Kenyataan Umum
28 Mei 2016
LETAK AL QURAN DI
TEPI KEPALA DI KEDAI MAMAK DENGAN TIDAK TUTUP AURAT TIDAK MAMPU NAFIKAN AKUAN
BERSUMPAH AZHARUDDIN.
1.
26 Mei lepas muncul seorang lelaki Azharuddin
menampilkan akuan bersumpah menyatakan beliau dengan seorang perempuan yang
bernama Ema atau lebih dikenali sebagai Ratu Naga terlibat dalam memalsukan
tandatangan sokongan Deklarasi Mahathir. Penipuan ini bertujuan menambah
banyakkan tandatangan tersebut cepat bagi menunjukkan sokongan rakyat yang kuat
kepada usaha Mahathir itu. (klik untuk baca lanjut)
2.
27 Mei pula muncul seorang wanita dalam satu siding
media mengaku dialah Ema itu atau yang lebih dikenali Ratu Naga mengadakan siding
media di sebuah Kedai mamak secara tiba – tiba panic terpaksa meletakkan quran
di tepi kepalanya menafikan dia mengenali Azharuddin. Perbuatan mempergunakan
kitab suci Al Quran lebih lagi dalam tidak menutup aurat dan tidak pasti
keadaan wudhunya ini dilihat menghina al quran, Islam dan mentality rakyat. Ini lebih teruk dari Saiful yang bersumpah konon berdasarkan cara Islam demi mempertahankan fitnahnya terhadap Anwar.
3.
Untuk pengetahuan semua akuan bersumpah yang
diikrarkan dihadapan mana mana Hakim, majisteret, pesuruhjaya sumpa atau mana –
mana individu yang tertakluk kepada seksyen 4 akta notary awam 1959 (akta 115)
adakah benar dan terikat dengan undang undang akta berkanun 1960 (pindaan
1969). Maka kenyataan Azharuddin itu ialah kenyataan yang terikat dengan undang
– undang dan tidak boleh dinafikan dengan hanya kegiatan meletakkan quran di tepi
kepala di kedai mamak dalam keadaan tidak menutup aurat dan status wudhu yang
diragukan.
4.
Untuk pengetahuan semua Azharuddin mengikrarkan
beberapa cetakan (print screen) whats app yang merakamkan kenyataan perempuan
yang dikenali Ratu Naga dalam urusan mereka memalsukan tandatangan sokongan
rakyat sebagai benar. Ini yang dia perlu
nafikan dengan tindakan undang – undang.
5.
Merujuk juga kenyataan Presiden Ketua kumpulan cawangan
Umno, Kamarul Azman Habibur Rahman yang panik dengan pendedahan tersebut dan
hanya mampu menyatakan che’GuBard dibeli Najib, saya sebut dengan jelas jangan
samakan diri kamu yang cari makan dalam politik dengan semua orang. Sejak 1998
saya dan kawan – kawan lawan Mahathir lawan Umno tidak siapa bayar. Jangan
samakan saya seperti kebanyakan orang Umno yang mengejar projek, ada ‘masuk’
boleh gerak, tak ada masuk ‘meroyan meraban’.
Minta Kamarul tumpukan usaha kamu untuk singkir najib dan kononya
selamatkan umno supaya cepat sikit kamu boleh masuk umno semula dan kejar
projek seperti biasa. Tumpuan saya ialah memperkasakan kuasa rakyat, membongkar
semua bentuk kebejatan dan memastikan Umno Barisan nasional tumbang tanpa dapat
diselamatkan. Saya teguh bersama Anwar Ibrahim dan agenda reformasi dalam
menyelamatkan Malaysia.
6.
Pendedahan Azharuddin terhadap apa yang berlaku cukup memalukan saya
bersimpati kepada semua kerana telah ditipu oleh pasukan Mahathir. Saya yakin
watak seperti Dato’ Ambiga, Hj. Mohammad Sabu dan beberapa nama lain tidak
mengetahui perkara ini tetapi telah tertipu. Itulah yang saya jelaskan dari
awal Mahathir dan kartelnya tidak pernah berubah. Mereka ini ialah penganut
politik 'Machiavelli' yang tegar dan akan melakukan apa juga demi matlamat
mereka. Amat yakin dan percaya seketeriat Deklarasi Mahathir ini yang akan membuat pengumuman bahawa perempuan dimaksudkan tidak pernah terlibat dengan pasukan Mahathir malah ada kemungkinan kerana tidak boleh menafikan perempuan itu akan menyatakan dia hanya bergurau kerana ini sahaja boleh selamatkan Deklarasi Mahathir ini. Kepada pasukan kartel Mahathir yang dikalangan pembangkang khususnya PKR saya tidak boleh selindungkan rasa kesal kerana bilamana Mahathir diserang kamu gila - gila bangkit membalas serangan termasuk menyerang peribadi secara fitnah namun bila Mahathir menyerang Anwar kamu tunduk membisu.
7.
Belum apa pun lagi rakyat ditipu, tandatangan
dipalsukan malah mereka sanggup ke Istana dengan tandatangan palsu dan bukan
pelik kerana menghina Istana ini bukanlah sekali dilakukan oleh Mahathir.
Nasihat saya pada semua nama besar aktivis dan pembangkang. Jauhi diri dari
Mahathir dan kartelnya mereka ini akan memusnahkan ini masa satukan kekuatan
sisi baik Negara untuk melawan sisi jahat yang selama ini memusnahkan.
che’Gubard
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
berikut di bawah ini antara 'print screen' yang diikrarkan sebagai akuan bersumpah sebagai benar.
chegu bard yang extreme dan menyedihkan
ReplyDeleteChegu ni dh jadi barua najib
ReplyDeleteapa pun tahniah cheGuBard Najib ke mahathir ke sesah sahaja ... bangang - bangang mereka ni terpesona konon Mahathir nak jatuh Umno
ReplyDeleteSekurang2nye chegu bard menunjukkn betape bahaye dn jahatnye ANC...
ReplyDelete