Thursday, November 29, 2012

Ucapan Emosi Sharizat tanpa sempat habis baca teks merupakan penipuan bertaraf JKKK

Kenyataan Terbuka
29 November 2012

Ucapan emosi sharizat penuh perang saraf bertaraf JKKK umno

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Segmentasi Wanita Muda berasa terkejut dengan ucapan ketua wanita Umno yang merupakan bekas menteri wanita yang terlepas jawatan kerana kes skandal RM250j melibatkan keluarganya.

Wanita Muda SAMM menegaskan ucapan tersebut penuh pembohongan, propaganda jahat yang mencetus sentimen perkauman dan juga memperbodohkan pendengar. Ini mendedahkan hakikat sebenar cara pemikiran pemimpin Umno dulu, kini dan selamanya.

Antara pembohongan Sharizat ialah kononya kuasa politik melayu ibarat telur hujung tanduk selepas PRU-12 tahun 2008, kononya kuasa atau suara melayu dalam Parlimen Malaysia mengecil. Sama ada Sharizat berbohong atau dibohong oleh penulis ucapanya, nyata ia bercanggah dengan kedudukan sebenar.

Untuk pengetahuan Sharizat, tahun 2004 ketika Bn dan Umno kuat hingga meraih kemenangan terbesar dalam sejarah PRU negara, jumlah ahli parlimen melayu ialah 123 orang manakala pasca PRU 2008 ketika Umno Bn lemah menyaksikan jumlah ahli parlimen Melayu meningkat kepada 130 orang. Jumlah MP melayu ini meningkat kerana Pakatan Rakyat telah meletakkan lebih banyak calon melayu. Calon melayu PR juga diakui dan diterima baik oleh pengundi bukan melayu.

Pecahan Ahli Parlimen mengukut parti dan kaum melayu serta bukan melayu beza 2004 dan selepas
PRU 2008, ternyata jumlah ahli Parlimen melayu meningkat.


Satu fakta lagi yang tidak boleh dikesampingkan, kerusi MP melayu berkurangan apabila Pilihanraya kecil Hulu Selangor berlaku selepas kematian Datuk Zainal (PKR) merekodkan calon MIC Bn menang hasil bantuan Umno yang bersungguh-sungguh menewaskan calon melayu PKR.

Maka apa yang disebut Sharizat itu ternyata meleset. Tiada masalah komposisi kaum dari kalangan PR walaupun melayu dominasi, PR tetap mendapat sokongan bukan melayu dan kuasa melayu terpelihara. Apa yang lebih diutamakan ialah ketelusan dan kecekapan dalam pentadbiran, tidak rasuah, dan rakyat diutamakan dalam erti kata sebenar, bukan retorik.

Wanita Muda SAMM tidak menafikan melayu banyak tercicir dan hilang hak seperti bahasa melayu yang diminimakan dan tanah rizab melayu yang menyusut banyak. Siapakah yang menjadi dalang penyusutan kuasa melayu yang sebenar dari aspek penguasaan hartanah?

Contohnya, kehilangan besar tanah rezab melayu yang tidak berganti di Johor dan Negeri Sembilan. Tanah rezab melayu di bawah kuasa kerajaan negeri, jadi apakah kedua-dua negeri yang paling banyak kehilangan tanah rezab melayu itu dikuasai oleh Pakatan Rakyat? dikuasai DAP atau PR? Atau Umno yang gadai tanah dan bangsa melayu!

Sudahlah Sharizat, anda sememangnya pemimpin yang 'contaminated' tetapi agak malang bagi umno kerana masih mengangkat pemimpin sebegini. Ini mungkin bermakna Umno sudah teruk tahap tercemarnya.

Perhimpunan Umno saban tahun tidak lagi dianggap suara keramat, tetapi hanya menjadi bahan tertawa rakyat yang sudah jelak dengan retorika eksotik umno. Bila hampir menyedari tarikh luput makin dekat Sharizat hanya memainkan peranan selaku pemimpin parti fasis perkauman dengan membawa ugutan 13 Mei. Ia mungkin juga usaha Sharizat menempatkan semula diri sebagai calon Menteri Kabinet, begitu emosi dan bersungguh sehingga teks ucapan dasar yang memberikan maklumat salah itu sendiri tidak sempat Sharizat habis bacakan.

Young Syefura Othman
Penyelaras
Wanita Muda SAMM

No comments:

Post a Comment