Thursday, July 03, 2008

Perhimpunan PROTES Aman Rakyat diteruskan


Perhimpunan PROTES aman rakyat berkenaan kenaikan harga minyak tetap akan dijalankan pada 6 Julai ini. Perhimpunan akan bermula jam 9.00 pagi sehingga 11.00 malam ini akan diadakan di Padang Timur, Petaling Jaya (berdepan dengan Amcorp Mall).

Penganjur sudah memastikan persiapan semua persiapan teknikal lancar. Ia adalah Pesta Merah (warna rasmi PROTES) yang meriah dan tenteram. Selain dari ucapan pemimpin turut diadakan ialah persembahan nyanyian, bacaan sajak dan perbagai persembahan kebudayaan. Ia PROTES budaya baru di Malaysia tetapi ia biasa di seluruh dunia.

Namun penganjur tidak menolak kemungkinan ada pertukaran saat akhir tetapi semua diharapkan jangan keliru. Semua harus bertolak guna kenderaan awam jika boleh terus ke Padang Timur dahulu. Jika ada perubahan 'trafic shift' akan dilakukan sebaik mungkin dan penganjur sudah menyediakan petugas yang cukup untuk itu.

Terdapat kenyataan bahawa beberapa isu yang muncul mutakahir ini mungkin menenggelamkan dan mengurangkan tumpuan rakyat terhadap perhimpunan yang akan berlaku. kenyataan ini harus di tolak kerana jawatankuasa penganjur tidak teralih tumpuan malah beberapa isu yang muncul sehari dua ini sebenarnya menguatkan lagi mood rakyat dan alasan rakyat untuk turun bersama.

Pimpinan tertinggi termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah mengesahkan untuk turut hadir bersama dalam perhimpunan aman ini.

Ayuh semua sms, edar risalah, tampal poster ajak semua hadir bersama 6 Julai, Petaling Jaya. Hadir dengan bendera Malaysia, kain rentang yang menyuarakan masej rakyat. kepada pihak keselamatan diharap jangan gusar kerana kita pernah membuktikan ketika Perhimpunan BERSIH yang lalu jika pasukan keselamatn dan rakyat bekerjasama semuanya aman dan rakyat sudah matang.

3 comments:

  1. Anonymous3:46 PM

    Chegubard,
    ramai orang komen pasal ada persembahan, mereka tanya mengapa tidak buat total mcm perhimpunan bersih? bagi pendapat saya pula, apa pun yang terjadi, saya tetap berniat turun untuk menyatakan kesusahan rakyat apabila harga minyak naik.

    Ayuh rakan2 sertai perhimpunan 6 Julai ini di AMCORP MALL P.J untuk PROTES harga minyak kerana kita sudah GERAMM. Kita berjuang hingga ke titisan minyak yang terakhir. Silalah ke http://www.GERAMM.org untuk tandatangan tanda protes kenaikan harga minyak.

    Rakan2
    Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
    bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru

    ReplyDelete
  2. Dengar cerita, IGP nak minta tolong askar. Macamana tu Che gu Bard? InsyaAllah. Diharap Semuanya Selamat.

    ReplyDelete
  3. Anonymous3:13 AM

    Nampaknya Ezam berjaya... menghancurkan tulang belkang reformasi iaitu pemuda ...sekarang baru aku paham kenapa dia sungguh2 sungguh nak taruk shamsul sebagai ketua dan tak nak org cabar shamsul...

    kerana dia tahu shamsul tak boleh lead org muda

    ReplyDelete