom fahami , apa dia #skandalAzmin68054 ?

'Saya bukan serang Azmin saja, Khalid pun kena'

SHAH ALAM: Bekas Ketua PKR Cabang Rembau Badrul Hisham Shaharin menafikan bahawa pendedahan mengenai salah laku Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali adalah berpunca daripada 'hasad dengki' yang digembar-gemburkan sebelum ini.
 
Ujarnya yang lebih dikenali sebagai Chegubard, adalah menjadi tanggungjawab beliau dalam mendedahkan perkara yang tidak betul dalam parti dan kerajaan negeri.
 
Malah beliau bersedia dan tidak gentar untuk mana-mana pihak tampil melaporkan kesalahan yang dilakukannya kepada pihak berkuasa atau rakyat.
 
"Kalau lain salah pun saya serang, kalau saya salah pun orang lain seranglahsaya dengan fakta dan bukti. Tak ada masalah," tegas beliau dalam satu temubual dengan Antarapos.
 
Jelas beliau, bukan kesalahan Azmin sahaja yang mendapat perhatian beliau, penyandang terdahulu iaitu Tan Sri Khalid Ibrahim turut menerima nasib yang sama.
 
"Saya serang TS Khalid, saya serang ketika operasi nak naikkan gaji." 
 
"Ketika (Khalid) nak naikkan kadar sewa rumah saya serang, dalam mesyuarat saya tepuk meja. Atas apa juga alasan tak boleh, dia kata berlaku ketirisan, orang lain sewakan rumah (kepada orang lain). Kita kata selesaikan masalah tu bukan naikkan sewa,ketika itu saya anggota MPP" katanya lagi.
 
Sebelum ini Chegubard lantang mengkritik Azmin dalam pelbagai keputusan kerajaan negeri, yang disifatkan sebagai melampau, wujudnya pembaziran dan mempunyai unsur kronisme.
 
Ini termasuklah isu pembalakan, kemelut penggantian kubah Masjid Sultan Abdul Aziz Shah yang menelan belanja RM32.4 juta dan kontroversi pelantikan ahli majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
 
Pendedahan terbaru beliau adalah isu Paya Indah Wetlands, yang dakwanya wujud salah laku kerajaan negeri dalam melakukan pengezonan semula kawasan zon hijau itu yang kini disiasat pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). - antaraPos