Tuesday, December 23, 2008

Tahniah buat lantikan Ketua Perhubungan baru dan Salam hangat buat Kapten (B) Datuk Zahar Hashim

Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi keADILan baru - baru ini telah membuat keputusan merombak sebahagian besar pengerusi perhubungan negeri. Ini demi memberikan nafas baru dan memperbaiki tahap pentadbiran ke arah memperkasakan parti. Malah usaha serius menawan Sarawak akan diketuai oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila beliau sendiri akan menjadi 'care taker' bagi dua negeri di Malaysia Timur ini. Berikut ialah senarai pengerusi perhubungan.

1. Pahang - Dato’ Fauzi Abd Rahman
2. Pulau Pinang - YB Dato’ Zahrain Mohamed Hashim
3. Negeri Sembilan - YB Dato’ Kamarul Baharin Abbas
4. Selangor/Wilayah Persekutuan- YB Tan Sri Dato’ Abd Khalid bin Ibrahim
5. Sabah/Sarawak - YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim
6. Kedah - YB Tuan Haji Ahmad bin Kassim
7. Kelantan - YB Ab Aziz Ab Kadir
8. Perlis - Johari bin Shafie
9. Melaka - Khalid Jaafar
10. Johor - Dr. Zaliha Mustaffa
11. Perak - Osman Abdul Rahman
12. Terengganu - Wan Rahim bin Wan Hamzah

Tahniah buat yang baru terlantik dan kepada yang dinamakan semula gunakanlah kepercayaan ini untuk memperbaiki lagi pencapaian kita. sila klik untuk baca kenyataan penuh DSAI

Dalam perkembangan lain pula begitu kuat khabar angin mengatakan kononya Ketua Umno PJ Selatan, Kapten (B) Datuk Zahar Hashim akan menyertai Pakatan Rakyat. Namun berdasarkan beberapa portal berita pula melaporkan bahawa tokoh ini tidak menafikan khabar angin ini tetapi cuma berkata sedang memikirkan dengan serius. Kepada Datuk Zahar, kalau benar tekad di hati melangkahlah dengan berani. Salam hangat buat Datuk Zahar.

Selaku MPT keADILan penyertaan Datuk Zahar dan teman - temanya amat di alu alukan. Sesungguhnya pengalaman Datuk dan teman - teman akan dihargai dan bakal membantu memperbaiki lagi Kerajaan bawah PR (khususnya Selangor) serta memperkukuhkan perjuangan Pakatan Rakyat.

keADILan amat mengalukan kemasukan sesiapa sahaja sama ada telah berparti atau tidak berparti untuk bersama mendokong cita - cita 17 matlamat perjuangan keadilan. Namun perjuangan ini tidak menjanjikan apa apa habuan selain kenikmatan bersama menegakkan keadilan. sila klik untuk membaca berkenaan berita ini

13 comments:

  1. Anonymous5:47 PM

    asyik bekas - bekas je masuk mano ahli parlimen nyer yang dikatana berpuluh2 orang nak masuk PR nie...

    setakat tok Zahar yang membising je nie leh le ekau kaut

    ReplyDelete
  2. Anonymous8:25 PM

    aku baca nama - nama pengerusi perhubungan PKR tak satu pun nama dikenali yang boleh dilihat membanggakan....

    KapTen Bersara takat jadi ketua bahagian yang Bn kalah bising lagi.... dia pasti akan masuk PR sebab dia duk dalam Umno pun sebab kepentingan nie bila umno kalah dia nak keluar pula.... pergilah kamu oppoturnis...Umno parti melayu kebal takkan terjejas kerana kamu seorang....

    ReplyDelete
  3. Anonymous2:20 AM

    kalau stok askart pencen nie beri le pada pas dan adil...kalau nak masuk dap lagi baik

    ReplyDelete
  4. Anonymous9:47 AM

    Biasalah... PKR kan Parti Kutip Recycle atau Parti Kutip bahan terbuang... Yang 'bekas-bekas' je yang dikutip dan diambil jadi ahli... Kualiti out...

    ReplyDelete
  5. Anonymous9:50 AM

    Nama-nama ketua bahagian PKR macam banyak yang muka baru je. Mesti tak berkualiti... Yang kenal pun, Anwar Ibrahim dan Khalid Ibrahim... Anwar Ibrahim pegang Sabah dan Sarawak...Hmmm...Siaplah orang Sabah dan Sarawak, kena kencinglah korang dengan Anwar...

    ReplyDelete
  6. Anonymous10:35 AM

    Pakatan Recycle mengalu-alukan penyertaan anda Datuk Zahar... Mereka memang sedia menerima bekas-bekas parti lain...

    ReplyDelete
  7. Anonymous11:38 AM

    UMNO (a.k.a KJ) tak nak hudud sebab atas prinsip BN atau takut hilang tangan sebab sapu duit rakyat?

    ReplyDelete
  8. Anonymous3:17 PM

    sebab da banyak sapu duit rakyat la tu.....


    lagi satu sebab jahil agama....


    ho..ho..ho..ho...

    ReplyDelete
  9. Anonymous3:18 PM

    sebab da banyak sapu duit rakyat la tu.....


    lagi satu sebab jahil agama....


    ho..ho..ho..ho...

    ReplyDelete
  10. Anonymous11:05 AM

    Rombaklah PKR cepat-cepat sebelum anwar masuk sg buluh balik semula..

    Parti Reject (PR) tak lama lg berkuburlah...nak kuburkan kat mana yek??

    ReplyDelete
  11. Anonymous2:28 AM

    Habislah orang sabah & sarawak kena kencing dengan anuar...

    ReplyDelete
  12. Anonymous2:52 PM

    Zahar kepten pencen abuk pun takdo...poi mampus lah masuk lah pas tu.....

    kami pejuang tulem melayu takkakn terpedaya dengan zahar yang masuk pas sebab tak dpt jual helikopter ngan govt.

    ReplyDelete
  13. Anonymous11:35 AM

    wahai saudara - saudaraku ahli Umno yang membaca nota ini...pertama sekali tahniah kerana anda berjaya mengeluarkan diri anda dari hanya terperap membaca utusan malaysia dan seumpamanya....

    kedua harap jgnlah terlalu emosi dalam memberikan komen dan seumpamanya fikir-fikirkan lah realiti sebenar...

    ReplyDelete