Wednesday, November 11, 2015

Pendedahan skandal balak disambut ugutan dan ancaman di Kelantan

Sejak semalam saya berada di Kelantan utk perbagai program dan msyuarat.

Semalam di Pasir Puteh, ramai terkejut kerana pendedahan lengkap dokumen termasuk salinan cek, resit serta perjanjian dgn tandatangan saksi sekali skandal balak libat wang lobi hampir RM5juta terkait ADUN Kelantan.

Semalam Sdr. Salahuddin Ayub yg turut bersama tayar keretanya di toreh.

Semalam juga isteri YB Dato Husam menerima ugutan "bunuh".

Baru sebentar tadi dihubungi Ketua Pemuda Amanah Kelantan minta saya lebih berhati hati kerana prog.mlm ini mendapat ugutan akan diganggu gangster.

Saya tegaskan kita teruskan sahaja 9mlm ini (11 Nov) di Lubuk Jong, rantau panjang dan selebihnya kita serah kepada Allah. Malam ini Presiden Amanah , Hj Mohammad Sabu dan Pengerusi Amanah Kelantan, Dato Hj Wan Rahim turut akan bersama. Begitu juga wakil PKR dan DAP.

Saya berada baru selesai perjumpaan tertutup dengan komrad - komrad muda di Pengkalan Chepa. Sdr. Mohd Afiq yg menjadi pelapor SPRM tempoh hari juga bersama.

cheGuBard
PENGASAS SAMM

1 comment:

  1. Anonymous11:02 PM

    Ini bukanlah kali pertama kes skandal balak yang menyaksikan ugutan berlaku. Sekitar tahun 1990an, semasa saya bekerja di Kelantan kes ugutan diceritakan kepada saya oleh seorang peguam yang mengendalikan kes syarikat saya bekerja (kebetulan beliau juga merupakan peguam yang dilantik untuk kerajaan negeri). Beliau dikehendaki mengendalikan satu kes memperolehi kembali konsesi balak yang diberikan oleh kerajaan negeri terdahulu (BN) yang dibuat secara tidak sah. Dalam proses tersebut, beliau telah diugut oleh beberapa orang, termasuklah ADUN dan EXCO kerajaan negeri masa itu. Saya juga terkejut dengan cerita beliau. Selanjutnya beliau diarahkan oleh arwah YAB TGNA sebagai Menteri Besar untuk meneruskan kes tersebut. Akhirnya kerajaan negeri berjaya dalam kes tersebut. Moga ahli2 PAS tidak terlalu taksub kepada pemimpin mereka; ada yang baik dan ada juga yang bernafsu besar terhadap harta dunia. Wallahu'alam.

    ReplyDelete