KENYATAAN MEDIA.
29 Disember 2013
Simpati PDRM
diperalat regim. Amar Sigh, minta maaf atau disaman RM100juta
1. Dengan ini saya merakamkan rasa terkejut dan kecewa dengan tuduhan Timbalan Ketua Polis K.Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh yang mengaitkan saya dan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dengan tuduhan menganjurkan himpunan untuk mengulingkan kerajaan pada 31 Disember nanti.Tuduhan tersebut lebih jijik lagi apabila disambung dengan propaganda jahat iaitu konon wujud perancangan mengebom dan sebagainya.
2. Rakyat terhimpit dengan kenaikan kos hidup. Ini berkait rapat dengan kegagalan regim pemerintah selama ini dengan memungkiri janji janji pilihanraya yang belum setahun berlalu. Di masa pilihanraya Bn telah berjanji untuk menurunkan tol dan perbagai lagi usaha pengurangan kos hidup. Tetapi akhirnya mereka sendiri menipu, bukan sahaja gagal mengawal kos hidup tetapi mereka sendiri mengumumkan kenaikan berantai bermacam macam lagi keperluan asas yang lain seperti minyak ,elektrik, gula dan lain lain lagi. Sedar dengan kegagalan dan penipuan regim ini maka muncul cadangan untuk rakyat turun ke Dataran Merdeka bagi menunjukkan protes terhadap kenaikkan kos sara hidup. Cadangan ini bermula dengan persetujuan yang diolah dalam media baru seperti Facebook.
Ekoran itu beberapa ngo seperti SAMM menyambut baik persetujuan yang diolah secara organik ini dengan menyusun promosi dan seumpamanya, malah satu seketeriat ditubuhkan bukan sebagai penganjur tetapi penyelengara untuk melicinkan perbagai urusan.
3. Namun regim yang sentiasa menganggap kebangkitan kesedaran dan kecerdikan rakyat sebagai tekanan telah memulakan propaganda dengan memunculkan persepsi jahat terhadap himpunan protes kenaikkan kos sara hidup sebagai himpunan menggulingkan kerajaan.
4. Media arus perdana digunakan sepenuhnya bagi mengalih isu dari kenaikkan kos sara hidup kepada menggulingkan kerajaan . SAMM antara yang bersetuju dengan hak rakyat berhimpun dan menyatakan protes terhadap kos kehidupan serta penipuan janji janji pilihanraya Bn, telah berkali kali menegaskan melalui kenyataan persendirian dan kenyataan bersama bahawa himpunan ini cuma himpunan rakyat menyatakan protes bukan berbentuk keganasan tetapi aman.
5. Malah pra himpunan banyak telah di adakan atas nama flashmob di banyak tempat sama ada di dalam atau diluar lembah Kelang. Semua berjalan baik,begitulah bentuk himpunan ini cuma ia dalam skala yang besar di Dataran Merdeka pada malam tahun baru nanti.
6. Tidak di nafikan banyak juga pihak termakan dakyah jahat yang mengaitkan himpunan malam tahun baru nanti dengan keganasan menggulingkan kerajaan. Cuma tidak pasti PDRM merupakan pihak yang terpedaya propaganda jahat tersebut atau dengan sendirinya terlibat menjayakan propaganda tersebut.
7. Kemuncaknya adalah semalam apabila Timbalan Ketua Polis KL telah membuat sidang media seolah mempunyai maklumat gempar. Ia kelihatan seperti lidah propaganda jahat menyebut nama beberapa individu dan beberapa organisasi termasuk nama saya dan gerakan Solidariti Anak Muda Malaysia sebagai terlibat menganjurkan himpunan guling kerajaan malam tahun baru yang bukan sahaja bersifat ganas tetapi terkait juga dengan bom dan sebagainya.
Amar Singh kononya ada maklumat mengenainya. Lebih lawak jenaka kerana dalam begitu serius membawa tuduhan mengenai himpunan besar menggulingkan kerajaan, dia sendiri pula berkata bahawa NGO – NGO yang disebut itu cuma NGO kecil sahaja dan himpunan tersebut hanya akan dihadiri oleh ratusan orang sahaja. Saya amat kasihan dengan Amar Singh, seoprang pegawai polis kanan begitu kelihatan bodoh ketika menjadi alat aparat dakyah regim.
8. Saya dengan ini menafikan dakyah Amar Singh ini. Mohon semua pihak bertenang, ini semua usaha mengalihkan isu sebenar – rakyat susah, kos hidup naik, regim gagal, janji PRU Bn menipu. Saya dengan ini mendesak fitnah ini ditarik balik oleh Amar Singh dan memohon maaf. Dia harus dedah sumber pembohongan ini. Saya akan mengambil tindakan undang – undang terhadap dia dan semua media jahat yang menjadi penyambung fitnah tersebut. Isnin 30 Disember) akan menghantar notis undang – undang terhadap Amar Singh dan media – media terbabit. Saya akan memulakan proses saman sebanyak RM100juta ke atasnya.
9. Semua harus datang secara aman, jika ada bersenjata dan membuat provokasi menghasut keganasan, ia agen jahat maka rakyat sendiri akan tangkap dan serah kepada polis. Polis juga sudah tentu tidak mahu menandakan permulaan tahun baru ini dengan titik hitam hubungan polis dengan rakyat. Hanya bersenjatakan banner, poster dan laungan kita jumpa di Dataran Merdeka 31 Disember ini.
che’GuBard
** kenyataanm ini
dikeluarkan dari Miri, Sarawak kerana
dalam Lawatan Kerja SAMM ke Sarawak. Dua hari berada di belantara Baram bersama
komuniti orang asal yang bangkit menentang pembinaan Empangan Baram. Sebentar
lagi akan terbang ke Kuching untuk pelancaran program anak muda Sarawak- Nyah
Taib

![Clarification dari AMK Sarawak, oleh Timbalan AMK Sarawak, saudari Zulhaidah Suboh
Saya Selaku Tim. Ketua AMK Sarawak ingin memberitahu bahawa PKR tidak terlibat demo depan rumah Taib. Di minta Kt. Setiausaha Politik Ketua Menteri Abdullah Saidol harus menyelidik secara terperinci sebelum memberi kenyataan. Tiada perbincangan dan perancangan berkaitan demo antara PKR dan individu yg bernama Che'gu Bard yg di sebut oleh Abdullah Saidol. Jika ada sekali pun rakyat pro PKR yg terlibat, ini bukan wakil drpd parti itu. Kehadiran mereka atas kapasiti individu dan aktivis semata mata. Lupakh pimpinan BN Sarawak bahawa Taib sendiri pernah mengumumkan beliau akn berundur sbg Ketua Menteri Sarawak semasa beberapa kali PRN Sarawak? Siapa sebenarny Penipu & Pembohong?
PKR tidak pernah mengamalkan budaya politik kasar dan biadap spt kenyataan ADUN Semop. PKR merupakan sebuah Parti yg byk memberi kesedaran dan membuka mata rakyat Sarawak ttng sistem bobrok yg dilaksanakan oleh BN selama ini terutamany di Sarawak. Inilah yg menjadi ketakutan pemimpin BN.Kt. Pemuda PBB Neg. Srwk pula menyarankan supaya demontrasi dpn kediaman DS Anwar Ibrahim yg nyata bercakap bohong dan memburukkn imej Malaysia. Adakah Fazillah tdk tahu atau pura pura tdk tahu sepanjang Msia diterajui oleh PM Najib byk rekod buruk yg dcatatkan oleh Najib dr segi ekonomi, rasuah, campur tangan dlm jabatan kerajaan, sistem kehakiman dan byk lagi. Imej Malaysia tercalar bukan krn PKR tp sah dan nyata oleh BN dan ini menyebabkan sokongan BN kian pudar dan rakyat semakin muak dgn janji2 manis semasa pilihanraya tapi gagal dikotakan dan dilaksana dgn rasional. Apalah takut sgt dgn che'GuBard Samm] sorg ank Rembau sekampung dgn Rosmah. Takut lah dgn ank2 Sarawak yg bakal Bangkit & Lawan kamu. Seorg che'GuBard Samm di sekat, ribuan ank Sarawak yg Lawan. Berapa imbuhan yg bakal diterima oleh barua BN dlm mempertahankan Taib sepanjang hayat beliau?? BN dan Fitnah tdk dpt dipisahkan.](https://fbcdn-sphotos-d-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash4/s526x395/1459137_592147087506318_303347485_n.jpg)


Dalam
Umno Baru terdapat ramai yang ingin melihat Najib Razak dan isterinya
yang berpengaruh dikeluarkan daripada parti - skandal Altantuya akan
menjadi senjata yang paling tepat bagi tujuan ini.