Friday, February 10, 2017

Misi Nautical Aliya lebih kepada matlamat politik domestik

satu untuk keluarga mangsa kena sembelih, satu untuk tukang sembelih ?!?!
1. 3 Febuari 2017 berlayarnya Kapal Nautical Aliya dengan misi 'Flotila Malaysia' ke Myanmar. Dalam perjalanan mereka rakyat dimaklumkan melalui media mereka hanya akan ke Pelabuhan Teknaf di Bangladesh untuk menurunkan bahan bantuan yang dibawa. Dari awal pengumuman ini mengundang senyum bagi yang biasa dengan misi kemanusiaan dan geografi Asia Selatan. Saya sendiri pernah terlibat misi bantuan kemanusiaan ketika Tsunami 2004 ke Chittagong, Bangladesh tersenyum kerana Teknaf ialah perbauhan kecil mana mungkin kapal kargo sebesar Naitical Aliya mampu berlabuh.

2. Tiba - tiba baru dibuat pengumuman kononya baru tahu, Nautical Aliya tidak dapat kebenaran berlabuh di Teknaf, soalnya adakah mereka ini tidak membuat kerja rumah yang baik atau sengaja menimbulkan elemen dramatik supaya lebih kelihatan 'heroic'. Dengan tiba - tiba barulah kononya dirundingkan dengan Kerajaan Myanmar. Permohonan untuk berlabuh di Swittwe, Negeri Rikhine, Myammar pula diajukan. Kemudian seperti dijangka elemen dramatik dimunculkan lagi permohonan berlabuh di Swittwe oleh Myanmar kononya atas alasan keselamatan. Ini sudah dijangka sebab sememang dari awal Myanmar tidak membenarkan pun. Kemudian muncul pula pengumuman semua bantuan diturunkan di Perlabuhan Ranggon.

3. Sekali lagi mengundang senyum sinis, bukan satu rahsia sulit bahawa konflik, kezaliman malah pembersihan Etnik Rohingya ini berlaku atas restu regim Myanmar termasuk tentera mereka. Maka kita pun kumpul orang , kumpul bantuan, konon ketepi kepentingan politik mengundang penyatuan Pas - Umno dan buat himpunan penuh beremosi kononya nak jihad. Malangnya tiba tiba bantuan yang dibawa diserahkan kepada pihak yang merestui malah terlibat dengan kezaliman.

4. Untuk mereka ini saya perturunkan maksud Flotilla, iaitu sekumpulan bot - bot sederhana atau kecil. Istilah ini mula porpular dengan misi Gaza Flotilla Mavi Marmara di mana sekumpulan aktivis dari perbagai negara dan agama nekad melanggar kepungan Israel sehingga ditahan malah misi Flotilla Gaza juga ada yang terkorban. Namun adakah misi ke Myanmar dengan Nautical Aliya ini boleh disamakan dengan itu ?

5. Dengan 2,000 tan makanan, 200 aktivis (berdasarkan pengumuman Utusan Malaysia) apa ertainya semua ini jika hanya nak serahkan 'bantuan' kepada pihak yang terlibat menzalimi ?

6. Beberapa tahun lepas SAMM pernah membongkarkan mengenai perdagangan Malaysia - Israel khususnya penghantaran Minyak Sawit Mentah. Bila perkara ini dibangkitkan dalam Parlimen oleh SAMM melalui YB Er Teck Hwa, Ahli Parlimen Bakri, kerajaan menjawab dengan sangat memperbodohkan rakyat kerana menyatakan Minyak Sawit Mentah yang dihantar ke Pelabuhan Ashdod, Israel itu ialah untuk keperluan Palestin.

6. 200 petugas nak bawa naik kapal untuk misi hanya menurunkan barang adalah juga satu yang nampak sia - sia. Kini rakyat menanti pembentangan hasil misi ini atau ia sekadar misisyok sendiri bagi tujuan politik domestik semata - mata. Rakyat mabhu tahu berapa kos semua misi, jumlah bahan makanan dan ubatan, jumlah nilai terbelanja kerana logistik, sumbangan siapa dan dari mana ? Adakah ia derma atau peruntukan dari kerajaan Malaysia. Belanja makan 200 orang kononya sukarelawan selama berbelas hari atas kapal pula berapa ?


catatan petang oleh che'GuBard
10 Febuari 2017, SAMM

untuk baca menegani Minyak Sawit Malaysia ke Israel klik http://chegubard.blogspot.my/search?q=sawit+israel

1 comment:

  1. Anonymous4:52 PM

    Apa2 pun balik kpd niat. Klu niat tak betul, hasilnya pun tak memuaskan

    ReplyDelete