Tuesday, December 08, 2015

Sedarlah, unsur fitnah (Mahathir) sedang rosakkan rumah perjuangan ini.

ingat tak kita dengan kejadian tersebarnya cerita Najib dan Rosmah akan meninggalkan Malaysia dan tidak akan berada dalam negara ketika Himpunan Baju Merah. Dapat je berita tersebut maka ramai dari kita menjadi tukang kompang berkenaan perkara ini tanpa sedar siapa punca berita ini.

Namun akhirnya berita fitnah tersebut dengan mudah dijawab oleh kem Najib yang mana sebenarnya Najib dan Rosmah berada di Kota Kinabalu pada hari tersebut sempena Sambutan Hari Malaysia.


Jawapan terhadap fitnah terang - terang ini sedikit sebanyak memberikan kemenangan kepada kem Najib yang disumbangkan oleh kita yang tanpa periksa menjadi penyebar fitnah.

Kemudian contoh kedua, ingatkah kita dengan peristiwa dimana tersebar kononya Najib terpaksa mendaratkan pesawat di Singapura kerana kononya Sultan Johor tidak benarkan Najib mendarat di Johor.

Fitnah ini mendapat perhatian akhbar termasuk akhbar berbahasa Cina. Ia mudah dipatahkan kerana ternyata ia penipuan bodoh tanpa asas. Najib sebenarnya sememangnya menaiki pesawat ke Singapura untuk menghadiri sambutan Hari Kebangsaan Singapura dan juga menaiki kenderaan rasmi yang disediakan melibatkan Kedutaan dan Kerajaan Singapura untuk hadir satu program Umno di Johor dan masuk semula ke Singapura untuk acara rasmi yang turut dihadiri Sultan Johor. Malah fitnah tersebut yang antara kita telah memberikan kemenangan kepada Najib dengan tweet Najib yang menyiarkan gambar dia bersama Sultan Johor di Singapura.


Pernahkah kita terfikir kenapa selama ini serangan terhadap Najib dan Rosmah tidak terjawab kerana padunya pendedahan yang dibuat. Namun akhir - akhir ini serangan dengan mudah dijawab. Macai Rosmah Mansor seperti Datuk Rizal Mansor (sama nama bapa tapi bukan adik beradik) menjadi begitu mudah porpular mematah serangan kalangan kita kerana ternyata sejak akhir - akhir ini kita sering menembak peluru kapur yang bukan saja tidak kukuh malah fitnah.

Mana sumber dan siapa agen penyebar fitnah ini ? Saya sebut dengan jelas sebelum ini lagi iaitu dia ialah orang yang kita pernah gelar Raja Fitnah si Mahafiraun 2020. Kita biarkan agennya meresap masuk dalam gerakan rumah perjuangan ini maka inilah antara banyak akibatnya. Dia telah begitu berjaya menyebar gaya fitnahnya melalui agen- agennya yang kebanyakan berbayar.

Terbaru beberapa hari lepas tersebar kononya ada Majlis Hari Jadi Rosmah dengan tema Aloha. Ini juga dari agen fitnah yang sama yang mana dengan mudah kemudianya memberikan kekuatan kepada Rosmah dengan fitnah yang mudah dipatahkan.


kemudian tidak cukup dengan itu sehari selepas itu tersebar dengan giat dalam whats app kononya ada Majlis Hari Jadi awal di kediaman lama Perdana Menteri.


5 whats app group (yang begitu ramai anggotanya) dan tidak kurang dari 21 whats app no dikenali dan tidak dikenali menghantar gambar Azmin bersama Robin Tan (anak Vincent Tan) dan Arif Munajat (Pemuda Umno Johor orang kuat KJ) yang kononya hadir dalam satu majlis hari jadi Rosmah Mansor yang dibuat secara tertutup. Mengenali pertembungan Mahathir dan Najib dari dekat saya amat pasti ia tidak betul, kerana mana mungkin waris tauke judi yang dikayakan oleh Mahathir yang menjadi proksi kepada Mahathir hadir Majlis Hari Jadi Rosmah dalam keadaan sekarang. 

Saya gerakkan semua jaringan dan dapatkan gambar itu di mana..... akhirnya ia mengesahkah ia diambil di Majlis meraikan Ulang Tahun Sultan Selangor yang diadakan oleh Tan Sri Razman Hashim.

Menjangkakan jika tidak dijelaskan maka gambar ini akan menjadi satu lagi kemenangan kepada kem Najib - Rosmah maka saya menjawab semua masej yang saya terima dengan menjelaskan ia tak betul dan ia diambil di Majlis yang tidak ada kena mengena dengan Rosmah.

sila klik sini untuk baca tulisan saya sebelum ini, Agen Mahathir sedang kotorkan rumah perjuangan kita

Apabila mula mati kutu, Mahathir arahkan pula macainya Khairuddin untuk melambung di media desakan pembebasan Anwar. Sebelum meneliti desakan macai Mahathir ini kita harus kenali Siapa Khairuddin sila klik sini 

Sedarlah agen Mahathir itu licik selicik Mahafiraun Raja Fitnah, Mahathir Mohamad. Kita harus mendepani Najib dan Umno-Bn dengan kekuatan rakyat. Mahathir sebenarnya hendak menjahanamkan pembangkang dan memudahkan kerjanya untuk terus proksinya mengepalai Umno dan kekayaan negara.

#sudahlahMahathir

tulisan ; che'GuBard, SAMM

nota kaki : pasal Azmin dan Robin Tan serta budak Kj tu nanti lepas ni che'GuBard ulas.

1 comment: