Sunday, May 24, 2015

Hadi Sedang Membakar Jambatan Perjuangan Rakyat Sambil Berpelukan Erat Dengan UMNO

Tulisan Umum
23 Mei 2015
Hadi Sedang Membakar Jambatan Perjuangan Rakyat Sambil Berpelukan Erat Dengan UMNO
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) memerhatikan dengan rapat perjalanan politik tanahair ketika ini. Pertembungan-pertembungan politik yang sedang berlaku dewasa ini tidak lagi berkisar kepada rintihan rakyat sebaliknya lebih terarah kepada mempertahankan hegemoni kuasa kepimpinan parti politik.
SAMM dalam banyak kenyataan mengenai pertembungan politik dalaman UMNO telah menyatakan bahawa pertembungan tersebut hanya bersifat kosmetik dan sekadar menjadi talian hayat UMNO bukannya ikhlas mempertahankan agenda rakyat. Dan ketika ini nampaknya, Pakatan Rakyat juga bakal berhadapan dengan kemusnahan hasil daripada percakaran di antara parti komponen di dalamnya.
Presiden PAS, Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang semakin jelas menunjukkan keinginan mahu membina perkahwinan baru dengan UMNO. Hadi menyatakan PAS bersedia untuk memberi peluang kepada Kerajaan untuk membetulkan kesemua kesalahan yang telah berlaku sebelum ini. Hadi terlupa bahawa rakyat telah memberikan peluang kepada UMNO/BN ini bukan hari ini. Bukan semalam. Bukan juga kelmarin. Tetapi SAMM ingin menegaskan bahawa semenjak daripada Merdeka dan Pilihanraya Umum Pertama, rakyat telah memberikan peluang kepada Perikatan atau Barisan Nasional untuk memerintah negara ini.
Lebih setengah abad rakyat telah memberikan peluang kepada rejim BN untuk mentadbir negara. Ia tidak menjadi semakin baik, tetapi semakin teruk. Masakan Hadi sebagai seorang Presiden parti merangkap Ahli Parlimen tidak sedar akan perkara ini. Hutang negara terus meningkat menghampiri paras siling 55% daripada KDNK, pertumbuhan ekonomi yang jatuh secara purata berbanding tahun 90-an, kegagalan meningkatkan kedudukan negara dalam Indeks Persepsi Rasuah, Aliran Wang Haram bernilai hampir RM 1 trillion, kegagalan meningkatkan kedudukan negara dalam ranking universiti terkemuka dunia dan pelbagai lagi.
Rejim BN pasca Tun Hussein Onn sebenarnya sarat dengan pelbagai skandal dan persepsi rasuah dan salahguna kuasa. Skandal demi skandal terus subur. Contohnya, BMF, PERWAJA, PKFZ, NFC, Oil For Food Programme, SCOMI, 1MDB, dan sebagainya. Perpaduan antara rakyat juga merupakan perkara yang jelek bagi rejim ini. Prasangka, pergeseran dan ekstremis terus dimekarkan. Dalam diam, rakyat terus diasuh untuk membenci satu sama lain. Tambah mual apabila ilmuwan tak kira dalam hal agama mahupun duniawi turut sama bersekongkol.
Menukar individu dalam jalur kepimpinan UMNO/BN tidak mengubah apa-apa. Mereka tidak pernah insaf atau mahu berubah. Naik seorang pembesar baru yang kononnya dijaja sebagai Penyelamat Ummah, membawa apa yang dipanggil idea baru kononnya, akhirnya rakyat akan terus melopong melihat mereka meneruskan rancangan untuk merompak perbendaharaan negara buat kesekian kalinya. Dan apakah PAS masih lagi berharap mereka ini akan berubah selepas lebih setengah abad berada di dalam tong yang busuk lagi membusukkan itu?
Lantas ia bukanlah satu perkara yang mengejut apabila Presiden PAS, Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang pada 22 Mei 2015 menyatakan PAS bersedia untuk menamatkan kerjasama dengan DAP lantaran kononnya DAP membentuk Kabinet Bayangan tanpa PAS dan PKR. Jika baca keseluruhan laporan media tersebut, hasrat sebenarnya adalah kononnya apa yang dikatakan Kabinet Bayangan DAP itu meminggirkan Melayu.
Hadi telah menjadi lidah UMNO/BN. Memanipulasi hakikat bahawa DAP bukanlah membentuk Kabinet Bayangan sebaliknya senarai tersebut adalah merupakan senarai Ahli Parlimen DAP yang telah ditugaskan untuk menjadi jurucakap untuk setiap portfolio Kabinet. Tidakkah Hadi memahami perbezaan maksud Jurucakap dan Kabinet Bayangan?
SAMM juga ingin bertanya kepada Hadi, setelah seminggu Parlimen bersidang untuk Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga, tetapi dimanakah Usul Persendirian yang sebelum ini heboh diperkatakan? Benarkah Hadi ikhlas untuk membawa Usul Persendirian tersebut atau sekadar mengikut telunjuk satu pihak yang sememangnya ingin membakar jambatan perjuangan Pakatan Rakyat?
Hadi sepatutnya sedar jika Kerajaan Persekutuan khususnya UMNO benar-benar ikhlas untuk bekerjasama dengan Kerajaan Negeri Kelantan, mengapa muncul laporan media mengenai nasib rakyat Kelantan yang menjadi mangsa banjir hingga kini masih lagi tidak mempunyai rumah kediaman? Jika dalam soal Hudud, PAS dan UMNO boleh sehaluan di dalam Dewan Negeri Kelantan, mengapa dalam hal ini tidak mahu bekerjasama dengan baik? PAS dan Hadi perlu menjawap mengapa Kerajaan Negeri hanya mampu menyiapkan 10% rumah manakala Kerajaan Persekutuan pula hanya 0.6% sahaja rumah yang dijanjikan?
SAMM berpandangan jika Hadi sememangnya sudah tawar hati dengan Pakatan Rakyat, Hadi perlu berani untuk menyatakan PAS tidak lagi mahu bersama Pakatan Rakyat. Pakatan Rakyat juga perlu bertegas di dalam hal ini. Polemik percanggahan ini tidak boleh lagi dibiarkan. Keputusan tegas harus dibuat. Jika berpecah, PKR dan DAP masih mempunyai masa untuk merawat kemusnahan yang berlaku.
Kepimpinan dan ahli-ahli PAS yang progresif dan menyokong idealisme Pakatan Rakyat juga perlu membuat keputusan drastik. Tidak perlu tunggu sehingga Muktamar akan datang. Hadi telah menunjukkan isyarat jelas. Beliau lebih rela berpelukan dengan UMNO berbanding ahli-ahli PAS yang menyokong Pakatan Rakyat. Buatlah keputusan sebelum rebah ke tanah.
Mohd Faizal Ab. Rahman
Penyelaras Kebangsaan SAMM

Ingat tak lagi bahaya TPPA?

Tulisan Umum
18 Mei 2015
Ingat tak lagi bahaya TPPA?
Isu mengenai TPPA ini telah berlarutan lama. Mungkin ada yang sudah terlupa mengenai kesan atau risiko TPPA kepada negara kecil dan sedang membangun seperti Malaysia.
Dalam kertas perbincangan TPPA yang bocor sebelum ini telah didedahkan bahawa negara-negara yang menandatangani perjanjian TPPA ini tidak dibenarkan mempunyai rezab Persekutuan yang banyak. TPPA tidak membenarkan Kerajaan sesebuah negara itu untuk mengamalkan kawalan pasaran modal. Negara terlibat perlu membenarkan pasaran modal bergerak bebas termasuklah pelaburan daripada negara luar, bon kerajaan dan aset kewangan lain.
TPPA juga melarang penggunaan sebarang bentuk peraturan untuk mengawal ataupun mengekang pergerakan modal seperti transaksi kewangan, cukai, syarat tempoh memegang saham yang mencegah kegiatan meraih keuntungan pelaburan dalam tempoh pendek.
Apa kepentingan kawalan pasaran modal?
Kawalan pasaran modal adalah amat penting pada masa berlakunya krisis kewangan. Pada tahun 1997-1998 berlaku krisis kewangan di Asia yang menyaksikan negara-negara ASEAN yang sememangnya mempunyai tanggungan hutang luar negara yang tinggi - gagal membayar hutang dan juga modal asing meningkat dengan drastik. Thailand, Indonesia, Filipina tidak mahu mengenakan kawalan modal dan telah mengalami kerugian yang amat besar dan dahsyat. Malaysia pada ketika itu telah mengambil tindakan kawalan modal yang mana akhirnya memberikan sedikit ruang kepada ekonomi kita untuk bernafas dan pulih.
Selepas berlaku beberapa kegawatan ekonomi dunia, kawalan modal semakin dilihat jalan yang sah dimana negara-negara mampu mempertahankan diri mereka daripada kerugian dahsyat di dalam era sektor kewangan berkaitan globalisasi yang boleh membuatkan krisis kewangan merebak ke seluruh dunia. Malah, IMF yang sangat konservatif itu juga mengakuinya.Kawalan pasaran modal juga berguna untuk menguruskan paras kadar tukaran matawang.
Melalui TPPA, bank asing, syarikat insurans, saudagar wang dan saudagar hartanah asing daripada negara-negara peserta yang lain akan mempunyai kuasa khas untuk mencabar undang-undang dan polisi yang telah digubal untuk mengalihkan fokus pelaburan jauh daripada spekulasi dan meningkatkan produktiviti ekonomi kita.
Haruslah diingati TPPA adalah merupakan projek kesayangan Barrack Obama dan pelobi neo-con atau neo-liberal. Negara-negara peserta dibiarkan untuk menanggung hutang yang banyak setiap kali berlaku krisis kewangan.
Mengikut teori kewangan konservatif, setiap 10 tahun pasti akan berlaku krisis kewangan. Jika 10 tahun dari sekarang dan dengan TPPA yang telah ditandatangani nanti, apakah negara kecil dan sedang membangun seperti Malaysia akan terus menjadi mangsa penjajahan ekonomi negara Uncle Sam itu?
Ahmad Anwar Asyraf
Pengarah Pemikir Kaum Muda SAMM
nota : BANTAH TPPA - Objektif, Aktiviti dan Keanggotaan sila klik https://www.youtube.com/watch?v=hddtqrLeji8

Thursday, May 14, 2015

Koop SAMM Berhad diiktiraf Authorised Brand Center (ABC) BESTMobile

Alhamdulillah Koop SAMM Berhad melangkah setapak dengan menceburi bidang telekomunikasi dengan menjadi Authorised Brand Center (ABC) BestMobile.

Pernah dengar TONE Excel sebelum ini ? Ya sebelum ini saya dan teman - teman juga bersama TONE Excel tetapi apabila dilancarkan BEST Mobile kami memutuskan untuk bersama BEST Mobile kerana banyak kelebihannya. Sila klik sini untuk mengetahui mengenai BEST Mobile.

Persoalanya sekarang bertahun anda menggunakan sim kad yang anda ada kini , apa yang anda dapat selain membayar bil yang semakin meningkat. Maka ayuh bersama saya dan Koop SAMM Berhad bertukar kepada BEST Mobile.

Dengan kadar internet dan telefon yang lebih murah anda membina pendapatan pasif yang menguntungkan.

T.Kasih kepada syarikat BEST Mobile Berhad kerana sudi mengiktiraf Koop SAMM Berhad selaku ABC yang awal.

Perancangan kami ialah mencari 30 penyelaras dibawah Koop SAMM Berhad dan kemudian dibawah 30 penyelaras tersebut akan ada 5 ke 10 agen setiap negeri. Status sekarang ialah kita sudah ada 26 Penyelaras dan hanya ada beberapa kekosongan agen setiap negeri. Maka anda perlu pantas untuk mendaftar.

Kemudian melalui rangkaian SAMM akan diiklankan dan diperkenalkan semua agen diperingkat negeri, siapa yang nak menyertai BEST Mobile melalui ABC Koop SAMM Berhad kami akan masukkan terus bawah agen negeri - negeri tersebut.

Langkah seterusnya satu road show seluruh pelosok negara akan dibuat bermula dari bulan Jun, bersama cheGuBard sendiri dan turut disertai beberapa aktivis gerakan yang ada pengikut. Roadshow ini akan dipromosikan semaksima mungkin. Semua yang datang dalam siri roadshow penerangan BEST Mobile ini tidakakan masuk dibawah Koop SAMM Berhad tetapi akan dimasukkan dibawah tajaan agen di negeri - negeri tersebut.

Apa tunggu lagi ? Hanya gunakan handphone anda seperti biasa (ttp sebelum itu bertukar ke simkad BESTMobile). Cuma untuk duduk dalam rangkaian yangbakal menjadi terbesar ini anda perlu awal dan cepat.

Ikuti langkah dibawah :


  1. Harga sim kad anda ialah RM 49 sahaja. Maka sila bank in RM49 (simkad) + RM5 (Pos laju) = RM54 sahaja ke akaun Solidariti Anak Muda 555041113224 (Maybank)
  2. Email bukti pembayaran serta nama penuh, kad pengenalan dan alamat penuh ke cheGuBard@gmail.com atau sms/whats app ke 01138074876 / 0126937908
  3. Dalam masa 3 ke 5 hari bekerja anda akan dapat simkad anda yang sedia diaktifkan dan anda akan dimasukkan dalam whats app group agen BM SAMM dan kita akan bergerak bersama dari situ untuk membina rangkaian terbesar.
Apa tunggu lagi peluang terhad ! ayuh bergabung.

Friday, May 08, 2015

BESTMobile : Simkad yang mampu menjana pendapatan

Mahukah anda untuk membina masa depan yang gemilang dalam perniagaan yang TERBUKTI memberi keuntungan yang LUMAYANsebanyak RM2.04 bilion kepada Celcom, RM2.01 bilion kepada Maxis dan RM1.7 bilion kepada Digi?

(Sila teruskan pembacaan kerana ini mungkin peluang TERBAIK untuk anda)


Ini dia buktinya yang perniagaan dalam industri ini memang untung...

 Celcom catat untung RM2.04 bilion
 Maxis untung RM2.01 bilion manakala Digi RM1.7 bilion

"Perniagaan dalam industri telekomunikasi sememangnya SANGAT LUMAYAN! "

Maka tak hairanlah kenapa individu seperti Carlos Slim Helu (pemilik syarikat telekomunikasi) dinobatkan sebagai individu terkaya di dunia!


Anda kini dah pun faham dan setuju, bahawa bidang ini menawarkan peluang jana pendapatan yang sangat lumayan, dan tanpa had. Namun... anda merasakan peluang anda untuk berada dalam bidang ini agak sukar kerana persaingan?

TAHNIAH! Anda kini berada di tempat yang BETUL!

Sekiranya anda bercita-cita memulakan perniagaan dalam industri telekomunikasi, dengan modal yang sangat minima, impian anda bakal terlaksana sedikit masa lagi.

Berita baiknya ialah... Anda boleh sertai saya untuk jadi dealer yang mempromosikan dan memperkenalkan simkad ini kepada pasaran Malaysia serta jadi yang terawal menjadi dealer bagi Telco TERBARU ini. Berminat?

Saya perkenalkan...

BESTMobile Telco
Anda nak tahu apa sebenarnya yang anda bakal perolehi apabila bersama dengan BEST Mobile sebagai dealer?

Saya tak mahu bazirkan masa anda. Jadi, sila baca dengan teliti maklumat-maklumat berikut





Adakah ia masih belum cukup mengujakan dan meyakinkan anda untuk bersama dengan BESTMobile sebagai dealer dan juga pengguna?

Apa kata saya kongsikan lagi maklumat tambahan berikut kepada anda...

Percuma perlindungan Kemalangan Peribadi bernilai RM100,000 daripada takaful

Keuntungan dan komisyen anda akan di zakatkan jadi sambil berniaga anda dapat menyumbang kearah pembangunan ekonomi umat Islam
Ps: Lagi banyak komisyen anda, lagi tinggi anda dapat menyumbang kepada pusat zakat


Umrah dan ziarah secara PERCUMA kepada ahli


Ada juga tabung kenderaan
PS: jadi anda tak perlu keluar duit komisyen sendiri sebabnya company yang akan bagi

Tabung kediaman bagi dealer yang membantu mengembangkan perniagaan BESTMobile

Top Up diserata seluruh negara, jangan khuatir

Berapa harga starter pack simkad BEST Mobile dan seterusnya menjadi dealer untuk BEST Mobile?


Dengan bayaran serendah RM49 sahaja, anda sudah layak untukmenyertai BESTMobile sebagai dealer, bina rangkaian pengedar dan seterusnya jana komisyen yang lumayan tanpa had menerusi perniagaan Telco ini.

RM49, semua orang mampu!
Saya tak pasti sama ada anda akan temui bisnes lain yang lebih murah selain ini.
Jadi bertindak segera!
jangan berlengah ia bukan sahaja Sim Kad buat duit tetapi kadarnya antara termurah




jangan tunggu lagi sila hantar nama, alamat,no. telefon ke whats app atau sms 0166858558 / 0126937908 untuk kami hubungi semula.

Satu lagi kelebihanya iala anda akan bergabung ke rangkaian BESTMobile terbesar dibawah Koop SAMM Berhad yang telah diiktiraf sebagai Authorised Brand Center (ABC) oleh BESTMobile Malaysia Sdn Bhd.

Mahathir bapak 'lanun'


klik sini untuk menyumbang kepada SAMM


klik sini untuk baca kenyataan penuh

Tuesday, April 28, 2015

Yusni tak belajar dari hanya 600 undi dan hilang deposit PRU lepas

Catatan Umum
27 April 2017

YUSNI TAK BELAJAR DARI HANYA 600 UNDI DAN HILANG DEPOSIT PRU 13.

  1. 2 hari lepas apabila membaca kenyataan Yusni Mat Piah mengenai semua jentera pemuda P.Pinang berehat sepanjang PRK Permatang Pauh, respon saya cuma satu iaitu Yusni ini tidak belajar dari hanya perolehi 600 undi dan hilang deposit PRU lepas.
  2. PRU lepas saya menerima arahan PKR untuk bertanding di DUN Sg. Acheh (P.Pinang) dengan tugasan membawa suara membongkar dan menyerang kemunafikan Umno yang berselindung dibalik laungan 'Hidup Melayu'. Pimpinan PKR memutuskan perlunya suara keras ADUN Melayu dalam DUN P.Pinang bagi membunuh sentimen perkauman yang penuh penipuan. Saya setuju dan ambil amanah itu. Namun saat hampir penamaan kedengarah PAS juga mahu meletakkan calon malah PAS mengumumkan Yusni Mat Piah sebaik sahaja nama saya diumumkan oleh Pengerusi Perhubungan PKR ketika itu.
  3. Saya cuma bersetuju untuk meneruskan menghantar borang pencalonan apabila diberi jaminan oleh pimpinan PAS bahawa semuanya akan selesai dan semua akan akur dengan keputusan Pakatan Rakyat bahwa kerusi itu milik PKR. Namun pada hari penamaan calon semuanya bertukar dan berlaku pertandingan 3 penjuru.
  4. Saya mengambil inisiatif saya sendiri ditengah kehangatan berkempen untuk menemui pimpinan PAS kawasan bagi membincangkan penyelesaian. Kesimpulan dari pertemuan tersebut ialah :
    • PAS kena tanding juga kerana sudah lama terhina menyebabkan beberapa tokoh pemuda terpaksa rapat dengan Umno seperti Mazlan Ismail, Hafiz Nordin dan beberapa lagi
    • PAS meneruskan bertanding kerana walaupun ada pengumuman tarik diri tetapi arahan rasmi tidak dikeluarkan
  5. Namun bisik - bisik dikalangan ahli PAS iaitu mengakui PAS sukar menang tetapi kena pastikan PKR tidak memenangi kerusi DUN Sg. Acheh untuk memastikan PKR tidak berkubu disitu dan ini sedikit sebanyak telah menyebabkan ramai jentera dan pendokong PAS setempat bersama PKR dan saya untuk berdepan dengan Calon Umno.
  6. Ramai juga jentera PAS khususnya yang muda meragui adakah wajar PAS bertanding 3 penjuru ketika itu kerana kehadiran pimpinan Umno termasuk calon Umno DUN Sg. Acheh dalam beberapa program PAS juga ketika ssat akhir sebelum pencalonan dan ketika kempen pilihanraya. Ini dimaklumkan sendiri kepada saya dengan disertakan dengan gambar.
  7. Saya yang seharusnya ditugaskan menggempur kawasan pengundi Melayu disekitar P.Pinang sepanjang PRU lepas sedikit terganggu fokus kerana terpaksa menyusun semula kempen selepas 3 penjuru terjadi. Namun saya tetap ke beberapa kawasan termasuk kawasan PAS bertanding di dalam P.Pinang.
  8. Ramai diluar  Sg. Acheh mungkin terpadaya dengan pengumuman kononya PAS menarik diri di DUN Sg. Acheh namun hakikatnya selepas pengumuman tersebut mereka terus mempertingkatkan jentera mereka dengan lebih agresir. Saya tidak mampu menyelindungkan kecewa bila kempen menyerang saya secara peribadi dan PKR berlebih sehingga serangan kepada Umno itu langsung seperti tidak kedengaran. Kempen menyerang peribadi ini juga sangat lucu sehingga menyatakan yang saya ini tidak seIslam jika dibandingkan Yusni . Pengundi kena memilih Yusni kerana jika ada kematian jika Yusni ADUN dia akan mampu menguruskan jenazah, mengimamkan solat dan mentalkinkan. Lucu sekali garis kempen mereka
  9. Itu belum lagi usaha kempen menggunakan gambar YAB Lim Guan Eng dengan berlogo pas dan tanda pangkah seolah Guan Eng calon Pas. Bahan kempen ini ditunjukkan oleh seorang wartawan kepada Guan Eng dalam lawatan kempen beliau ke DUN Sg. Acheh. Soalan wartawan itu disambut gelak tawa termasuk Guan Eng sendiri. Meneliti strategi kempen ini Yusni sendiri akui perlunya ada pakatan dengan DAP tetapi bila diluar usaha merauih undi rakyat dia sangat angkuh sekali. Saat - saat akhir juga jentera Yusni mula memanjangkan bisik-bisik tuduhan presiden PAS mengenai Komunis dan pil kuda.
  10. Walaupun PAS pusat umum tarik diri namun PAS Sg. Acheh tetap meneruskan kempen dalam satu ceramahnya dua hari sebelum mengundi, Yusni sendiri secara sombong memetik nama - nama seperti Nasarudin Tantawi yang mengarahkan dia untuk terus berkempen. Di hari pengundian jentera Yusni bertungkus lumus membuka pondok panas cuma peliknya ia hanya dibuka dikawasan Umno lemah mungkin hanya untuk memastikan undi PR pecah kerana dikawasan peti undi Umno kuat jentera Yusni tidak membuka pondok panas.
  11. Akhirnya keputusan undian dari 15559 pengundi yang keluar mengundi 89.2 % dari jumlah tersebut Undi calon Umno ialah 44.2 %, undi saya sekitar 40% dan Yusni dengan jenteranya yang angkuh akhirnya hanya mendapat 4.4 % undi hanya 600 lebih undi dari 15559 pengundi berdaftar.  Selebihnya ialah undi rosak kerana sudah tentu sama ada yang merosakkan kertas undi inimarah dengan PR yang tidak boleh selesaikan isu calon atau kecewa.
  12. Apa yang saya belajar dari keputusan ini :
    • PKR atau PAS mahupun DAP tidak mampu berdiri sendiri lebih lebih lagi bertembung sesama sendiri jika ini berlaku ia kemenangan Umno dan Bn.
    • Jentera khususnya orang muda celik politik, saya tidak didokong jentera PKR semata - mata tetapi saya dibantu juga oleh kawan - kawan PAS yang melihat kepentingan menjatuhkan Umno Bn itu lebih penting diutamakan dahulu selain jentera rakyat biasa yang bencikan Umno Bn
    • selain itu hormati juga kelompok yang bukan ahli mana - mana parti PR tetapi memberi undi kepada PR kerana benci dengan Bn
  13. Saya percaya dan yakin Yusni juga merupakan orang yang terpelajar dan kaya dengan pengalaman politik pilihanraya ini. Namun apabila melihat kenyataan dia merehatkan jentera tersebut nampak dia tidak belajar dari pengalaman pahit 3 penjuru di Sungai Acheh.
  14. Nasihat saya kepada Yusni, sudah sudahlah dendam sempit itu. Ego politik dengan mengenepikan kepentingan rakyat. Ingat dan lihatlah rakyat diluar sana. GST yang menghimpin, undang undang yang menindas, agihan ekonomi yang tak serata dan rakyat memerlukan kita bersatu melawan bagi pihak mereka.
  15. Kamu bercakap soal wala' tetapi kini kamu sendiri tidak wala' dengan arahan pimpinan atas ? Adakah mau percaya dengan kemenangan Umno di Permatang Pauh ia dapat merialisasikan cita - cita kamu melaksanakan hudud ? Adakah ia benar kerana mahu laksana hudud atau ada agenda tersirat lain ?
  16. Kepada jentera PR atau penyokong jangan diserang PAS percaya dan yakinlah Yusni ini tidak semampu mana mengawal jentera dan undi PAS jika tidak mana mungkin hanya 4.4% undi sahaja dan hilang deposit dikawasan yang mana keanggotaan PAS jauh tinggi dari itu. Yakinlah ramai dalam PAS itu cerdik dan memahami keutamaan cuma ada seorang dua yang menggelar diri mereka pemimpin tetapi termain emosi atau tertipu terpesona.
Sekian.

Tulisan : che'GuBard , calon PKR-PR DUN Sungai Acheh (P.Pinang) PRU 13



Sunday, April 26, 2015

Sampai Bilakah Perubahan Tampuk Kepimpinan Negara Berkisar Kepada Siapa Yang Mahathir Mahu?

Kenyataan Umum
26 April 2015
Sampai Bilakah Perubahan Tampuk Kepimpinan Negara Berkisar Kepada Siapa Yang Mahathir Mahu?
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) terkejut dengan kenyataan Tun Mahathir bahawa beliau begitu kuat menyokong Najib Razak meniti tangga pemerintahan sehingga bergelar Perdana Menteri adalah kerana untuk membalas jasa Almarhum Tun Razak yang menaikkan Tun Mahathir di dalam UMNO. SAMM sangat tidak bersetuju dengan kenyataan ini.
Tampuk pemerintahan negara
bukanlah perkara yang kecil. Seharusnya segala percaturan untuk menaikkan seseorang Perdana Menteri mestilah bersandarkan kepada merit yang memenuhi maksud terma Pemimpin itu sendiri.
Hanya kerana keinginan Tun Mahathir untuk membalas budi, maka hari ini negara sedang berhadapan dengan kemusnahan yang dahsyat. Sebagai seorang negarawan seharusnya Tun Mahathir lebih bijak dalam menilai sosok yang ingin disokong sebagai pemimpin utama selepas beliau tetapi nampaknya Tun Mahathir lebih mementingkan kepuasan peribadinya sendiri.
Begitu juga kenyataan Tun Mahathir yang menggesa GST dibatalkan perlaksanaannya. SAMM tertanya-tanya dimanakah Tun Mahathir sewaktu rejim Najib Razak mengumumkan rancangan melaksanakan GST? Apakah hari ini setelah Najib dilihat tidak lagi menjadi budak suruhannya maka, GST digunakan sebagai senjata terbaru menyerang Najib?
Adakah Tun menyedari bahawa seminggu sebelum 1 April, 80 aktivis telah pun ditangkap kerana mempersoalkan kesediaan Kerajaan dan agensinya dalam melaksanakan GST? Kesemua mereka ini telah dihadapkan di mahkamah dengan pertuduhan di bawah Akta Perhimpunan Aman.
Pembangkang juga harus sedar jika benar Tun anti GST dan bersama mood rakyat...beranikah Tun berada di tengah massa rakyat pada 1 Mei nanti. Jawapanya tidak kerana Tun hanya menunggang pembangkang dan mood rakyat demi nafsu politik dia semata - mata. Ingat sejak dari dipecat Umno kali pertama lagi Tun sudah menggunakan pentas pembangkang bukan untuk bersama menumbang Umno dan gabungan tetapi hanya untuk memastikan kelansungan kehendak politiknya.
Dalam isu 1MDB dan Altantuya juga, pihak oposisi sama ada parti politik, NGO dan orang perseorangan telah lama bercakap soal ini. Ada yang telah ditangkap, dilokap dan menghadapi pertuduhan di mahkamah kerana membangkitkan persoalan ini. Isu-isu ini bukanlah satu isu baru sebaliknya telah bertahun-tahun disuarakan.
Kebelakangan ini apabila Tun Mahathir menyuarakan perkara ini, seolah-olah baru seluruh negara tersedar sedangkan sebelum ini omongan dari pihak oposisi dianggap sebagai satu pembohongan. Rencana yang hanya ingin memburukkan rejim Pemerintah.
Pemimpin oposisi dan rakyat secara keseluruhannya harus ingat, setiap kata-kata serangan Tun Mahathir terhadap Najib hari ini bukanlah kerana benar-benar sayangkan negara ini. Tetapi lebih terdorong bersandarkan kepada kepentingan peribadi dan ketakutan Tun terhadap kebangkitan rakyat menolak hegemoni rejim UMNO/BN yang semakin tersasar agenda mereka.
SAMM juga tertanya-tanya, apakah jika Tun Mahathir berjaya menggulingkan Najib dan menaikkan Muhyiddin, maka selepas ini Muhyiddin pula akan menaikkan Mukhriz hanya kerana Muhyiddin telah termakan budi Tun Mahathir? Jika begitu, malaplah masa depan Malaysia kerana tampuk kepimpinan tertinggi berganti hanya dengan alasan membalas budi.
Harus diingati, Tun Mahathir sering mengganggu pentadbiran negara. Bukan hari ini, malah semenjak dari zaman Tunku Abdul Rahman sehingga ke zaman Najib Razak. SAMM tidak membela Najib, malahan memang benar Najib adalah Perdana Menteri terlemah dalam sejarah negara, tetapi sampai bilakah kita mahu pertukaran Perdana Menteri dan Pentadbiran Negara hanya berkisar kepada siapakah yang Tun Mahathir mahukan dan siapakah yang boleh mengikut setiap kehendaknya? Rakyat harus menghentikan kegilaan ini.
Che'GuBard
Pengasas
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

Thursday, April 23, 2015

Dr. Hassan Ali sahkan memang ada usul gabung PAS / Umno dan ia dibawa oleh Hj.Hadi

Catatan Umum

23 April 2014


Dr. Hassan Ali sahkan memang wujud usul UG untuk gabung Umno/Pas dan cadangan oleh Hj. Hadi sendiri.
  1. Minggu lepas ketika mencari video lama di 'youtube' tiba - tiba terjumpa sebuah video berdurasi 18minit 24 saat yang merupakan laporan 'Berita Terkini' yang dimuat naik dari akaun IMR Television. Video tersebut boleh ditonton di sini klik https://www.youtube.com/watch?v=9s6dOkF8FjQ&hc_location=ufi&app=desktop
  2. Video tersebut merakamkan sesi soal jawab bekas pemimpin Pas, Datuk Dr. Hassan Ali dalam satu program tertutup yang dihadiri oleh penggiat Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dari seluruh negara yang berlangsung di Kem Permata Resort, Melaka pada 2013 lalu.
  3. Dalam menjawab soalan peserta dengan jelas Dr. Hassan menyatakan sememangnya wujud usul untuk menggabungkan Pas dan Umno dalam usul yang dinamakn usul UG yang dibawa oleh Tuan Guru Hj. Hadi Awang sendiri. Usul menggabungkan Pas dan Umno ini disokong perbagai pihak dalam Pas antaranya ialah Ust.Nasharudin Mat Isa (Bekas Timbalan Presiden Pas) termasuk beliau sendiri. Dr. Hassan dengan tegas menyatakan (Tuan Guru) 'Nik Aziz' pula merupakan firaun kecil atau sebahagian dari parasit yang menghalang hasrat menggabungkan Umno dan Pas itu.
  4. Dengan nada menghina Dr. Hassan menyebut 'Nik Aziz' ketika Maulidur Rasul bukan berarak di Kota Bharu tetapi sebaliknya pergi ke rumah Karpal Sigh, untuk menyambut ulang tahun Karpal. malah Dr. Hassan menyatakan selagi 'Nik Aziz' hidup jangan mimpi UG terlaksana.
  5. Dr. Hassan dalam video tersebut beberapa laki menegaskan Hj. Hadi sangat pro pengabungan Pas / Umno tetapi telah dihalang oleh 'puak - puak' Anwarinas dan pro Nik Aziz dalam Pas.
  6. Dr. Hassan tanpa berselindung menyatakan menjelang Muktamar Pas Jun akan perbagai pihak perlu terlibat membantu Hj. Hadi dan usul UG nya dengan memastikan kumpulan Anwarinas dan pro Nik Aziz kalah dengan digantikan dengan kumpulan 'ulama' yang lebih terbuka dan sanggup bergabung Pas dan Umno demi Melayu dan Islam.
  7. Meneliti perkara ini, tentu ramai ternanti respon Tuan Guru Hj Hadi , Adakah benar dia sedia bergabung dengan Umno ?  Adakah benar kempen pemilihan dalam Pas yang sedang berlangsung kini ialah proses menyingkir kumpulan yang menentang 'usul UG' dan digantikan dengan kumpulan yang konon bergelar ulama tetapi yang penting ialah ke arah agenda penggabungan Umno - Pas itu sendiri. Jika ia fitnah maka  video ini fitnah yang menggugat integriti tokoh sebesar Hj. Hadi, ia harus bertindak dengan menuntut Dr. Hassan Ali menarik fitnah tersebut atau disaman.
  8. Mohon respon dari YB Tuan Guru Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang.

oleh : che'GuBard


Bongkar sebab trajedi demi keadilan untuk JJ

Tulisan Umum
23 April 2015


PERSAINGAN DEMOKRASI DI ROMPIN TIDAK HARUS MELUPAKAN TAN SRI JAMALUDDIN JARJIS

    1.  22 April 2015 merupakan hari penamaan calon bagi memilih ahli Parlimen Rompin yang baru yang mana telah menyaksikan pemangku Ketua UMNO bahagian Rompin, Datuk Hasan Arifin sebagai calon Bn bertemu dengan  Ketua Dewan Pemuda PAS Pahang, Nazri Ahmad untuk mewakili PAS. Pertembungan ini kelihatan pertembungan ganerasi tua dan muda.


2.      Namun persaingan demokrasi di Rompin ini tidak seharusnya melupakan puncanya iaitu pemergian tokoh penting dan sahabat ‘perencana’ dibelakang Datuk Seri Najib Tun Razak iaitu Tan Sri Jamaluddin Jarjis. Tokoh ini wajar tidak boleh dilupakan, khususnya misteri trajedi kemalangan itu harus diberi perhatian sewajarnya seiring apabila negara memutuskan untuk mengebumikan jenazah arwahyarham di Makan Kehormat Negara iaitu Makam Pahlawan.

3.      Jujurnya saya mengenali beliau secara peribadi. Dalam 5 tahun perkenalan dengannya banyak kali kami bertemu bersembang, ada sehingga pertemuan sehingga 2 – 3 jam lamanya. Bagi saya ia seorang tokoh yang ‘cool’ dan focus dengan matlamat kerjanya. Dia seorang yang bekerja meletakkan matlamat di depan dan dengan apa cara pun matlamatnya pasti dicapai. Mungkin ramai punya perbagai versi cerita mengenai arwah tetapi bagi saya dia ada sisi baiknya juga. Pernah sekali ketika kami berbual, datang seorang lelaki yang saya kira ia kakitangan di bawahnya untuk menguruskan bantuan peribadi beliau ke satu kawasan majoriti orang Islam yang amat memerlukan di negara jiran. Bila ditanya kenapa tidak ada hebahan media , dia menjawab kerja politik nak raih sokongan dan undi kena masuk media tetapi sumbangan ini urus niaga saya dengan pencipta maka tak perlu orang tahu. Malah ketika berbicara dalam talian beliau sendiri menawarkan untuk membantu Koop SAMM Berhad untuk mendapat tanah pertanian tanpa ada apa syarat balasan pun malah beliau pesan jangan beritahu orang lain sebab nanti kalau ada ‘geng Umno’ tahu beratur pula yang minta. Arwah kata dia kalau nak bantu luar urusan politik biar dia bantu orang yang mampu bekerja bukan dapat tanah lepas itu jual.

4.      Mungkin ramai juga tidak tahu bahawa dia jugalah ‘pencatur’ atau ‘penyusun’ penting politik negara. Dari pemerhatian saya tidak melampau dikatakan dia antara ‘nyawa politik’ Najib Razak. Namun bila kami bersama banyak perbezaan pandang kami letak tepi tapi bersembang banyak perkara yang punya pandang serupa. Cuma sempena 20 hari perginya tokoh ini dan mengambil kesempatan persaingan demokrasi di Rompin ayuh kita teliti trajedi tersebut

5.      Pertama yang saya pelikkan ialah sepanjang perkenalan saya dengan arwah tidak pernah beliau menggunakan khidmat ‘bodyguard’, malah beliau sendiri pernah menyatakan dengan saya beliau tidak selesa jika ada ‘bodyguard’ lainlah kalau memang ada ancaman bunuh yang serius. Beberapa pertemuan beliau membawa kenderaan sendiri. Untuk satu pertemuan sembang santai, dia  mengambil saya dan teman saya dengan kenderaan yang beliau pandu sendiri. Maka apabila melihat senarai penumpang mangsa tragedi helikopter tersebut maka sesuatu yang pelik. Kenapa tiba – tiba Tan Sri Jamaluddin Jarjis menggunakan khidmat ‘bodyguard’, adakah beliau mendapat ancaman serius ?

6.      Jujurnya beberapa minggu sebelum trajedi saya dan seorang kawan yang biasa kalau saya bertemu Jamaluddin Jarjis dia akan bersama, ada saling berhubung. Dalam salah satu pesanan ringkas arwah menyatakan maaf sibuk sangat kerana sedang menyelesaikan pergeseran antara Mahathir dan Najib. Beliau ada berkongsi beberapa perkara termasuklah peranan beliau menjadi orang pengantara dan ‘selesai bertemu Tun Daim’.

7.      Maka persoalan muncul adakah selepas terlibat serius secara dalam sebagai orang tengah menyelesaikan masalah pertembungan Najib dan Dr. Mahathir ini dia menggunakan ‘bodyguard’ ? Adakah ada pihak yang tidak senang melihat Najib melayan permintaan Dr. Mahathir ? Adakah dia diancam serius selepas itu sehingga menggunakan ‘bodyguard’ ?

8.      Helikopter tiba - tiba meletup juga sangat pelik. Rekod menyatakan Helikopter punya rekod pemeriksaan penuh dan dalam keadaan baik sebelum penerbangan. Dua saksi awal menyatakan helikopter terbang dalam keadaan baik dan tiba – tiba meletup.  Cuaca baik ketika itu, jika letupan berpunca dari mechanical failure untuk mencetuskan api dan menyambar  fuel tank maka ia seharusnya berasap dan ia tidak terus meletup, pilot seharusnya membuat panggilan ke menara kawalan ‘may day…may day’ , namun menara kawalan melaporkan tidak ada langsung panggilan kecuali yang terakhir melaporkan semua baik.

9.      Kotak hitam ditemui dan dihantar ke AAIB. AAIB ialah pihak yang terlibat dalam penyiasatan. Helikopter ini buatan Airbus. Sama macam ‘GermanWings’. Teringat kes ‘GermanWings’ dimana hanya beberapa minggu lepas nahas pasukan penyiasat terus menyatakan bahawa juruterbang bunuh diri. Kes tragedi kemalangan yang membawa kematian arwah ini polis awal lagi telah menolak unsur sabotaj dan kini mengumumkan menyiasat akaun juruterbang pula, moga penyiasatan tidak hanya untuk dipermudah dengan mewujudkan kambing hitam sahaja.

10. Carian rekod menyatakan dari 93-2015, 11 kejadian libat helikopter jenis yg sama. Tiada yg meletup kecuali yang dinaiki Jamaluddin Jarjis.

11.  Ia meletup diudara bukan terhempas dan meletup. The Malaymail online (13 April) menyebut dengan jelas “ It did not specify any indications or reasons as to why the helicopter had exploded in mid-air during the flight. However, the team hopes that the combination of both black box data and reconstruction of the wreckage would provide answers to what had happened that fateful evening on April 4”
 
12.  Selasa 30 Disember 2014, helikopter Ecureui Unit Udara PDRM terhempas di Kampung Rambai Lama Gobek, Tanah Merah, Kelantan ketika misi menghantar bantuan makanan kepada mangsa banjir. Helikopter yang penuh dengan bahan bantuan, berat dan sarat jatuh dalam keadaan cuaca buruk tetapi semua penumpang selamat. Saksi kejadian melihat helicopter itu berlegar – legar, berasap sebelum jatuh dan kemudian ada letupan. Tetapi helikopter yang dianiki oleh arwah dalam keadaan baik dan tiba – tiba meletup.

13.  Sepatutnya setiap penerbangan harus dilaporkan semua penumpang dan bagasi kepada pihak berkuasa, tetapi dalam penerbangan tersebut penumpangyang dikatakan pada peringkat awal sebagai pembantu juruterbang itu tidak punya rekod lengkap. Apa bagasi dibawanya ? Adakah letupan itu ada kena mengena dengan bagasi yang dibawanya ?

14.  Helikopter yang nahas itu model Eurocopter AS365 n2. Sejarahnya model ini mengalami pengubah suaian apabila Airbus ambil alih Aerospatiale dan kemudian upgrade helikopter model ini dari 1 enjin kepada 2 enjin. Airbus dalam memperkatakan kemampuan  helikopter ini menyatakan its capable of travelling long range, well suited to operating in climates of a high ambient temperature or at location of significant altitude. Jadi hanya terbang dari Kuantan dalam cuaca baik dan ia tiba – tiba meletup tanpa panggilan kecemasan dari juruterbang, hanya mampu diperjelaskan adakah ia diletupkan ? Adakah ini berkaitan pertembungan politik yang beliau terlibat ditengahnya ? . Pihak berwajib harus tampil menjelaskan perkara ini dan penyiasatan serta keadilan buat mangsa perlu diperlihatkan.

15.  Al fatihah dan doa buat orang yang pernah ku kenali, Tan Sri Dr. Jamaluddin Jarjis tenanglah kau di sana. Moga Allah mengampunkan dosanya dan dosa – dosa kita semua. Moga Allah menerima amal baiknya dan amal  baik kita semua.

Tulisan : che’GuBard

Sunday, April 05, 2015

Mohon pertolongan Dr.M (isu 1MDB) umpama minta tolong lanun selesaikan kes curi

KENYATAAN UMUM

4 April 2015

MOHON PERTOLONGAN DARI DR. M UMPAMA MINTA TOLONG LANUN SELESAI KES CURI

1.      Saya dengan ini tidak boleh menyembunyikan rasa terkejut dengan kenyataan seorang ahli parlimen Pakatan Rakyat beberapa hari lepas yang tersiar di media secara terbuka menyatakan untuk mohon pertolongan Dr. Mahathir dalam menghadapi isu 1MDB.

2.      Akui isu 1MDB ini merupakan satu isu serius melibatkan bukan sedikit wang rakyat. Namun untuk meminta pertolongan seorang lanun yang menjadi punca rosak sistem negara dan menjadi pengasas kepada trend penyelewengan besar negara ialah tidak ubah sebagai meminta pertolongan ketua lanun untuk menyelesaikan kes kecurian.

3.      Bersetuju isu 1MDB perlu penglibatan semua dalam membongkarkan, mencari malah menyeret pesalah ke muka pengadilan. Wag rakyat yang hilang perlu dikembalikan tetapi Dr. Mahathir bukanlah orangnya. Adakah dia bersih suci ? Bukan sedikit kehilangan wang negara dibawahnya. Bagaimana dengan
  • Skandal Forex awal 90 an       : RM 30 billion
  • Skandal Perwaja                     : RM 10 billion
  • Skandal Bank Bumiputera      : RM 10 billion
  • Maminco-Makuwasa Affair: RM 1.6 billion
  • Mahathir juga disebut menggunakan bukan sedikit tabungan wang negara khususnya Petronas dalam ‘bail out’ perbagai syarikat kaitanya. 1998 Dr. M dikatakan ‘bail out’ anaknya sendiri Mirzan Mahathir’s Konsortium Perkapalan untuk RM 226 juta

4.      Itu belum menyebut bagaimana kerugian negara dengan kehilangan tokoh penting dari pesada politik mahupun perkhidmatan awam. Tun Musa Hitam, Tun Salleh Abbas, Dr. KS Jomo (sekadar menyebut beberapa nama). Malah kecelaruan politik negara dengan pemecatan dan peemulaan politik fitnah, kotor dan kejam dengan memecat dan menghina Anwar Ibrahim telah dimulakan hanya dengan nafsu rakus politik Dr. M sendiri.

5.      Saya tidak faham bagaimana ahli Parlimen PR tersebut yang seharusnya juga memberi penumpuan kepada kes Anwar Ibrahim boleh melupakanya begitu sahaja, malah memohon pertolongan Dr. M seolah dia suci lagi menyucikan.

6.      Ingat Dr. M lah yang mengangkat Abdullah Badawi kerana memikirkan Abdullah seorang ahli politik yang lembab dan senang diarah. Namun apabila Abdullah dikawal menantunya dan tidak mengikut telunjuknya maka rakyat diseret untuk menyingkirkan Abdullah.

7.      Rakyat rata – rata sudah menolak pada ketika dia memilih Najib Razak sebagai pengganti namun tidak dipedulikannya. Dalam berdepan Najib Razak, Dr. M beberapa pusingan dilihat bercakap lantang dan senyap. Disyaki dia bising bila permintaan tak tertunai dan senyap bila permintaan dipenuhi. Bising semula bila ada benda lain nak diminta. Sampai bila politik Malaysia ini hanya berkisar semata untuk memuaskan hati Mahathir sahaja.

8.      Kita pernah menjadi alat kepada Mahathir dalam menjatuhkan Abdullah dan menggantikan dengan Najib yang memang semenjak perlantikan lagi penuh kontroversi. Adakah kini kita sekali lagi mahu menjadi alat atau barua seperti dulu ? Menukar PM mengikut selera Mahathir tanpa membawa erti apa – apa pada rakyat terbanyak ?

9.      Ya, isu 1MDB penting kerana bukan sedikit kehilangan wang negara, tetapi saya mencabar ahli parlimen PR supaya membawa juga isu untuk disiasat sehingga selesai berbilion kehilangan wang negara di bawah Dr. M. Ya, betul pentadbiran Najib lemah dari aspek ekonomi tetapi ketahuilah bahawa pentadbiran inilah yang terpaksa mewarisi menanggung biawak hidup ciptaan Mahathir seperti menanggung subsidi IPP yang dimiliki kroni Mahathir hingga kini. Isu Mahathir ini harus dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Bn sebetulnya kerana Mahathir menyerang Najib selaku Perdana Menteri (bos mereka) namun kebanyakan ahli parlimen Bn penakut dan sentiasa main selamat.

10.  Saya dan kawan – kawan dari perbagai peringkat seluruh negara mahu ahli parlimen tersebut sedar mendepani Najib dengan berani, ya kami setuju tetapi untuk meminta pertolongan Mahathir ia tak ubah seperti meminta pertolongan kepala lanun menyelesaikan kes curi.

Sekian.

che’GuBard

Bekas MPP PKR
Bekas Ketua Cabang PKR Rembau
Pengasas SAMM


klik sini untuk menyumbang kepada SAMM

Wednesday, February 25, 2015

Hapuskan nyamuk aedes cara mesra alam

Mendengar berita mengenai penularan wabak denggi amat merisaukan. Merujuk laporan Kementerian Kesihatan, Malaysia mencatatkan peningkatan wabak denggi yang sangat serius iaitu 10,712 kes dan 19 kematian direkodkan berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

Perkembangan ini adalah sesuatu yang membimbangkan, kerana denggi bukanlah satu wabak yang boleh dianggap enteng kerana mampu meragut nyawa. Selain daripada semburan aerosol serta tidur di dalam kelambu, yang paling penting ialah menghapuskan tempat pembiakan nyamuk aedes dengan menjaga kebersihan persekitaran tempat tinggal.

Saya sendiri pernah menghidap demam denggi beberapa tahun yang lalu. Bukan sekali tetapi dua kali terlantar di hospital kerananya. Terasa menyakitkan sangat. Mudah-mudahan tiada yang ketiga, insya Allah.

Di sini saya ingin kongsikan satu cara untuk menghapuskan nyamuk aedes melalui kaedah yang mudah dan mesra alam.

Bahan-bahan :
• 200 ml air
• 50 gram gula merah
• 1 gram ragi
• botol plastik saiz besar

Langkah-langkah:

1. Potong botol plastik ditengah-tengah. Simpan bahagian atas/mulut botol.
2. Campur gula merah dengan air panas. Biarkan hingga sejuk kemudian tuangkan ke dalam potongan bawah botol.
3. Masukkan ragi. Tidak perlu dikacau. Tujuannya untuk menghasilkan karbon-dioksida.
4. Masukkan potongan botol bagian atas sebelum ini dengan posisi terbalik seperti corong.
5. Lilit keliling botol dengan tape hitam atau kain, bukan di bahagian atas botol dan letakkan di bahagian sudut rumah.

Dalam dua minggu, anda akan melihat sejumlah besar nyamuk yang mati di dalam botol.

Selamat mencuba.

Info:
Demam Denggi merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus Denggi (genus Flavivirus) yang disebar oleh nyamuk Aedes betina. Cara penyebarannya ialah melalui gigitan nyamuk aedes orang yang berpenyakit virus denggi kepada orang yang sihat.

(dipetik dari sumber internet)

klik sini untuk menyumbang kepada SAMM