Monday, November 27, 2017

Istana Pahang sebalik kemusnahan alam di Pahang ?

Berkongsi masej bergambar dari seorang aktivis alam sekitar Saudara Meor Razak yang memang saya kenal berjuang mengenai isu alam sekitar sekian lama.

Saya mendapat pesanan dia yang berkongsi gambar dan beberapa masej yang merakam lawatan dia dan pasukanya pada 26 November 2017 meninjau kegiatan perlombongan dan pembalakan di Rabub, Pahang.


Untuk makluman cikgu Badrul Hisham Shaharin, no lesen usahasil (pembalakan) seperti yg tertera ialah: CC bermaksud negeri Pahang dan Daerah Raub, 01 bermaksud lesen pembalakan dalam kawasan HSK, no siri ke 2 dlm tahun 2016. Manakala (KP)(P) ialah utk tujuan lain-lain guna-tanah tetapi status tetap HSK. Warna papan-tanda bewarna hijau bermakna kelulusan lesen di kawasan HSK, kalau biru di kawasan tanah kerajaan manakala kalau warna hitam ialah tanah milik.


Kegiatan pembalakan di kawasan HSK yg hendak dilaksanakan xtvt lain2 guna-tanah tidak tertakluk kpd amalan pengurusan hutan secara mampan iaitu menggunakan Sistem Pengurusan Tebangan Memilih (SMS), tidak tertakluk kpd Catuan Tebangan Tahunan (CTT) dan tidak tertakluk kpd pensijilan hutan.




 dikawasan pembalakan berdiri megah papan tanda kawasan Hutan Simpan Kekal, apa guna dan maksud papan tanda ini jika pembalak dan pelombong bersimpang siur melintasinya.



 Paling menarik dan ia pemandangan biasa sebenarnya papantanda kerja kebanyakanya akan bertanda nama kaitan Istana Pahang



Masih ingat pendedahan SAMM yang meninjau terus ke kawasan perlombongan Bauksit pada Januari 2016 yang lalu, dimana menemukan berpuluh papan tanda kerja yang dimana pelesenya jelas kaitan Istana Pahang. Klik http://chegubard.blogspot.my/2016/01/laporan-samm-ziarah-marikh.html 


Gambar Januari 2016, sila klik http://chegubard.blogspot.my/2016/01/laporan-samm-ziarah-marikh.html untuk membaca lanjut


sebelum ni SAMM pernah dedahkan terletak hanya beberapa meter di belakang Pejabat Hutan Daerah Kuantan tetapi penggondolan Hutan Simpan Bukit Galing, Kuantan, Pahang seakan-akan tidak dipedulikan langsung klik

1 comment:

  1. panglimo potaseh8:39 AM

    Tu lah ..kita sangat beruntung memiliki Raja dan Sultan.. bukan satu tapi sembilan.

    Kita pun beruntung selain kita sembah tuhan dengan bersujud pada nye. Kita pun sembah Raja juga secara sujud malah sambil menyembah kita undur secara gostan, macam ketam batu.

    Syukur katanye ..Raja memayung dan melindungi kita.. kita rasa "save" save plak ..safe lah.

    Oleh kirna Raja terlalu beri tumpuan melindungi rakyat bagindo .. maka terlupo bagindo nak jago ALAM SEKITAR.

    Ampoon Tuanku beribu ampoon, maafkan dosa patek pacal yang hino lagi bodooh ini.

    ReplyDelete