Tuesday, December 06, 2016

ADAKAH KITA HALALKAN PENGHINAAN MAHATHIR 'RASULULLAH TAK CUKUR JANGGUT SEBAB TAK ADA GILLATE' ?


Catatan Umum
6 Disember 2016

ADAKAH KITA HALALKAN PENGHINAAN MAHATHIR 'RASULULLAH TAK CUKUR JANGGUT SEBAB TAK ADA GILLATE' ?
1. Najib Razak selaku presiden Umno dalam ucapan beliau (mungkin sempena gabungan belum rasmi Umno - Pas) telah cuba membela dirinya dengan mengaitkan istilah tanya Ulama beberapa kali ketika dalam persidangan Umno. Malah ramai tersenyum sinis bila Najib mengambil beberapa contoh Rasulullah bagi membela diri dari serangan pengkritiknya.

2. Tindakan Najib ini dijawab oleh Mahathir dengan menyatakan  Nabi (Rasullulah) tak ada RM2.6 billion dalam akaunya. Kenyataan ini dilihat sebagai mengheret imej suci Kekasih Allah dalam politik sempit berkepentingan. Ia secara langsung menghina Nabi Mohammad SAW. Ya, betul kamu ingin serang Najib dan sememangnya ramai mempertikaikan ucapan Najib, namun ia tidak menghalalkan tindakan Mahathir tersebut.
3. Untuk pengetahuan kamu Mahathir anak lelaki Iskandar Kutti (nama sebenar Mahathir) Rasullullah merupakan kekasih Allah. Jangan katankanRM2.6 billion dalam akaun malah Allah pernah tawarkan untuk diterbalikkan Gunung Taif demi Mohammad.

4. Ya, kamu mahu menyerang Najib tetapi analogi yang kamu gunakan dalam ego kamu itu SALAH. 
5. Apabila saya menulis ini tentu ramai pentaksub Mahathir anak lelaki Iskandar Kutti ini menyerang saya semula dengan seribu satu hujah menghalalkan ayat Mahathir menghina Rasullullah dan menyerang saya dengan tuduhan pemakan dedak dan sebagainya. 

6. Mahathir anak lelaki Iskandar Kutti ini bukan sekali dalam politiknya mengeluarkan kenyataan menghina Rasullullah malah menghina Islam antara yang porpular ialah mengghina sunnah berjanggut dengan menyatakan Nabi tak cukur janggut sebab tak ada pisau Gillate. Maka masih terngiang lagi yang kini sebahagian dari pentaksub Mahathir turut menggunakan hujah untuk menolak Mahathir dan Umno kerana ayat Mahathir tersebut. Namun adakah kini dosa Mahathir menghina Islam dan kekasih Allah itu juga sudah menjadi halal ?

7. Dalam keghairahan kita melawan regim kita juga tidak boleh menggadai prinsip semata demi porpulariti yang pun belum tentu mampu memberikan kita kuasa kerana rakyat sedangmenilai bagaimana kita mempertahankan prinsip. Saya dan ramai lagi sedang menanti ada tokoh pembangkang yang berani menegur Mahathir anak Iskandar Kutti ini.

8. Sudahlah rompakan billion dan kezaliman serta kemusnahan sistem yang dilakukan sedang dihalalkan, kini penghinaan Mahathir terhadap agama juga sedang dihalakan malah tindakan itu sedang dibudayakan menjadi tidak salah pula.

Firman Allah SWT: “Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya selawat kepada Nabi(1). Wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya dan ucaplah salam penghormatan kepadanya(2).”  (Surah Al-Ahzab: 56).

اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيْمَ، وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍٍ وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ كَمَا بَارِكَتْ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيْمَ، فِى الْعَالَمِيْنَ إِنَّكَ حَمِيْدٌ مَجِيْد


catatan oleh che'GuBard, SAMM





antara risalah ABU yang dicetak sebanyak 1juta dan disebar
ke seluruh negara ketika hampir PRU lalu




3 comments:

  1. Anonymous9:47 AM

    Madey kutty ini ada penyakit ego dan bongkak...cakap ikut sedap mulut saja...Keturunan lidah bergulung...gaya hidup dan tuturkatanya tidak berciri seorang islam ber tawaduk....suka mempersoalkan hukum agama dan mempersenda sirah rasullah....macam org sakit jiwa dan perasan diri bagus...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous10:07 AM

      2 X 5 je.
      Kita pun persenda mahathir kata macam2. Mahafiraun le, anak kutti ler, munafik le....

      Macam ler benda yg kita buat tu betul plak...

      Tu ler kita. Org lain buat semua salah. Kita buat benda sama, semua betul.

      Melayu memang suka persenda org lain kot...nabi kena persenda. Manusia kena persenda...bila diri sendiri kena persenda, tau marah pulak, tau block komen pulak...

      Delete
  2. Anonymous9:53 PM

    UMNO BN ni sama aje perangainya dari ketua sampai pengikutnya.

    ReplyDelete