Monday, June 28, 2010

Jangan hanya porpulariti tetapi ingatlah Rembau

Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin sekali lagi diingatkan untuk memberi tumpuan kepada pelbagai masalah penduduk kawasannya daripada “sibuk” memberi sidang akhbar dan mengeluarkan cabaran kosong dalam mencari keuntungan politik peribadi.

Ahli Majlis Pimpinan Pusat Keadilan Badrul Hisham Shaharun berkata pengundi di Rembau amat mendahagakan khidmat bakti yang dijanjikan oleh Khairy semasa kempen pilihanraya umum 2008.

"Saya ingin menyatakan sesuatu yang asas kepada Khairy, di Rembau ini ada banyak isu yang perlu ditangani tetapi apabila masyarakat Rembau hendak mengadu kepada ahli parlimennya, Khairy, beliau sentiasa sibuk,” kata Badrul.

Beliau berkata Khairy sebaliknya menghabiskan masa untuk mengeluarkan pelbagai kenyataan dan cabaran kepada pembangkang semata-mata untuk menarik perhatian pucuk pimpinan Umno demi masa depannya dalam parti itu.

Ketika peniaga pasar malam Rembau mengeluh kerana terpaksa membayar yuran sampah setiap tiga bulan, membabitkan jumlah agak besar, Khairy sibuk memberi tempoh 48 jam kepada Ketua Pembangkang memberikan bukti isu wakil rakyat disogok wang untuk lompat parti,” kata Badrul.

Badrul menegaskan perkara itu adalah isu parti dan Khairy tidak perlu bingkas campur tangan.

Ini kerana Khairy masih membisu bersabit kegagalan kerajaan Umno-Bn mengambil sebarang tindakan terhadap pihak yang mencemari institusi kehakiman Negara sebagaimana yang didedahkan menerusi skandal video VK Lingam.

"Saya amat menyokong tindakan Anwar tidak mendedahkan bukti sekarang dan meminta beliau mendedahkan apabila sampai masanya kerana jika dibandingkan masa lalu, pihak berkuasa diam sahaja setelah mendapat bukti daripada kami.

"Semasa Anwar mengemukakan video VK Lingam, seluruh negara menjadi kecoh dan kerajaan Umno-BN telah mencuba sedaya-upaya untuk memesongkan kes itu, tetapi rakyat Malaysia yang sedar, telah menghukum kerajaan Umno-BN dalam pilihanraya umum lalu.

"Tetapi selepas itu, isu ini telah dilupakan dan kerajaan Umno-BN terus berdiam sahaja," kata beliau lagi.

"Kita jangan ambil sangat kenyataan ahli politik yang dalam keadaan terdesak seperti Khairy, yang terdesak untuk membuktikan lebih-lebih lagi setelah beliau diketepikan oleh Najib dalam memilih Kabinetnya, sungguhpun beliau Ketua Pemuda Umno," jelas Badrul.

Badrul berkata Khairy sendiri harus insaf dan prihatin terhadap pengundi di Rembau sebelum member pandangan mengenai isu-isu lain.

"Di mana Khairy apabila para peniaga mahu membuat aduan? Khairy perlu membuat kerja untuk gaji dan elaun yang diterimanya, bukan jaga tepi kain Datuk Seri Anwar Ibrahim atau Pakatan Rakyat," tegas beliau lagi.

Ahli Dewan Undangan Negeri Teja, Chang Li Kang pula menyifatkan tindakan Khairy mencabar Anwar sebagai hipokrit.

"Memang Khairy ada hak untuk bertanya, saya tidak menafikannya tetapi kita juga ada hak untuk meminta Khairy dan kerajaan Umno-BN untuk mengambil tindakan terhadap kes-kes lalu yang mana bukti telah pun diserahkan," katanya lagi.

"Saya amat yakin Anwar mempunyai bukti yang cukup kuat dan itu merupakan hak beliau samada mahu mendedahkan bukti itu sekarang ataupun tidak. Khairy hanya cuba menarik perhatian daripada partinya dengan membuat pelbagai cabaran," jelas Li Kang.
-SK

2 comments:

  1. Anonymous4:09 PM

    You have written a fantastic site.
    my web page :: gas hot water system logan

    ReplyDelete
  2. Anonymous12:58 AM

    Igot this web ѕite from my pal whho shared with mе conceгning this websіtе and now thіs timе І am ѵisiting this web page and
    гeading very іnfoгmative articleѕ οr reviеws at thiѕ time.


    Feel free to νіѕіt my page Asian Cock Sucker

    ReplyDelete