Tuesday, September 04, 2012

Tunjuk punggung pada gambar Rosmah biadab.. tapi kencing pada gambar Kit Siang dan Nik Aziz ni mulia?




"Politik kebencian itu satu perkara yang cukup merbahaya dalam masyarakat majmuk berbilang kaum dan agama," kata Hishammuddin, yang juga Naib Presiden UMNO.

Beliau berkata demikian mengulas tindakan segelintir pihak yang memijak gambar Najib dan Rosmah Mansor pada malam sambutan hari kemerdekaan di Dataran Merdeka.

Ini disifatkan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sebagai tindakan melampau bagi menyemai bibit kebencian terhadap pemimpin negara.

Sehubungan itu, beliau berkata polis akan menyiasat perkara itu dan seterusnya menyerahkan kepada pihak pendakwaan dan Peguam Negara untuk tindakan lanjut.

Hishammuddin berkata perkara seumpama itu perlu ditangani dengan bijak dan cepat supaya ia tidak dieksploitasi pihak tertentu.

Dengan itu Polis telah membentuk tiga pasukan khas bagi menyiasat tiga laporan yang dibuat membabitkan insiden di Dataran Merdeka, serangan terhadap bas Jelajah Merdeka Rakyat dan berhubung tindakan penganjur 'Himpunan Janji Bersih' yang telah melanggar Akta Perhimpunan Aman 2011.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata dalam insiden pertama yang berlaku di Dataran Merdeka semasa Himpunan Janji Bersih, Khamis lalu, polis meminta individu terlibat mempamerkan bendera bagi menggantikan Jalur Gemilang supaya tampil membantu siasatan.

Katanya, polis juga mahukan individu dalam insiden memijak dan menunjukkan punggung ke atas gambar pemimpin negara pada malam perhimpunan itu juga tampil memberi keterangan kepada polis.

**********************************************

Maka dengan itu juga apa yang kita boleh lihat dari laporan berita yang dipetik dari Malaysiakini di atas ialah ujudnya dua set undang-undang yang berbeza dalam negara kita ini.

Satu untuk kepentingan Pemimpin-pemimpin UMNO dan pencacainya manakala satu set lagi digunapakai terhadap rakyat jelata.

Jika tindakan seorang pemuda menunjukkan punggungnya terhadap gambar Rosmah dianggap satu perbuatan melampau atau biadap.. bagaimanapula dengan tindakan pencacai-pencacai UMNO ini yang kencing terhadap gambar Lim Kit Siang. TG Haji Hadi dan juga TG Nik Aziz?



Adakah perbuatan mereka ini satu perkara yang boleh dibanggakan oleh Hishamuddin kerana mereka pencacai UMNO?

Yang menunjukkan punggung kepada gambar Rosmah itu ialah seorang pemuda dan ianya dikatakan biadap oleh Hishamuddin.. bagaimana pula tindakan pencacai UMNO yang tua nak mampos ini pula? menunjukkan kemaluan dan kencing gambar Kit Siang dan Guan Eng?


Betul kata Hishamuddin "Politik kebencian itu satu perkara yang cukup merbahaya dalam masyarakat majmuk berbilang kaum dan agama," dan perlu dihentikan..

Tapi... meskipun menggunakan penasihat Yahudi.. mereka mengenepikan kata-kata pemimpin Yahudi ni.. “There are no two states of Israel, just one state,’’ kata Shimon Peres, pengganti Katsav’s sebagai Presiden. “There are no two kinds of citizens here. . . . All are equal in the eyes of the law.’’

So.. There are no two states of Malaysia, just 1Malaysia.. but are we have two kinds of citizens and law here...
- petikan dari anak sungai derhaka

HENTIKAN ANCAMAN, GANGGUAN DAN TOHMAHAN TERHADAP JANJI DEMOKRASI


JANJI DEMOKRASI
4 September 2012

HENTIKAN ANCAMAN, GANGGUAN DAN TOHMAHAN TERHADAP JANJI DEMOKRASI


Gabungan JANJI mengucapkan ribuan terima kasIh dan tahniah  kepada orang ramai  kerana telah tidak mempedulikan  gangguan dan ancaman dari pihak polis dan hadir pada malam 30 Ogos 2012 untuk merayakan ambang Merdeka. Kedatangan orang ramai adalah bukti cinta  mereka kepada negara. Mereka hadir ke Dataran Merderka kerana mereka sedar banyak janji-janji kerajaan masih  tidak ditunaikan.


Gabungan JANJI juga mengucapkan terima kasIh kepada semua yang memberi khidmat sukarela – pasukan perubatan, pasukan keselamatan Unit Amal, Majlis Peguam, Peguam Untuk Kebebasan, Pusat Guaman KL, SUARAM. Terima kasih dari Gabungan JANJI kerana menyokong program ini.


Gabungan JANJI ingin sekali kali memberitahu bahawa  JANJI Demokrasi  masih lagi menunggu janji-janji yang masih belum ditunaikan :

1 – Keluhuran Perlembagaan
2 -  Hukum Perudangan :
a)    menyokong hak kebebasan dan hak individu bersuara
b)    menghapuskan semua undang-undang zalim
c)    kebebasan media
3 -  Pilihan Raya yang Bebas dahn Bersih


Pada ambang Merdeka , warga Malayaia – anak semua bangsa -  telah membuktikan bahawa mereka berani berhimpun dan membuat tuntutan secara aman. Ini diakui oleh Ketua Polis  Dang Wangi ACP Zainuddin Ahmad.

Tetapi  peranan jahat untuk memulakan gangguan dan ancaman dimulakan oleh pihak kerajaan dan Utusan Malaysia.

Polis membuat kenyataan untuk menyiasat Datuk A.Samad Said kerana membaca sajak pada malam ambang Merdeka. Pak Samad adalah: Sasterawan Negara. Beliau juga pemenang hadiah Pejuang Sasterta (1976) , SEA Writer Award (1979), Sasterawan Negara ( 1985)  dan Sasterwan Nusantara (1999).

Pada 28 Ogos 2012 Pak Samad telah menulis sebuah sajak bernama JANJI DEMOKRASI dan dibacakan pada malam ambang Merdeka 30 Ogops 2012. Gabungan JANJI meminta pihak  polis dan kerajaan hentikan membuat perangai bodoh mengancam dan menggangu ini. Pak Samad membaca sajak kerana itu adalah hak kebebasan beliau.

Tentang SANG SAKA MALAYA – dua anak muda telah dengan gagah berani mengakui bahawa mereka mengibarkan bendera bersejarah ini. Ini bertujuan untuk mengingati kembali sejarah para pejuang kemerdekaan yang telah dilupakan.  Gabungan JANJI menyeru semua ahli politik  dan media terutama Utusan Malaysia untuk memberhentikan perangai bodoh mengancam anak-anak muda yang berani ini.

Akhir sekali, Gabungan JANJI telah memberitahu media pada malam 30 Ogos bahawa kami tidak menyokong perbuatan memijak muka Najib dan Rosmah. Kami tidak bersetuju dengan Najib dan Rosmah – cara kami ialah melalui perbincangan. Kami harap memijak gambar ini tidak akan berlaku lagi. Sesiapa yang melakukannya wajib bertanggung jawab.


Gabungan JANJI menyeru semua sektor – politikus, media dan pihak kerajaan agar tidak meneruskan perangai bodoh mempolitikkan pekara diatas. Janji Demokrasi datang ke Dataran untuk merayakan ambang Merdeka bersama orang ramai


Terima Kasih.

Dikeluarkan oleh:
GABUNGAN JANJI


Dipersetujui oleh:
1.    Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
2.    Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK)
3.    Kebajikan Rangkaian Veteran dan Bekas Angkatan Tentera – Army Veteran (KERABAT)
4.    Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT)
5.    Suara Rakyat Malaysia (SUARAM)
6.    EMPOWER
7.    Memacu Arus Perjuangan (MAP)
8.    Malaysian Civil Liberty Movement (MCLM)
9.    Jingga 13
10. Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM)
11. Gabungan Mahasiswa Islam seMalaysia (GAMIS)
12. Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independent (KAMI)
13. Pro-Mahasiswa NasionalAksi Mahasiswa Peduli (AKSI)
14. Asalkan Bukan Umno (ABU)
15. Pertubuhan Kemajuan dan Kebajikan Rakyat Selangor (Pro-Rakyat)
16. KILL THE BILL
17. WARGA AMAN
18. SEED
19. Malaysian Youth and Democratic Movement (DEMA)
20. Angkatan Rakyat Muda (ARM)
21. Saya Anak Bangsa Malaysia (SABM)
22. HIMPUNAN HIJAUSTOP LYNAS COALITION (SLC)
23. Radio Bangsar Utama (RABU)
24. UBU - Universiti Bangsar Utama
25. Unit Ehsan Malaysia
26. Alumnus Sekolah Politik (ASP)
27. Agent of Change (AoC)
28. Akademi Pak Sako (APS)
29. Selamatkan Teluk Rubiah
30. Revolusi Anak Muda Malaysia (RAMM)
31. Gagasan Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (MAMPAT)
32. Pertubuhan Kebajikan Rakyat Perlis (PKR Perlis)
33. Gerakan Mansuhkan ISA (GMI)
34. Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur / Selangor (KLSCAH)
35. Kumpulan Aktivis Media Independent (KAMI)
36. Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Kelantan (GEGAR)
37. Solidariti Anak Bachok Daratkan Minyak (CABAR)
38. Majlis Permuafakatan Kampung Warisan KL/Selangor (MUAFAKAT)
39. Kumpulan AL-FATEH Rompin
40. Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Hak Pendaratan Minyak dan Gas Ke Kelantan (ROYALTI)
41. Suara Makkal
42. Persatuan Progresif India Malaysia (MIPAS)
43. Malaysian Youth Care Association (PERHATIN)
44. Peoples' Welfare and Rights Coalition (POWER)
45. Malaysian Indians Transformation Action Team (MITRA)
46. Angkatan Nasional India Malaysia (AGNI)
47. Jaringan Sepadu Rakyat Malaysia (SEPADU)

Harap Umno berani respon arahan buat fitnah sebagaipanduan kempen.


Dalam satu ucapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah menyebut mengenai kewujudan Panduan Gerakerja PRU ke 13 yang diedar kilangan jentera utama Umno. Menurut Anwar buku itu diserahkan kepadanya sendiri oleh seorang petugas Umno yang terkejut dan benci dengan taktik Umno menjaja fitnah.

Selama ini Umno didakwa telah menggunakan taktik kejam untuk menipu, menyebarkan fitnah dan menanam perasaan takut di kalangan orang Melayu serta menggunakan ugutan.

Ia dikatakan sengaja dibuat dengan tujuan untuk mengaburkan mata rakyat daripada skandal-skandal kewangan dan rasuah yang telah mengakibatkan kehilangan beratus-ratus bilion ringgit.

Sebagai bukti menyokong dakwaan tersebut, Anwar Ibrahim telah mendedahkan Buku Panduan Pilihanraya Umum yang ‘Sulit’, kononnya telah dikeluarkan oleh Umno secara rasminya kepada jentera pilihanraya mereka.

Dalam kandungan buku tersebut, diberikan arahan rasmi supaya menyebarkan fitnah seberapa banyak yang boleh untuk menyakinkan pengundi terutamanya orang-orang Melayu.


Nampaknya budaya politik Malaysia makin celaru, sudahlah kini keganasan dianjurkan oleh proksi Umno dalam berdepan kempen politik kini secara rasminya Umno telah menghalalkan fitnah dalam kempen pilihanraya.

Rakyat diseru untuk bertindak bijak dalam mendepani politik ganas dan fitnah oleh Umno ini.

tindakan ganas proksi Umno pelengkap syarat kejatuhan sebuah regim

Di sebalik ungkapan keamanan yang dilaungkan oleh regim Umno Barisan Nasional, menerbitkan rasa pelik dan janggal kerana apa yang dihidang di hadapan mata rakyat adalah sangat berbeza pendekatan yang dimainkan regim pemerintah. Ternyata hanya mengungkap pada kata-kata dan slogan sahaja tidak mampu untuk menutup segala bentuk keganasan yang terpaksa dilakukan oleh regim terdesak bagi mengekang kebangkitan rakyat.

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) secara umumnya menegaskan taktik ganas yang digunakan selama ini adalah demi menakutkan orang ramai supaya tidak menghadiri program-program anjuran Pakatan Rakyat khususnya yang melibatkan susuk Anwar Ibrahim. Namun usaha berunsur keganasan tersebut gagal menakutkan rakyat malah lebih ramai yang hadir menunjukkan keberanian untuk bersama mempertahankan pimpinan Pakatan Rakyat.

Tinjauan SAMM mendapati, rakyat menilai dengan baik pihak mana yang sebenarnya yang menghargai keamanan dan pihak mana pula yang sebenarnya menyokong keganasan dan menggunakan kekerasan bagi meraih sokongan. Perlakuan 'baling batu sembunyi tangan' sudah dibaca dengan baik oleh rakyat. 

Penyokong Umno yang melakukan kekacauan dan keganasan berharap provokasi yang mereka lakukan dibalas oleh penyokong Pakatan Rakyat dan sekiranya ini berlaku maka akan disiarkan di media perdana bahawa keganasan itu hadir Pakatan Rakyat. Inilah taktik yang gagal kerana Pakatan Rakyat tetap komited untuk bertindak wajar dan matang setiap kali disua provokasi.

Perhimpunan Janji Demokrasi pada malam ambang kemerdekaan wajar dijadikan sebagai contoh. Acara bersejarah tersebut yang disambut oleh puluh ribu rakyat berbaju kuning berlangsung dengan aman tanpa sebarang kekecohan. Ini jelas membuktikan tuduhan yang dilontar kononnya Pakatan Rakyat mencipta keganasan dalam siri-siri perhimpunan sebelumnya adalah fitnah dan tuduhan rambang semata-mata. Keganasan itu hanya digambarkan oleh penyokong Umno yang paranoid dengan kebangkitan rakyat menolak produk retorik mereka. 

Dalam beberapa kejadian terbaru, SAMM mengutuk serangan yang dilakukan oleh kumpulan penyokong Umno di Masjid Seberang Pumpong baru-baru ini. Proksi Umno menjerit membuat bising menggunakan pembesar suara, memaki hamun dari luar hingga ke dalam masjid, dan melontar kasut yang kotor ke dalam masjid adalah keterlaluan. Ia menggambarkan sikap sebenar Umno yang tidak menghormati masjid dan juga majlis ilmu. Mengganggu majlis ilmu adalah kerja syaitan maka benarlah ungkapan Mahathir bahawa inilah contoh syaitan yang dikenali. 

Sehari sebelumnya, bas yang digunakan untuk Jelajah Merdeka Rakyat juga telah diserang umpama samseng along mengutip hutang. Cermin hadapan pecah dan cat merah yang disimbah menunjukkan budaya samseng ini berlaku akibat dari tekanan dari kemungkinan kehilangan kuasa. Ia tindakan bacul dan amalan politik yang tidak bertamadun. SAMM tidak terkejut dengan perkembangan sebegini kerana kaedah yang sama sering berlaku di kalangan regim di hujung usia.

Terdahulu, kejadian yang berlaku di lembah pantai lebih bersifat signifikasi apabila penyerang yang membaling batu ke arah pimpinan Pakatan Rakyat yang sedang berucap jelas memegang bendera Umno dari kumpulan yang memakai baju Umno. Ia sekaligus menjadikan Umno sebagai simbol keganasan di atas banyak siri kekacauan yang dilakukan termasuklah di Jalan Kebun (Selangor), Semberong (Johor), Kuala Sawah (N.Sembilan), Flat Kerinchi (Wilayah Persekutuan) dan perbagai tempat lagi.  Untuk peringatan langsung tidak ada tindakan diambil walaupun perlaku jelas dirakam perlakuan dan wajah mereka. Malah penguasa terlibat melindungi mereka.

SAMM dengan ini membuat kesimpulan bahawasanya Umno adalah penaja keganasan yang berselindung di sebalik slogan keamanan. 

Penolakkan rakyat terhadap Umno dan Barisan Nasional tidak berjaya dibendung, malah ramai ahli Umno yang sudah celik meninggalkan perikatan yang kian tenggelam. SAMM meminta semua tenang kerana kejadian menghantarproksi melakukan keganasan juga merupakan taktik semua regim di hujung usia. Rakyat terbanyak diharapkan jangan terseret dengan taktik seperti ini sebaliknya terus fokus mengombak kesedaran dalam negara demi menolak regim Umno Bn warisan penjajah yang semakin gagal menguruskan negara ini.

SAMM juga sedar aparat penguasa seperti PDRM juga tertekan kerana diperalatkan regim untuk kekal berkuasa tetapi menyeru agar ada pimpinan PDRM yang diberi kekuatan oleh Allah untuk membezakan antara yang hak dan bathil demi melaksanakan tugasan serta amanah yang mereka ikrarkan.

p/s : Jika pihak polis masih gagal untuk mengesan wajah mereka yang terlibat dalam insiden baling kasut ke dalam Masjid sila perhati gambar yang telah disediakan oleh sebuah blog 'era Pasca' mungkin dapat membantu atau tak cukup anggota pula nak buat tahanan ?

SAMM sambut baik buku Mark Trowell dan buku Fitnah akan masuki pasaran umum bulan depan

SAMM sambut baik buku Mark Trowell dan umumkan Buku FITNAH terbitan SAMM akan memasuki pasaran umum bulan depan

Kes Fitnah terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak pernah lari dari perhatian antarabangsa. Terbaru Mark Trowell seorang peguam yang berpengalaman dalam kes jenayah yang juga seorang pemerhati bagi Kesatuan Antara Parlimen (IPU) dan LawAsia di mahkamah di seluruh dunia telah menulis sebuah buku yang bertajuk 'The Trial of Anwar Ibrahim Sodomy II'.Buku Trowell setebal 306-halaman itu diterbitkan oleh Marshall Cavendish Editions dan mula dijual di semua kedai buku utama di Malaysia Rabu lepas.


NONEDalam bukunya Trowell mengulas Saiful nampak seperti suka perhatian media dan dia tidak kisah - tidak sama sekali seperti mangsa serangan seksual yang lain .Trowell, yang juga , berkata ia juga tidak normal bagi mangsa serangan seksual tidak mandi selama dua hari.

"Dalam 25 tahun pengalaman saya dalam undang-undang jenayah, saya tidak pernah lihat seseorang itu tidak mandi selama dua hari untuk mengekalkan bukti forensik. Sebaliknya, saya rasa mangsa mahu cepat mandi untuk menghilangkan bau badan pelaku."


"Dalam sesetengah kes penderaan seksual, mangsa akan menggosok badan mereka sehingga hampir luka untuk menghapuskan bau itu," kata Trowell, yang merupakan seorang Queen Counsel.

Buku ini dilihat mampu mempertegaskan bahawa kes Fitnah terhadap Anwar bukan sekadar kes biasa tetapi mewakili bagaimana hampir keseluruhan sistem dalam negara digunakan demi mempertahankan kuasa sesetengah pihak dalam negara.

Sebelum ini SAMM (tahun lepas) telah menerbitkan buku bertajuk FITNAH yang bertujuan mengingatkan semula rakyat terhadap kes perbicaraan yang telah menjadi titik kerosakan negara apabila semua elemen dan institusi digunakan untuk menjatuhkan ketua pembangkang itu. Penerbitan buku FITNAH bertujuan untuk memahamkan rakyat betapa perlu bangkit segera untuk membebaskan Jabatan kehakiman, Polis dan maruah negara ini dari terus dipandang buruk oleh dunia.


Buku yang sesuai untuk bacaan semua peringkat,  bagi mengingatkan rakyat  mengenai peristiwa penyatu kepada reformasi 1998ini telah terjual hampir 10,000 naskah. Di serta lokasi ceramah di seluruh negara. Buku ini juga telah berada di hantar ke beberapa NGO rantau ini sebagai bahan rujukan berkenaan kes tersebut.
Buku ini merangkumkan fakta kes semenjak Fitnah 1, Fitnah dua dan menjawab isu Fitnah video lucah dan terakam pengalaman peribadi che'GuBard ketika menonton video lucah apabila dipelawa oleh Trio Datuk K
Kini atas permintaan ramai SAMM sedang mengumpul dana untuk mencetak buku ini dalam jumlah yang munasabah dan telah memulakan perbincangan untuk menempatkan buku ini di kedai - kedai buku utama seluruh negara. Dengan kehadiran buku ini dipasaran terbuka juga akan mempercepatkan kesedaran rakyat betapa Najib tidak ubah seperti Dr. Mahathir punya peranan utama dalam menjayakan FITNAH liwat. Pembaca juga boleh mendapatkan maklumat dengan mudah dalam membaca buku ini kerana bentuk penulisan berdasarkan fakta dan tidak meleret.

Tahniah SAMM Melaka, T.Kasih yang menjayakan Rumah Terbuka SAMM Kebangsaan di jemput ke Ceramah Raya di Benut.


31 Ogos, Tahniah buat SAMM Melaka yang telah berjaya mengadakan rumah terbuka yang meriah, ramai juga pemimpin PR hadir, wakil rakyat DAP, YDP-YDP PAS serta Ketua - ketua cabang PKR hadir. Cuma kehadiran polis yang meminta semua bendera SAMM dan Banner ditanggalkan telah mengganggu kelancaran program. Berita mengenai laporan polis telah dibuat oleh orang PKR sendiri berdasarkan sms-sms ugutan sebelum itu agar tuan rumah membatalkan hasrat membenarkan rumahnya sebagai lokasi rumah terbuka SAMM Melaka amat dikesali. Seramai 50 anak yatim disantuni dalam program ini. Program ini juga sebagai ruang merapatkan ikatan antara aktivis SAMM, Melaka antara negeri yang aktif mengadakan atas nama SAMM program dalam Ramadhan.

Terima kasih kepada semua yang bertungkus lumus dalam menjayakan Rumah Terbuka SAMM Kebangsaan di N.Tebal dengan kehadiran hampir 4,000 org ....menjadikan ia sesuatu yang cukup meriah


Sdr. Saiful (Penyelaras SAMM Pontian) mempelawa semua dalam suasana raya untuk bersama dalam satu sesi ceramah umum yang dianjurkan atas nama SAMM. Tahniah...teruskan !

Malaysia projek Zionisma ? cetusan pendapat yangperlu sama fikirkan

MALAYSIA adalah sebuah negara Ciptaan dari perancangan Konspirasi geng - geng Kapitalis dan iluminati !

Kerana MALAYSIA adalah negara ciptaan British,Amerika dan Israel ! tak percaya ? Nama malaysia di temui pada sebuah buku yang bertajuk Malaysia : Direct and Indirect Rule bertarikh 1937 tulisan Rupert Emerson!

ianya adalah kritikan perancangan penubuhan negara MALAYSIA pada tahun 1937 oleh penasihat luar USA Rupert Emerson yang membentangkan kertas kerjanya di HARVARD UNIVERSITY!.. 

10 tahun selepas batu asas FREEMASON (gerakan sulit yang diasaskan oleh Yahudi, Zionis ) diletakkan di Northam Road di Pulau Pinang.. 

semasa perletakan batu asas FREEMASON tu pada tahun 1927, Rupert Emerson baru sahaja menjawat jawatan professor di Harvard University..

rupa-rupanya perancangan negara MALAYSIA sudah ada kertas kerjanya beratus tahun sebelum diisyhtiharkan “merdeka”, dan yang amat jelas ialah kertas kerja penubuhan negara MALAYSIA serta kritikannya di HARVARD UNIVERSITY pada tahun 1937 oleh Rupert Emerson yang merupakan PENASIHAT LUAR USA pada ketika itu serta professor of political science and international relations in Harvard University 

dokumen rahsia USA mengenai penubuhan negara Malaysia bertajuk seperti dibawah telah dibuang oleh USA di dalam website rasmi dia setelah artikel mengenainya diterbitkan di Universiti Teknologi MARA…. kuat betul perisik CIA nih.

“Foreign Relations, 1964-1968, Indonesia; Malaysia-Singapore; Philippines.Editor: Edward C. Keefer General Editor: David S. Patterson, United States Government Printing Office, Washington, 2001.”

Dato Onn Jaafar : pengasas Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR), tulisan asal ڤرتوبوهن كبڠسأن ملايو برساتو atau nama sekarang telah diInggeriskan menjadi United Malay National Organisation(UMNO) atas sebab British mengharamkan semua parti yang tidak diInggeriskan

Ucapan terakhir Dato Onn Jaafar sebagai Yang DiPertua UMNO pada 26 Ogos 1951:

“Oleh kerana saya mempunyai beberapa peluang dapat melihat sesuatu gerak langkah, sesuatu perbuatan atau cadangan yang hendak dijalankan di Tanah Melayu ini; langkah-langkah dan perbuatan yang mendatangkan kebimbangan kepada diri saya sendiri.

…saya dapat peluang itu oleh kerana dapat melihat tempat2 yang tidak dapat dimasuki kebanyakkan orang. (adakah Dato Onn Jaafar sudah berjaya masuk ke dalam salah satu loji FREEMASON di Tanah Melayu ketika itu?) Melihat gerak langkah dan cadangan-cadangan yang hendak didatangkannya ke atas Tanah Melayu ini.

Malang mulut saya tertutup, malang saya berkata mulut saya ini tertutup tidak dapat menzahirkan kepada umat Melayu Semenanjung ini apa yang diketahui oleh saya dalam masa menyempurnakan pekerjaan2 dan tanggungan saya itu…“
rujukan : (Mohamed Abid, 2003, muka surat 191-192)

penubuhan salah satu loji FREEMASON oleh penjajah pada tahun 1927 di Pulau Pinang, upacara perletakan batu asas

antara bangunan FREEMASON di JOHOR (perhatikan betul2 apa dia tulis di peti suratnya dan lambangnya)

Gagasan USA tentang Malaysia sepertimana yg dihasratkan Rupert Emerson (kemungkinan besar ahli FREEMASON) menjadi kenyataan pada tahun 16 September 1963 bilamana Singapura, Tanah Melayu (atau suka dikenal sebagai Malaya), Sabah dan Sarawak bersama-sama menubuhkan Malaysia. Brunei di saat akhir, menarik diri daripada menyertai Malaysia, dan kekal dibawah naungan jajahan Inggeris hingga ke tahun 1984. manakala Singapura pula menyertai Malaysia setakat tahun 1965.

Pendokong gagasan Nusantara Melayu Raya seperti Lim Chin Siong dan Said Zahari yang menentang penubuhan Malaysia sebagai projek kolonial A.S, juga beranggapan Singapura sememangnya sudah menjadi bahagian Tanah Melayu, tidak timbul persoalan tentang Singapura masuk Malaysia. Kita tidak akan semudahnya melupakan derita suatu pengorbanan cita2 masa lalu yg gagal. Perlembagaan rakyat dan gabungan Putera AMCJA, perang anti British darurat, dan kemerdekaan, Barisan Sosialis dan penangkapan ISA terhadap hampir kesemua wakil rakyat Parti Rakyat dan Parti Buruh, Adun, Ahli Parlimen, Ahli Pihak Berkuasa Tempatan, juga pemimpin bahagian dan cawangan, pengharaman pilihanraya majlis tempatan atas kemenangan hampir seluruh kerusi kepada Barisan Sosialis. Presiden Pas, Dr Burhanudin Al-Helmy juga turut merengkok di dalam ISA atas tuduhan kununnya menentang penubuhan Malaysia. Hal ini ditulis Pak Said Zahari, yang dipenjara ISA oleh Lee Kuan Yew di Singapura, selama 17 tahun tanpa bicara, dalam buku memoirnya “Meniti lautan gelora.”

Jadi bukan Tunku Abdul Rahman lah yang mencipta nama Malaysia. Jika begitu tertipulah kita gamaknya. Dan sudah tentunya juga mereka inilah yang telah mencatur dan mengatur (indirect rule) siapa yang patut memerintah dan generasi yang bagaimana patut dilahirkan oleh negara Malaysia itu kelak.

Realitinya, Dato’ Onn sudah dapat mengesan perancangan ‘mereka’ itu sedari awal lagi, malangnya orang UMNO telah dibutakan oleh dakyah barua British dan agen2nya sehingga ke hari ini. Akhirnya Dato Onn pula yang dihina dan dituduh talibarut British. (Mohamed Abid, 2003, p189)


keratan dari FB Lee Slim Shady

Kenapa PKNS 'payah' untuk bina rumah murah ?


Rupanya ramai yang sengsara dalam diam. 

Harga rumah yang terlampau tinggi ni menyebabkan bayaran bulanan rumah ni tinggi menggila. Bayangkan sebuah keluarga yang pendapatan tak sampai RM6000 sebulan terpaksa bayar duit rumah sahaja hampir RM2k sebulan. 

Apa lagi yg tinggal selepas tu dengan segala-gala yang lain mahal menggila i.e. ayam, ikan, daging, sayur, tadika, beras, gula dsbnya. 

Tulang Besi menelefon kawan Tulang Besi di PKNS untuk bertanya hal ini. Mengikut kawan Tulang Besi ini,PKNS juga menghadapi masaalah untuk membina rumah yang harganya masuk akal. 

Ini kerana tanah2 di Selangor yang hampir dengan bandar telah pun hampir habis di faraid oleh pentadbiran dahulu kepada para kroni. 

Dan tanah2 ini telah pun digadai dan dijual oleh kroni2 ini dengan harga mahal dengan tujuan mendapat untung atas angina yang jumlahnya dalam jutaan ringgit. 

Maka,apabila PKNS hendak membina perumahan rakyat terpaksalah PKNS membeli semula tanah2 tersebut dengan harga yg tersangat mahal. Itu tak termasuk kos2 lain yang semakin hari semakin mahal. 

Kita masih ingat lagi bagaimana Satim Diman (Ketua Pembangkang Selangor -UMNO) didedahkan di Dewan Undangan Negeri Selangor menjadi kaya raya hanya kerana menjadi orang tengah di dalam menjual tanah milik rakyat Selangor. Dilaporkan, Menteri Besar Selangor berkata: 

Amalan Satim Diman ni bukan asing. Ia menjadi amalan biasa kesemua kepimpinan pentadbiran dahulu. Bayangkan, Satim Diman hanya Ahli Dewan Undangan Negeri biasa sahaja dalam pentadbiran UMNO/BN yang terdahulu. 

Mampu jadi kaya raya dengan menjadi orang tengah dalam penjualan tanah milik rakyat Selangor. Bayangkan juga amalan Satim Diman ini menjadi amalan biasa setiap exco, ketua bahagian, ahli2 majlis dan kepimpinan UMNO seluruh Selangor bermula dari 20 tahun yang lepas. 

Akhirnya, tanah2 di Selangor habis tergadai kepada kroni. Maka, apabila PKNS dan Kerajaan Negeri mahu membina rumah yang berpatutan harganya, hasrat tersebut terhalang. PKNS terpaksa membeli semula tanah-tanah tersebut dengan harga yang begitu tinggi dan kos tersebut terpaksa dipindah kepada pembeli. 

Maka, setiap kali rakyat Selangor membuat pembayaran rumah setiap bulan yang begitu tinggi dan tidak masuk akal itu, wajiblah rakyat Selangor ini berterima kasih kepada pentadbiran yang terdahulu. 

 Hasil usaha mereka menggadai serta memfaraid tanah2 di Selangor menyebabkan kerajaan PR Selangor terhalang di dalam menyediakan rumah-rumah yang berpatutan harganya.

email dari 
Abdul Rahman Abdul Talib

Malaysia pengimport daging babi.... hebat!


mendapat maklumat berkaitan ekspot daging babi Malaysia dari link ini.. Mengikut laman ini, data di bawah ini diambil dari laman Bangsa-Bangsa Bersatu (FAOSTAT) (Sila rujuk geraf di akhir artikel ini)

Sekiranya maklumat ini benar, maka perkara ini amat dikesali sama sekali. Di kala ini UMNO ke sana ke mari mengaku memperjuangkan Islam. Mereka memperlekehkan PAS kerana sudah tidak memperjuangkan ISlam. Mereka menuduh PAS membuang agenda Negara Islam kerana berkawan dengan DAP.

Padahal PAS berhenti menggunakan slogan Negara Islam semenjak selepas PRU 1969 lagi di kala PAS menyertai Barisan Nasional. PAS menggunakan slogan Negara Berkebajikan pada tahun 2007, setahun sebelum PAS menubuhkan kerajaan bersama DAP.

Rupanya dalam UMNO mendabik dada mengatakan mereka memperjuang negara Islam, negara Islam yang sama juga menjadi negara pengekspot babi.

Bukankah lebih cocok kalau negara Islam UMNO menjadi pengekspot binatang ternakan lain yang dihalalkan Islam seperti lembu, kerbau, kambing, biri-biri, ayam, itik, angsa ataupun arnab?

 Tulang Besi boleh faham kalau ternakan babi di Malaysia sekadar memenuhi kehendak dan keperliuan masyarakat berbangsa Tionghua. Namun, kalau sudah diekspot bererti bilangan babi di dalam negara Islam UMNO ini sudah masuk ke dalam jutaan ekor banyaknya.

Patutlah satu masa dahulu arahan untuk menembak babi dibatalkan di Melaka. Apabila babi2 sudah diekspot ke luar negara bererti tokeh-tokeh babi ini mempunyai jumlah wang yang sangat banyak untuk membeli hati pemimpin-pemimpin orang Melayu.

Mungkin juga disebabkan berkembang pesatnya industri babi di Malaysia menyebabkan seorang bekas exco kerajaan negeri Selangor mencemar duli beliau untuk melawat kandang2 babi di negara Eropah. Padahal bukan takda exco MCA yang boleh melawat kandang2 babi tersebut.

Tulang Besi lupa nama bekas Exco Selangor tu tapi gambar dia mencemar duli dalam kandang babi tersebut ada di bawah ni.
Juga,kalau dilihat pada graf di bawah, ekspot babi di Malaysia betul2 naik di zaman pemerintahan Dr Mahathir Muhammad Iskandar Kutty. (Yakni selepas tahun 1988, 6 tahun selepas Dr Mahathir jadi PM dan Sanusi Junid menjadi Menteri Pertanian)

Dr Mahathir yang sama juga telah mengisytiharkan Malaysia sebagai negara Islam. Kebetulan atau betul betul? Saya pun tak tau.

Tapi, kalau judi dan arak bagi Dr Mahathir tak kesah haram halal, inikan pulak daging babi.

Akhir kata, seharusnya penyokong2 UMNO berbangga kerana di bawah pemerintahan "Islam" UMNO, kita telah berjaya menjadi negara pengekspot babi.

TULANG BESI






email dari Abdul Rahman Abdul Talib