Dato Seri Azmin Ali ber'lindung disebalik imuniti Dewan Undangan 
Negeri untuk berbhong dalam memberi jawapan. Berikut kenyataan balas 
Kementerian Tenaga Teknologi Hijau dan air:
KENYATAAN BALAS KeTTHA TERHADAP 
DAKWAAN MENTERI BESAR SELANGOR BAHAWA KERAJAN PERSEKUTUAN ENGGAN MEMBUAT
 SERAHAN SEPARA LOJI RAWATAN AIR LANGAT 2 KEPADA PENGURUSAN AIR SELANGOR
 SDN BHD
Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan 
Air (KeTTHA) ingin merujuk kepada dakwaan YAB Menteri Besar Selangor 
yang dibuat ketika persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor bahawa 
Kerajaan Persekutuan enggan menyerahkan Loji Rawatan Langat 2 (LRAL2) 
kepada Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor).
KeTTHA dengan sekeras-kerasnya menafikan 
dakwaan YAB Menteri Besar Selangor mengenai perkara ini. Apa yang 
diputuskan Jemaah Menteri pada 28 Februari 2018 ialah serahan separa 
LRAL2 oleh Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) kepada Air Selangor hanya 
akan dibuat setelah Kerajaan Selangor memuktamadkan skim penstrukturan 
bekalan air di negeri berkenaan.
Kerajaan Persekutuan melihat 
penstrukturan bekalan air merupakan jalan terbaik bagi membolehkan PAAB 
membangunkan asset-aset air bagi menangani isu rizab margin air terawat 
yang rendah di Selangor iaitu antara 0% hingga 3%.
Dalam pada itu, adalah juga adil untuk 
PAAB, sebagai pemilik LRAL2, mengutip balik pelaburan berjumlah RM3.7 
bilion bagi pembinaan loji ini melalui sewa pajakan yang akan dibayar 
oleh Air Selangor.
Kerajaan Selangor juga perlu komited 
untuk membayar balik pinjaman PAAB berjumlah RM1.6 bilion bagi 
pengambilalihan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd, Puncak Niaga Sdn 
Bhd dan Konsortium ABASS Sdn Bhd dan RM6 bilion Water Bond Selangor.
Kerajaan Selangor perlu segera bertindak 
untuk memuktamadkan penstrukturan semula bekalan air agar rakyat 
Selangor dapat menikmati air bersih berjumlah 565 JLH yang dibekalkan 
oleh LRAL2, sekaligus meningatkan rizab margin air terawat di Selangor.
Dalam pada itu, bekalan air di Selangor 
dapat diuruskan dengan lebih efisien melalui kawal selia oleh 
Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) serta membolehkan Air 
Selangor, sebagai pemegang Lesen Perkhidmatan, dapat menumpukan 
perhatian kepada kecekapan operasi, kewangan dan peningkatan kualiti 
perkhidmatan kepada pengguna.
Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air
Putrajaya.
1 April 2018
Kenyataan Azmin Ali di DEWAN NEGERI SELANGOR YANG KEDUA BELAS PENGGAL KELIMA MESYUARAT KETIGA Shah Alam,  21 November 2012
"Mungkin ada keperluan untuk pembinaan 
Langat 2 10 tahun yang akan datang ataupun 15 tahun (tahun 2022 ataupun 
tahun 2027) yang akan datang.  Tetapi jangan digunakan alasan Langat 2 
itu untuk mendesak Kerajaan Negeri memuktamadkan penstrukturan semula 
industri perkhidmatan air.
Di mana keperluan untuk membina Langat 2 pada hari ini?  Kecuali ada alasan-alasan lain bagi kepentingan kroni." kata Azmin Ali.
----
Dulu Azmin kata tak perlu bina loji air Langat 2 kecuali pada tahun 2022 ataupun tahun 2027.
Nasib baik Tan Sri Khalid cepat-cepat 
tandatangan perjanjian utama penstrukturan semula air dengan kerajaan 
pusat untuk membenarkan pembinaan loji air Langat 2 walaupun pada masa 
itu, PKR dan DAP masih tegas tidak perlu Langat 2 dan menuduh TS Khalid 
mengkhianati mereka.
Tetapi hari ini Azmin tuduh kerjaan pusat
 tak membenarkan Langat 2 bekal air yang hanya separuh siap kepada 
Selangor dengan alasan Selangor sangat memerlukan bekalan air dari 
Langat 2 kini.
Hanya dua minggu lepas sahaja, Selangor 
kata rizab bekalan air mereka cukup dan bukan 0% yang dinyatakan oleh 
kerajaan pusat. Kini pula terdesak sangat untuk mendapat bekalan air 
dari Langat 2 sehingga mahu memfitnah kerajaan Pusat .
Sebenarnya. perjanjian penstrukturan 
semula air antara kerajaan pusat dengan kerajaan Selangor menetapkan 
bahawa kesemua syarat-syarat utama dipenuhi oleh kerajaan Selangor 
sebelum Langat 2 diserahkan kepada kerajaan Selangor.
Ini termasuk syarat utama bahawa 
keempat-empat syarikat-syarikat air dibeli balik oleh kerajaan Selangor 
untuk membolehkan penguasaan ekuiti 100% dengan pinjaman kerajaan pusat.
Tetapi sampai kini, hanya 3 dari 4 telah di beli.
Pembelian SPLASH pun belum mula kerana 
perjanjian antara Selangor dan kerajaan pusat menetapakan harga ekuiti 
SPLASH pada RM250juta.
Tetapi Azmin masih menegas mahu beli ekuiti SPLASH dengan harga RM2.8 billion.
Oleh itu Selangor masih tidak memenuhi 
syarat perjanjian. Oleh itu Langat 2 yang hanya separuh siap tidak boleh
 diserahkan kepada kerajaan Selangor.
Siapa yang salah sekarang, Azmin?

No comments:
Post a Comment