Tuesday, November 02, 2010

email dari seorang teman : Aktivis reformasi desak JPP PKR dikaji semula

Aktivis Reformasi menyatakan kekesalan tentang kesalahan maklumat dari Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat yang berlaku hari ini, yang telah menimbulkan kekeliruan berhubung pemilihan Parti Keadilan Rakyat 2010. Aktivis Reformasi merasakan apa yang berlaku hari ini selepas rentetan demi rentekan isu teknikal yang berlaku sebelum ini menunjukkan kelemahan ketara Jawatankuasa Pemilihan Pusat PKR (JPP) dan pihak Sekretariat Ibu Pejabat sebagai pengendali pemilihan Parti 2010.

Kesilapan melaporkan keputusan pemilihan Parti bagi jawatan Timbalan Presiden antara YB Azmin Ali dan Dato’ Zaid Ibrahim memperlihatkan kelemahan kedua-dua badan tersebut. Perkara ini berlaku apabila Timbalan Setiausaha Agung Parti, Puan Syarifah Shahidah pagi tadi melalui akaun twitternya telah mengeluarkan keputusan yang menggambarkan bahawa Dato’ Zaid Ibrahim sedang mendahului YB Azmin Ali dan disiarkan sebagai keputusan rasmi dalam kolum rasmi pemilihan 2010 di website Parti.

Ini menyebabkan media dan portal internet melaporkan bahawa Dato’ Zaid kekal mendahului undi Timbalan Presiden selepas hari ketiga. Namun apa yang berlaku setelah menyedari kesilapan Setiausaha Agung PKR, YB Saifuddin Nasution telah memberikan angka yang sebenar iaitu YB Azmin mendahului undi bagi jawatan Timbalan Presiden.

Kami melihat kelemahan kedua-dua badan tersebut adalah pada perkara paling asas mengumumkan keputusan pemilihan. Hal ini adalah sesuatu yang tidak adil bagi YB Azmin Ali dan juga bagi pihak Dato’ Zaid Ibrahim yang sedang merebut jawatan nombor dua Parti. Dan ianya juga memberi kesan psikologi dan mental kepada para penyokong kedua-dua pemimpin utama yang giat berkempen di bawah.

Kesilapan demi kesilapan teknikal yang berlaku disebabkan JK Pemilihan Pusat dan Sekretariat Ibu Pejabat Parti telah memberi impak yang negatif, imej buruk yang boleh menghakis keyakinan rakyat terhadap kemampuan Parti untuk mentadbir negara. Akan lebih malang lagi jika rakan Parti Pakatan Rakyat PAS dan DAP mula hilang keyakinan kepada kemampuan Parti untuk bersama Pakatan Rakyat.

Oleh itu, kami mendesak Pimpinan Parti, khususnya Ketua Umum, Dato’ Seri Anwar Ibrahim untuk mengambil perhatian pandangan aktivis reformasi. Kita mengkritik kelemahan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) yang tidak adil dan telus, dan sepatutnya kita memberi contoh kepada SPR bagaimana hendak mengendalikan pilihanraya dengan adil dan telus. Pimpinan Parti mesti mengambil langkah segera berhubung perkara ini, jangan sampai kita diberi pepatah “Seperti ayam yang berkokok berdegar-degar tetapi ekor penuh tahi”.

Salam reformasi.
Emel: dari Salam Reform

2 comments:

  1. Anonymous11:52 AM

    Ini lah pesan orang tua "look before you leap".
    Akibat kurang persediaan dan kurang tahap kesedaran kepada satu undi satu ahli dan menjadi keadaan yang tidak memuaskan.
    Logostic support?
    Manpower?
    Awareness?
    And tak payah lah! Bila tertinggal kat belakang mula bising semua orang tak betul tetapi bila kat depan senyap je.
    Either you take remedial action and accept the out come or be firm and tell the HQ stop now before too late!
    One Vote one Member need a proper debate and it should be extensive, inclusive and conclusive. For the time being let go for constructive action engaging everyone and looking at the bigger picture of the political situation in country.
    Nak menang ke nak kalah?

    ReplyDelete
  2. Anonymous12:13 PM

    Jgn mudah terpengaruh dgn mainan pihak tertentu..kuatkan barisan dan teguhkan perjuangan..ni entah apa-apa dah mula nak tarik diri..nakkuar parti..apa punya pejuang nie..ambillah iktibar penubuhan parti baru selama 50 tahun kebelakangan ini..apa dah jadi..semuanya dah innalillah..kena faham yg u lawan nie yg ada kuasa..dan ada semua kemudahan..berpuluh tahun dalam gelanggang kata org riak diair dah tau jantan betina..Target kita putra jaya..baru nampak bayang putra jaya dah berpesta..lastly abuk pun tadak n dgnparti.parti sekali berkubur..itulah sejarah lalu..fikirlah betul-betul...

    ReplyDelete