Tuesday, October 27, 2015

Kenyataan Media laporan rasuah kait ADUN Kerajaan Negeri Kelantan dan seorang Datuk beralamat di Istana Negara bersangkutan aktiviti pembalakan

Saya mengiringi beberapa teman pengundi Kelantan pagi ini ke sprm untuk menfailkan laporan sprm dan menyerahkan dokumen bukti rasuah terkait ADUN kerajaan negeri kelantan dan seorang datuk yg menggunakan alamat Istana Negara.

Bayaran rasuah dari seorang tauke cina CEO sebuah sykt balak yg berpengkalan di K.Lumpur.
Dari jam 12tghari td hingga kini Mohd Afiq masih dlm bilik soal siasatan untuk sesi rakaman percakapan aduan SPRM.

Lanjut sila rujuk 

Kenyataan media.
27 Oktober 2015

Saya Mohd Afiq Bin Ayob, mewakili pengundi muda luar Kelantan hari ini telah memfailkan aduan rasmi berkaitan rasuah bernilai lebih RM5 juta bersangkutan kegiatan pembalakan di negeri Kelantan.

Diyakini SPRM bukan sahaja tidak punya alasan untuk memulakan siasatan tetapi dengan dokumen lebih 50 helaian bukti yang saya serahkan mampu untuk menyelesaikan hampir setengah kes ini.
Dokumen yang saya serahkan terkandung atau menyatakan dengan jelas wujudnya transaksi  melibatkan

· pembayaran wang kepada seorang ADUN Kerajaan Negeri

· ‘sumbangan’ kenderaan Toyota fortuner termasuk Salinan perjanjian jualbelinya

· Pembayaran perbelanjaan ke luar negara seorang exco negeri Kelantan

· ‘sumbangan’ RM 32,000 berbentuk lembu korban ke kawasan seorang ADUN kerajaan negeri

· ‘sumbangan’ ‘tile’ untuk lantai bagi ubah suai bernilai RM34,544.80 termasuk invoice penghantaran yang mana billnya dibayar oleh sebuah syarikat yang terlibat pembalakan
· Pembayaran melalui peguam bernilai RM1 juta. Dokumen berbentuk resit dan Salinan cek disertakan.

· Dokumen pembayaran tunai atas nama anak syarikat kerajaan negeri kepada seorang yang berpangkat Datuk yang menggunakan alamat Istana Negara bernilai RM150,000 yang tercatat baki bernilai RM4,850,000 (RM4.85 juta)

· Salinan cek pembayaran kepada seorang yang berpangkat Datuk bernilai RM1juta.
Semua transaksi tersebut dibuat oleh seorang Datuk berbangsa Cina bertindak bagi sebuah syarikat berkaitan perkayuan (balak) yang beralamat di Kuala Lumpur.

Dokumen  bukti yang diserahkan kepada SPRM jelas menyebut beberapa kali nama seorang ADUN Kerajaan Negeri Kelantan.

Lebih pelik lagi kegiatan ADUN Kerajaan negeri Kelantan yang dimaksudkan turut  melibatkan seorang Datuk yang menggunakan alamat Istana Negara dan dari carian laman sosialnya ia dikenali cukup rapat dengan pimpinan kerajaan pusat.

Selaku anak muda Kelantan saya cukup gusar dengan perkembangan mutakahir ini. Selama ini saya dan kawan – kawan begitu bangga dengan pemerintahan bersih kerajaan Kelantan di bawah almarhum Tuan Guru Dato’ Bentara Setia Hj. Nik Abdul Aziz Nik Mat. Tindakan saya ialah untuk membersihkan Kerajaan Kelantan dari anasir rasuah yang mengotori dan terus mempertahankan Kelantan dibawah pemerintahan bukan Barisan Nasional.

Kami memberi masa 30 hari kepada SPRM untuk menyesaikan, jika tidak saya dan teman – teman tidak punya banyak pilihan selain dari mendedahkan semua dokumen dan bukti terbabit kepada rakyat. Kami bersedia mencetak semua bukti tersebut untuk edaran kepada rakyat khususnya seluruh negeri Kelantan. Pelaku yang mengotori Kerajaan Kelantan harus disingkirkan segera.

Dalam pada masa itu kami sedia untuk bertemu YAB Datuk Menteri Besar bagi menjelaskan dan menyerahkan semua dokumen bukti terbabit dengan syarat, ADUN terbabit perlu digantung khidmat tugas serta merta sepanjang penyiasatan ini dan selepas terbukti bersalah Kerajaan Negeri sendiri harus bertindak ke atas ADUN ini selain dari tindakan undang – undang oleh SPRM.

Sekian.
Mohd Afiq Bin Ayob



5 comments: