Friday, July 04, 2008

amaran! jangan mengambil langkah drastik ,DARURAT

Dua hari lepas ketika minum di sebuah Restoran di Kuala Lumpur tiba - tiba bertemu teman lama. Tidak lama masa yang ada tetapi kami berbual penuh untuk bertukar pandangan dalam isu semasa. Sebelum berpisah tanyanya Adakah boleh dia siarkan sedikit dari perbualan sebagai temubual ? Dan semalam aku terbaca dalam Umno Reform artikel mengenai komen tempoh hari.
(petikan dari laman Umno Reform) Badrul Hisham – Majlis Kepimpinan Tertinggi Keadilan dalam temu bual yang singkat tanpa di rancang memberi pesan kepada kerajaan bahawa jangan sesekali mengambil langkah drastik seperti darurat sekiranya wadah politik mereka sudah mula di tolak rakyat.

Dalam keadaan UMNO diserang hebat – terdesak sehingga terpaksa melakukan orkestra semula insiden fitnah 1998 dan dalam siri pendedahan isu Altantuya yang melibatkan TPM Najib dan polis, kegusaran tidak akan dapat diselesaikan dengan melaksanakan keadaan darurat untuk membolot semula secara paksa pemerintahan negara ini.

Hari ini apa yang kita nampak adalah kegusaran UMNO yang semakin lama semakin tersisih dan semakin lama semakin tidak di percayai oleh rakyat. Dan dalam keadaan sebegini UMNO sanggup mengambil langkah yang drastik seperti mana yang pernah diambil mereka dalam keadaan mereka menghadapi krisis keyakinan dalam kepimpinan mereka.

Ahli Majlis Kepimpinan Keadilan itu berkata – usaha memburukkan Anwar Ibrahim diambil dalam keadaan Pakatan Rakyat semakin di terima untuk mentadbir negara ini.

Ditanya mengenai isu liwat kedua, Badrul mengatakan bahawa, jelas siapa yang takut dengan Anwar dan mempunyai kuasa akan mahu memburukkan Anwar agar dosa mereka tertutup. Namun dalam Pakatan Rakyat – kita berdiri teguh bersama-sama Anwar dalam perjuangan reformasi kali kedua. Moga kita peroleh keadilan dari kerajaan yang selama ini korup dan mula mementingkan diri sendiri.

Badrul dalam pesanannya juga berkata, jangan sesekali menggunakan akta zalim ISA dan jangan pula menggunakan pengisytiharan darurat sebagai alasan untuk mengembalikan kuasa mereka yang semakin terhakis.

1 comment:

  1. Anonymous1:52 PM

    akhitnya chegubard bersuara juga tentang ezam .. tahniah...

    ReplyDelete