Thursday, February 14, 2019

Proses lantikan dan pembentukan SBC berkaitan telekomunikasi di Negeri Sembilan sedang diperhati rapat

Catatan Umum
14 Febuari 2019

1. Minggu lepas che’GuBard telah mendapat satu surat ‘tanpa tandatangan” memberikan beberapa fakta dan bukti mengenai wujud seorang Dato' proksi syarikat gergasi , peranan syarikat besar terhadap pemimpin  dan lobi projek berkaitan kerajaan. Sebaik sahaja mendapat maklumat tersebut che’GuBard terus membentuk pasukan carian dan pengesahan maklumat. Selepas seminggu maka kami membuat keputusan sebahagian besar dari maklumat fakta dan bukti yang diberikan adalah benar. Namun skopnya sangat luas dan isu yang berpisah pisah. Walaupun penghantar tidak dikenal pasti namun kami merasakan boleh meneka tetapi demi menghormati sumber kami tidak mengganggu mereka.

2. Pertamanya kami ingin dedahkan mengenai proses perlantikan Syarikat Sokongan Kerajaan Negeri [State backed Company (SBC)] berkaitan Telekomunikasi di Negeri Sembilan yang bakal menjadi pengurus tunggal menara telekomunikasi di seluruh negeri. Sebelum ini sememangnya sudah wujud sebuah syarikat yang dikenali sebagai Rangkaian Minang Sdn Bhd yang 30 % dimiliki Kerajaan Negeri. Namun oleh kerana kononnya syarikat ini punya kepentingan ‘proksi’ kerajaan sebelum ini maka kerajaan negeri berhasrat untuk ‘mengenepikan’ Rangkaian Minang dan menubuhkan syarikat baru.

3. Pada 24 Ogos 2018 di Hotel Mewah Lexis Hibiscus, Port Dickson telah dipanggil Mesyuarat Ahli Lembaga Pemegang Amanah Perbadanan Menteri Besar Negeri Sembilan (bil 03/2018) dimana agenda utamanya ialah pembentangan syarikat syarikat terpilih ke arah mewujudkan sebuah syarikat SBC baru bagi telekomunikasi. Sebanyak 5 syarikat dipanggil. 4 syarikat menunjukkan minat dan satu syarikat kurang berminat. Namun yang paling menariknya ialah sebuah syarikat yang dikenali sebagai Kumpulan Jaringan Selangor Sdn Bhd yang dimiliki oleh YTL melalui YTL Comunications Sdn Bhd dan YTL Power International Bhd.



4. Carian mengenai 3 syarikat lain (tolak satu yang tidak berminat) tidak menunjukkan apa apa yang pelik, syarikat sederhana namun punya kekuatan kewangan dan pengalaman. Terlibat projek seumpamanya sebelum ini. Tidak punya label atau back up politik.

5. Menurut maklumat yang diperolehi 3 syarikat tersebut hampir pasti tidak memperolehi ‘projek’ tersebut. Syarikat dibawah YTL dikatakan bakal memperolehi projek tersebut. Setakat ini kami hanya mahu menghujahkan kenapa YTL tidak wajar memperolehi hak projek ini dari aspek teknikal dan rekod syarikat. Kami mengenepikan sementara maklumat yang kami perolehi bagaimana proksi syarikat ini muncul banyak kali dan seolah memainkan peranan aktif dalam pilihanraya kecil  dan muncul juga beberapa kali bersama Menteri Besar  bukti yang ada termasuk bukti bergambar pertemuan tertutup. Namun tidak mengelak kemungkinan akan mendedahkan semua jika keadaan mendesak bagaimana ‘suara atas’ sedang menekan pihak yang bakal memutuskan untuk memilih syarikat gergasi.

6. Bila menyentuh soal YTL dan telekomunikasi pasti semua teringat 1Bestari net sebuah projek yang menelan berbilion wang rakyat dihadiahkan secara istimewa kepada YTL oleh Kerajaan Malaysia (bawah Barisan Nasional). Namun projek ini jahanam hingga sekarang. Terbaru dalam parlimen, Timbalan Menteri Pendidikan sendiri mengakui mengenai 1Bestari net ini gagal dan tidak memenuhi janji mereka.

Antara Masalah Projek 1Bestari?

kuota Internet yang disediakan hanya 300Mb sahaja sebulan bagi setiap sekolah apabila menyusahkan lebih 300,000 guru di seluruh Malaysia
projek 1Bestari itu hanya menyediakan 1Mbps dengan bayaran melebihi RM200 yang merugikan Kementerian Pendidikan Malaysia
sistem server yang lembap
1BestariNet menumpang menara telekomunikasi di dalam sekolah disamping buat untung untuk perkhidmatan Yes 4G untuk orang awam
Sedangkan perkhidmatan Unifi dgn 10 Mbps hanya dalam Rm200 disertakan dengann tv channel dan telefon percuma.
Banyak lagi masalah sejak awal namun aduan dibuat kerana ia syarikat besar dan dapat perlindungan politik maka YTL kebal


7. Bayangkan jika YTL diberikan hak tunggal mengendalikan semua menara telekomunikasi di Negeri Sembilan dan selepas itu punya masalah maka syarikat ini adakah tidak mungkin bakal gunakan ‘kabel’ politik bagi terus kebal dari dikenalan tindakan maka bukan sahaja kerajaan malah seluruh rakyat Negeri Sembilan bakal terperangkap dengan masalah berpanjangan. Rekod syarikat ini guna duit rakyat bina menara percuma di kawasan sekolah buat untuk dengan rangkaian YES namun berikan perkidmatan minima tanpa pedulikan aduan disekolah seluruh negara.

8. Satu lagi kerajaan negeri harus beri perhatian ialah Celcom, Digi, Maxis dan U Mobile tidak menerima YTL sebagai anggota kepada Telco Forum dengan alasan utama  YTL beroperasi dengan TDD platform dimana berbeza dengan CDMU yang beroperasi dengan FDD platform. Ini semua bakal meberikan impak besar masa depan. Malah sudah pasti YTL jika diberi hak mengendali menara yang bakal digunakan semua telco (provider) akan mengakibatkan pertembungan kepentingan kerana YTL itu sendiri ialah telco (provider) juga.

9. Dimaklumkan juga sebahagian besar pasukan pemutus berkenaan perkara ini dalam Kerajaan Negeri Sembilan tidak bersetuju untuk memberikan hak projek kepada syarikat dibawah YTL namun mengalami tekanan. Demi kepentingan ramai maka diharapkan mereka ini kuat untuk membuat keputusan berdasarkan kelayakan demi mempertahankan intergriti bukan kerana tekanan.

Che’GuBard juga menjemput mereka memberikan maklumat jika mendapat tekanan melampau ke atas mereka dengan janji sumber pasti akan dirahsiakan.

Menuntut janji integriti dengan janji akan terus membuat pendedahan. Terus mengasak keadilan melawan KKN.

Catatan oleh :
che’GuBard (Badrul Hisham Shaharin)

2 comments:

  1. Anonymous10:54 AM

    aku tahu yang YTL melalui Dato' Shahrom Mohamed guna Farhan Anak Fauzi (Pahang) bela Anwar Ibrahim.

    Anwar ni pundek... masa tak ada kuasa ooo konon YTL ni barua lah kroni lah tapi bila dah ada kuasa dia yang tekan orang nak suruh bagi projek ke YTL ... kebabian apa kah ini ?

    ReplyDelete
  2. Anonymous10:56 AM

    Farhan Datuk Fauzi ni bukan ke tauke Nasi Kandar Beratur di Kampung baru tu... jadi tauke sebab dapat tanah yayasan Selangor sebab bapa dia 'landing' kat Azmin Ali masa jadi MB.....

    hahahaha yang untung mereka dan keluarga yang duduk atas tapi yang bangang di bawah ni tak dapat apa

    ReplyDelete