Tuesday, December 12, 2006

Rayuan bagi anak fakir 'berikan kami senyuman-Jom kembali ke sekolah"

Menjelang Syawal yang lepas Angkatan Muda Negeri Sembilan telah berjaya membantu 56 buah keluarga fakir menikmati Eidulfitri. Melalui program yang dinamakan Jejak Fakir tersebut AMKNS amat menginsafi kedaifan rakyat dan amat menyesali ia beralku dalam keadaan kerajaan membazirkan dan menyelewengkan RM 4.5 juta (peruntukan dana khas dari kerajaan pusat untuk rakyat miskin) hanya untuk membina dapur rumah Menteri Besar *

Menjelang tahun baru ini AMKNS amat merisaukan nasib anak anak keluarga fakir ini. Maka atas semangat yang sama dan atas kejayaan program ini AMNS akan meneruskan program bantuan ini dengan program ’Jom kembali Sekolah’. Program Jom kembali ke Sekolah ini akan di lancarkan untuk membantu anak – anak fakir miskin ini membeli peralatan dan keperluan sekolah.

Memang benar, yuran peperiksaan sekolah di mansuhkan tapi bagaimana dengan yuran sampingan seperti yuran Majlis Sukan, Yuran PIBG, Yuran Kertas Peperiksaan percubaan dan seumpamanya. Malah bagaimana mereka ini mungkin berdepan dengan pakaian sekolah dan peralatan sekolah yang semakin mahal. Kami merayu bagi pihak anak – anak keluarga miskin ini , kepada mereka yang berkemampuan sudilah membantu dengan menghulurkan bantuan dalam bentuk kewangan, peralatan sekolah dan seumpamanya. Sebarang bantuan bolehlah disalurkan dengan menghubungi ; Badrul 017 6688404 @ Azizi 012 3696474.

Atau boleh terus masukkan ke akaun khas Bendahari AMKNS (BSN) 05 105 2900012 0067 – Zaini Yusof dan kemudian boleh menghubungi nombor di atas untuk mendapatkan resit pengesahan penerimaan sumbangan. Janji Angkatan Muda keADILan Malaysia meneruskan tekad memperjuangkan rakyat terbanyak !
*berdasarkan laporan audit negara 2005 yang dibentangkan di Parlimen.

berita berkaitan : sila layari http://chegubard.blogspot.com/2006/11/fakir-miskin-amns-akan-temui-mains-dan.html

4 comments:

  1. Anonymous3:30 PM

    Salam apa jadi cikgu?

    cikgu letak jawatan kenapa? so sapa nak turun and bela serta tengok2 kami kat bawah ? sapa ada yg berani lagi macam cikgu ?

    mesti ada masalah sebab saya percaya cikgu letak jawatan tapi masih aktif terus berjuang ? ciriterlah apa yang berlaku.....

    amk pahang

    ReplyDelete
  2. Anonymous3:37 PM

    Harap AMK di pusat jgn gaduh2....tumpukan bina kekuatan...

    Harap tolak perletakan jawatan cikgu tu... dan selesaikan masalah politiking yang keterlaluan...

    Cikgu bila nak mai penang...? dah jgn tension - tension jom pekena nasi kandaq lagi baik....biaq la mereka yg gila - gila tu....

    ReplyDelete
  3. Salam....

    apapun...wadah gerakan ini sebenarnya wadah yang benar dan tepat cuma kekadang sikap 'kelolo' pengemudi membuatkan seolah ia kelihatan 'tidak sesuai'.... namum jangan khuatir kita akan terus bersama dalam perjuangan ini....

    ReplyDelete
  4. IJAZAH PALSU

    Banyak sekali diantara kita semua yang terjebak dalam lubang pengangguran.
    Menyedihkan memang ketika kita berulang kali keluar masuk dari satu perusahaan keperusahaan lain namun hasilnya tepap sama,DITOLAK!!!.
    Mungkin juga diantara kita berfikir kenapa untuk menempuh jenjang pendidikan yang tinggi membutuhkan biaya yang tidak sedikit,bahkan cenderung makin menjerat.
    Sedangkan untuk memperolah pekerjaan yang layak baik di instansi pemerintah maupun perusahaan swasta selalu disyaratkan: MINIMAL D3 atau S1.
    Salah siapa?!
    Apakah anda ingin berubah?
    Atau ingin selalu dijajah?


    ANDA BUTUH IJAZAH UNTUK MELAMAR KERJA/MELANJUTKAN KULIAH/KENAIKAN JABATAN?!?!

    -SMU:3.000.000
    -D3:6.000.000
    -S1:8.000.000

    * AMAN, LEGAL, TERDAFTAR DIKOPERTIS, BISA UNTUK MASUK(PNS, TNI, POLRI).

    JUGA MELAYANI PEMBUATAN SURAT SURAT PENTING SEPERTI:SIM, STNK, KTP, REKENING BANK, SURAT TANAH, AKTE KELAHIRAN.BPKB, N1, SURAT NIKAH, DLL.

    SYARAT:KTP/SIM,FOTO BERWARNA DAN HITAM PUTIH,UNIVERSITAS YANG DITUJU,IPK YANG DIMINTA(MAX 3,50),TAHUN KELULUSAN YANG DIMINTA,ALAMAT PENGIRIMAN YANG DIMINTA.KIRIM KE:arief_gagah@yahoo.com

    BERMINAT?

    HUB: +6285736927001.

    (HANYA UNTUK YANG SERIUS SAJA)

    Nb:Semua manusia berhak meiliki pekerjaan dan pendidikan yang layak,entah dari kalangan atas,menengah dan bawah.Maka dari itu kami ada untuk anda yang mebutuhkan ijazah atau surat-surat penting lainnya.


    TERIMAKASIH

    ReplyDelete