Wednesday, April 19, 2006

5 pemimpin Angkatan Muda ditahan di Tasek Gelugor

Sunday, April 16, 2006

Oleh Zulkifli Mohamed

TASEK GELUGOR: Lima pemimpin Angkatan Muda Keadilan, termasuk Timbalan Ketua Penerangannya Badrul Hisham Saharin ditahan polis pagi ini, kerana menyertai perhimpunan aman dan mengedarkan risalah berkaitan kenaikan harga minyak di Kompleks Tasek Gelugor, di sini, Ahad.Empat yang lain ialah Exco Angkatan Muda Pusat, Rezal Huzairi Md Zaki, Ketua Penerangan Angkatan Muda Pulau Pinang, Amir Mohd Ghazali, Ketua Penerangan Angkatan Muda Tasek Gelugor, Sabri Salleh dan Setiausaha Angkatan Muda Kepala Batas, Latif Abdullah.Kesemua mereka ditahan kira-kira jam 11 pagi dan dibawa dengan sebuah trak polis ke Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara, Butterworth.Selepas 5 minit perhimpunan berlangsung, Timbalan Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Supritendan Sukri Awang terus meluru kepada para penunjuk perasaan dan mengarahkan perhimpunan bersurai dalam masa lima minit.Ketika itu, Timbalan Ketua Angkatan Muda Kedah, Khairul Anuar Ramli baru hendak memulakan ucapannya.“Perhimpunan ini kena diberhentikan kerana telah banyak kali menyusahkan pihak polis,” katanya ketika berlangsung rundingannya dengan Ketua Penerangan Keadilan Pulau Pinang, Johari Kassim.Tasek Gelugor menjadi lokasi ke-10 dalam siri demontarasi aman di sebelah utara.Arahan beliau dipatuhi, setelah mereka diarahkan meninggalkan kawasan tepi jalan raya yang menjadi lokasi perhimpunan.Bagaimanapun, beliau mengarahkan para penunjuk perasaan berkumpul di perkarangan Kompleks berkenaan untuk satu sidang media oleh pemimpin Angkatan Muda .Ketika berlangsung kira-kira 10 minit sidang media oleh Badrul Hisyam, Sukri sekali lagi polis meluru dan mengarahkan para pemimpin Angkatan Muda ditahan, termasuk Latif dan Amir yang sedang memegang satu-satunya sepanduk pada hari itu yang tertera: ‘Pak Lah! kami orang kampung, tak kaya, barang naik lagi kedana la kami. Pak Lah tak sayang kami ka?”Rezal Huzairi dan Sabri pula ditahan ketika mengedarkan risalah kenaikan harga minyak kepada orang ramai, termasuk kepada anggota polis.Seorang pemuda yang mempunyai ‘masalah mental’ hampir ditahan polis, kerana mengetuai orang ramai melaungkan ‘reformasi’ ketika trak yang membawa tahanan aktivis Angkatan Muda mula bergerak.Kad pengenalannya turut diperiksa polis, bagaimanapun dia dibebaskan setelah pihak polis mengetahui hal sebenarnya.Perhimpunan pada pagi itu dihadiri kira-kira 100 orang.Lima trak polis dan sebuah water canon bersiap sedia di Balai Polis Tasek Gelugor. Sementara sekatan jalan raya diadakan dari kedua-dua arah Tasek Gelugor dan Kepala Batas.Ketika berita ini ditulis (1.00 tengah hari), kesemua mereka belum diambil sebarang keterangan.“Belum ada sebarang keterangan diambil,” jelas salah seorang tahanan, Amir Ghazali ketika dihubungi di Ibu Pejabat Polis berkenaan.Semalam (Sabtu), kira-kira 3 petang, sepasukan FRU dan sebuah ‘water canon’ yang bersedia di Dewan Millenium Kepala Batas, pulang hampa setelah tiada sebarang perhimpunan aman di sana.Sebelum itu, telah tersebar maklumat palsu tersebut melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) oleh pihak-pihak tertentu.Ketika ini, para pemimpin Barisan Alternatif (BA) sedang berkumpul di Ibu Pejabat Polis berkenaan untuk memberikan sokongan moral kepada para tahanan.

2 comments:

  1. Perhimpunan aman di Kompleks Tasek Gelugor, 5 ditangkap
    Sun | Apr 16, 06 | 06:14:02 PM
    Oleh Mohd Sabri Said
    TASEK GELUGOR, 16 April (Hrkh) - Belum pun sempat berucap lima minit di perhimpunan aman di Kompleks Tasek Gelugor, lima orang kepimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di tahan polis pagi tadi.

    Hari ini jelas pihak polis nampak tertekan ekoran mereka dipermainkan oleh individu yang tidak bertanggungawab menyebarkan mesej mengatakan rakyat akan berhimpun di hadapan pintu masuk Perbadanan Produktiviti Negara (NPC), Kepala Batas sewaktu kedatangan Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk merasmikan Nadwah Ulama' Nusantara (NUN) semalam.

    Pihak polis mendesak Timbalan Ketua Penerangan PKR Pusat, Badrul Hisyam Shahrin berhenti berucap sambil menyuruh orang ramai beredar ke kawasan kompleks kononnya menggangu lalu lintas.

    Setelah empat kali melaungkan 'saya kata berhenti, berhenti' oleh Timbalan Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Shukri Awang, petugas yang sedang menanti arahan terus menyerbu walaupun Badrul sedang mengadakan sidang akhbar.

    Mengikut perancangan, selepas berdemontrasi semua jentera parti akan mengedarkan risalah 'Protes Sampai Turun' di Pasar Tani Tasek Gelugor dan ceramah perdana yang dijadualkan malam ini oleh Badrul Hisyam dan Gobalakrisnan di Pusat Pendidikan Islam Padang Menora.

    Selain Badrul Hisyam turut ditahan ialah Setiausaha Angkatan Muda PKR Bahagian Tasek Gelugor, Mohd Sabri Salleh, Ketua Penerangan Angkatan Muda PKR Pulau Pinang, Amir Ghazali, Angkatan Muda PKR Bahagian Kepala Batas, Latif Abdullah dan Angkatan Muda PKR Pusat, Rizal Husairi.

    Ahli Jawatankuasa Angkatan Muda PKR Bahagian Tasek Gelugor, Nasir Hasan yang melaungkan reformasi setelah polis menangkap Badrul turut ditahan tetapi terpaksa melepaskannya apabila polis mati akal bahawa kehadiran beliau dibolehkan oleh undang-undang.

    Kesemua mereka dibawa ke Balai Polis Tasek Gelugor sekitar pukul 11.30 pagi sebelum ke Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara di Butterworth 20 minit kemudian.

    Ketua Wanita PKR Negeri, Puan Aminah Abdullah yang turut serta dalam demontrasi tersebut membidas sikap Perdana Menteri kerana tidak pernah turun ke padang meninjau pandangan rakyat terhadap kenaikan harga minyak.

    Sebaliknya, membisu seribu bahasa dan merasa bangga dengan usaha terbarunya menyenaraikan lima teras yang patut dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia ke 9 (RMK-9).

    "Dia hanya tersenggih bila rakyat buat demontrasi dan kemudiannya mengeluarkan arahan tangkap kerana demontrasi bukan budaya masyarakat negara ini," ujarnya.

    Sementara itu, Ketua Angkatan Muda PKR Bahagian Tasek Gelugor, Hasan Jab dalam kenyataannya berkata, polis tidak wajar bertindak sebegitu kerana arahan polis agar berucap di kawasan kompleks dituruti lagipun bukan berceramah tetapi sidang akhbar.

    Setakat pukul 2.00 petang tadi, mereka yang ditahan masih disoal siasat di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara.

    Hadir memberi sokongan moral ialah Timbalan Ketua Angkatan Muda Negeri Kedah, Khairul Anuar Ramli, Ketua Bahagian PKR Bahagian Padang Serai, Hamid Othman dan Ketua Bahagian PKR Kepala Batas, Zaini Awang. - mns

    ReplyDelete
  2. GOBLOG! “koleksi tulisan blog orang kecil”

    PENGENALAN
    Goblog! merupakan sebuah buku koleksi tulisan blog oleh 12 orang penulis bebas web-blog. Buku yang bakal tercipta hasil inisiatif 12 orang penulis yang terdiri daripada anak muda yang rata-ratanya masih bergelar pelajar. 12 anak muda yang datang dari latar belakang politik yang berbeza; namun mempunyai minat yang sama.


    PAPAKERMA PRESS
    Papakerma merupakan sebuah rekod label independent yang non-profit organization, bertanggunjawab meriliskan zine, kaset, cd dan sebagainya secara sukarela di atas inisiatif untuk mempromosikan karya-karya independent yang mempunyai kesukaran untuk memasarkan rilisan mereka. Papakerma juga ingin meneruskan perjuangannya untuk membantu penggiat seni independent dalam menyalurkan idea dan juga menyediakan ruang untuk mereka berkomunikasi bagi memberi pendedahan serta menarik peminat lebih mendekati mereka. Dan menghasilkan Goblog! adalah percubaan pertama bagi Papakerma untuk meriliskan buku untuk julung kalinya.


    OBJEKTIF
    Tertubuhnya Papakerma atas dasar untuk mempromosikan produk-produk independent yang mempunyai kesukaran memasarkan penerbitan mereka. Jadi Goblog! merupakan antara usaha-usaha kami yang bertujuan untuk:

    § Mengetengahkan bakat serta hasil karya seni mereka.
    § Membina jaringan yang lebih kukuh diantara penggiat seni independent satu sama lain serta dengan masyarakat.
    § Mewujudkan platform untuk orang ramai lebih mengenali tentang aktiviti-aktiviti seni independent yang ada.
    § Mempromosi kebebasan berkarya.


    KOS PENERBITAN
    Berikut adalah kos yang kami harus keluarkan untuk menghasilkan sebuah buku yang mempunyai 200 muka surat dan untuk dicetak sebanyak 500 naskah.

    Buku 200 muka surat x 500 naskah = RM2500
    Kos bersih [sebuah buku] = RM5
    Harga jualan [sebuah buku] = RM20
    Keuntungan kasar [sebuah buku] = RM15


    MELABUR DAN MEMBANTU
    Kami di Papakerma menjemput anda untuk turut sama terlibat dalam menjayakan projek ini. Melabur dan membantu menjayakan buku pertama yang dihasilkan secara d.i.y oleh penggiat scene independent.

    § Melabur RM100 : anda akan mendapat 8 buah naskah buku. (80% keuntungan)
    § Melabur RM500 : anda akan mendapat 50 buah naskah buku. (100% keuntungan)
    § Melabur RM1000 : anda akan mendapat 120 buah naskah buku. (120% keuntungan)

    Senaskah buku akan dijual dengan harga RM20. Jadi, anda akan memperoleh hampir 100% keuntungan hasil pelaburan anda.

    Sedikit keuntungan yang kami terima dari pelaburan anda akan digunakan untuk menanggung kos-kos berbayar seperti royalti penulis, kos pengangkutan, kos promosi, kos upah reka letak dan sebagainya.


    PEMASARAN
    Kerana kami telah memberikan hampir 100% keuntungan diatas pelaburan anda, makanya segala proses jual beli buku yang anda terima hasil pelaburan anda adalah di bawah tanggungjawab anda sepenuhnya. Walaupun demikian, kami dengan rela hati untuk membantu anda menjual buku-buku tersebut bagi pihak anda, dengan syarat 20% hasil jualan diberikan kepada kami.

    * 20% daripada RM20 = RM4.


    KONTEK
    Kepada anda yang berminat untuk melabur dan membantu, sila hubungi saya di merahdanhitam@yahoo.com atau hubungi saya di talian 019 2508857 [Dhani]. Lawati Goblog! secara online di www.goblog2006.blogdrive.com untuk maklumat terkini tentang Goblog!

    ReplyDelete