Monday, October 12, 2009

Pengalaman Suara Johor di bagan Pinang


Salam,malam dah lama rasanye SJ tak menulis,SJ tidak sehat,tapi kerana semangat yang kuat SJ pergi juga ke Bagan Pinang bersama AMK dari Batu Pahat.Hari ini bila SJ nak menulis berasa sedikit sedih kerana kekalahan di Bagan Pinang,tapi bagi SJ kekalahan ini bukanlah tiket untuk kita lari dari medan perjuangan,kalah tidak bererti perjuangan telah tamat.Perjuangan harus diteruskan.SJ amat berpuas hati dengan cara PR berkempen di sini,

walaupun berada dalam kekurangan SJ lihat PR berkempen secara berterusan walaupun ada beberapa kelemahan dari segi penyusunan program.



SJ berada di sana bermula pada hari Rabu malam Khamis,Pengalaman SJ sepanjang di sana memperlihatkan betapa jahanam nya rejim BN,pada malam sesampainya SJ di sana belum sempat melepaskan penat lelah sepanjang perjalanan,terus dilanda dengan kekecohan yang berlaku di Kampung Si Rusa,SJ bersama anak buah Che'gubard terus bergegas ke tempat kejadian,sesampainya di tempat kejadian dengan niat untuk membantu pemuda-pemuda PAS yang sedang memasang poster,dengan tidak semena-mena terdengar lolongan dari Anjing-anjing BN yang sedang mabuk..."woi ni PD kami budak-budak PD tak mau PAS,ni semua Sial jahanam,pukimak"inilah kata-kata yang dilemparkan terhadap petugas PAS yang sedang memasang poster ketika itu.



Dalam keadaan yang kelam kabut,SJ bersama Yasir terus ke hadapan lagi,dan bila SJ paling ke belakang SJ lihat pemuda-pemuda BN yang sudah mabuk sedang terpekik terlolong ibarat anjing kelaparan..Mereka mengeluarkan kata-kata lucah,kata-kata penghinaan terhadap TGNA dan semua pemimpin Pakatan Rakyat.Bila keadaan semakin kelam kabut SJ Yasir juga sudah tidak kelihatan.Oleh kerana terlalu ramai dan dalam keadaan ketakutan yang tidak dapat digambarkan SJ berjalan ke belakang kembali untuk mendapatkan kereta semula,setiba berhampiran kereta SJ terlihat Bro Fauzi Ketua AMK Batu Pahat sedang dikepung hampir 8 orang pemuda BN yang sudah dirasuk setan..mereka bertanya dengan suara yang agak kasar "Ko orang mane ni,buat apa kat sini,ko balik sekarang"jika ikut keadaannya mungkin bro fauzi sudah teruk dihentam,tapi dengan pertolongan allah anjing-anjing tadi meninggalkan bro Fauzi kerana rakan nya yang lain sudah memanggil untuk mara ke hadapan menghalau petugas PR yang lain.

Selepas anjing-anjing tadi beredar kami dari jauh melihat keadaan yang sedang berlaku Yasir entah sudah ke mana,dari jauh kelihatan ramai petugas-petugas PAS dipukul,dihalau macam anjing tidak mengira tua dan muda.Begitu Baculnya pemuda BN dengan golongan tua pun mereka sebat,inikah akhlak pemuda yang memperjuangkan bangsa dan agamanya??ke manakah sifat kemelayuan yang ada.Pemuda BN begitu bacul hingga hendak menyerang Petugas PR kena minum mabuk dan telan 'Ubat' dulu baru berani,apa kejadahnya kalu keberanian itu datang dari syaitan?? Di manakah maruah pemuda BN yang kononnya lantang berani,berani apa macam tu nak menyerang dalam keadaan tidak sedar..boleh berambusla macam tu...

Kejadian itu tidak habis di situ sahaja,pada malam tersebut juga Rumah Ketua Pemuda PAS Negeri Sembilan juga diserang,mereka datang mengetuk pintu dengan biadap memanggil keluar untuk dipukul.Kemudian mereka menyerang semua UPU-UPU PAS di sana dan ramai pemuda PAS yang cedera ketika itu dibelasah ada juga yang diparang,ketika itu Bagan Pinang bagaikan Medan Jihad untuk petugas-petugas PR.SJ juga rasa adakah hari esok untuk SJ ketika itu kerana keadaan terlalu tegang pada malam itu.Selepas keadaan menjadi semakin tegang Pemimpin PAS setempat memberikan arahan untuk kita beramai-ramai datang pertahankan Markaz Induk PAS yang dijangka bakal diserang juga pada malam itu.Seperti yang dijangkakan anjing-anjing tadi datang pula menyalak di Markaz Induk PAS ini.Ketika itu SJ ada bersama che'gubard.Pada malam kejadian berlaku tiada polis dan FRU yang kelihatan,persoalannya ke manakah mereka ketika itu? menurut lapioran Pemuda PAS setempat apabila mereka pergi untuk membuat laporan polis balai polis ditutupi dan tiada anggota di dalam hanya kerani sahaja yang ada.Di sini menimbulkan kemusykilan.



Pada malam itu chegubard telah membuat laporan tersebut pada pihak atasan dengan nada yang cukup tegas.Kerana ini melibatkan nyawa,ketika itu pemuda Bn tadi sudah mula datang ke sini dengan bermotorsikal dan membuat kecoh di sini.Alhamdulillah dengan keberanian chegubard memberi kata dua kepada polis tidak lama kemudian kereta peronda polis pun tiba di tempat kejadian.Suasana yang hampir berlaku kekecohan akhirnya menjadi tenang apabila pemuda BN yang datang tadi mula meninggalkan kawasan markaz.Kami bersyukur kepada allah kerana kejadian yang tidak diingini tidak berlaku di sini.Kesimpulannya terlalu banyak provokasi yang dicetuskan oleh BN durjana,akan tetapi TV3 jahanam ini terus melaporkan berita songsang.SJ berada di sana dan SJ berani mengatakan laporan yang dibuat TV3 adalah laporan jahanam!!TV3 anjing jalanan!!



Pada hari pembuangan undi juga banyak berlaku kekecohan di sana sini yang ditimbulkan oleh penyokong BN.SJ dah tau memang inilah perangai penyokong BN mereka tiada benda untuk memperkatakan selain berjoget menunjuk bontot dan menjerit 'Anwar Bontot',ini provokasi yang sama ketika SJ di Bukit Selambau.Pemuda BN hanya pembawa kepada provokasi untuk pergaduhan.inilah perangai pemuda yang kononnya berjuang demi bangsa dan agama.

Jika hendak diperkatakan tentang kejadian di Bagan Pinang terlalu banyak yang berlaku,SJ ucapkan tahniah kepada AMK Negeri Sembilan khasnya kepada anak-anak buah Che'gubard yang melayan kami dari Johor dengan baik dan bekerjasama dengan cukup baik.Inilah ikon anak muda yang sebenar yang tidak pernah takut dan gentar terhadap momokan Bn Durjana.Terima Kasih kepada semua AMK seluruh Malaysia yang turut membantu kempen di PRK Bagan Pinang.Syabas kepada Yasir and The Gang.Semoga semangat kalian semua dijadikan contoh dan iktibar oleh anak muda di seluruh negara.

Di Bawah ada sedikit gambar sekitar di apa yang berlaku di Bagan Pinang.

Gambar -Gambar Keganasan



dihentak dengan topi keledar di kepala......




ditumbuk oleh pemuda BN Durjana.....!!!



petugas PAS sedang dibelasah oleh pemuda BN.....



malam kegansan BN di PD Marina tempat SJ dan rakan-rakan menginap...



pemuda BN ditangkap selepas membuat keganasan....



Di Sini hampir belaku keganasan.....hampir menjadi medan jihad....



keganasan mat rempit BN yang sudah mabuk di PD Marina....



banyak senjata dibawa oleh pemuda BN seolah-olah hendak bertempur.....



sekitar kawasan kejadian di PD Marina.....



mata bengkak ditumbuk oleh pemuda BN Durjana......



dibelasah hingga patah gigi oleh pemuda BN....!!



Di Sini SJ dan rakan-rakan dihalau dengan ganas oleh pemuda Bn yang sudah mabuk.....!!



masih terkenang SJ pada malam kejadian disini dihalau macam anjing...!!!-suarajohoronline

Isa menang di Bagan Pinang


Keputusan Penuh:
  • Majoriti: 5,435 undi
  • Pemenang: Tan Sri Mohamad Isa Abdul Samad, 60 (BN)

2 calon bertanding:


Nama Parti Bil Undi
Tan Sri Mohamad Isa Abdul Samad, 60
BN
8,013
Zulkefly Mohamad Omar, 45
Pas
2,578
Shahruddin Abd Hamid, 52
Bebas
tidak bertanding; gagal kemuka kertas pencalonan

Friday, October 09, 2009

Bagan Pinang bagai zon perang malam kelmarin

TELOK KEMANG, 9 Okt : Dalam keadaan mabuk, kumpulan pemuda samseng Umno ini melakukan sekatan jalan raya di Batu 4 dekat sini dan menahan beberapa buah kereta yang dilihat mempunyai lambang-lambang atau logo PAS sekaligus membelasah pemandu-pemandu terbabit sehingga cedera.

Lebih teruk, sebilangan mereka menceroboh masuk ke beberapa buah rumah kampung khususnya di Bagan Pinang dan melakukan tindakan yang sama ke atas penghuni rumah yang dipercayai penyokong PAS dan Pakatan Rakyat.

Ada kawasan tertentu yang tercetusnya kes yang sama, seorang tua diselamatkan oleh sekumpulan anggota tentera daripada terus menjadi sasaran samseng ini.

Dan lebih dasyat, kejadian sekumpulan samseng Umno membelasah dan menetak dengan parang seorang petugas PAS berlaku betul-betul di depan Balai Polis Telok Kemang.

Demikian dakwa Ahli Majlis Tertinggi KeADILan, Badrul Hisham Shaharin.

Beliau menyifatkan kelakuan samseng pemuda Umno pada 7 Oktober lalu memukul dan menyerang petugas Pakatan Rakyat hanya menjadikan Bagan Pinang kini bagai 'zon perang'.

"Saya hairan bagaimana ada kejadian sebegini berlaku di hadapan Balai Polis Telok Kemang.

"Ketika 'ketegangan' memuncak sekitar jam 3.00 pagi hingga 5,00 pagi, saya sendiri beberapa panggilan dibuat kepada pihak polis, namun setiap panggilan tidak berjawab," katanya kepada Harakahdaily di Markas Utama PAS Bagan Pinang.

Badrul juga turut menahan sebuah kereta peronda polis untuk meminta bantuan seorang anggota berpangkat kostabel namun polis terbabit memohon maaf kerana tidak dapat berbuat apa-apa dan meninggalkan beliau begitu sahaja.

Ada anggota polis yang menjawab panggilan kecemasan yang dibuat beliau tetapi memberitahu bahawa mereka merupakan anggota dan pasukan polis luar yang tidak tahu selok belok jalan dan kawasan untuk menangani kes terbabit, kata Badrul.

"Mereka yang diganggu termasuk petugas Pakatan Rakyat yang berusia.

"Saya tahu pemuda Umno ini mabuk dan mereka ini keluar dari Umno Command Centre, mereka buat 'road block' sendiri di Batu 4, mereka tahan siapa sahaja yang lalu yang pakai logo PAS," ujarnya.

Beliau turut mendakwa, salah seorang anak pemimpin tinggi Umno di Negeri Sembilan terbabit dengan keganasan ini.

Beliau menamakan anak pimpinan Umno yang terbabit itu sebagai 'Bob' yang dibayangkan seorang yang bertubuh besar dan berkulit cerah.

Tindakan samseng jentera Umno itu sebenarnya hanya menjadikan suasana pilihan raya kecil Dun Bagan Pinang yang pada awalnya tentera, kini seperti 'zon perang'.

Justeru beliau menggesa pihak berkuasa segera mengambil tindakan tegas kepada mereka yang membuat 'onar' iaitu Pemuda Umno.

"Jangan sampai mengasak atau meberi tekanan kepada Pemuda Pakatan Rakyat sampai ke dinding. Kesabaran kami ada hadnya," jelasnya tegas dan tidak menolak kemungkinan insiden ini akan berlaku dalam dua tiga hari lagi.

Sehingga kini, difahamkan terdapat 9 laporan polis telah dibuat berhubung tindakan ganas samseng Umno ini dan gambar-gambar mangsa belasah parang dan pedang samurai itu telah tersebar di papan-papan poster markas, internet, rakaman telefon dan diedarkan sebagai risalah.

Malah ada sms yang meminta Pemuda Pakatan Rakyat dan PAS untuk tingkatkan keselamatan dan siap siaga bagi mendepani sebarang kemungkinan yang tidak diingini beberapa hari menjelang hari pengundian Ahad ini.

Aktiviti 'last lap' di Tapak Solidariti Anak Muda Malaysia

Solidariti Anak Muda Malaysia telah bersama dalam Pilihanraya Kecil Bagan Pinang dengan bersama menganjurkan Karnival Anak Muda bersama Pakatan Rakyat di Bt. 6 1/2 Jalan Pantai Port Dickson iaitu tanah lapang di sebelah PD World Marina Resort.

Hampir setiap malam ceramah perdana diadakan disamping kemeriahan 100 lebih gerai jualan perbagai barangan dan makanan.

Berikut ialah aktiviti 'last lap'

Hari ini (9 Okt. 2009) jam 5 petang Zunar bersama kartunis Gedung Kartun akan bersama memeriahkan tapak karnival dengan perbagai aktiviti. Datang beramai - ramai untuk bersama.

Malam ini pula dijadualkan Nurul Izzah Anwar bersama teman - teman pimpinan muda akan bersama dalam siri ceramah umum pula.

Esok jam 3 petang acara perdana anak muda bersama Juara Cub Prix Asia, Yasir Said akan diadakan di depan tapak Karnival Anak Muda. 100 motor pertama akan dapat minyak hitam percuma. Nasihat permotoran dan keselamatan. Saudara Yasir Said akan datang bersama team 'big bike'. Jangan lepaskan peluang bersama.

Wednesday, October 07, 2009

Rayuan pusingan akhir

antara bahan kempen yang dikeluarkan
Bn memunggah budak sekolah dan membayar mereka




Kesempatan pilihanraya ini cheGuBard gunakan untuk mendidik rakyat berfikir. Bahan kempen yang menarik dan santai namun bersifat serius menjadi tumpuan cheGuBard dan kawan - kawan.
Antaranya ialah banner gergasi 15 kaki x 12 kaki yang tertera dengan jelas mengingatkan janji Bn di Rembau. (gambar atas). 3 keping disediakan.
Bahan kempen lain seperti mengenegahkan isu tanah adat, air dan perbagai lagi turut disediakan. Terima kasih kepada semua penderma. Untuk bahan kempen dan mengerakkan team dari Rembau kami menerima sumbangan rasmi RM500 dari keADILan Negeri Sembilan dan RM 1000 dan RM 200 serta RM 300 dari penyumbang individu.
Dengan wang modal yang terhad kami keluarkan bahan kempen tidak kurang dari 20 jentera bertugas setiap hari. Tumpuannya ialah menghantar bahan kempen ke rumah - rumah secara senyap, mempamerkan (menggantung bahan kempen spt bendera, banner dan lain - lain). Selain dari jentera kempen rayu undi yang diketuai oleh Yusof tapa dan Zahirul (AJK dan Ketua AMK Rembau)
Rembau berpusat di Bt. 6 1/2 Jalan Pantai (sebelah PD World Marina).
Di sini kami telah berjaya meratakan tanah seluas hampir 2 ekar untuk dijadikan tapak Karnival anak muda. Di sinilah ceramah dijalankan setiap malam, gerai jualan dibuka dan aktiviti anak muda berlansung.
Semuanya lancar dengan dana yang amat terhad, kami juga telah terpakai buget untuk membayar sewa pejabat Rembau selama 2 bulan untuk perbelanjaan PRK ini. Namun semuanya 'indah' kerana nikmat mendapat PRk tempat sendiri.
Namun sikap penakut Umno untuk menjawab isu telah mencuri bahan kempen kami. Mereka gunakan pegawai penguatkuasa namun setelah gagal berhujah penguat kuasa gagal mencuri namun gangster upahan Umno akan melaksanakan tugasan di awal subuh hari.
Namun ia tidak mematah semangat. Kami akan teruskan. Kepada penyumbang yang sudi menyumbang harap dapat membantu sikit untuk kami membuat serangan bahan kempen saat akhir.
Boleh terus bank in kan ke akaun
  • Maybank no. 555126105482 atas nama Angkatan Muda Keadilan Rembau
  • Hong Leong bank 19951001018 atas nama Badrul Hisham Shaharin

selepas menyumbang sila sms ke 0123696474 untuk maklumkan.


PD diperkaya projek terbengkalai




Bagan Pinang terletak dalam kawasan perlancongan utama di Negeri Sembilan iaitu Pantai Port Dickson. Namun status itu tidak menjanjikan permandangan yang menarik di Port Dickson dan taraf hidup yang berbeza buat penduduknya.
Sudahlah sistem salinan kuno yantg mengalirkan air kotor terus ke laut masih wujud lebih parah lagi terlalu banyak projek terbengkalai. Namun Bn tanpa segan walaupun bukti projek-projek terbengkalai banyak namun mereka masih menyanyikan lagu lama tanpa Bn tiada pembangunan.....
Isa Samad tokoh politik lama jelas tidak mampu mengawal diri selaku calon. Selalunya calon kurang menyerang lebih merayu tetapi itu bukan Isa Samad. Dia menyerang termasuk kerajaan Kelantan di serangnya, katanya Tok Guru tak pentingkan pembangunan, Masjid pun gagal buat.
Ingatan buat semua khususnya pengundi bagan Pinang. Di Si Rusa tidak ada Masjid kecuali menumpang masjid tentera. Sudah terlalu lama rasanya pecah tanah Masjid Si Rusa. papan Tanda kemegahan juga hampir tumbang. Lihat atas tanah nya penuh lalang seperti tidak ada harapan untuk diteruskan. Bukti surat lama juga ada melantik jawatankuasa namun semuanya dusta yang tegak bukan masjid tapi lalang

Kehadiran Tun Dr Mahathir tidak berkesan (sinar harian)

SEREMBAN – Kehadiran bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad membantu calon Barisan Nasional (BN) dalam kempen pilihan raya kecil (PRK) sebenarnya tidak memberikan kesan kepada calon yang bertanding. Ahli Majlis Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Badrul Hisham Shaharin berkata, kenyataan itu berdasarkan keputusan pilihan raya kecil sebelum ini di Bukit Selambau, Kedah dan Bukit Gantang, Perak yang memihak kepada calon Pakatan Rakyat (PR). Katanya, masyarakat dan rakyat umumnya mengetahui Tun (Dr Mahathir) pernah membantu calon dalam kempen pilihan raya kecil sebelum ini di Kedah dan Perak.

“Walaupun Tun turun membantu berkempen terhadap calon BN, namun ia masih gagal mempengaruhi pengundi di kawasan terbabit untuk memilih Barisan Nasional. “Kehadiran Tun sudah tentunya akan memberikan kesan kepada pengundi jika ia disokong dan jasanya dikenang, namun perkara sebaliknya berlaku,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam. Badrul Hisham berkata, beliau menyokong tindakan bekas Perdana Menteri itu yang bertegas tidak akan berkempen membantu calon Barisan Nasional (BN) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang berdasarkan prinsipnya sebelum ini.
“Tun ternyata berpegang kepada prinsipnya tidak menyokong calon yang terbabit dengan gejala politik wang. Ia jelas dalam kenyataannya sebelum ini yang turut meminta pucuk pimpinan BN tidak memilih calon yang sedemikian.
“Saya menyokong pendirian Tun berhubung perkara ini, namun bersimpati dengannya kerana pucuk pimpinan BN seolah-olah tidak mempedulikan na-sihatnya selaku bekas pemimpin tertinggi,” katanya. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Tun yang bertegas tidak akan berkempen membantu calon BN dalam PRK DUN Bagan Pinang kerana menolak individu atau calon yang dikatakan pernah terlibat dengan gejala politik wang.

Kenapa Isa Samad dipilih walau ramai menentang




Khabarnya terlalu ramai dalam Umno menentang pencalonan Isa Samad. Malah jentera Umno yang datang dari luar Negeri Sembilan mula mengeluh dengan 'kepayahan' untuk mencipta kemenangan besar harapan pimpinan utama Umno kerana payah nak 'carry' calon Bn.

Pengarah Pilihanraya hinggalah Pengerusi Perhubungan semua tak setuju. Tetapi kelihatan Najib yang seolah beriya benar nak Isa menjadi calon. Pengerusi Umno Negeri Sembilan punyalah bersungguh tidak setuju sehingga mengundang Tun Mahathir ke rumah terbukanya baru - baru ini dan selepas hadir rumah terbuka beliaulah Mahathir mula membelasah Isa Samad.
Ini semua bual orang Umno di banyak kedai kopi.....
Cuba pasang telinga semalam mengatakan ada yang bercakap kemungkinan ini kerana Najib nak balas jasa Isa Samad yang bantu dia ketika dicekup di sebuah hotel depan Kem di Port Dickson... cuma yang tak sedap ada pula yang cakap Anwar terlibat juga selamatkan Najib subuh itu...

Cuma benarkah dengan siapa harus dirujuk perkara ini.... ???

Ada yang desak untuk gunakan modal ini sebagai kempen namun bagi cheGuBard isu seperti ini tak memerdekakan pemikiran rakyat...apapun keputusan pilihanraya nanti yang penting ruang yang ada harus mendidik rakyat.

Menjengok sebentar kepada bahan kempen Umno, mereka tidak belajar mereka masih terus mendungukan rakyat dengan serangan peribadi yang kotor.
Tengok sahaja dua contoh bahan kempen di atas satu serangan kepada DSAI dan satu kepada Lim Guan Eng. Ia dikeluarkan oleh jentera rasmi Bn.
Namun ada juga yang berbentuk sindiran oleh penyokong (bukan jentera rasmi) Pakatan rakyat seperti Isa wakil pos ia bentuk satira yang tidak menghina keterlaluan.
cheGuBard setuju dengan Anuar Mohd Nor editor Umno Reform umno tidak beradab dan beradat. (sila klik sini)

cheGuBard dedah Umno NS

petikan buliten online
TELUK KEMANG – Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (AMPT) Parti Keadilan Rakyat Badrul Hisham Shaharin (cheGu Bard) menyeru kepada semua penduduk dan pengundi DUN Bagan Pinang untuk bangkit menolak UMNO dan Barisan Nasional pada pilihanraya kecil 10 Oktober depan.

Beliau telah mendedahkan beberapa perkara yang melibatkan penyelewengan dan salah guna kuasa serta rasuah calon BN, Isa Samad dan kepimpinan UMNO Negeri Sembilan.Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ceramahnya di Markaz UPU Teluk Kemang disini, malam kelmarin.
(Gambar - CheGuBard dengan gaya tersendiri, menyampaikan ceramahnya)

Antara pendedahan Badrul Hisham Saharin adalah seperti berikut;
1. Ketua UMNO Bahagian diberikan kuasa membelanjakan peruntukan wakil-wakil rakyat Pakatan Rakyat
2. Hampir keseluruhan projek jalan dinegeri Sembilan diperolehi oleh Abang Menteri Besar Negeri Sembilan. Tuduhan dibuat oleh Datuk Ishak.
3. Undi Pos tidak telus, ayah mertuanya sendiri telah berhenti dari tentera selama 6 tahun, sudah memiliki MyKad, tetapi namanya masih ada dalam senarai undi pos
4. Menteri Besar berjanji tidak akan menswastakan air, namun berlaku penswastaan air Negeri Sembilan. Tarif air dinaikkan tetapi perkhidmatan tidak ditingkatkan. Menteri Besar diminta dedahkan salinan konsesi Jabatan Air Negeri Sembilan di swastakan
5. Bekas Exco meluluskan kepada adik beradiknya beberapa keping tanah ’pantai’ Port Dickson. Exco tersebut duduk dalam mesyuarat berkenaan.
6. Menetri Besar Negeri Sembilan menyelewengkan peruntukan untuk rakyat termiskin, untukmembesarkan dapur kediamannya, tercatat dalam Laporan Ketua Audit Negara.6. Perbelanjaan pilihanraya, BN telah menggunakan bajet pilihanraya melebihi peruntukan, sebelum mula pilihanraya, BN telah berbelanja lebih 100,000 untuk menyewa tanah bagi menempatkan ’command centre BN’

7.Perbalahan antara parti Pakatan Rakyat demi untuk meningkat perkhidmatan kepada rakyat, manakala parti-parti komponen BN berbalah kerana merebut pangkat, kuasa dan harta







Isa Samad sibuk serang Kelantan tetapi...








Isa Samad 'claim' dia bapa pembangunan Negeri Sembilan. Benarkah dan betapa majunya Si Rusa yang kononya kampung Isa Samad sendiri.
Gambar satu ialah gambar antara salah satu pembentung yang mengalirkan air kumbahan ke laut. Maka ayuh ikut dari mana air ini datang.
Gambar 2 ialah yang dipanggil proses pemulihan sebelum di alir ke laut..... pemulihan apa ini ?
Gambar 3 dan 4 ialah longkang dari kampung sekitar Bagan Pinang dan Si Rusa yang airnya terus di alir ke laut.....
Selamatkan Dunia ini dari pencemaran....Jangan Undi Bn



Umno pelindung tanah Melayu ?


Benarkah Umno pelindung tanah Melayu ?


Berita Harian 18 Julai 2009REMBAU: "Kami hanya mahu ganti rugi yang setimpal berdasarkan nilai harta sebenar. Jangan aniaya kami hanya kerana kami orang kampung," kata Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Selamatkan Tanah Adat Rembau, Chik Tak Datuk Amat.Beliau mewakili penduduk Kampung Waris Tebat, Kampung Chua Hilir dan Kampung Chembong Halt yang tidak berpuas hati dengan bayaran pampasan berhubung pengambilan tanah adat mereka untuk projek pembinaan landasan kereta api elektrik berkembar Seremban-Gemas bernilai RM3.45 bilion.
Chik Tak mendakwa, bayaran pampasan yang dinilai oleh jurunilai tanah pihak berkuasa tidak munasabah kerana terlalu rendah sehingga 50 peratus di bawah penilaian yang dibuat oleh jurunilai yang dilantik pemilik tanah."Bayaran RM1.20 hingga RM2.80 kaki persegi yang dibayar atas pengambilan tanah kami belum cukup untuk mendirikan rumah baru.
Jadi, kami berharap penilaian semula tanah dapat dibuat bagi memberi keadilan kepada orang kampung," dakwanya.Beliau berkata demikian selepas bertemu dan mengemukakan masalah bayaran ganti rugi tidak setimpal yang diterima penduduk kampung yang terbabit dalam projek itu kepada Ketua Umno bahagian Seremban, Datuk Ishak Ismail di rumahnya, di sini.Chik Tak mendakwa, penduduk juga kesal dengan cara pihak terbabit dalam projek itu mengambil tanah penduduk yang tidak mengikut prosedur yang betul kerana majoriti penduduk masih belum menerima borang berkaitan proses pengambilan tanah."Kami juga tidak diberi pendedahan secukupnya untuk membincangkan masalah pengambilan tanah dan rumah oleh kerajaan dan pihak berkaitan," dakwanya.Seorang penduduk, Ismail Alias, 67, berkata pihaknya kesal dengan sikap tidak beradab pihak kontraktor yang sudah mula melakukan kerja mencedok tanah di rumahnya tanpa memberi notis pemberitahuan.
"Saya tidak diberitahu kawasan rumah saya turut terbabit dalam projek ini. Sepatutnya, hendak masuk rumah orang, berilah salam dulu. Ini tidak, terus melakukan kerja tanpa bertanya dulu kepada tuan rumah," katanya.Seorang lagi penduduk, Norizan Tamby, 50, berkata sejak mengetahui separuh daripada rumahnya akan diambil untuk projek itu, hampir setiap malam tidurnya tidak lena kerana memikirkan nasibnya.
"Saya juga terpaksa menunda majlis perkahwinan anak saya yang dijadualkan tahun ini ke tahun depan. Siapa yang tidak runsing separuh daripada rumah yang didiami sejak berpuluh tahun lalu akan dirobohkan," katanya.Sementara itu, Ishak berkata, beliau akan bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bagi mengemukakan masalah penduduk dan meminta supaya kerja pembinaan landasan itu dihentikan sementara.
"Terdapat banyak masalah yang dihadapi penduduk dan perkara ini tidak boleh di pandang ringan. Jadi, kerajaan perlu menghentikan sementara projek ini sehingga satu penyelesaian adil dan saksama dapat dicari," katanya.
Ini berita dari surat khabar gerombolan bukan Harakah bukan Suara Keadilan. Takkan nak berdalih UMNO. Bukan sikit tanah di N9 yang tergadai ke bangsa asing. Tak kira tanah adat ke tanah kubur ke, asal projek berbillion pasti dikaut dan disondolnya. Mana pergi pejuang Melayu dan pejuang Kepala Lembu..?Malah ada kes Masjid nak dirobohkan pun puaka pejuang Melayu Kepala Lembu ni diam membisu saja. Sebab yakin kerusi Bagan Pinang dalam tangan ke..?
Pasal tu tak ambil kisah.. maklumlah undi Pos saja hampir 5000 apa ada hal dengan Melayu. Yang penting UMNO bila tersepit baru ingat Melayu.. kalau selesa melayu dikutuknya dicampaknya ke tong sampah saja..Ingat apa kata-kata hina pemimpin UMNO pada Orang Melayu masa mereka selesa berkuasa dulu...! Melayu Mudah Lupa..! Melayu Haprak..!Eh..! bila dah tersepit ni baru nak laung hidup Melayu.. ? Bubar lagi baiklah UMNO.. Dulu dah haram ingatkan tubuh yang baru nak buat cara halal lah.. rupanya lagi haram dari UMNO yang diharamkan.. Melayu je kena tipu dengan UMNO baru ni.. Bila masa dia merdekakan Negara.
UMNO baru pun baru tubuh 1988. UMNO yang kononnya merdekakan Malaysia dah lama pupus diharamkan lah.. Jangan Nak belit..!!!P/S..Amaran buat sesetengah Pemimpin Pakatan Rakyat..! Jangan nak tolong anjing yang tersepit. ( UMNO la tu ) Buat kerja demi rakyat jangan sampai rakyat menolak anda seperti UMNOBN. Kami rakyat berjuang tanpa apa-apa bantuan semata-mata mahu melihat ketelusan pemimpin terhadap rakyat dan menjadi pelindung kami rakyat yang tertindas ini.Jadilah pemimpin yang disayangi rakyat bukan pemimpin yang ditolak seperti BN. Jangan bazirkan masa, tenaga dan usaha kami berjuang dan mempertahankan kamu semua jika kamu sendiri melayan karenah bodoh sombong UMNOBN dan berperangai sewaktu dengannya.Lakukanlah yang terbaik demi rakyat dan pasti kami akan lebih bersemangat berjuang bersama anda semua.Ingat rakyat yang mengangkat kamu dan rakyat jugalah yang akan menjatuhkan kamu nanti jika kamu sesekali lupa prinsip asal perjuangan rakyat yang kamu cetuskan sendiri.Kerana Sayangkan Pakatan Rakyat.. Pemimpinnya kami tegur-tegurkan..Kerana Sayangkan ketelusan.. Rasuah harus ditangan-tangankan..

Azeez hero bollywood



Banyak cerita dan serangan media mengenai anak muda Pakatan Rakyat yang hadir di penamaan calon ganas sehingga Ketua Putera Umno terlantar.
Apa sebenar berlaku pagi itu Polis telah membahagikan secara jelas kawasan penyokong Pakatan rakyat berhimpun dan tempat Barisan Nasional berkumpul. Di tempat Bn yang tak seberapa ramai penyokong Pakatan dilahalng oleh polis dari menggunakan laluan tersebut, manakala di tempat Pakatan Rakyat penyokong Bn boleh masuk termasuk Menteri jalan kaki.
Biasalah bayangkan distadium kalau anda pakai jersi Selangor dan lalu melalui pintu yang dikhaskan oleh penyokong N.S tentu lah anda akan di 'boo'....begitulah tindakan sengaja Azeez dan Ismail Sabri masuk melalui kawasan Pakatan.
cheGuBard secara peribadi melihat perkara tersebut di depan mata sendiri. Malah tika itu bersedia untuk masuk ke tengah jika apa yang tak leok berlaku untuk melindungi imej Pakatan.
Hanya ada suara sedikit mencerca, layangan wang dan seumpamanya.... dua keping gambar di atas (tengah dan bawah) ialah rakaman dia sebelum melepasi kem orang pakatan sebelum masuk ke kem Bn, yang jelas mereka masih berjalan segak...kecuali Azeez yang muka cemas dan ketakukan (harap tak terkencing dalam seluar)
Selepas itu difahamkan dia ketawa dan berkata dengan Ismail Sabri, aku dapat nombor aku akan kata aku dipukul.
Terus dengan gayanya dia panggil semua wartawan dekat bawah khemah untuk Bn sambil katanya dia dipukul. Ditunjuknya lehernya yang konon lebam. (ingat kata kawan seorang ni...hitam tak mandi memang le macam lebam tapi itu daki..hahahaha)
Paling menarik tiba - tiba esoknya terlantar macam kena H1 N1 pulak..... bagi jela anugerah filerm kat dia...
Kalau aku Putera Umno aku malu dengan ada pemimpin macam ini



Monday, October 05, 2009

Pesta Tanglung di Machap (3 Okt 2009)





Pada 3 Oktober yang lepas memenuhi jemputan Ginie Lim yang mengadakan Pesta Tanglung di Pusat Khidmat KEADILAN Machap.

Pesta yang dihadiri kira kira 100 orang yang majoritinya masyarakat cina. Selepas ucapan cheGuBard bersama kira - kira 50 orang telah berarak membawa tanglung mengelilingi Kampung Baru Machap. Kami berjalan kaki kira kira 2.5 km.

Tahniah buat penganjur !

Saturday, October 03, 2009

Gilir Ketua menteri kenyataan silap Yusmadi

salinan kenyataan akhbar rasmi

KENYATAAN AKHBAR KETUA ANGKATAN MUDA CABANG –CABANG DI PULAU PINANG ISU PENGILIRAN KETUA MENTERI

Assalammukalaikum dan salam sejahtera

Merujuk kepada kenyataan YB Yusmadi Yusof (Ahli Parlimen Balik Pulau dan Ketua Angkatan Muda Pulau Pinang) di dalam akhbar perdana tempatan berita harian 29 hb Sept 2009 dan kenyataan susulan yang di petik didalam akhbar Sinar Harian bertarikh 30hb Sept 2009.

Kami mewakili Angkatan Muda Cabang-cabang di Pulau Pinang ingin menegaskan bahawa kenyataan itu dibuat di atas kapasiti individu dan tidak mewakili suara keseluruhan AMK Negeri Pulau Pinang. Tidak ada sebarang mesyuarat atau perbincangan khusus berkaitan dengan isu pengiliran ketua Menteri Pulau Pinang dibincangkan di peringkat Mesyuarat Angkatan Muda Negeri.

Kami yakin ,pemimpin yang dipilih untuk menjawat jawatan sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang tidak sepatutnya melalui proses pemilihan berdasarkan rasis atau kaum. Proses ini hendaklah melalui proses persetujuan antara parti yang mendukungi kerajaan negeri tidak kira sama ada daripada kaum mana sekalipun. Yang pentingnya,calon Ketua Menteri hendaklah dipilih berdasarkan kebolehan memimpin, mempunyai integriti yang tinggi dan berasaskan kepada amanah serta bertanggung jawab pada rakyat negeri.

Jika kenyataan tersebut menggambarkan maksud sebenar beliau dengan menyentuh isu perkauman,maka PR malahan PKR sendiri tidak pernah merencanakan dasar sedemikian rupa.Kami yakin,PR mengutamakan pemimpin yang meletakkan pembangunan kemajuan Pulau Pinang serta menaikkan taraf ekonomi rakyat di negeri ini sebagai tonggak utama dalam pentadbiran.

Sekiranya akhbar berkenaan dengan sengaja menyalah petik atau memanipulasikan kenyataan tersebut seperti penafian yang telah YB Yusmadi perjelaskan,maka kami mendesak agar pembetulan segera dibuat dan kenyataan yang sebenar disiarkan. Kami juga meminta agar pimpinan parti lebih berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan. Kenyataan atau pandangan ini mungkin disalah tafsir secara sengaja dan akhbar berkenaan perlu memohon maaf secara terbuka.

Kenyataan Bersama bertarikh 2 Oct 2009

Ketua AMK Cabang Batu Kawan
YB Ong Chin Wen
Ketua AMK Cabang Bukit Mertajam
Aidi Rafizul bin Idrus
Ketua AMK Cabang Permatang Pauh
Amir bin Md Ghazali
Exco AMK Pusat
Ketua AMK Cabang Kepala Batas
Amizudin bin Ahmat

Ketua AMK Cabang Balik Pulau
Mohd Nadzri bin Ishak
Ketua AMK Cabang Tanjong
Mohd Shafiz Rahim Raja
Tim Ketua AMK Bayan Baru
Zulfadli bin Md Nordin
S/Usaha Cabang Tasek Glugor
Azhar bin Mohamad
Exco Angkatan Muda Malaysia
Zulkifli bin Ibrahim

Thursday, October 01, 2009

lagi pemimpin pemuda Umno ditangkap kerana jenayah

Berikut ialah petikan berita dari media yang melaporkan mengenai Pimpinan Pemuda Umno yang ditangkap ketika stim Dadah. Bayangkan media masih cuba menyelamatkan imej dengan laporan yang kecil. Bayangkan jika dia pemuda PKR , DAP atau PAS ..maka sahih muka depan akan keluar gambar sekali.....

Menurut teman pemuda Umno Kemaman yang ditahan itu ialah Tarmizi Johar, Naib Ketua Pemuda Umno Bahagian Kemanan. Menurut sumber Umno Kemaman beliau ini memang banyak masalah namun kerana payung besar 'kem KJ' maka dia dapat jawatan itu.

Mungkinkah KJ akan 'cover' juga dia seperti mana KJ 'cover' Pemuda Umno Rembau yang ditangkap meragut. (sila klik untuk baca)
Dua pemimpin Pemuda Umno diberkas terlibat dadah
Sep 29, 09 11:42pm
Polis menahan dua orang pemimpin Pemuda Umno bahagian setelah disyaki mengambil dadah dalam satu serbuan di sebuah rumah di Kampung Tengah, Kijal, Terengganu malam tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Negeri Supt Roslan Abdul Wahid berkata, kedua-duanya yang berumur 41 tahun itu, merupakan antara 74 orang yang diberkas dalam Ops Sepadu yang dijalankan oleh jabatan berkenaan dengan kerjasama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dungun dan Kemaman.

"Seorang daripada mereka ditahan di ruang tamu di rumah tersebut pada pukul 9 malam, manakala seorang lagi ditahan bersama abangnya dalam sebuah bilik di rumah yang sama.

"Kita merampas satu tiub straw yang mengandungi dadah jenis heroin daripada seorang daripada mereka," katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau berkata pemeriksaan air kencing yang dijalankan mendapati ketiga-tiga mereka positif dadah.

Seorang daripada mereka kemudian dilepaskan dengan jaminan polis setelah kenyataan diambil manakala seorang lagi bersama abangnya telah dibawa ke Mahkamah Majistret Kemaman sebelum dilepaskan dengan jaminan RM3,000 seorang.

Operasi itu dijalankan oleh 100 anggota dan pegawai dari cawangan narkotik di kawasan-kawasan panas di daerah Dungun dan Kemaman dalam usaha untuk membersihkan kawasan berkenaan daripada kegiatan pengedaran dan penagihan dadah.

Setelah didesak rakyat akhirnya anggota Polis didakwa kerana membunuh Kugan

Kematian Kugan seorang yang ditahan kerana disyaki terlibat dalam samun kereta mewah. Walau apa pun tuduhan Kugan seharusnya mendapat hak dibicarakan namun beliau dipukul hingga mati dalam tahanan polis.

Selepas Kugan mati pihak PDRM termasuk Ketua Polis Selangor menyatakan Kugan mati kerana penyakit asma bukan dipukul walaupun jelas gambar mayat Kugan mempunyai kesan luka dan lebam yang banyak dan teruk. Laporan bedah siasat yang pertama juga menyatakan sebegitu rupa (asma). Namun keluarga Kugan membuat bedah siasat kedua yang mengesahkan Kugan mati kerana dipukul teruk.

Semalam seorang anggota Polis telah dihadapkan ke mahkamah kerana desakan rakyat menuntut keadilan. Sah Kugan dibunuh. (klik sini untuk baca anggota polis didakwa)

Sebenarnya tidak cukup dengan itu dakwa sekali pasukan forensik yang pertama yang terlibat memalsukan bukti kematian Kugan. Ketua Polis Selangor harus letak jawatan kerana cuai dan memberikan imej buruk kepada Polis serta memberikan kenyataan palsu.

Bayangkan jika ini berlaku kepada keluarga yang susah dan dipendalaman sudah tentu semuanya didiamkan......

terdapat 1535 kes kematian tahanan antara 2003-2007. Siasatan berunsur barbaric di kalangan segelintir polis telah menjejaskan imej keseluruhan PDRM. Pada 1 Ogos 1996 di Dewan Rakyat , Senator Yim Chee Chong menyatakan terdapat polis Malaysia yang melakukan rompakan, merogol dan jenayah berat yang lain.
  • Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur di Jalan Duta membicarakan 7 anggota polis yang menyebabkan kecederaan kepada B. Prabakar (28 tahun) dan C.Solomon Raj (18 tahun) di Balai Polis Brickfields pada 2008. Dua remaja ini bekerja sebagai penjaga parkir kereta dan dikatakan terbabit dengan rompakan . Sarjan Mohd Shafiee Abdul Halim, Sarjan Mohd Diah Sulaiman, Sarjan Zulkiplly Taib, Koperal Abdullah Musa, Koperal Zamrin Zaid, L/Kpl Matila @ Saudi Ismail dan L/Kpl Nizam Abdul Wahab daripada Bahagian Siasatan Jenayah didakwa dengan sengaja mencederakan B. Prabakar di pejabat detektif, Balai Polis Brickfields dengan tujuan mendapatkan pengakuan daripadanya melakukan satu kesalahan menakutkan secara jenayah mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan. Kononnya Prabakar dan Solomon dicederakan antara jam 10.15pm 23 Disember 2008 hingga 3.30am 24 Disember 2008. Prabakar telah dibayar US$40 oleh polis terbabit agar tidak mensensasikan kes itu [24].Gambar kecederaan akibat disiram dengan air panas telah dipaparkan di akhbar-akhbar utama di Malaysia. Pada 30 Disember 2008, Prabakar membuat laporan polis bahawa dia telah disimbah dengan air panas selepas ditahan di Desa Sri Hartamas pada 23 Disember 2008. Jika sabit kesalahan, 7 anggota polis boleh dihukum sehingga 7 tahun penjara .[25]
  • Sanjeev Kumar Krishnan (25 tahun) ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri, (ISA) dan dibebaskan pada 9 September 2008. Dia ditahan polis pada 28 Julai 2007 dan dihantar ke Kem Tahanan Kamunting di Taiping, Perak. Semasa dalam tahanan, dia dikatakan telah disiksa oleh pegawai siasatan khas (SB). Selepas itu kepalanya sakit, tangan kirinya sakit-sakit dan kakinya tidak berfungsi dengan baik. Dia dimasukkan ke Hospital Taiping pada 11 April 2008 kerana kecederaan serius. Dia kini terpaksa menggunakan kerusi roda.[26][27] Isterinya Sharimila a/p Uthia Kumar membuat laporan polis di Balai Polis Dang Wangi. Kuala Lumpur.
  • Suruhanjaya Siasatan Diraja mendapati Datuk Seri Anwar Ibrahim ditumbuk oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor dalam lokap Bukit Aman pada 20 September 1998 dalam keadaan mata Anwar ditutup dengan kain. Sebelum itu Anwar dapat mengecam suara Rahim Noor .Mulanya Rahim Noor tidak mengaku dan menuduh Anwar mencederakan diri sendiri. Tetapi kemudian Rahim Noor telah mengaku menumbuk Anwar kerana Anwar memprovokasi dengan perkataan 'Ni bapak anjing' kepadanya . Ketika disoal oleh peguam peguam Teh Poh Teik , Anwar menafikan pernah mengeluarkan kata-kata biadap seumpama itu. Walaupun Anwar Ibrahim seorang Timbalan Perdana Menteri dan sering berurusan dengannya tetapi dia terus diserang . [28]
  • Ulaganathan Muniandy , remaja 19 tahun mati dalam tahanan polis di lokap Balai Polis Kajang pada 21 Julai 2003. Dia ditahan pada 12 Mei 2003. Doktor di Hospital Kajang tidak dapat menentukan punca kematian Ulaganathan. Mahkamah Majistret Kajang iaitu YA Mazuliana Bt. Abdul Rashid sepatutnya mendengar kes itu pada 29 Februari 2008. [29] Ibunya amil Selwee a/p Ramasamy.[30]
Persoalanya sampai bila semua ini akan berterusan......

Surat terbuka kepada MB NS menjelang PRK B.Pinang

Pada 16 September yang lepas cheGuBard dan beberapa orang teman telah membuat hantaran tangan satu surat terbuka kepada Menteri Besar Negeri Sembilan di pejabat rasmi Menteri Besar. Surat telah diterima dan di cop terima pada salinan surat.

Selepas itu satu sidang media telah dibuat menjelaskan mengenai penghantaran surat tersebut. Malangnya keesokan harinya hanya akhbar berbahasa cina menyiarkan berita tersebut. Akhbar berbahasa melayu semua tidak menyiarkan termasuk akhbar harian saiz tabloid yang kononya agak bebas juga tidak menyiarkan.

Menurut seorang wartawan berita surat terbuka itu tidak boleh disiarkan kerana 'amaran' pejabat Menteri Besar......

Berikut diperturunkan semula surat terbuka tersebut. Dalam sidang media tersebut cheGuBard telah tunjukkan kepada wartawan sekeping cek yang mengaitkan seorang exco kerajaan negeri dengan rasuah. Salinan cek tersebut ialah antara bukti rasuah pemimpin kerajaan negeri yang ada pada SPRM. cheGuBard punya beberapa bukti tersebut dan InsyaAllah masa sesusai akan dedahkan.
Badrul Hisham Bin Shaharin,
Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP),
Parti Keadilan Rakyat.


Tarikh : 16 September 2009


YAB Dato' Seri Utama Hj Mohamad Hassan,
Menteri Besar Negeri Sembilan.

YAB Dato' Seri Utama ;

SURAT TERBUKA : PERSOALAN YANG PERLU DIJAWAB MENJELANG PILIHANRAYA KECIL BAGAN PINANG.

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

Seperti yang diketahui PRK Bagan Pinang tidak boleh dielakkan dan akan diadakan tidak lama lagi. Walaupun sejak kebelakangan ini PRK telah dilabelkan dengan oleh regim Bn sebagai membazir namun menjelang PRK Bagan Pinang persepsi yang cuba diberikan oleh pemimpin Bn ternyata berbeza. Merujuk kenyataan Exco Pelancongan Negeri semalam menyebut PRK Bagan Pinang akan menarik pelancong ke negeri ini.(rujuk m/s N3 Sinar Harian, 15.9.09)

Namun bagi Pakatan Rakyat PRK dilihat sebagai manifestasi dan kesempatan implementasi kuasa rakyat. PRK di peringkat DUN seharusnya dijadikan ruang penilaian prestasi pertengahan penggal. Kerajaan Pakatan Pulau Pinang contohnya telah diuji dengan dua penilaian prestasi pertengahan penggal dan dilihat diberi penilaian lulus cemerlang oleh pengundi.

Di N.Sembilan terlalu banyak isu yang selama ini tidak terjawab atau dengan sengaja rakyat diberikan fakta salah atau dilarikan perhatian rakyat ke isu lain untuk mengelak dari memberikan jawapan.

Sehubungan dengan itu tujuan surat terbuka ini ditulis ialah untuk menuntut jawapan spesifik dan lengkap dari kerajaan negeri khususnya pihak Menteri Besar mengenai beberapa persoalan. Ini akan dijadikan perhatian utama pengundi Teluk Kemang untuk dijadikan bahan ukuran penilaian prestasi pertengahan penggal.

Isu pertama

Tuduhan 'kerajaan adik beradik' kedengaran sejak dari awal lantikan Menteri Besar sekarang ini. Tuduhan bukan sahaja dari luar kerajaan negeri namun kuat kedengaran dikalangan pentadbiran kerajaan termasuk dalam Umno itu sendiri. Tuduhan ini bukan sahaja kerana tuduhan campurtangan keluarga Menteri Besar dalam pentadbiran kerajaan negeri sahaja tetapi juga berkaitan dengan agihan projek dan kontrak kerajaan.

Melalui surat ini penjelasan dituntut, Bagaimana 2 syarikat 'Bumi Highway' dan 'Selia Selenggara' yang punya kaitan dengan keluarga Menteri Besar mendapat begitu banyak kontrak dan tender dalam Negeri Sembilan ?

Adakah benar ketika menjadi Setiausaha Umno Negeri, Datuk Azman Hassan (abang Menteri Besar) telah menemui beberapa pegawai kerajaan dengan memberikan beberapa 'arahan' ? Adakah Setiausaha parti politik berhak memberikan arahan kepada pegawai kerajaan ?

Isu kedua

Penswastaan Air Negeri Sembilan tetap berlaku walaupun mendapat perbagai tentangan. Malang lagi penswastaan ini berlaku ketika dasar penswastaan negara telah jelas menunjukkan kegagalan khususnya dalam menjamin kepentingan rakyat. Penswastaan ini jelas bertentangan dengan kenyataan Menteri Besar selaku Pengerusi Bn ketika pilihanraya 2008 mengenai penswastaan air negeri.

Alasan penswastaan untuk meningkatkan mutu perkhidmatan amat meragukan kerana bulan pertama penswastaan sudah timbul persoalan pengiraan bil air yang merugikan pengguna. Ini kerana pihak pemegang konsesi gagal membaca meter dalam masa 30 hari.

Di ketahui penswastaan (menyerahkan tanggungjawab kerajaan kepada agensi swasta) akhirnya akan merugikan pengguna. Bn amat porpular dengan perjanjian konsesi yang berat sebelah (amat menguntungkan syarikat). Perjanjian dengan pemegang konsesi lebuhraya contoh terbaik di mana kini kerajaan terpaksa membazirkan wang rakyat setiap kali jika kenaikan perlu dielakan kononya kerana perjanjian, jika tidak kenaikan akan ditimpa terus atas kepala rakyat. Pendek kata perjanjian menjanjikan kenaikan harga dan keuntungan dijanjikan kepada syarikat. Jika tidak dibenar naik kerajaan terpaksa bayar terus (juga wang rakyat). Ketika rakyat ingin melihat apa perjanjian tersebut, kerajaan dan pemegang konsesi mengelak dengan mengatakan ia sulit.

Di Selangor contohnya Kerajaan Negeri semasa di bawah Bn telah menganugerahkan pembekalan air Selangor kepada sebuah syarikat yang dimiliki oleh bekas Bendahari Umno Bahagian dan dijanjikan siri kenaikan tarif untuk menjamin keuntungan berganda syarikat. Syarikat membuat keuntungan amat besar tiap tahun. Namun ketika Kerajaan diambil alih oleh Pakatan Rakyat, polisi air percuma ditolak oleh syarikat. Namun kerajaan negeri terpaksa membayar jutaan ringgit kepada syarikat air negeri hanya kerana perjanjian berat sebelah yang ditandatangani oleh Menteri Besar Bn yang lalu.

Melalui surat ini dituntut perlu didedahkan perjanjian penswastaan / konsesi air negeri ini.Apakah jadual kenaikan kadar tarif air yang dijanjikan kepada syarikat ? Siapa yang kini memegang kepentingan di sebalik konsesi air ini ? Adakah ia berkaitan rapat dengan parti pemerintah ?

Isu ketiga (isu ini juga harus dijawab oleh Pengarah SPRM Negeri Sembilan)

Surat ini juga menuntut penjelasan mengenai isu campur tangan Menteri Besar (atau cuba mempengaruhi) dalam isu siasatan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dalam pentadbiran dan pimpinan kerajaan negeri.

Bukan sedikit laporan rasuah yang ditujukan kepada pentadbiran, pemimpin termasuk kepada Menteri Besar sendiri. Laporan dibuat bukan sekadar oleh kalangan orang biasa namun melibatkan tokoh Umno itu sendiri.

Namun terdapat tuduhan Menteri Besar telah 'memohon' kepada SPRM agar tindakan tidak perlu dilanjutkan kerana jika dilanjutkan nescaya kerajaan negeri ini yang hanya mempunyai majoriti tipis di Dewan Undangan Negeri bakal tumbang.

Melalui surat ini juga Pengarah SPRM dituntut menjawab 'adakah tidak salah' beliau memohon bantuan kewangan dan menerima cek dari Menteri Besar Negeri Sembilan. Perkara ini pernah didedahkan namun Pengarah SPRM membisu. Menurut maklumat SPRM (Pusat) mengakui kegiatan Pengarah SPRM Negeri Sembilan meminta dan menerima 'bantuan' kewangan dari Menteri Besar adalah salah tetapi hanya diberi 'amaran keras'. Menteri Besar Negeri Sembilan hanya mengulas isu ini dengan penafian dangkal namun Pengarah SPRM Negeri Sembilan hanya membisu dalam isu ini.

Tuduhan diatas dilihat serius kerana ia berkait rapat dengan 'kegagalan SPRM menjalankan siasatan terhadap pemuka Umno yang jelas terlibat dalam kegiatan 'rasuah'.

Dalam kes seorang ADUN Negeri Sembilan, jelas pengadu telah memberikan contoh cek sogokan untuk politik wang dari ADUN tersebut bagi mempengaruhi undi dalam pemilihan Umno, namun fail siasatan 'disenyapkan' kerana kalau diteruskan ia bakal menipiskan lagi majoriti yang tipis di dewan. Jika SPRM menjalan tanggungjawab secara bermanah dan beretika Kerajaan Negeri Sembilan dibawah Bn sudah pasti akan tumbang.

Isu keempat

Ketika Pilihanraya Bn telah menaburkan perbagai janji. Banyak antara janji tersebut telah dibohongi, antaranya Pengarah Pilihanraya Bn Pusat telah berjanji bahawa minyak 'pasti' tidak naik tahun ini (2008) namun selepas Bn menang pilihanraya minyak dinaikkan dalam tahun yang sama. Begitu juga di peringkat tempatan sehingga kini terlalu banyak janji pilihanraya tidak tertunai. Melalui surat ini juga selaku Ketua KEADILAN Cabang Rembau ingin menuntut janji pilihanraya Bn dikawasan Rembau. Kini sudah 18 bulan dari tarikh rakyat mengundi Bn di Rembau kerana janji pilihanraya, dari ratusan janji pilihanraya cukup disenaraikan empat janji yang sehingga kini masih belum nampak seperti mahu ditunaikan.

* Janji Hospital Daerah Rembau
o berpuluh tahun dibawah Bn daerah Rembau terpinggir, bukan hospital yang sempurna tetapi langsung tidak punya hospital daerah. Orang Rembau terpaksa ke Tampin atau Seremban untuk mendapat rawatan 'sempurna'. Setelah lama tersiksa akhirnya rakyat dijanjikan Hospital Daerah Rembau ketika pilihanraya. Namun seperti tertipu sehingga kini langsung tidak nampak bayang Hospital Rembau.

* Masjid Pedas
o bukan sedikit kerja pecah tanah ketika pilihanraya antaranya pecah tanah Masjid Pedas.Namun sehingga kini tanah yang diratakan untuk majlis pecah tanah dan kempen pilihanraya Bn itu tinggal kosong dan dipenuhi semak samun.

* Pusat Tuisyen Emas
o kononya calon Bn amat prihatin isu pelajaran penduduk setempat dengan menjanjikan pusat tuisyen percuma. Namun sehingga kini kerja semudah membuka pusat tusiyen yang dijanjikan ini juga gagal dilaksanakan.
* Lapangan Terbang 'ringan'
o orang Rembau bukan setakat dijanjikan hospital, masjid tetapi turut dijanjikan Lapangan Terbang. Begitulah usaha Bn untuk menang pilihanraya dengan menabur janji. Menjadi bahan jenaka jika difikirkan dengan waras namun sehingga kini orang Rembau menantikan lapangan terbang yang dijanjikan buat mereka.

Isu Kelima

Sudahlah syarikat – syarikat dibawah kerajaan negeri tidak menunjukkan prestasi yang baik malah laporan mengenai kadar indeks kepuasan pelanggan terhadap sektor awam di negeri ini juga perlu diberi perhatian. Perbelanjaan mengurus yang tinggi dalam buget agensi kerajaan juga perlu diperhatikan. Peningkatan kadar atau nilai cukai terhadap rakyat terus meningkat. Ini semua menggambarkan prestasi lemah kerajaan negeri.

Dalam keadaan tersebut, kerajaan negeri jelas tidak prihatin tetapi sebaliknya terus mengeluarkan perbelanjaan untuk perkara tidak perlu. Contohnya dalam keadaan banyak pihak berkuasa tempatan (PBT) menyeksa orang ramai dengan menaikkan kadar cukai kebelakangan ini. Namun dilihat berlaku perbelanjaan tidak berhemah. Berapakah perbelanjaan PBT seluruh negeri ini yang membazirkan wang rakyat hanya untuk menggantungkan gambar Menteri Besar di tiang – tiang dan papan iklan gergasi untuk ucapan raya. Ini adalah pembaziran wang cukai rakyat untuk populariti peribadi pemimpin politik. Persoalan ini penting khususnya dibawah pentadbiran yang pernah terpalit dengan 'penyalah gunaan' peruntukan wang rakyat miskin untuk kegiatan lain berdasarkan laporan Audit negara yang dibentangkan di parlimen beberapa tahun lalu.

Menteri Besar bolah sahaja mengelak dari memberikan jawapan kepada surat ini atau dengan menyerang kembali kewujudan surat ini dengan mengatakan ia fitnah, namun yakinlah maklumat dan respon serta jawapan mengenai persoalan di atas amat penting untuk diketahui oleh pengundi di DUN Bagan Pinang sebelum membuat keputusan dalam PRK nanti. Lebih penting jika persoalan semudah yang dinyatakan gagal diperjelaskan mana mungkin pengundi Bagan Pinang mampu mempercayai pemimpin Bn yang datang dengan perbagai janji anak angkat atau anak emas nanti.


Sekian dan terima kasih.

BADRUL HISHAM BIN SHAHARIN (che'GuBard)

eMail : cheGuBard@gmail.com
blog : http://chegubard.blogspot.com