Wednesday, July 12, 2017

Respon terhadap pendedahan Zuraidah orang tengah runding hutang syarikat dengan Yayasan Negeri Selangor, ia bukan surat layang

dokumen menyebut dengan jelas wujud perbincangan dimana YB Zuraidah muncul
berunding bagi pihak yang berhutang

dokumen bukan surat layang tetapi laporan Yayasan Selangor yang
menyebut dengan jelas nama syarikat




Kenyataan terbuka

12 Julai 2017


1. Pertama saya ucapkan tahniah kepada Pengerusi Inspirasi Melayu Gombak, Datuk Zul Azhari Mohamed Juah dengan tindakan beliau semalam tampil di Yayasan Selangor mendedahkan dokumen dan meminta penjelasan Yayasan Selangor berkenaan wujudnya satu dokumen milik Yayasan Selangor yang mnyebut dengan jelas nama YB Zuraidah Kamaruddin sebagai jururunding sejumlah hutang oleh sebuah syarikat dengan Yayasan Selangor.

2. Saya maklumkan saya juga telah mendapat dokumen tersebut hampir sebulan lepas dan saya pernah siarkan juga dalam laman facebook saya sebahagian dari dokumen tersebut. Ia bukan 'surat layang' seperti yang dinyatakan dalam beberapa media semalam. ia adalah dokumen rasmi dikeluarkan oleh Yayasan Selangor dihantar kepada YAB Menteri Besar ketika itu iaitu Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Dokumen itu merupakan laporan penuh termasuk kronologi bagaimana sebuah syarikat "TREMENDOUS PROGRESS SDN. BHD" gagal membayar hutang sewaan termasuk tidak membayar deposit bagi menduduki premis milik Yayasan Selangor.

3. Hari ini melalui beberapa media berita mula memetik Zuraidah memberikan respon kepada sidang media Zul Azhari. Zuraidah tidak menafikan dokumen itu palsu sebaliknya hanya menyatakan ia hanya surat layang dan menyatakan terpulang kepada Yayasan Selangor untuk ambil tindakan terhadap syarikat yang berhutang. Jelas Zuraidah jawab secara gopoh dan dia panik.Sekali lagi ditegaskan dokumen itu bukan surat layang ia cuma dihantar oleh orang tidak dikenali tetapi ia dokumen laporan berasas.

4. Menjadi persoalanya kenapa Zuraidah selaku orang nombor dua parti yang menguasai kerajaan Selangor (timbalan MPN PKR Selangor) bertemu dengan pihak Yayasan Selangor yang berada dibawah Kerajaan Selangor dalam 'merundingkan hutang' syarikat tersebut ? Ia jelas berlaku pertembungan kepentingan disitu. Bayangkan (contohnya) jika ditemui dokumen mencatatkan kejadian Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno N.Sembilan berjumpa dengan Pengurus Besar Yayasan Negeri Sembilan bagi merundingkan hutang sebuah syarikat yang gagal membayar hutang kepada Yayasan Negeri Sembilan sudah tentu gegak gempita pembangkang berkokok, tetapi bila berlaku dalam negeri Selangor adakah ia menjadi halal ?

5. Setelah diteliti kita punya maklumat bahawa syarikat yang disebut dalam dokumen tersebut adalah milik pemimpin PKR Selangor juga yang sangat rapat dengan Zuraidah. Adakah ini benar Zuraidah seharusnya menjawab persoalan tersebut. Bukan itu sahaja mengikut carian lain pemilik syarikat tersebut juga terlibat dalam beberapa 'projek perniagaan' dibawah kerajaan Negeri Selangor. 

6. Saya mencadangkan agar Pengerusi NGO Inspirasi Melayu Gombak yang tampil menghantar surat terbuka kepada Yayasan Selangor agar terus ke SPRM dan mendedahkan sepenuhnya nama syarikat yang terlibat dan pemiliknya dan apa hubungan pemilik syarikat dengan Zuraidah. Saya sangat yakin saudara Zul Azhari mempunya dokumen lengkap seperti yang saya juga miliki. 

7. Saya tegaskan disini sebaik sahaja mendapat dokumen tersebut saya telah juga panjangkan kepada beberapa pimpinan pakatan harapan mengenai perkara ini. Namun seperti kes Paya Indah, pembaziran RM10 juta cat pintu gerbang, Kubah masjid lebih RM32 juta dan banyak lagi dimana pemimpin Pakatan Harapan diam membisu termasuk pemimpin Pas pun. malah lebih memalukan ada yang menghubungi semula saya dengan meminta diamkan perkara tersebut kerana kononya musuh utama ialah Bn. Kita akan selesaikan yang lain lepas tumbangkan Bn dan kuasai Putrajaya. Namun saya tegaskan korupsi, pembaziran dan salah urustadbir tidak kira siapa perlakunya , tidak kira berapa jumlahnya wajib dilawan !

8. Berapa banyak lagi wang Yayasan dan dana digelapkan dengan operasi seperti ini, dimana peniaga rapat dengan pemimpin berhutang dan pemimpin muncul merundingkan hutang tersebut ? Dana Yayasan Selangor ialah hak pendidikan bumiputera Selangor telah dikianati.


Oleh ;


che'GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)








berdoalah

No comments:

Post a Comment