Thursday, December 24, 2015

Pegawai Tun Mahathir, Tony Pua Antara Disebut Justo?



Xavier_Justo_3410117b

Spekulasi sedang bertiup kencang petang ini ialah pencuri maklumat PetroSaudi dan 1MDB, Xavier Andre Justo, telah memberi beberapa nama orang Malaysia yang berjumpa beliau termasuk nama pegawai khas Tun Mahathir.

Semalam pasukan Polis Di raja Malaysia yang diketuai Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (Penyiasatan-Undang-undang) Bukit Aman Datuk Amar Singh Ishar Singh telah menemubual warga Switzerland itu selama 90 minit di Penjara Reman Bangkok di Bangkok.

Dipercayai antara nama yang disebut oleh Justo ialah Sufi Yussof yang merupakan pegawai khas kepada bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad sejak tahun 2000.

Justo dikatakan memberi lebih kurang 10 nama rakyat Malaysia yang terbabit dalam urusan mendapatkan maklumat daripada beliau.

Antara nama lain yang dikatakan disebut ialah Datuk Khairudin Abu hassan, Mathias Chang, Tony Pua dan pemilik The Edge Media Group Tong Kooi Ong. Bagaimanapun setakat ini tiada pengesahan dibuat memandangkan Justo hanya memberi nama ringkas dan gambaran sahaja bukan identiti penuh mereka.

Sementara itu, beberapa bulan lalu Tony Pua ada menafikan bahawa beliau pernah berjumpa Justo dalam isu 1MDB.

Justo sedang menjalani hukuman penjara kerana kesalahan cuba memeras ugut bekas majikannya, PetroSaudi International dengan menggunakan maklumat daripada data 90 gigabit yang dicurinya daripada syarikat itu.

Dia ditangkap pada 22 Jun di pulau Koh Samui dan dihukum tiga tahun penjara pada 17 Ogos selepas mengaku mencuri data itu, termasuk dokumen dan e-mel.

Semakin jelas pertembungan kuasa dalam Umno yang cuba menyeret rakyat. Wajah sebenar Mahathir makin kelihatan

#sudahlahMahathir

No comments:

Post a Comment