Tuesday, February 19, 2019

'Track Record' YTL jelas gagal tentu ada cerita belakang jika mereka dapat....

Catatan Terbuka

19 Febuari 2019


1. Tulisan ini sebagai sambungan kepada tulisan sebelum ini klik https://chegubard.blogspot.com/2019/02/proses-lantikan-dan-pembentukan-sbc.html di mana dalam tulisan sebelum ini saya dedahkan dikumen Menteri Besar, Negeri Sembilan (Pemerbadanan) - MBI NS yang memanggil 5 syarikat untuk menjadi rakan dalam State Backed Company (SBC) bagi mendapat hak tunggal dalam menguruskan menara telekomunikasi di Negeri Sembilan dimana syarikat sebelum ini wellcom yang bekerjasama dengan MBI membentuk SBC yang dikenali sebagai Rangkaian Minang bakal ditamatkan. Saya bersetuju antara selain alasan teknikal syarikat lama ditamatkan kerana mempunyai kepentingan pihak berkepentingan dengan kerajaan lama.

2. Setelah diteliti ada 5 syarikat dipanggil satu syarikat tidak menunjuk minat, tiga syarikat punya pengalaman dan kekuatan kewangan namun ia bukanlah syarikat bergelar 'gergasi' tanpa jaringan politik. Namun yang menarik ialah sebuah syarikat gergasi YTL yang memiliki sebuah syarikat yang dinamakan Kumpulan Jaringan Selangor Sdn Bhd. Apa yang saya bangkitkan dalam tulisan saya yang lepas ialah mengenai YTL selaku syarikat telekomunikasi jelas gagal malah bila gagal ia membebankan tindakan tidak boleh diambil kerana 'back up' jaringan politik dan seumpamanya. Persoalanya mengapa syarikat yang punya track rekod seburuk ini dipanggil oleh kerajaan Negeri Sembilan dan jika dipilih maka ia akan dilihat elok diperingkat awal namun jika masalah terjadi maka seperti mana Kementerian Pendidikan terperangkap dengan masalah 1Bestarinet maka kerajaan negeri akan terperangkap dengan kejadian yang sama. 

3. Setelah menulis tulisan yang lalu saya mendapat banyak respon. Antaranya mempertikaikan PKR itu sendiri. Bukankah Anwar dalam ucapannya sebelum ini menyatakan YTL itu kroni dan perbagai lebel negatif namun sangat pelik bila ada kuasa bersungguh pula hendak beri projek kepada YTL. Namun antara respon yang menarik ialah saya mendapat kiriman dokumen 'sulit' dari dalam Kementerian Pendidikan yang merupakan laporan penuh 1Bestarinet.  Sangat jelas dalam laporan yang saya turut kongsi dibawah menyatakan dengan jelas berapa banyak Kementerian 'dipaksa' belanjakan berbilion wang untuk perkidmatan yang sangat teruk. Walaupun aduan dibuat namun tidak diendahkan. Malah diperingkat Fasa 2 dinyatakan dengan jelas ia ditamatkan namun terpaksa diteruskan kerana 'tekanan politik'. Walaupun perkidmatan jelas tidak memenuhi apa yang dijanjikan namun bayaran jauh lebih mahal dari nilai perkhidmatan yang boleh diperolehi pada syarikat telekomunikasi lain yang mana perkhidmatan jauh lebih baik.











(klik imej untuk membaca dengan lebih jelas)

4. Bayangkan Kementerian Pendidikan terperangkap sekian lama dengan masalah YTL tidak mampu berbuat apa bagaimana pula nanti dengan Negeri Sembilan yang mangsanya ialah rakyat negeri ini seperti mana warga Kementerian Pendidikan.

5. Untuk pengetahuan Kerajaan Negeri Sembilan, menurut maklumat dalaman perkembangan terbaru di Kementerian Pendidikan. 1Bestarinet tidak diteruskan diperingkat fasa 3 bersama YTL. Kementerian Pendidikan telah memanggil RFI dengan menjemput perbagai pihak dan menurut sumber tersebut YTL tidak dipanggil. Tindakan ini sangat difahami kerana kegagalan YTL sebelum ini. RFP akan dikeluarkan dalam masa terdekat. Namun ia bukan proses mudah, Kementerian Pendidikan masih bergelut dalam mengenal pasti dan menyusun terma dan teknikal undang undang dalam mengenepikan YTL dalam pada masa sama YTL masih cuba bertahan dalam lubuk emas 1 Bestarinet.

6. Namun yang peliknya kenapa kerajaan Negeri Sembilan pula berminat mahu menjerumuskan diri bersama YTL dalam bidang telekomunikasi ini. che'GuBard masih tidak mahu beranggapan negatif walaupun telah dihantar oleh beberapa sumber dengan beberapa fakta, dokumen dan gambar yang boleh menjelaskan kenapa YTL yang jelas gagal dalam bidang telekomunikasi masih mendapat tempat persaingan di Negeri Sembilan. Dalam simpanan antaranya gambar kemunculan seorang Dato' dari syarikat tersebut dalam beberapa pertemuan tertutup bersama pimpinan utama. Ia mungkin kebetulan. Namun jika YTL masih mendapat tempat maka sudah tentu pendedahan lanjut tidak dapat dielakkan.

catatan ;
che'GuBard (Badrul Hisham Shaharin)
* Bekas MPP PKR
* Bekas Ketua Cabang Rembau
* Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

nota kaki : catatan umum saya yang pertama sebelum ini saya turut hantar kepada beberapa kawan media.... hanta tersenyum kerana dia cakap 'bos' tak lepaskan sebab menyentuh gergasi besar.... sangat faham dengan 1 Bestarinet yang bermasalah boleh terus menyedut wang rakyat dan dibiarkan apalah sangat gergasi besar nak kawal media... bayangkan jika negeri sembilan terjerumus dengan gergasi ganas ini.

No comments:

Post a Comment