Friday, December 01, 2017

JAS keluar arahan berhenti kerja, kerajaan Selangor gagal laksana, tragedi belasan nyawa pelajar tahfiz mati 2011 sedang diulang

Catatan Umum

1 Disember 2017 

JAS keluar arahan berhenti kerja, kerajaan Selangor gagal laksana, tragedi belasan nyawa pelajar tahfiz mati 2011 sedang diulang

kawasan Hutan simpan yang dahulunya indah hancur kerana kerakusan projek EKVE
Sejak 2015 pelbagai NGO alam sekitar seperti PEKA, Trees, Malaysian Nature Society dan juga WWF telah membantah pembinaan lebuhraya EKVE sepanjang lebih 20 kilometre ini yang akan menjahanamkan 4 buah kawasan hutan simpanan khazanah warisan hutan Negara, iaitu hutan simpan Gombak, Ampang, Bukit Seputeh dan Hulu Langat .



April, 2016 Solidariti Anak Muda Malaysia telah bersama Parti Sosialis Malaysia untuk menyampaikan memorandum kepada YB Menteri Besar Selangor menuntut campurtangan beliau menghentikan projek ini. Malangnya semua agensi Kerajaan Persekutuan dan juga Kerajaan Negeri bersama kontraktor kroni mereka begitu ghairah meneruskan projek ini.

Amaran menjadi kenyataan hari ini apabila Sdr Junaidi dari Tahfiz Darul Huffaz memberitahu kesengsaraan mereka sejak pembinaan EKVE bermula 1 hb September, 2016 yang lalu.

Sejak kerja2 pembinaan bermula, banjir lumpur kerap kali melanda sekolah tahfiz dan rumah penduduk kampung . Kampung yang mengalami bencana akibat EKVE ini ialah Kampung FELCRA Semungkis dengan populasi lebih 100 orang dan 2 buah sekolah Tahfiz dengan 250 orang murid.

Kerajaan Negeri pula menjustifikasikan projek tersebut dengan mengatakan Selangor masih mempunyai 250,000 hektar hutan simpanan dan hutan simpanan yang di keluarkan dari gazet simpanan untuk pembinaan leburaya EKVE dan SUKE akan digantikan dilokasi lain.

Tetapi persoalannya ialah boleh kah ciri-ciri hutan ini yang berfungsi sebagai kawasan tadahan air utama kepada penduduk Kuala Lumpur dan Selangor ini dapat digantikan ditempat lain? Boleh kah ekosistem hutan yang dirosakkan ini dapat dipulihkan ?

Kini kerosakan dan pengondolan hutan terbukti mengakibatkan bencana kepada penduduk persekitaraan. Para pengurusan sekolah Tahfiz dan juga para penduduk telah membuat aduan kepada pelbagai pihak yang berkuasa sejak 2016, iaitu EKVE, Pejabat Daerah, Majlis Perbandaran tetapi tiada respon yang positif untuk menyelesaikan masalah mereka.

Arahan pemberhentian kerja yang dikeluarkan oleh Jabatan Alam Sekitar gagal dilaksanakan
oleh Kerajaan Negeri seolah melindungi kontraktor

Yang lagi teruk ialah, kerja-kerja pembinaan EKVE ini masih berterusan hari ini walaupun Perintah Berhenti Kerja telah dikeluarkan oleh Jabatan Alam Sekitar! Apa kuasa yang begitu berpengaruh dibelakang projek ini, begitu berani dan langsung tidak mengendahkan perintah berhenti kerja ini ?!
 

Didapati pihak kontraktor pembinaan tidak mengambil lamgkah-langkah perlindungan sepertimana yang diminta oleh Jabatan Alam Sekitar. Ketiadaan zon penampan, mengundang insiden tanah runtuh pada bila-bila masa jika kerja2 ini tidak dihentikan.

Penduduk Kg Sungei Semungkis juga memberitahu bahawa selama lebih 15 tahun mereka menduduki kampung ini, sumber air mereka adalah daripada aliran sungei Bukit Seputeh . Mereka dengan mengunakan tenaga dan kos sendiri telah membuat tadahan kecil dan memasang paip-paip untuk menyalurkan air ke rumah dan sekolah tahfiz.

Kini pihak kontraktor EKVE, tanpa pemberitahuan langsung kepada penduduk dengan angkuhnya telah mengalih aliran semulajadi sungei ini ke tempat lain. Kini kesemua punca air penduduk ini rosak dan mereka terpaksa mencari punca lain lebih dalam keatas bukit.

Selain dari kerosakan bekalan air kepada penduduk disini, dipercayai juga hakisan tanah daripada projek pembinaan EKVE ini menyebabkan kemerosotan kualiti air Sungei Langat sehingga menjejaskan pengeluaran air terawat dari Loji Rawatan Air Sungeri Langat, sepertimana yang dinyatakan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) pada Januari, 2017 yang lalu.

pertemuan penduduk setempat dengan NGO
Dengan ini Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mendokong pertemuan pada 29 November 2017 lalu, yang mana para penduduk bersama Persatuan Perlindungan Khazanah Alam (PEKA)  dan beberapa organisasi lain telah mempertegaskan tekad untuk mengatur langkah perjuangan seterusya melawan projek EKVE ini.



SAMM dengan ini ingin mengingatkan semua dengan tragedi 21 Mei 2011, tragedi kematian pelajar Tahfiz di lokasi sama http://duniaitu.blogspot.my/2011/05/tragedi-tanah-runtuh-20-anak-yatim.html . Di mana belasan nyawa anak yatim di Madrasah Tahfiz Darul Hufaz maut kerana tertimbus tanah runtuh. Seluruh negara ketika itu berduka dan terkejut. Namun hari ini 2017 sekali lagi seluruh negara bukan sahaja melupakan peristiwa itu tetapi sedang mencipta satu lagi peristiwa pembunuhan. JabatanAlam Sekitar telah mengeluarkan arahan berhenti namun Kerajaan Selangor yang menyebelahi kontraktor dan korporat besar tidak melaksanakan penguatkuasaan pemberhentian kerja malah terus memberikan perbagai alasan menyebelahi aktiviti menghancurkan alam.



Tidak keterlaluan dikatakan Kerajaan Selangor dan kontraktor sedang membunuh bukan sahaja alam tetapi manusia yang tidak berdosa. Adakah ini kerajaan PEDULI RAKYAT atau kerajaan PEDULIKAN RAKYAT asal boleh untung ?

Rakyat Selangor didera dengan dipaksa membayar beg plastik RM0.20 setiap helai konon kerana kerajaan negeri prihatin alam sekitar namun dalam masa yang sama hutan terus diperkosa malah nyawarakyat juga tidak bernilai pada kerajaan kapitalis bangsat ini.


Kerajaan pusat juga didesak bertindak dengan bidang kuasa yang ada. JAS boleh mengambil tindakan mengikut Sek 34, Akta Kualititi Alam Sekeliling 1974.


 tulisan :

che'GuBard, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

No comments:

Post a Comment