Monday, July 07, 2008









Program semalam berjalan lancar. Program bermula kira kira jam 10 pagi dengan kehadiran kira kira 10,000 orang. Ucapan pemimpin dengan diselang seli persembahan sepanjang hari. Pada malamnya kira kira 35,000 orang berhimpun mendengar ucapan pimpinan yang diakhiri dengan ucapan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Walaupun dengan perbagai ugutan termasuk menggunakan tentera. Malah saat akhir semalam bertaburan sms, email dan fax nakal yang menyatakan perhimpunan tersebut batal, namun sepanjang hari kira - kira 100,000 ribu lebih orang telah bersama dalam perhimpunan tersebut. Orang yang hadir pagi hanya mampu bertahan hingga tengahari, kerana yang datang jauh dengan menyewa bas terpaksa pulang petang. Peserta sentiasa silih berganti.

Anwar tidak perlu bersumpah - Mufti Perak

KUALA LUMPUR, 6 Julai (Hrkh) - Ulama terkemuka di Malaysia seperti Mufti Perak, Dato' Seri Harussani Zakaria, bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Dato' Hashim Yahaya dan beberapa yang lain menegaskan, Dato' Seri Anwar Ibrahim tidak perlu bersumpah. -->
Dato' Seri Harussani membuat penegasan itu berkata, Anwar yang dihadapkan pertuduhan melakukan liwat, tidak perlu bersumpah atau bermubahalah kerana ianya tidak menepati undang-undang Islam.
Ini kerana katanya, tuduhan yang dikenakan ke atas beliau oleh bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan adalah dakwaan jenayah yang termasuk dalam hukum kazaf.
"Kaedahnya dalam kes ini, ialah 'orang yang menuduh mestilah mengemukakan bukti' dalam mahkamah, jika dia gagal mengemukakan bukti, dia boleh dikenakan hukuman hudud," katanya ketika dihubungi sebentar tadi.
Mengulas mengenai cadangan beberapa pihak termasuk Mufti Perlis yang menggesa Ketua Umum KeADILan itu bersumpah untuk membuktikan beliau benar atau pun tidak, Harussani secara sinis mengatakan, "itu cadangan dari orang yang terlebih pandai."
Katanya, masalahnya dalam kes membabitkan Anwar adalah perkara yang menjatuhkan maruah dan tidak timbul soal perlunya orang yang mendakwa atau tertuduh untuk bersumpah.
Mufti Perak itu turut memberi peringatan kepada umat Islam, khususnya orang-orang Melayu supaya tidak terikut-ikut dengan budaya agama lain yang bersumpah dengan kitab dan sebagainya.
"Tiada kaedah langsung kena sumpah dengan al-Quran, itu meniru budaya agama lain, sumpah yang ada dalam Islam cuma 'Wallahi, Wabillahi, Watallahi'," tegasnya.
Menyuarakan pandangan yang sama, bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Dato' Hashim Yahaya berkata, kes yang dituduh kes atas Anwar adalah yang membabitkan hukum kazaf, bukannya li'an.
"Sumpah hanya diterima dalam kes suami isteri atau li'an. Menyuruh tertuduh bersumpah dalam kes membabitkan kazaf menyalahi hukum syarak," tegasnya ketika dihubungi.
Menurut beliau, masyarakat Islam tidak harus dikelirukan dengan gesaan bersumpah, kerana sumpah bukannya sesuai dalam semua perkara.
"Isunya tidak ada sumpah dalam bab kazaf, orang yang menuduh (Saiful) mesti membawa saksi sebagaimana yang disyaratkan dalam kanun jenayah syariah, jika dia gagal, dia boleh dikenakan hukuman 80 sebatan," tegas beliau

Sunday, July 06, 2008

Bala di paksa ?


Bala seorang penyiasat pesendirian yang di upah oleh Abdul Razak Baginda untuk 'menyelesaikan' kes Altantuya membuat pendedahan menyatakan :

  • Najib terlibat dalam pembunuhan Altantuya
  • Najib bukan sahaja pernah berjumpa Altantuya tetapi turut ada hubungan sulit
  • Altantunya telah bernikah dengan Razak di Korea Selatan

  • Altantuya datang bukan mengugut mengenai hubungan sulit tetapi mengenai tidak puas hati dengan 'deal' komisyen pembelian senjata

  • Kenyataannya mengenai hubungan Najib dengan kes Altantunya telah di padamkan oleh polis dalam rakaman percakapanya.

Namun selepas petang Bala membuat pendedahan kenyataan bersumpahnya mengenai kes tersebut di hadapan sidang media bersama Anwar Ibrahim. Beliau di dapati hilang. Pagi keesokanya dia muncul dengan peguam yang baru dan menyatakan bahawa beliau menarik semua kenyataanya mengenai Najib (sahaja) dalam akauan bersumpah yang awal dengan membuat akuan bersumpah baru. Bala menyatakan beliau dipaksa membuat akuan bersumpah pertama.... persoalanya siapa yang memaksa beliau untuk akuan bersumpah yang pertama ?

di bawah ini diperturunkan dua gambar untuk saudara nilai. Gambar dua situasi satu ketika mengumumkan akuan bersumpah yang pertama dan ketika membuat kenyataan di sebuah hotel secara tiba - tiba dalam akuan bersumpah yang kedua. Mana satu menunjukkan beliau terpaksa ?



Lebih malang lagi sehari selepas itu keluarga Bala telah membuat laporan polis mengenai kehilangan tanpa dapat dikesan,Bala, isteri dan anaknya.

Saturday, July 05, 2008

PROTES Sejuta Rakyat tetap diteruskan !!!

PROTES sejuta Rakyat tetap diteruskan, cuma lokasi penganjuran diubah sedikit di Stadium MBPJ, Kelana Jaya. Tarikh 6 Jun 2008 (Ahad) dan masa dari 10 pagi - 12 tgh malam tidak diubah. Pimpinan utama PAKATAN dan institusi masyarakat sudah menyatakan kesediaan hadir. Pesonaliti dan artis tempatan juga ramai yang menyatakan kesudian untuk hadir sama menyatakan sokongan malah ada yang akan membuat persembahan.
Ada banyak sms, email palsu sedang berputar memberikan makluman salah seperti himpunan batal atau ditukar tempat ke tempat lain pula. Semua di harap terus rujuk ke blog rasmi iaitu http://protes2008.blogspot.com untuk sebarang perkembangan terkini.
Dari semalam juga telah dapat banyak sms yang menyatakan keadaan KL tegang, malah kononya di PJ sudah ramai tentera. Semua itu palsu itu hanya nak takutkan orang ramai yang nak bersama. Malah penganjur bekerjasama baik dengan pasukan keselamatan. Malah perubahan lokasi juga adalah nasihat pihak keselamatan.
Datang ramai - ramai berpakaian merah , ia merupakan satu pesta kuasa rakyat menyatakan bantahan terhadap kezaliman kerajaan. Datang ramai - ramai bersama keluarga dan teman dalam Pesta seharian ini.
Dari hentian LRT Kelana Jaya boleh gunakan BAS Rapid jarak antara 5-10 min.
Yang dari luar KL/PJ dinasihatkan masuk awal ke kawasan PJ. Jumpa di sana. Jangan lupa bawa kamera, video untuk merakam peristiwa sejarah Malaysia ini.

Bersumpah ?

Menyambung tulisan sebelum ini. Dalam temuramah saya dengan Tabloid Wasilah semalam juga saya menyentuh mengenai "Kenapa Anwar Ibrahim tidak bersumpah?"
Ramai yg tanya saya berkenaan sumpah saperti yg dicadang oleh SS Mufti Perlis. Buat makluman, semasa berucap di Stadium Malawati DSAI telah pun bersumpah menafikan tuduhan tsb. Malahan pada 19 Sept 1998 pun DSAI bersumpah juga di Batu Pahat semasa dituduh oleh Azizan.

Sebenarnya saya secara peribadi tidak bersetuju dengan sumpah bersumpah ni. Ini adalah amalan yang tidak sabit dari syariat Islam ataupun sunnah Nabi. Saya agak terkejut SS Mufti Perlis, yang juga sahabat saya mengemukakan cadangan tersebut. Tidak ada mana-mana hadis yang menunjukkan bersumpah ini amalan Nabi. Sebenarnya bersumpah dengan junjong kitab ini adalah amalan bukan Islam. Contohnya orang Kristian.

Di dalam amalan Islam, sumpah ini adalah dalam bentuk bayyinah. Iaitu apabila seseorang dikenakan pertuduhan dalam Mahkamah Syariah dengan sesuatu tuduhan (saperti suami menuduh isteri berzina) maka menurut syariat iaitu usul fiqh bahawa beban bukti ke atas yang mendakwa..manakala bersumpah untuk yang kena tuduh. Ini adalah sebahagian daripada sistem keterangan dalam syariat Islam.

Contohnya apabila seorang isteri dituduh berzina oleh suaminya dan dia tiada saksi untuk membela diri..maka dia boleh bersumpah isti'azah menafikannya; yg jika dia bersumpah maka Mahkamah akan meminta suaminya turut bersumpah. Sekiranya suaminya bersumpah menegakkan dakwaannya, maka Mahkamah akan neutralise kes. Si isteri akam dibebaskan dari tuduhan zina dan suami akan dibebaskan dari tuduhan qazaf (menuduh tanpa saksi). Tetapi kalau suami enggan bersumpah, maka isteri itu akan dibebaskan tetapi suami mungkin dikenakan tuduhan qazaf.

Tapi yang pentingnya sumpah isti'azah ini hanya boleh dibuat dalam Mahkamah didhadapan seorang Hakim yang melaksanakan undang-undang Islam. Persoalannya adakah kita mengamalkan sistem syariat Islam tersebut. Jelas jawapannya tidak. Maka prasyarat untuk bersumpah itu tidak ujud dalam negara Darul Hadhari kita ni. Janganlah kita terikut-ikut cara bukan Islam ini. Malahan saya berpendapat kalau benar mahukan Anwar bersumpah..kenakanlah pertuduhan terhadap beliau di Mahkamah Syariah yang benar-benar menjalankan hukum-hakam Islam.
Persoalan che'GuBard ialah lepas sumpah apa akan jadi lepas tu...? Selepas bersumpah dalam masjid atau junjung quran maka esok Utusan Meloya akan keluar besar Anwar perguna agama cuci tuduhan?
Sumpah hanya boleh diucap depan hakim yang menjalankan hukum Islam. Wahai Ketua Putera, yang tinggi moral dan perkerti bukan sumpah junjung Al Quran tetapi Anwar perlu diadili menggunakan hukum Al Quran. Jika Anwar sudah bersumpah depan Hakim yang diberi kebebasan melaksanakan hukum Islam dan jelas penuduh tidak boleh membuktikan tuduhan fitnahnya maka hukuman hudud harus dijatuhkan ke atas pembawa pertuduhan itu.
Wallahua'lam. Saya bukanlah insan sesempurna Azzez, Ketua Putera Umno yang tinggi moral baik budi pekerti untuk memberikan komen dalam isu agama ini tetapi sekadar berkongsi pengetahuan yang cetek.

Konspirasi 2

Semalam saya di temuramah khas oleh wartawan tabloid Wasilah. Isunya ialah mengenai kesediaan 'kita' untuk berdepan dengan segala kemungkinan termasuk penggunaan aparat kerajaan seperti 1998.
Bagi che'GuBard 'skrip' kali ini sama seperti skrip fitnah 1998. Maka sudah tentu kemungkinan 'ending' seperti 1998 juga tidak boleh di elakkan. Malah bagi 'kami' adlah amat perlu untuk mempersiapkan minda dengan kemungkinan lebih teruk dari 1998.
Hujah ini berasaskan perebutan kuasa yang berlaku. 1998, apa yang berlaku ialah Anwar Ibrahim difitnah ketika hampir di puncak kuasa oleh sekumpulan konspirator yang takut 'keselamatan' mereka terancam jika Anwar dibenar menjadi PM. Maka konspirasi dirancang tetapi konspirasi bukan ambil alih kuasa tetapi hanya menyingkirkan Anwar dan mendokong kuasa yang sedia ada iaitu Dr. Mahathir Mohamad.
Berbeza dengan plot kali ini. Konspirasi ke 2 ini berlaku ketika Anwar sudah menghampiri gerbang kekuasaan cuma kali ini dengan kuasa dokongan rakyat. Jika tidak berlaku kekecohan Sabtu lepas seawal minggu depan kerajaan akan bertukar atau selewatnya pertengahan September.
Suka atau tidak suka kenyataan Pak Lah memang sudah menjadi PM. Dia pasti turun cuma cepat atau lambat sahaja persoalanya. Malah melihat beberapa perkembangan sememangnya dia akan turun dalam masa terdekat. Kenyataan beliau yang mengatakan beliau tidak tahu apa - apa mengenai wujudnya konspirasi sememangnya boleh dipercayaai, kerana memang sudah di ketahui umum apa yang Pak Lah tahu pun. Maka Pak Lah bukan faktor dalam persaingan politik Malaysia.
Dua nama dikaitkan mampu menggantikan Pak Lah, Anwar dan Najib. Dalam persaingan ini Anwar di lihat ke depan jauh. Najib walaupun memegang kuasa tetapi dia tidak berani bersaing. Sejarah membuktikan bagaimana dia tidak pernah berlawan dalam Umno. Malah satu ketika dia berada bersama Team B tetapi dia berpatah balik bersama Dr.Mahathir setelah takut dengan persaingan yang amat kuat selain dari kesudian Anwar mengosongkan kerusi Ketua Pemuda Umno untuk beliau duduk tanpa persaingan.
Namun plot kali ini berbeza, ia persaingan mati - mati. Jika Najib berjaya dapat menjadi PM dalam masa terdekat Anwar akan mati karier politik (dalam usaha menjadi PM). Najib sudah pasti melakukan pembersihan politik dengan rakus untuk memadam terus politik Anwar, tetapi jika Anwar berjaya menduduki kerusi PM sebelum Najib, bukan sahaja karier politik Najib akan habis malah Najib dan keluarga dalam bahaya kerana turut terkait dengan beberapa jenayah berat yang dilakukan. Malah Najib bernasib baik kerana tidak kesorangan dalam isu ini keraja semua yang kelihatan bakal terancam dengan sosok Anwar termasuk keluarga Dr. Mahathir sudah pasti bersatu teguh denganya.
Ketika melihat Anwar begitu laju di depan menghampiri pucak kuasa, Najib perlu mencari alasan untuk memperlahankanya. Sememannya kelihatan agak tergesa - gesa dan tanpa 'drumming up' yang teratur fitnah liwat di letupkan. Ini mengejutkan semua dan rakyat cepat menolaknya. Namun kita jangan terkejut kerana kali ini sudah tentu plot rekaan cerita akan jadi lebih baik dan sempurna. Team yang sama terlibat....polis yang sama , peguam negara yang sama sudah tentu akan lebih berhati - hati dalam mereka plot ...sudah tentu kondo yang tidak siap tak akan berulang.
Oleh kerana persaingan kali ini bukan mempertahankan kuasa tetapi perlumbaan ke arah puncak kuasa makanya permainannya pasti akan lebih kasar.
Dua hari lepas tentera dan polis sudah menjalankan 'Joint Exercise' di tengah Ibukota. Ini perkara yang tidak pernah berlaku. Musa Hassan yang mengawal Polis dan Najib yang mengawal tentera adalah dua individu yang sudah tentu terancam jika benarkan Anwar berkuasa.
Mereka pasti cuba mencipta sesuatu yang lebih hebat lagi sesudah yakin berjaya memperlahankan gerakan Anwar dengan bom fitnah liwat. Sesuatu perlu diletupkan untuk meyakinkan rakyat bahawa suasana tidak tenteram. Anwar dan beberapa lain yang mampu mengganggu misi Najib harus ditahan atas alasan keselamatan dan diasingkan dari masyarakat. Benar untuk keselamatan tetapi untuk keselamatan memastikan misi Najib berjaya diselesaikan.
Apa misinya ? Misinya ialah mengambil alih jawatan PM sesegera mungkin. Orang Umno yang sudah sedia maklum bahawa Presiden Parti lemah akan diyakinkan betapa perlunya Presiden ditukar kerana jika Presiden tidak ditukar sudah pasti Umno akan terus melemah dan akan jadi sejarah. Maka selepas Anwar dan teman diasingkan dari masyarakat. Atas alasan keselamatan pula tentera dan polis berkawal di tempat strategik (kemungkinan perintah berkurung) dan 'coup' dalam Umno akan diadakan.
Ini mengingatkan saya dengan pengkisahan sejarah kisah rampasan kuasa yang dilakukan Tun Razak terhadap Tunku Abd. Rahman.
Ini semua tidak mudah berlaku jika kuasa rakyat kuat ! Ayuh berhimpun sejuta rakyat secara aman di Stadium MBPJ Kelana Jaya, 6 Jun ini. (sambungan) Konspirasi 2 bahagian dua malam nanti menyentuh mengenai cabaran sumpah oleh alFadhil Ustaz Abdul Azzez , Ketua Putera Umno

Friday, July 04, 2008

PROTES pindah lokasi di Stadium Kelana Jaya

Pakatan Rakyat berpandangan rakyat perlu diberikan ruang untuk mengeluarkan pendapat dan berkumpul bagi melahirkan rasa tidak puas hati terhadap keputusan kerajaan menaikkan harga minyak dengan begitu drastik tanpa alasan kukuh.

Melihat kepada perkembangan suasana politik semasa Pakatan Rakyat menasihatkan agar Perhimpunan Rakyat yang dijadualkan pada Ahad 6 Julai ini dibuat di Stadium Kelana Jaya. Kami dimaklumkan pihak Protes juga bersetuju dengan cadangan kami ini.

Kami menyeru rakyat yang mendokong perjuangan menegakkan kerajaan yang lebih adil dan telus agar menyertai perhimpunan aman pada hari Ahad ini. Rakyat juga dinasihatkan agar tidak terpengaruh dengan provokasi pihak luar.



Dato' Seri Anwar bin Ibrahim
Ketua Umum PKR


YAB Lim Guan Eng
Setiausaha Agung DAP


YB Dato' Kamarudin Jaffar
Setiusaha Agung PAS


Datuk Salehudin Hashim
Setiausaha Agung PKR

amaran! jangan mengambil langkah drastik ,DARURAT

Dua hari lepas ketika minum di sebuah Restoran di Kuala Lumpur tiba - tiba bertemu teman lama. Tidak lama masa yang ada tetapi kami berbual penuh untuk bertukar pandangan dalam isu semasa. Sebelum berpisah tanyanya Adakah boleh dia siarkan sedikit dari perbualan sebagai temubual ? Dan semalam aku terbaca dalam Umno Reform artikel mengenai komen tempoh hari.
(petikan dari laman Umno Reform) Badrul Hisham – Majlis Kepimpinan Tertinggi Keadilan dalam temu bual yang singkat tanpa di rancang memberi pesan kepada kerajaan bahawa jangan sesekali mengambil langkah drastik seperti darurat sekiranya wadah politik mereka sudah mula di tolak rakyat.

Dalam keadaan UMNO diserang hebat – terdesak sehingga terpaksa melakukan orkestra semula insiden fitnah 1998 dan dalam siri pendedahan isu Altantuya yang melibatkan TPM Najib dan polis, kegusaran tidak akan dapat diselesaikan dengan melaksanakan keadaan darurat untuk membolot semula secara paksa pemerintahan negara ini.

Hari ini apa yang kita nampak adalah kegusaran UMNO yang semakin lama semakin tersisih dan semakin lama semakin tidak di percayai oleh rakyat. Dan dalam keadaan sebegini UMNO sanggup mengambil langkah yang drastik seperti mana yang pernah diambil mereka dalam keadaan mereka menghadapi krisis keyakinan dalam kepimpinan mereka.

Ahli Majlis Kepimpinan Keadilan itu berkata – usaha memburukkan Anwar Ibrahim diambil dalam keadaan Pakatan Rakyat semakin di terima untuk mentadbir negara ini.

Ditanya mengenai isu liwat kedua, Badrul mengatakan bahawa, jelas siapa yang takut dengan Anwar dan mempunyai kuasa akan mahu memburukkan Anwar agar dosa mereka tertutup. Namun dalam Pakatan Rakyat – kita berdiri teguh bersama-sama Anwar dalam perjuangan reformasi kali kedua. Moga kita peroleh keadilan dari kerajaan yang selama ini korup dan mula mementingkan diri sendiri.

Badrul dalam pesanannya juga berkata, jangan sesekali menggunakan akta zalim ISA dan jangan pula menggunakan pengisytiharan darurat sebagai alasan untuk mengembalikan kuasa mereka yang semakin terhakis.

Thursday, July 03, 2008

Perhimpunan PROTES Aman Rakyat diteruskan


Perhimpunan PROTES aman rakyat berkenaan kenaikan harga minyak tetap akan dijalankan pada 6 Julai ini. Perhimpunan akan bermula jam 9.00 pagi sehingga 11.00 malam ini akan diadakan di Padang Timur, Petaling Jaya (berdepan dengan Amcorp Mall).

Penganjur sudah memastikan persiapan semua persiapan teknikal lancar. Ia adalah Pesta Merah (warna rasmi PROTES) yang meriah dan tenteram. Selain dari ucapan pemimpin turut diadakan ialah persembahan nyanyian, bacaan sajak dan perbagai persembahan kebudayaan. Ia PROTES budaya baru di Malaysia tetapi ia biasa di seluruh dunia.

Namun penganjur tidak menolak kemungkinan ada pertukaran saat akhir tetapi semua diharapkan jangan keliru. Semua harus bertolak guna kenderaan awam jika boleh terus ke Padang Timur dahulu. Jika ada perubahan 'trafic shift' akan dilakukan sebaik mungkin dan penganjur sudah menyediakan petugas yang cukup untuk itu.

Terdapat kenyataan bahawa beberapa isu yang muncul mutakahir ini mungkin menenggelamkan dan mengurangkan tumpuan rakyat terhadap perhimpunan yang akan berlaku. kenyataan ini harus di tolak kerana jawatankuasa penganjur tidak teralih tumpuan malah beberapa isu yang muncul sehari dua ini sebenarnya menguatkan lagi mood rakyat dan alasan rakyat untuk turun bersama.

Pimpinan tertinggi termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah mengesahkan untuk turut hadir bersama dalam perhimpunan aman ini.

Ayuh semua sms, edar risalah, tampal poster ajak semua hadir bersama 6 Julai, Petaling Jaya. Hadir dengan bendera Malaysia, kain rentang yang menyuarakan masej rakyat. kepada pihak keselamatan diharap jangan gusar kerana kita pernah membuktikan ketika Perhimpunan BERSIH yang lalu jika pasukan keselamatn dan rakyat bekerjasama semuanya aman dan rakyat sudah matang.

Pemimpin Umno di bawah tolak fitnah.

Fitnah melalui Konspirasi ke 2 yang sekali lagi mengaitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan tuduhan meliwat telak ditolak bukan sahaja oleh orang biasa tetapi turut ditolak dikalangan Umno juga.
S.Muliadi Bin Sabtu, 32 tahun merupakan Naib ketua Pemuda Umno Cawangan telah dengan rela bertemu dengan penyelaras keADILan Rembau untuk membuat sidang media bersama menolak fitnah kali ini. Beliau yang telah memasuki Umno ketika menetap di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di bawah ketua bahagian Datuk Zul Hasnan Rafik dan kemudian pada tahun 2003 bertukar ke bahagian Rembau. No ahli 02684317
Beliau tegas menyatakan kekecewaan jika benar ini dirancang melalui konspirasi ke 2 jelas Umno tidak belajar dari sejarah 1998. Kerana konspirasi 1998lah parti kesayangan umat melayu hampir hancur. Jelas peristiwa 1998 ialah konspirasi, kepercayaan ini diperteguhkan lagi dengan penghakiman bertulis Kes Khalid Jafri, penulis buku 50 dalil yang di mana hakim telah menegaskan bahawa kewujudan buku itu mengesahkan kewujudan konspirasi jahat.
"Ketika itu, ahli Umno khususnya pemuda bersungguh - sungguh mempertahankan parti dari diserang. Kita pertahan parti kerana kita percaya pada masa itu tanpa Umno melayu akan terancam" katanya.
"Kerana peristiwa 1998 jugalah rakyat hilang keyakinan terhadap institusi kerajaan seperti kehamiman dan kehakiman".
Tegasnya lagi "Dan kini sekali lagi episod sama diulang tayang. Saya gusar ramai ahli Umno akan bosan dengan perkembangan ini dan mula letih untuk mempertahankan parti lagi. Jika benar Anwar hampir berjaya ambil alih kerajaan 'guna pintu belakang' yang mana saya juga tidak bersetuju, kita (Umno) seharusnya mempertingkatkan pembelaan terhadap rakyat untuk menyakinkan fakta bahawa kita bersama membela rakyat bukan dengan melakukan fitnah konspirasi seperti ini".
"saya hari ini bertemu dengan keADILan bersama beberapa teman ahli Umno (kepimpinan beberapa cawangan di bawah Umno Rembau) untuk mendapat penjelasan kedudukan sebenar. Ingin saya tegaskan sehingga kini saya masih ahli Umno yang setia. Apa yang saya tegaskan kerana saya sayangkan Umno dan ingin melihat Umno terus bermaruah" katanya menutup pertemuan.

Tuesday, July 01, 2008

Datuk Seri Anwar Ibrahim's schedule for today (July 1)

1) Lodge police report against the police chief Musa Hassan and attorney-general Abdul Gani Patail over their alleged misconduct during Anwar Ibrahim's trials in 1998-1999
Time: 2pm
Vanue: IPK Shah Alam, Selangor

2) Press Conference with Party Leaders
Time: 3:30pm
Venue: Party headquarters in Merchant Square, Tropicana

3) Public Rally with DSAI
Time: 8:30pm
Venue: Stadium Melawati, Shah Alam

Sunday, June 29, 2008

Pusingan akhir !!!

Fitnah menggunakan skrip sama 1998 berlaku lagi. Semua penyokong harus bertenang dan sila gunakan maklumat dari sumber sahih.




— KENYATAAN MEDIA UNTUK EDARAN SEGERA —
29hb Jun 2008, SHAH ALAM, MALAYSIA

Laporan polis yang dibuat terhadap saya awal hari ini adalah satu rekaan semata-mata. Saya percaya kita sedang menyaksikan ulangan pendekatan sama yang digunakan terhadap saya seperti pada tahun 1998 apabila tuduhan palsu dibuat dengan paksaan. Nyatalah ini satu tindakan terdesak oleh regim Barisan Nasional untuk menghalang usaha rakyat Malaysia menuju kebebasan, demokrasi dan keadilan.

Laporan palsu ini dirancang oleh pihak-pihak berkepentingan untuk menyerang saya sebagai satu serangan balas terhadap bukti yang saya perolehi mengaitkan Ketua Polis Negara Musa Hasan dan Peguam Negara Gani Patail dengan perbuatan salah laku, termasuk usaha pemalsuan bukti-bukti kes yang melibatkan saya pada tahun 1998-99. Serangan jahat ini tidak akan menghalang saya dari mendedahkan bukti-bukti tersebut kepada awam.

Saya menyeru rakyat Malaysia untuk bangun menentang kuasa-kuasa menindas yang akan digunakan oleh kerajaan pada hari dan minggu-minggu berikutnya. Kita menjangkakan pihak media, badan kehakiman dan pihak polis akan tunduk di bawah telunjuk serta arahan pemerintah.

Rakan-rakanku rakyat Malaysia - kita telah mengambil langkah berani pada 8hb Mac 2008 untuk mara demi harapan baru untuk kebebasan dan keadilan untuk semua rakyat. Gerakan rakyat untuk perubahan mesti terus maju dengan segala kekuatan dan keberanian.

ANWAR IBRAHIM
juga boleh baca komen mso sila klik

Thursday, June 26, 2008

Menjelang 6 Julai 2008... Apa yang anda harus lakukan...

Kenaikan minyak kali ini benar - benar mendera rakyat. Rakyat amat memahami dengan kenaikan harga bahan api global tetapi apa yang rakyat kecewa ialah rakyat terus tertipu. Minyak naik kerana pembaziran, pemborosan dan amalan korupsi yang tidak terbendung lagi. Tidak perlu berhujah panjang dalam hal ini sebab telah banyak hujah yang terutara.... rakyat marhaen mengeluh di bawah... sekarang cabaran buat semua rakyat ... BERHENTI MENGELUH AYUH RAKYAT BANGKIT DAN TUNJUK KEKUATAN !!!!!

Bersama jayakan Perhimpunan PROTES Aman sejuta Rakyat Malaysia, 6 Julai 2008, di Padang Timur (depan AmcorpMall), Petaling Jaya.

Apa yang kita boleh lakukan...
  • Cetak risalah di bawah ini sebanyak mungkin dan sebarkan ! cetak dalam bentuk handbill (A4 potong empat dan poster untuk ditampal A3)

  • warna merah sebagai warna PROTES kali ini. Pakailah riben merah , kemeja merah, tali leher merah dan seumpamanya .... jika ditanya kenapa jangan segan maklumkan persiapan ke arah 6 Julai.

siapa nak dapatkan t-sirt PROTES sambil menyumbang. Keuntungan jualan t-shirt akan diperuntukan untuk menjayakan program tersebut.Dapatkan t-shirt PROTES RM15 (+RM5 belanja pos). Hantar wang pos cek atas nama Mohd Hailman Bin Mohd Jamil serta makluman tempahan (alamat sendiri) dan hantar ke alamat No. 1114, Jln 22, Tmn. Jasmin, 70450 Senawang Seremban. (017 6875448)

kami memerlukan sumbangan untuk membuat banner dan poster.... kepada sesiapa yang nak menyumbang sila berhubung atau sms 0176688404 (cheGuBard), 0123696474 (Azizi)... sumbangan dalam bentuk bantuan mencetakhandbill, poster dan banner (bayar bill), kain merah / Putih, cat /spray merah, tajaan tshirt, reben merah, belon merah dan seumpamanya.

Sebarkan juga mulai hari ini sms : Berhenti mengeluh! Ayuh bsama PROTES Aman 1juta Rakyat 6.7.08 Petaling Jaya.

Wednesday, June 25, 2008

Bagaimana nak sampai ke tapak PROTES 1juta Rakyat

Padang Timur atau Dataran Timur satu kawasan yang strategik terletak bersebelahan Federal Highway, kedudukan strategiknya antara diantara Mid Valley Mega Mall dan PJ Hilton Hotel, ia berdepan dengan Amcorp Mall. Terletak di Persimpangan Jalan Timur dan Persiarat Barat menjadikanya amat mudah untuk sampai dari seluruh kawasan Petaling Jaya.


dibawah ini disertakan petikan (tetapi berbahasa Inggeris) yang diperolehi dari internet bagaimana untuk sampai ke Amcorp Mall dan lokasi hanya berdepan Amcorp Mall.


Coming from Ampang or Kuala Lumpur towards Petaling Jaya?
Just go along the Federal Highway, going past the Mid-Valley Mega Mall and Angkasapuri. You will come to the EPF/SFX exit but don't take that. Keep going along the Federal Highway. Take a left at the next exit, which is the Taman Jaya/Tenaga Nasional exit. Keep left after the exit and cut to your right and drive towards the traffic lights. You will see the side of the Amcorp Mall building. Take a right at the traffic lights and the main entrance to the Amcorp Mall will be on your right. Head on to the open-air or cover parking in the building where the parking fee is just RM 1 for the first 2 hours.



Coming from Klang or Shah Alam or Sunway or Kelana Jaya towards Kuala Lumpur?
Just go along the Federal Highway and go past the Armada Hotel/PJ Hilton exit. Turn off to your left at the next exit, which is the Taman Jaya/Tenaga Nasional exit. Take a right after the traffic lights and keep right and you will come to another set of traffic lights. You will see the side of the Amcorp Mall building on your right. Take a right at the traffic lights and the main entrance to the Amcorp Mall will be on your right. You will find ample open-air or cover parking in the building for just RM1 for the first 2 hours. Check out the map below.


Taking the LRT?
Take the Light Rail Transit (LRT) to the Taman Jaya LRT station. The station is located on a little hill. From the station, you should be able see the A&W restaurant and the Amcorp Mall and it's just a short walk. It should take around 8 minutes to walk from the station to the mall.

Di lokasi itu nanti akan ditempatkan petugas yang cukup untuk menguruskan tempat letak kereta namun walaubagaimana pun anda dinasihatkan menggunakan pengangkutan awam atau berkongsi kenderaan.


Makanan / Minuman
Penganjur akan memastikan kewujudan gerai makanan dan minuman yang mencukupi. Disamping restoran A&W dan beberapa restoran lain yang berhampiran.


Tempat membersihkan diri, tandas dan tempat solat
Penganjur akan menyediakan tandas bergerak yang cukup, tempat solat dan wudhu. Beberapa khemah wakaf untuk berehat juga bakal tersedia.

KENYATAAN MEDIA PROTES - 25 Jun 2008

(sila klik poster di atas untuk imej lebih besar)


Sekretariat PROTES telah mendapat panggilan daripada ramai pihak yang inginkan kepastian berkaitan tarikh sebenar bagi Himpunan Aman PROTES Sejuta Rakyat. Justeru, kami sekali lagi ingin mengulangi bahawa PROTES telah menetapkan satu TARIKH MUKTAMAD bagi himpunan ini iaitu :
6 Julai 2008 ( 6.7.08)
Hari Ahad Jam 9
Di Padang Timur, Petaling Jaya,
(Berhadapan Amcorp Mall)Selangor
Justeru, PROTES menegaskan bahawa tiada lagi sebarang pindaan tarikh bagi Himpunan Aman PROTES Sejuta Rakyat ini.Persiapan ke arah perhimpunan ini sedang giat berjalan lancar dan pihak penganjur telahpun menyediakan pelbagai pengisian menarik kepada para peserta himpunan yang datang dari seluruh negara.
Segala bentuk pengisian himpunan itu nanti adalah selari dengan matlamat PROTES untuk memaklumatkan rakyat darihal isu berkaitan harga minyak, pengagihan kekayaan Petronas, salah guna kuasa dan salah tadbir urus kewangan negara yang menatijahkan keadaan di mana rakyat menjadi mangsa kerakusan dan kelemahan pentadbiran yang ada.Pidato penerangan ini akan disampaikan oleh Pemimpin-Pemimpin kanan Pakatan Rakyat dan juga Pemimpin Badan-Badan NGO yang bergabung di dalam PROTES.Kami juga ingin memaklumkan bahawa PROTES sedang berusaha untuk membawa semua Menteri Besar dan Ketua Menteri bagi Kerajaan Pakatan Rakyat, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan dan Ahli-Ahli Yang Berhormat Pakatan Rakyat ke acara Himpunan Aman ini bagi membuktikan kepedulian dan kebersamaan mereka dalam memahami derita dan perit jerih rakyat kesan akibat kenaikan harga minyak yang begitu mendadak pada 4 Jun 2008 yang lepas.
Sebagai reaksi terhadap isu semasa berkaitan harga minyak yang dibahaskan di Parlimen baru-baru ini, PROTES berpandangan bahawa Kerajaan dan Ahli-Ahli Parlimen BN jelas mengkhianati mandat dan kepercayaan rakyat bila mana meluluskan satu usul yang menyokong langkah kerajaan menaikkan harga minyak yang telah dibentangkan di Dewan Rakyat pada 23 Jun 2008 yang lepas.Tindakan tersebut tidak dapat diterima rakyat dan jelas merupakan satu lagi taktik murahan untuk mereka memancing perhatian dan pemahaman rakyat kononnya di samping usaha memaksakan legitimasi palsu (tidak popular) ke atas tindakan Abdullah Ahmad Badawi menaikkan harga minyak.
PROTES melihat usul tersebut sengaja dibentangkan dan dibahaskan dalam Parlimen semata-mata meredahkan kemarahan rakyat atas keputusan unilateral Perdana Menteri selepas beberapa MT UMNO sendiri mengesahkan bahawa kenaikan harga minyak tidak pernah dibincangkan sama ada di dalam Mesyuarat MT UMNO mahupun Mesyuarat Majlis Tertinggi BN.Justeru, usul tersebut bukannya untuk kebaikan rakyat tetapi merupakan satu usaha paksa bagi memulihkan kepercayaan rakyat, penyokong serta pemimpin BN sendiri kepada Abdullah Ahmad Badawi yang senantiasa konsisten untuk tidak konsisten dalam janji-janjinya.Sehubungan dengan itu, PROTES menggesa seluruh rakyat yang terbeban dengan kenaikan harga minyak ini tanpa mengira ideologi politik masing-masing agar TURUN pada 6.7.2008 (678) nanti untuk menunjukkan protes mereka yakni “Protes Rakyat” atas tindakan tidak berperi kemanusiaan pihak pemerintah.
Akhirnya, PROTES sekali lagi mengulangi pendirian tegasnya bahawa hak berhimpun dan meluahkan perasaan adalah hak asasi yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia Perkara 10. Justeru, rakyat tidak harus dihalang daripada mempraktikkan hak mereka yang jelas dijamin oleh Perlembagaan negara.
GABUNGAN MEMBANTAH KENAIKAN HARGA [PROTES]

Sunday, June 22, 2008

Menantu di cabar kosong kerusi Rembau dan letak jawatan Pemuda jika misi 16 September berjaya...

Berikutan rasa cemas yang amat sangat menantu Perdana Menteri Malaysia cuba perbagai cara untuk meyakinkan saki baki ahli parlimen supaya menyokong terus kepimpinan bapa mertuanya yang sudah sedia lemah. Terbaru dia telah mencabar Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat untuk meletakkan jawatan sebagai ketua umum jika tidak ada apa yang berlaku sehingga 16 September dan dalam kenyataan yang sama dia cuba meyakinkan dirinya dan penyokong dia bahawa tidak akan apa yang terjadi. sila klik untuk baca Kenyataan ini dikeluarkan selepas dia melawat Sabah dan memastikan tidak ada apa yang akan berlaku.
Sehari selepas mengeluarkan kenyataan tersebut ternyata menantu itu sedang tersentak kerana SAPP sebuah parti komponen BN telah mengumumkan akan memulakan langkah atau pasti akan menyokong sesiapa sahaja yang memulakan langkah mengemukakan undi tidak percaya kepada bapa mertuanya.
Kenyataan terbaru Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Yong Teck Lee yang menasihatkan menantu PM ini supaya kena banyak belajar lagi mungkin merupakan nasihat terbaik buat dia. sila klik untuk baca.
Sebenarnya menantu ini sedang cemas kerana semuanya yang tidak disangka terjadi begitu pantas. che'GuBard bersama barisan PAKATAN di Rembau dengan ini membalas cabaran menantu PM kepada Ketua Umum Pakatan Rakyat dengan mencabar beliau untuk meletakan jawatan sebagai ahli parlimen Rembau dan jawatan dalam Pemuda Umno jika ' sesuatu ' berjaya berlaku sebelum 17 September 2008. Tetapi seperti biasa menantu yang hanya berani berkokok sendirian dan didepan penyokongnya ini pasti tidak berani menjawab cabaran ini seperti cabaran debat yang che'GuBard laungkan sejak pilihanraya lepas.
Seperti yang telah dijangka juga semua agensi kerajaan pasti akan diperkudakan sepenuhnya untuk menyelamatkan nyawa politik Abdullah Badawi dan BN itu sendiri, kerana ini bukan setakat kerana Abdullah dan keluarga sahaja tetapi untuk semua penjenayah lolar putih di Malaysia. Tun Dr Mahathir dan keluarga contohnya seminggu ini dan mungkin beberapa minggu mendatang sudah pasti akan mengurangkan serangan terhadap Abdullah serta pentadbiranya kerana takut jika seranganya akan menyebabkan BN itu sendiri tumbang dan dia serta keluarganya juga dalam bahaya.
Secara tiba - tiba selepas pengumuman yang menyentak jantung Abdullah oleh SAPP, BPR telah membuka kertas siasatan ke atas Yong Teck Lee yang kononya terbabit dengan rasuah bernilai RM 5 juta dan semalam juga Ketua Pengarah BPR, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan menyatakan BPR tidak pernah bertindak bermotifkan politik. Ini satu pembohongan.... BPR sememangnya bertindak dengan motif politik kerana BPR tidak bebas dan berada di bawah ketiak Perdana Menteri.

Jika bercakap soal rasuah di kalangan pemimpin di Sabah kenapa tidak diangkat kes Musa Aman ? sila baca :

ditegaskan che'GuBard tidak membela sesiapa yang terpalit amalam korupsi cuma nak buktikan di sini betapa BPR itu hanya berkuasa menangkap ikan bilis dan jadi alat politik dalam isu kes kes besar.
Contoh lagi dalam kes kertas siasatan BPR yang diserahkan kepada peguam negara yang mengesahkan bahawa Rahim Thambi Chik (kini MKT Umno) didapati cukup bukti mensabitkan dia dengan tuduhan korupsi yang membenarkan dia mengumpulkan harta hampir RM 40 juta sehingga 31 Mei 1993. Namun dalam ruangan kesimpulan kertas siasatan itu dalam para 6.3menyatakan bahawa betapa dicadangkan kerana keselamatan negara (baca ; keselamatan BN) tuduhan boleh digugurkan jika Rahim Thambi Chik bersetuju meletakkan jawatan dalam kerajaan dan politik.
Perubahan kepimpinan sudah tidak boleh ditangguhkan, ia perlu diusahakan supaya benar terjadi. Semua harus menainkan peranan. Rakyat sudah tidak boleh ditipu lagi. Ketika rakyat diminta berjimat cermat dan ada yang hidup terhimpit derita pemimpin terus kaya raya. contohnya MB Negeri Sembilan hidup terus mewah dengan elaun hampir RM 30 ribu sebulan itu hanya yang sah yang bawah meja tak tahu lagi. sila klik untuk membaca lanjut
Bersama kita turun beramai - ramai pada 6 Julai 2008, Padang Timur,PJ(hadapan Amcorp Mall). Secara aman dan meriah tunjukkan kuasa rakyat !!!

Friday, June 20, 2008

Sedikit kecewa Tan Sri Rahim tak datang...

Semalam melangkah masuk ke studio Awani Astro dengan semangat membawa hujah dan pendedahan termasuk dokumen rasuah untuk ditanyakan kepada Tan Sri Rahim Thamby Chik. Namun semangat itu sedikit pudar dan kecewa apabila di maklumkan oleh penerbit rancangan bahawa Rahim tak datang dengan makluman notis terlalu singkat dan menghantar penggantinya Dato' Mohamed Dahan Abdul Latif.

Alhamdunillah semua berjalan 'agak' baik sehingga ke hujung rancangan cuma hujah saya kerap tergantung dipotong oleh moderator yang agak berpengalaman nak dibezakan dengan saya yang kali pertama muncul dalam rancangan TV. Cuma saya agak sukar nak tidur malam tadi kerana saya punya jawapan alternatif atau penyelesaian kepada DEB yang gagal tetapi nampaknya peluang yang sepatutnya saya dapat untuk menggulung tak ada. Selepas Dato Mohamed Dahan gulung terus disudahkan oleh pengacara tanpa beri peluang saya gulung.

Masa 30 minit rupanya terlalu singkat untuk menghujahkan DEB yang gagal dari peringkat segi teori ekonomi lagi, realiti semasa dan alternatif yang ada.
Realiti semasa

Hujah pertama saya ialah membawa rakyat berfikir mengenai relaiti sebenar setelah DEB itu dilaksanakan semenjak peristiwa 1969 - kini. Carta diatas antara carta yang saya bawa semalam membuktikan bagaimana bumiputera itu jauh ketinggalan menjadi bangsa atau kelompok kelas tiga dalam Malaysia dari segi Pendapatan Isi rumah.

Carta yang kedua yang saya bawa ialah mengenai Hak Milik Modal Saham (Pada Nilai Tara) Syarikat Berhad. Dimana dalam carta ini saya fokuskan hak milik Bumiputera pada tahun 1990 ialah RM 20,8777.5 juta dan pada tahun 2004 pula ia menjadi RM 100,037.2 juta. Memang nampak meningkat tetapi jangan dibezakan dengan kelompok kaum lain jumlah angka itu jauh ketinggalan jika dibezakan dengan Hak Milik Rakyat Asing iaitu pada tahun 1990 berjumlah RM27,525.5 juta dan meningkat mendadak pula pada tahun 2004 kepada RM 172,279.6. Itu baru data 2004 kita sudah jauh ketinggalan dan kini diyakini angka milikan asing jauh lebih tinggi di bawah PM yang jelas dia dan keluarganya yang mudah dipengaruhi agen asing.

Maknanya 50 tahun lebih merdeka dan sejak peristiwa 1969 kita menggunakan DEB jelas ia gagal memacu kita untuk mencapai matlamat. Maka jika kita sudah sedar ia gagal mengapa kita harus terus menggunakan 'kenderaan'yang kita sedari gagal untuk menyampaikan kita kepada destinasi.

Kenapa gagal ?

Dato Onn Bin Jaafar (pengasan UMNO) sendiri dalam "Memorandum National Service For Malay" ada menyatakan "kuasa politik tanpa kuasa ekonomi ialah kuasa yang hanya umpama bayang bayang"

Maknanya begini teori DEB ialah kuasa politik = Melayu/Bumiputera dan Kuasa Ekonomi = Cina, maka keseimbangan tidak wujud kerana Melayu gagal menguasai ekonomi dan hidup susah. Maka DEB menggunakan kuasa politik untuk membuat dasar bagi menguasai kuasa ekonomi. Ini jelas bakal gagal dan salah dari aspek teori lagi.

Malam semalam saya membawa analogi DEB dalam sebuah keluarga. Ibu umpama kuasa politik yang menetapkan polisi bahawa anak harus belajar perbagai bidang, belajar muzik, belajar komputer, belajar kelas tarian, belajar Kelas Agama dan macam macam lagi yang jelas baik bagi anak. Tetapi bapa yang menjadi pemegang ekonomi akan mengatakan 'tidak ada duit' dan dengan 3 patah perkataan ini semua polisi akan gagal dilaksanakan, begitulah DEB.

Apa yang harus kita lihat ialah realiti semasa iaitu jurang kemiskinan antara kaya dan miskin. Saya bawakan semalam UNDP Report 2004 yang menunjukkan 10 % orang paling miskin dalam negara hanya menguasai 1.7 % agihan kekayaan negara tetapi 10% paling kaya pula memiliki 38.4 % hasil negara. Maknanya terdapat jurang yang sangat besar dalam agihan ekonomi negara dan jika dibezakan dalam rantau ini pun jurang berbezaan kaya dan miskin, Malaysia mencatatkan jurang yang paling besar.

Jika nak kata DEB gagal sepenuhnya memacu ekonomi melayu saya amat tidak setuju, tetapi ditegaskan melayu macam mana ? Melayu yang dipacu ialah melayu kapitalis elit politik yang dekat dengan kekuasaan. Dengan agihan AP kenderaan untuk bumiputera telah telah melahirkan kelompok elit kroni melayu yang sangat kaya raya, dengan menetapkan CEO melayu dalam syarikat GLC's telah menyebabkan wujudnya kelompok elits melayu yang kaya raya walupun rakyat hidup derita. Semalam saya membawa contoh bagaimana Kerajaan Bn membenarkan kenaikan 100% elaun CEO TNB (yang membawa jumlah kenaikan puluhan ribu ringgit) dalam keadaan krisis tenaga yang memaksa rakyat mengikat perut. Benar CEO Melayu kaya tetapi majoriti melayu...?

Atas nama melayu juga amalan korupsi bermaharajalela.... elit politik atau kapitalis melayu yang dekat dengan kekuasaan menguasai ekonomi dan peluang atas konsep DEB atas nama Bumiputera Melayu. Keadaan ini akan lebih parah kerana selepas mendapat hak pegangan mereka membuat keuntungan segera dengan menjualnya kepada kelompok kaum lain ataupun rakyat asing.

Semalam saya bawa banyak dokumen untuk saya tanyakan kepada Tan Sri Rahim Thambi Chik (tetapi kecewa di tidak datang) antaranya ialah kertas siasatan BPR keatas beliau yang mencatatkan bagaimana ketika kertas siasatan tersebut dilengkapkan pada 31.5.1993 beliau memiliki harta bernilai RM 39,782,772.69 juta. Kekayaan ini di kaut atas nama Melayu. Menarik dalam kertas siasatan tersebut BPR menyatakan bahawa bukti cukup lengkap untuk membuat pendakwaan walaupun selepas itu dihantar kepada Peguam Negara dan kes ini di sapu ke bawah permaidani atas arahan atasan dan yang paling menarik pula ialah dalm ruang kesimpulan kertas siasatan dibawah perenggan 6.3 menyatakan bahawa pendakwaan ini keselamatan negara (baca keselamatan Bn. maka mungkin ada budi bicara sekiranya tertuduh (Rahim Thambi Chik) melepaskan semua jawatan dalam politik dan kerajaan. Ini semualah membuktikan bagaimana ganasnya kekayaan negara disedut oleh kapitalis dan elitis politik atas nama Bumiputera Melayu dan DEB.

Orang Melayu malas ?

Wakil RahimThambi Chik semalam cuba mengatakan orang melayu perlu rajin dan berubah. Saya hampir tergelak dengan hujah itu. Orang melayu tidak malas...jangan jadikan sampel kes tertentu untuk menghukum majoriti, tetapi sistem ekonomi bertunjang DEB itu gagal. Contohnya orang melayu jadi nelayan tangkap ikan ...orang melayu kerja sawah tanam padi... tetapi bayangkan bila harga ikan melambung dan harga beras naik adak mereka menikmati kenaikan taraf hidup..jawapannya tidak malah hidup mereka makin terhimpit. Kenapa ? ini kerana aspek proses ekonomi yang paling penting iaitu pemasaran gagal diselesaikan. Bukan tidak dicuba tetapi gagal kerana korupsi. Saya sendiri pernah terlibat menghantar dokumen lengkap kepada BPR bagaimana agensi di bawah Kementeri Pertanian yang sepatutnya membantu petani dalam aspek pemasaran sendiri korup dan menjahanamkan petani. Dan sudah tentu mereka yang terlibat ialah orang - orang yang dekat dengan kekuasaan.

Hujah dan pandangan setakat ini banyak tertempu kepada Bumiputera Melayu itupun faktanya sudah mengerikan belum lagi ditarik perhatian melihat Bumiputera Sabah dan Sarawak yang lebih menyedihkan. Sedangkan hakikat sebenar hasil negara (dari sumber alam) majoritinya adalah sumbangan dari tanah borneo itu.

Sasaran DEB memang bagus tetapi DEB gagal dari aspek teori ekonominya lagi dan diparahkan dengan perlaksanaan yang pincang. dan jika analoginya DEB itu umpama kenderaan yang ingin membawa kita kepada destinasi yang baik dan kini sudah 39 tahun kita menaiki kenderaan itu keadaanya kita bukan menghampiri destinasi tetapi keadaan lebih rumit dan kita seolah mengundur. Persoalanya kenapa kita harus terperangkap guna kenderaan yang sama ? Adakah bangsa kita ini terlalu lemah dan masih dijajah mindanya dengan ketakutan - ketakutan yang tidak perlu ? Jika dibiarkan perkara ini berlaku maka teori putaran ganas kemiskinan pasti akan berlaku, dimana kita membentuk pewaris kita yang miskin dan akan lebih miskin dari ganerasi ke ganerasi.
Penyelesaianya ?
Kita perlu sedar hakikat masalahnya ialah kelompok kaya semakin kaya dan yang miskin semakin miskin.Jurang makin dalam ! Yang miskin ada dari semua latar kaum dan begitu juga yang kaya cuma jumlahnya mungkin tidak sama.
Agenda Ekonomi Malaysia yang di cetuskan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dan dihadham dan dicernakan semula oleh pemikir - pemikir ekonomi meletakkan Agenda Ekonomi Ketuanan Rakyat. Rakyat miskin dibantu dan yang kaya harus mempunyai tanggungjawab sosial dari kekayaan mereka untuk sumbangan terhadap negara.
Jika kini melayu lebih banyak yang susah maka melayulah yang akan lebih diberi perhatian. Perhatian dan peluang bukan atas nama kaum kerana jika atas nama kaum seperti hujah diatas Melayu yang dekat dengan kekuasaan sahajalah yang menikmati dan akan menjadi lebih kaya. Tetapi jika bantuan atas nama rakyat susah untuk di perkasakan maka ruang untuk elit politik dan kapitalis yang dekat dengan kekuasaan untuk 'mencilok'akan dapat di elakkan.
Yang menentang Agenda Ekonomi Malaysia ini ialah kelompok yang selama ini 'menghirup'kekayaan negara dengan muda atas nama bangsa dan hubungan mereka dengan kekuasaan. Mereka inilah yang pula bersungguh sungguh mengelirukan rakyat khususnya melayu dengan gendang 'ketuanan melayu', tetapi melihat senario terkini marhaen tidak akan menari lagi dengan ritma gendang ketuanan melayu ini.
Ayuh bangkit rakyat Malaysia bersama perhimpunan sejuta rakyat 6 Julai 2008, di Petaling Jaya untuk masa depan anak cucu kita yang lebih cerah.

Thursday, June 19, 2008

mensabotaj Kerajaan PAKATAN Selangor atau kianati rakyat Selangor ?

Tidak pasti kenapa tetapi proses menyiapkan tulisan ringkas ini bersempena dengan 100 hari pemerintahan PAKATAN Selangor dan beberapa negeri lagi banyak kali tertangguh
Selepas pilihanraya umum 8 Mac lalu Barisan Nasional seolah tidak boleh menerima hakikat bahawa mereka hampir kalah. Konsep kekebalan BN yang menguasai SPR pasti akan menang sudah tercabar. Ramai mengatakan PRU lalu bebas kerana itu ramai calon BN tewas. Itu tidak benar sama sekali. Apa yang berlaku ialah penipuan SPR tidak berjaya menidakkan gelombang rakyat menolak BN yang berlaku di luar jangka. Malah cukup diyakini jika digunakan dakwat penanda sudah pasti BN akan terkubur sama sekali kerana pengundi berulang yang menjadi taktik utama BN akan digagalkan.

Sebelum PRU lalu ramai pemimpin Bn dengan sombong mencabar rakyat agar membuktikan dengan undi ketika pilihanraya.
"Perubahan perlu dilakukan dalam kotak undi" kata mereka.
"pembangkang perlu faham erti demokrasi yang dipilih rakyat akan menang dan pembangkang sengaja membangkitkan sentimen berkumpuluntuk menyuarakan suara minoriti rakyat" tambah pemimpin BN lagi
"pembangkang sering sabotaj kerajaan rakyat kerana tidak mahu kerjasama...pilihanraya sudah berlalu... sekarang masa untuk kerja sama" itu ayat PM masa selepas menang besar PRU 2004.
Namun melihat beberapa perkembangan terkini jelas. Bnlah yang tidak boleh menerima hakikat demokrasi. Dengan sedikit kelebihan kuasa di kerajaan persekutuan Bn dengan bersungguh - sungguh untuk mensabotaj kerajaan PAKATAN di Selangor, Perak,Kedah, P.Pinang dan Kelantan.
Dahulu juga sering sangat terpacul dari mulut pimpinan Bn di segenap peringkat menyeru perlunya berjiwa besar demi rakyat. Namun mana pergi jiwa besar itu bila Pengerusi Parti Gerakan di Wilayah Persekutuan, Dr Tan Kee Kwong menyertai kerajaan Selangor demi membantu rakyat. Dr. Tan bukan menyertai keADILan atau DAP dia menyertai sebuah kerajaan yang dipilih rakyat. Mengapa ini menjadi kontroversi ? begitu juga beberapa pimpinan Bn di P.Pinang yang dilaporkan menawarkan khitmad kepakaran mereka membantu kerajaan yang dipilih rakyat tetapi diambil tindakan oleh Bn Adakah ini jiwa besar yang sering dilaungkan?
Contohnya arahan kepada semua agensi di bawah kerajaan Pusat yang berada di negeri - negeri PAKATAN yang diarahkan jangan bekerja sama atau memanggil mana - mana wakil rakyat termasuk Menteri Besar untuk acara mereka. Buktinya di Selangor, Tan Sri Khalid yang berbesar hati untuk bersama meraikan Hari Guru Peringkat Negeri Selangor anjuran Jabatan Pendidikan Selangor di halang untuk berbuat demikian.
Bertindak atas nama rakyat Selangor,YAB Menteri Besar Selangor memohon untuk mendapatkan 1 jam dari waktu siaran Radio Selangor FM untuk menyampaikan dasar Kerajaan Selangor dan mendapatkan maklum balas secara terus dari rakyat. Malangnya tindakan ini dihalang oleh Menteri Penerangan dan bukan sahaja itu, Kementerian Penerangan turut memindahkan Stesen Selangor FM ke Angkasapuri. Kemudian Menteri Penerangan pula secara tidak malu menfitnah dengan mengatakan Kerajaan Selangor menghalau Stesen Selangor fm agar keluar dari bangunan kerajaan negeri. Ini bukan sahaja berlaku di Selangor malah di Kedah ketika Radio menyiarkan siaran langsung perasmian Musabaqah Al Quran Peringkat Negeri Kedah secara tiba - tiba apabila YAB MB Kedah memulakan ucapan, siaran lansung terhenti.
Begitu jugalah semua agensi pusat sedang dalam usaha serius memastikan rakyat negeri yang menolak Bn akan terus derita dengan harapan rakyat negeri - negeri tersebut insaf dan melutut semula kepada ajaran sesat 'tuhan pemberi rezeki' Bn. Datuk Azalina Othman Said selaku Menteri Pelancongan pula dengan sengaja membatalkan semua Mou kerjasama Kementerian Pelancongan dengan Kerajaan Negeri yang tidak berada dengan Bn. Malah syarikat television yang ada kepentingan keluarga Abdullah Badawi dalam tidak sampai dua minggu selepas pilihanraya mengumumkan bahawa Karnival Jom Heboh akan memboikot negeri bukan bawah BN.
Agen Bn sentiasa berusaha bersungguh - sungguh dalam usaha sabotaj ini. Mereka mula mengupah agen - agen mereka kononya atas nama rakyat negeri tertentu untuk membuat laporan polis dan seumpamanya kononya kerana kerajaan di bawah PAKATAN gagal tunai janji. Ini sebenar bukan kerana janji dan prihatin terhadap rakyat pun. Ini lebih kerana mereka cemas dan mereka percaya jika kerajaan PAKATAN tidak disibukkan dengan menjawab agen - agen Bn ini sudah tentu banyak pendedahan rasuah dan penyelewengan pimpinan lama terbogel.
Di Selangor Khir Toyo dan Md Taib sedang berlumba mencipta agen menggagalkan kerajaan Selangor untuk membuktikan kekuatan masing - masing. Satu demi satu Laporan Polis di buat , sidang media diadakan untuk menunjukkan kononya rakyat mula menolak kerajaan Selangor kerana gagal mentadbir dan menunaikan manifesto, tetapi persoalan timbul jika benar jawatankuasa yang membuat sidang media dibentuk atas kepentingan rakyat dimanakah mereka ketika wujud banyak pihak yang ingin menggagalkan usaha pemberian air percuma kepada rakyat Selangor.
Dalam isu pemberian air percuma ini pemimpin BN pusat dalam sidang Parlimen menyatakan bahawa PAKATAN di selangor merasuah rakyat ? tetapi di Sidang Dewan Selangor pula pemimpin Bn mengucapkan terima kasih dan cabar pula beri lagi banyak air percuma. Ini menunjukkan sikap berdolak dalik Bn.Nampaknya virus flip flop bawaan Perdana Menteri sudah membarah dalam Bn.
Masalah dalam pemberian air percuma ini menggambarkan kegagalan sistem penswastaan Bn. Apabila kemudahan asas seperti air pun diserahkan kepada pihak swasta sudah tentu akan menyebabkan masalah rakyat akan dijerut dengan bil yang semakin menaik.
Pengurusan Air Selangor diswasta atas nama Syabas (oleh kerajaan Selangor dahulu), dimana pegangan majoritinya dipegang oleh Tan Sri Razali atas nama Puncak Niaga. Razali ialah teman rapat Md Taib. Dia yang merupakan bekas bendahari Umno dalam Selangor naik kerana diberi ruang oleh Md Taib sebagai kroni beliau. Razali ini jugalah yang terbabit dalam usaha memperdaya penduduk Sungai Buaya dalam isu tanah yang sehingga kini masih tidak selesai.
Bayangkan air yang penting bagi rakyat Selangor diserahkan kepada manusia seperti ini. Razali untung besar...menjual air kepada rakyat dan menyedut duit umpama puntianak menghisap darah. Puncak Niaga melalui Syabas dijanjikan kenaikan tarif dalam bil air dari masa ke semasa. Dia sudah terlalu banyak untung.... dan terus tamak untuk untuk dan menjamin saluran wang kepada pemimpin tertentu Bn dapat diteruskan.
Mujurlah usaha serius oleh YAB MB Selangor dan di sokong oleh sebuah syarikat kerajaan negeri, KDEB di bawah Datuk Karim Munisar bersungguh - sungguh sehingga berjaya merialisasikan air percuma untuk rakyat Selangor. Ramai menganggap semuanya selesai...tidak Tan Sri Razali akan terus menikmati dalam amsa terdekat ini nikmat penjualan air kerana kos kenaikan dan pembayaran akan di bayar oleh KDEB belasan juta sebulan kepada Puncak Niaga. Tetapi sedikit harapan kepercayaan mungkin boleh diletakkan kepada Karim, Pengerusi KDEB kerana beliau sudah pun membuktikan kemampuan korporatnya yang menjadikan KDEB antara anak syarikat kerajaan negeri dalam Malaysia yang paling progresif malah berjaya merangkul rekod pencapaian terbaik rantau ini berdasarkan pencaipan di BSKL.

Bn tidak akan berhenti, mereka tidak faham isyarat rakyat. Md Taib, selaku Menteri kemajuan luar bandar dan wilayah sehingga kini masih gagal menafikan berita Malaysiakini.com yang menyatakan bagaimana beliau menggunakan kemudahan (termasuk wang) kementerian dibawah beliau untuk menaja JKKK yang ditaja kerajaan Pusat untuk mensabotaj kerajaan Selangor.

Sebanar mungkin bagi Bn mereka cuba mensabotaj kerajaan PAKATAN tanpa dia sedar dia sedang mengkhianati dan mendera rakyat. Jika mereka sedarpun mereka pasti akan meneruskan usaha tersebut kerana nafsu politik rakus. Malah terbaru ada diberikatan betapa Bn bersama dengan orang bekas keADILan sedang dalam usaha serius mempengaruhi pemimpin PAS Selangor menyertai usaha mereka secara terus terang menyeberang atau sebagai pengacau dalam selimut.

Diyakini usaha mereka sia - sia. Rakan dalam PAS akan terus teguh berdiri bersama rakyat begitu juga DAP. Namun kerajaan negeri dan gabungan PAKATAN pula jangan ambil mudah teruskan usaha memperkasakan rakyat. Jangan ulang kesilapan Bn yang tamak dan rakus. Tidak dinafikan sudah ramai orang PAKATAN mula bincang pasal berniagaan itu tidak salah tetapi itu bukan sehausnya jadi tajuk utama.

Sekali lagi seru untuk semua pimpinan tumpu terus pada rakyat bukan masalah kecil yang melarikan perhatian. Jangan ulang kesilapan bagaimana Barisan Alternatif terpisah selepas PRU 1999 oleh kerana sesuatu pertikaian tak perlu.

Adalah lebih baik kita memberikan perhatian kepada derita hidup rakyat daripada sibuk mengharamkan Islam Hadhari yang sudah gagal dan membuat bantahan terhadap lenggok Ella atau gelek Mas Idayu. Percaya jugalah jika kita gagal memahami kenapa rakyat menolak Bn dalam PRU lalu kita juga akan menerima nasib yang sama.

Wednesday, June 18, 2008

Jemputan Debat 30 minit di Awani Astro

Hari ini che'GuBard mendapat satu jemputan untuk muncul dalam program debat 30 min. "Sudut Pandang" yang akan di siarkan secara lansung menerusi Astro Awani (Channel 501), 19 Jun 2008, jam 8.30 malam.

Rancangan yang dikendalikan oleh Kamarul Baharin Haron ini dijangka akan menampilkan juga bekas ketua pemuda umno, Tan Sri Abdul Rahim Thambi Chik akan membincangkan persoalan ekonomi melayu.

Nantikan kemunculannya. Bagi sesiapa yang mahu berkongsi hujah boleh terus email kepada saya di
chegubard@gmail.com

Semalam saya telah hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban berikutan arahan di bawah seksyen 111 kanun prosedur jenayah (Bab 6). Satu surat mengarahkan saya melaporkan diri di IPD Seremban selewatnya 17 Jun 2008 jam 3.30 petang telah disampaikan kepada bapa saya di kediaman beliau di Seremban. Mengengkari arahan ini disabitkan pula dibawah seksyen 173 kanun jenayah yang berkaitan peruntukan seksyen LLL (11) kanun prosedur jenayah.

Pada 8.15 malam saya telah hadir di IPD Seremban ditemani Setiausaha Bahagian Teluk Kemang dan selaku penyelaras (penaja) keADILan Rembau, Nor Azizi A. Aziz dan beberapa teman lain. Selepas kenyataan saya diambil oleh ASP Mohd Fadhli Daud, Pegawai Penyiasat Jenayah, IPD Seremban, saya telah meninggalkan IPD Seremban sekitar jam 9.30 malam dan terus bertolak ke Taman Angsamas, Rantau untuk mempengerusikan sendiri mesyuarat persiapan program Anti ISA anjuran Jawatankuasa (penaja) keADILan Rembau yang akan berlansung pada 22 Jun 2008,jam 8.00 malam di Taman Angsamas, Fasa 2, Rantau.

ASP Fadhli menyatakan ada dua laporan polis (yang dibuat oleh anggota polis sendiri) ke atas saya berkenaan dengan PROTES 6 Jun di Pasar Besar Seremban dan PROTES 14 Jun di Terminal One Seremban. Menurut ASP Fadhli beliau hanya ditugaskan menyiapkan kertas siasatan. Keputusan pendakwaan terletak pada orang atasanya dan jika disabitkan maksimum melibatkan hukuman denda dan penjara.

Secara peribadi bagi saya ini hanya asam garam dalam perjuangan, malah jika nak dibezakan dengan dugaan yang telah dilalui ia hanya satu yang kecil. Ini tidak sedikit pun melarikan fokus saya selaku jawatankuasa PROTES untuk menerangkan kepada rakyat mengenai kedudukan sebenar dan kegagalan kerajaan BN dalam isu kenaikan harga minyak dan terus bersama teman lain berusaha bersungguh - sungguh untuk menjayakan Himpunan Sejuta Rakyat 5 Jun Kuala Lumpur.
Rakyat diseru bangkit menyatakan hak tanpa rasa takut. Yakinilah nasib kita hanya terbela apabila kita bersuara dengan berani dan buang jauh ketakutan kerana kita sudah dipusingan akhir ke arah 'kemerdekaan rakyat'

Monday, June 16, 2008

carta buat anda lebih faham









Minyak naik sapa untung....Rakyat susah tapi anak beranak PM terus cekik darah

Minyak naik.... kemudian kononya bayar rebet tunai melalui POS Malaysia. Tahu tak setiap rebet tunai yang dibayar melalui POS Malaysia dikenakan caj perkhidmatan ? Tahu tak POS Malaysia perkhidmatan milik negara yang telah diswastakan dan baru baru ini sahamnya telah dimiliki oleh sebuah syarikat yang ada kaitan rapat dengan menantu PM dan orang lingkungan PM sendiri sedang menikmati keuntungan hasil dari pada mekanisma pembayaran subsidi baru ini...?
Tahukah anda, setiap plan yg diperkenalkan oleh Pak Lah mesti ada motif rasuah atau salahguna kuasa. CONTOH untuk kenaikan harga minyak ini. Penstrukturan subsidi yg dibayar menggunakan wang pos. Tahukah anda, Pos Malaysia adalah milik ECM-LIBRA, dan ECM-Libra adalah syarikat berkepentingan menantu Pak Lah dan orang lingkungan Pm itu sendiri. Perancang strategik Pak Lah dari tingkat 4. Bayangkan duit yg masuk ke dalam poket mereka, makluman kiraan awal yang dimaklumkan dari email yang diperolehi dari kakitangan Pos Malaysia sendiri menyatakan setiap RM10 yg dibayar sbg subsidi.. 10 sen akan masuk ke poket sebagai komisen wang pos. Maknanya ada 6 juta kenderaan di malaysia dan setiap kenderaan akan dapat subsidi Rm 620, iaitu RM 6.20 komisen kepada menantu
Kenyataan che'GuBard penuh ada dalam Suara Keadilan yang akan terbit. (pagi tadi temuramah melalui telefon oleh Zul wartawan SK)
sama juga dengan kenaikan lalu sebanyak RM0.30. Kononya selamatkan RM 4.4 billion atas nama untuk mempertingkatkan sistem pengangkutan awam. Wang subsidi yang diselamatkan itu sudahpun habis tetapi adakah pengangkutan awam negara meningkat ? Siapa untung... buat badan bas Scomi dapat ...servis gerabak keretapi scomi dapat.... monorail scomi dapat......
di bawah diperturunkan sebahagian kecil pendedahan berkaitannya...sila klik untuk baca lanjut
Lepas ini akan wujud pula SCOMI Food untuk dapat kontrak beli beras sesuai dengan penjimatan subsidi untuk tabung makanan negara.

Waran tangkap....

Khamis lepas che'GuBard telah mendapat panggilan telefon dari seorang pegawai Polis dari IPD Seremban yang meminta che'GuBard hadir ke IPD Seremban untuk diambil kenyataan berkenaan PROTES kenaikan harga minyak di Pasar Besar Seremban 6 Jun lepas.
Oleh kerana tugasan yang banyak dan che'Nur Zaima Jahida pula masuk hospital maka tidak ada masa untuk hadir ke IPD untuk tujuan tersebut. Hari ini khabarnya melalui satu surat yang dihantar oleh anggota polis beruniform di rumah ibu/bapa di Bukit Chedang menyatakan che'GuBard perlu serah diri ke IPD Seremban berkaitan satu laporan polis yang telah dibuat.
InsyaAllah esok kira - kira 10 pagi; che'GuBard akan hadir ke IPD Seremban untuk tujuan tersebut.
p/s ; Rasa - rasanya apabila sekumpulan mamak yang mengaku melayu membuat tunjuk perasaan mempertahankan DEB di Pulau Pinang, mereka dipanggil atau tidak untuk ambil kenyataan dan diambil tindakan ke atas mereka...? atau ketika menantu dengan aksi tangan patahnya tunjuk perasaan rempuh polis di KLCC kononya anti US lepas itu dia kena tak ambil kenyataan oleh polis..?