Friday, February 01, 2019

Respon terhadap amaran Menteri Besar Negeri Sembilan


Cacatan Umum

2 Febuari 2019

1. Pada 29 Januari 2019 dalam akhbar Berita Harian telah disiarkan ugutan YAB Dato Seri Aminudin Harun untuk mengambil tindakan undang - undang ke atas saya. Jawapan awal saya ialah kepada Aminuddin silakan kalau kamu rasa cara kamu betul. Sebelum itu kamu harus tahu apa isu kenyataan saya yang saya keluarkan melalui twitter saya @che'GuBard sebelum kamu main hambur sahaja ugutan ikut sedap mulut kamu.

2. Kisah bermula apabila beberapa minggu lepas saya mendengar cakap cakap dikalangan beberapa kontraktor di Negeri Sembilan bahawa wujud beberapa nama yang dikatakan rapat dan boleh akses terhadap Menteri Besar dan pentadbiranya mengutip duit dengan beberapa kontraktor kononya bagi tujuan menyelesaikan beberapa urusan dan selepas itu dia akan memainkan peranan menentukan agihan projek kerajaan negeri.

3. Kena ingat keputusan Pilihanraya ke 14 lalu yang menumbangkan Bn bukan kerja sehari dan ia perjuangan panjang dan begitu ramai pihak menyumbang dan bukan sikit pengorbanan terlibat yang mana sebahagian yang berjuang dan berkorban selepas keputusan PRU memilih untuk melihat dari jauh bagi meneruskan kehidupan seharian sambil mengharapkan perubahan keseluruhan dalam kerajaan seperti mana yang diimpikan dalam perjuangan selama ini. Bila wujud cerita - cerita tak sedap didengar maka sudah tentu orang seperti saya cuba mencari puncanya.

4. Saya mendapat bukti di mana selepas sahaja membaca budget Negeri Sembilan Menteri Besar dan keluarga telah bercuti ke Eropah. Wujud sekumpulan 'pelobi' yang meminta wang dari kontraktor untuk membolehkan mereka ke London bagi memintas Menteri Besar yang sedang bercuti bagi tujuan melobi. Di bawah ialah koleksi tread tweets saya berkenaan perkara ini.









5. Di mana saya menceritakan secara agak terperinci di mana mulanya saya naikkan isu ini dalam facebook saya namun tiba tiba selepas naikkan isu ini facebook saya diserang dengan beratus report dan akhirnya digantung selama sebulan. Oleh kerana fB saya digantung maka saya naikkan isu ini melalui twitter saya. dan ia mendapat sambutan malah ada yang menyalin semula twitter saya menyiarkan melalui fB dan menghantar melalui beberapa media sosial yang lain. 

6. Maka kepada Menteri Besar yang bijaksana di mana yang saya serang kamu ? saya andaikan kamu tidak mengetahui usaha melobi dan perginya mereka ke London dengan duit dikutip dari kontraktor . Maka saya pelik kamu nak marah dan ambil tindakan undang - undang pula ? Adakah kamu merasa terancam kerana kamu tahu amalan mengutip duit kontraktor ini ?

7. Namun saya ucapkan terima kasih kepada Menteri Besar Negeri Sembilan yang dalam ugutan dia terhadap saya depan pengamal media itu mengakui bahawa memang ada 3 orang yang menemui kamu. Cuma kenyataan kamu 'bila orang nak bertemu tidak akan saya menolak' yang disiarkan media itu harapnya tidak makan diri kerana ia agak kontrakdik dengan rungutan ramai termasuk pimpinan PKR sendiri mengenai betapa susah nak bertemu kamu.

8. Beginilah Menteri Besar Negeri Sembilan yang baru, saya memilih untuk tidak bergaduh dengan kamu atas nasihat kawan - kawan yang rapat dengan kamu, namun kamu sendiri harus matang sebagai pemimpin utama Negeri Sembilan. Orang sedang mempergunakan nama kamu dan itu yang saya utarakan. Seharusnya sebagai seorang pemimpin ketika mendengar perkara seperti ini diutarakan harus mencari atau menuntut penjelasan bukan lawan dengan sombong dan ugutan. Kalau tidak mahu mendengar penjelasan yang menaikkan isu ini kamu harus bertanya terus dengan 'deligasi' yang bertemu kamu sejauh London itu ada tak mereka meminta wang dari kontraktor seperti yang diperkatakan. 

9. Panik dengan pendedahan awal yang dilakukan banyak akaun media sosial dengan identiti palsu diwujudkan bagi menyerang saya bukan sahaja dengan laporan yang berjaya menggantung akaun fB saya selama sebulan (sehingga 20 Febuari) namun mula menjaja fitnah. Nampaknya puak yang bersalin kulit konon mengaku pejuang melakukan sebiji apa yang mereka lakukan dalam kerajaan dan parti yang menguasai kerajaan dahulu, cuma kali ini mereka mungkin berharap mampu menunggang kelemahan kepimpinan Menteri Besar.

10. Buat Menteri Besar Negeri Sembilan jangan lemah sangat dan mudah sangat nak diperbodohkan. Ingat ketika kamu tersepit baru ini kami membantu tanpa muncul meminta apa pun. Bantuan dihulur bukan untuk meminta apa apa tetapi mengharapkan sebuah kerajaan stabil dan kuat demi mencapai cita cita reformasi yang sama perjuangkan sekian lama.

Dalam sebuah pentadbiran pengampu selalu memusnahkan, kejatuhan akan lebih cepat jika setiap kritikan dilihat sebagai permusuhan.


catatan 

che'GuBard
Seremban

4 comments:

  1. Anonymous7:59 PM

    Aminuddin ni lemah zahir dan batin..kah kah kah

    ReplyDelete
  2. Anonymous8:00 PM

    ni mesti kes berkaitan Ramli Musa dan ular bersalin kulit

    ReplyDelete
  3. Anonymous1:09 AM

    Ph ni dari federal bawak ke state memang x leh pakai..aptb..kerajaan sepenggal gamaknya..

    ReplyDelete