Thursday, April 28, 2016

lagi pendedahan salah laku Selangor selepas PRN Sarawak

Catatan Umum

28 April 2016

1. Segmentasi Integriti, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) baru sahaja selesai meneliti dan membuat pengesahan dokumen dan fakta berkenaan salah laku terbaru Kerajaan Selangor dan kali ini ia melibatkan tanah lebih 500 hektar dan bekepentingan pemimpin politik yang rapat dengan Menteri Besar Selangor sendiri dengan melibatkan syarikat multi nasional.

2. Selain itu sudah ada di tangan sekeping kontrak bertarikh November 2015 melibatkan DEIG yang mengandungi jumlah menjolok mata dan kenaikan yang amat tidak munasabah jika dibezakan ketika dibawah Menteri Besar Bn dan Menteri Besar PKR sebelum ini.

3. Namun setelah berbincang panjang dengan 'Majlis Adik Beradik Tua' SAMM maka kita membuat keputusan untuk hanya membuat pendedahan lengkap selepas Pilihanraya Negeri Sarawak kerana tidak mahu pendedahan yang dilakukan disalahguna Barisan Nasional.

4. SAMM juga telah membuat keputusan akan memulakan usaha membukukan semua pendedahan berkaitan Azmin Ali dengan tajuk "Wajah Sebenar Azmin Ali". Pilihanraya umum akan berlangsung dalam setahun lebih lagi, masih ada masa untuk PKR atau Pakatan Harapan membuat pembetulan di Selangor sebelum kita dihukum oleh rakyat. Ya, kita melawan Umno Bn tanpa kompromi tetapi itu bukan lesen apabila ada kuasa sikit kita nikmati sokongan rakyat dengan membuat perangai ala Umno Bn juga.

5. Tindakan menggantung keanggotaan saya kerana mendedahkan salah laku tidak akan mensenyapkan saya. (klik sini untuk baca berkenaan penggantungan semula saya)

oleh ;

che'GuBard,
Pengasas SAMM

No comments:

Post a Comment