Catatan Umum
2 Jun 2018
Sebelum ini saya ada membuat catatan dalam blog ini mengenai wujud satu team yang diseliakan oleh Kalimullah yang mana dia awal sebelum ini porpular sebagai orang KJ yang menjadi antara punca kejatuhan Abdullah Badawi. http://chegubard.blogspot.com/2018/05/hello-kalimullah-jentik-jentik-cubaan.html Untuk pengetahuan semua , ramai tidak mengetahui selepas pengunduran Abdullah Kalimulah selain terus rapat dengan KJ , dia juga berteduh dibawah payung Muhiyuddin.
Dari sumber dalaman yang sahih saya difahamkan dan sangat percaya wujud satu gerakan yang dinamakan “Third Force” oleh pihak yang bercita tinggi dalam politik dan golongan ini bertujuan untuk melaga - lagakan Tun Mahathir dengan Anwar Ibrahim supaya peralihan kuasa untuk Anwar jadi PM dalam masa 2 tahun ini gagal. Puak ini juga sedang merancang untuk melengahkan serta menghalang Anwar Ibrahim dari menjadi Ahli Parlimen. Kumpulan ini juga dengan dana yang besar telah mengumpulkan 'cybertrooper' berbayar mereka yang terdiri dari muka baru dan lama. Sasaran mereka menghancurkan imej Anwar Ibrahim dengan menggambarkan Anwar lemah dan tamak. Malah kumpulan ini mula menyusun gerakan dalam PKR itu sendiri khususnya dalam pemilihan parti.
Setelah diselidiki 'cap jari' Kalimullah dikesan dibanyak tempat. Ramai merasakan kurang senang dan meminta Kalimullah Hassan supaya jangan campur tangan secara melampau khususnya dalam pemilihan parti PKR yang akan datang. Gerakan “Third Force” ini mula dihidu oleh beberapa kelompok khususnya yang rapat dengan Anwar Ibrahim. Namun tanpa menafikan mereka sangat licik.
Ramai anggota PKR dan aktivis reformasi 1998 mahu kekal kedudukan Anwar Ibrahim dan Wan Azizah di dalam parti PKR. Kami juga mahu kekal kedudukan 3 pemimpin tertinggi didalam Pakatan Harapan iaitu Anwar sebagai Ketua Umum, Wan Azizah sebagai Presiden dan Mahathir sebagai Pengerusi.
Kalimullah dan anggota juga perlu tahu bahawa janji Pilihanraya PH kepada rakyat adalah Mahathir cuma sebagai PM sementara sehingga Anwar ambil alih. Ini janji Pilihanraya yang dibuat kepada rakyat sama saperti janji GST dan lain lain.
Ramai sebenarnya sokong penuh dengan pendapat Rafizi Ramli bahawa PH menang bukan atas faktor Mahathir semata - mata. Jika faktor Mahathir maka sudah pasti Pribumi menang 50 kerusi Parliamen dan bukan hanya 12 kerusi Parliamen saja. Pihak Kalimullah dan “Third Force” nya perlu terima hakikat sebenar dan jangan ingat yang jawatan Perdana Menteri hak mutlak parti Pribumi.
Memahami demokrasi yang semakin terbuka maka tiada halangan jikalau Kalimullah mahu jadi business agent atau media hitman kepada Lim Guan Eng, Azmin Ali dan Muhyiddin Yassin selepas KJ bakal kosong kantung terkapai kapai berlawan pemilihan Umno.
Semua perlu berhati - hati supaya memastikan Kalimullah dan agen pemodal tua tidak terlibat dalam urusan pemilihan parti PKR yang akan diadakan pada tahun ini. Ramai mahu peralihan kuasa Perdana Menteri dari Mahathir kepada Anwar berjalan lancar tanpa apa2 gangguan dari mana2 pihak lain seperti yang ramai cita - citakan ke arah perubahan Malaysia.
Ingat dalam 'kejutan kemenangan' kumpulan pemodal tua sedang membuat kerja bagi memastikan perubahan terhenti sekadar bertukar parti tetapi kelompok pemodal sama terus dilindungi.
catatan che'GuBard, bekas Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR dan bekas Ketua Cabang PKR Rembau.
Blood and umno's DNAs is so thick in him after over 22 years play his part as mahafiraun BUT NOW he is playing his antic as super mega 'licik', like indian's hero superstar..well well smartly n sadly CRYING like a baby hi hi..
ReplyDeleteBUT..he cannot win and surely lost to d LIGHT NOW!
Even the money tht he and his cronies have, will surely lost to the LIGHT tht we as the majority keep showing and shining straight to his old DARK's-barbaric face NOW!
As old as he is, he will try to use his old DARK's barbaric trick, MONEY-but surely FAIL guarenteed!
Bard, once d LIGHT come..d old horse's Cabal and d Illuminati DARK's conspiracy game theory surely gone n vanish, n they try to fight d hard fight BUT their fight'll go into d trap set by themselve!!
They NEVER know, tht d Galacticals ONENESS's family from d SKY, as GOD divine LIGHT intervention NOW is only n ONLY bias for LUV for GIVIN n SHARING n for d Integrity n Transparency of d highest order..n no no no n NO room for swindle or corrupt agenda anymore!
After all, people like us NOW could see his heart is too DARK to understand d meaning of d BEAUTY of d LIGHT ha ha..
ReplyDeleteBard, tolong bukak balik rekod/carta wktu Nuar jd mentri keewangan MOF..klu tak silap aku utang negara wktu tu dah turun dbwh anggaran 70 billion jer..
Sbb itulah pd wktu tu pelabur2 ramai masuk serta sgt2 yakin melabur diMsia!
Tolong ulang2 ulangi n WAR2 kan fakta ANGKA2 ini..
Tapi bila Madey amik semula MOF tup2 utang berganda2 melompat mencanak2 mnjd lebih 200 billion klu tak silap aku la(1999-2003) ha ha..dan pelabur2 pon mula angkat kaki keluar satu persatu hu hu!
Tempoh utang melonjak2 mencanak2 tu takde pon sampai 5(LIMA) tahun pon, slps Nuar hampir mampos mata lebam dihumban kdlm, itu utang mncanak2 tu sume angkara tangan sapa??
Aku arap sgt2 Madey Daim dan opah Pidah termasuk blogger2 outdBOX dan Budin budak baik tu tolong lah TUTUP mulut n jgn lg sesekali bercakap pasal good-Governance atau korupsi, sbbnya telinga aku nih naik keluar tungkik dibuatnya!
Bg aku yg LAYAK bercakap soal good-Governance Rule of LAW n korupsi nih hanyalah hati2 yg ber CAHAYA sprt Mat Sabu LKS LGE Rafizi Anwar Tony Phua Ambiga Marina Chin atau pon engko jer Bard ha ha, yg lain2 kat atas tu POooooorahhHHH!
Kepala buto la bad.
ReplyDeleteFire stone tak habis2.
Lu kerja cari rezeki keluarga lu lagi baguss
geng madey tak mampu hujah maka maki hamun
Deletemamak akbar ali banyak jarum dah jalan.
ReplyDeleteanti hadith.