Thursday, August 27, 2015

Respon status keanggotaan PKR che'GuBard


Kenyataan Terbuka

27 Ogos 2015

Respon Status keanggotaan PKR che'GuBard

1. Alhamdulillah akhirnya setelah setahun menunggu status keanggotaan saya yang digantung ketika Pemilihan PKR 2014, akhirnya saya mendapat juga surat dari Pengerusi Lembaga Disiplin PKRyang bertarikh 12 Jun 2015 yang menyatakan Biro Politik pada 26 Mei 2015 memutuskan untuk menamatkan penggantungan setelah meneliti bukti dan laporan dari Lembaga Disiplin.

2. Saya mengucapkan terima kasih kepada Dato' Abdul Hadi Abd Khatab atas surat makluman tersebut dan amat dihargai usaha Ybhg Dato'.

3. Namun saya amat kecewa kerana penarikan atau penamatan penggantungan saya dibuat secara 'senyap  - senyap' tidak semeriah seperti ketika saya digantung di mana ketika itu tanpa surat, tanpa dibacakan tuduhan atau dipanggil membela diri saya diumumkan digantung di depan media. Setelah mengetahui saya digantung saya sendiri pergi ke Ibupejabat Parti bagi meminta surat penggantungan dan saya terpaksa menunggu lama di Ibupejabat menanti surat itu disediakan, ini bermakna saya diumum digantung tanpa ada surat pergantungan pun tetapi diumum secara besar - besaran tetapi bila ditarik pergantungan kenapa secara senyap ?

4. Saya juga memohon untuk mengetahui adakah saya bersalah atau tidak atas tuduhan yang dikenakan ke atas saya di mana saya hadir membela diri serta mengikut semua prosedur yang ditetapkan. Jika saya tidak bersalah adakah adil saya dikenakan penggantungan (hukuman) tanpa saya bersalah atau dikenakan hukuman dahulu tanpa saya dipanggil membela diri. 

5. Untuk pengetahuan Dato' Pengerusi Lembaga Disiplin, surat tuduhan dan proses tuduhan yang dikenakan ke atas saya sehingga saya hadir membela diri ternyata berbeza alasan tuduhan nya dengan surat penarikan penggantungan yang saya perolehi ? Saya faham Dato' merupakan Pengerusi Lembaga Disiplin yang baru malah tidak terlibat dalam proses lepas tetapi adakah Pengerusi lepas tidak membuat sistem file untuk diwariskan atau file - file disiplin lama dihilangkan demi melindungi sesuatu ?

6. Di sini saya juga bangkitkan perihal aduan - aduan yang saya bangkitkan malah ketika pemilihan saya membuat berpuluh aduan berbayar . Apakah status aduan saya dan jika disiasat apa keputusannya dan adakah saya boleh mendapatkan semula yuran yang saya buat tempoh hari ? 

7. Saya mohon maaf Dato' Pengerusi Lembaga Disiplin kerana menulis kenyataan terbuka ini. Ini kerana untuk membela diri saya kerana selepas aduan dan saya dikenakan tindakan disiplin seolah semua disapu ke bawah karpet. Keadilan ialah asas perjuangan parti yang kita bina bersama, berilah keadilan untuk anggota sendiri dahulu sebelum melaungkan keadilan di luar sana.

8. Apa pun saya menyambut baik penarikan penggantungan saya dan saya akan gunakan ruang ini untuk terus memperjuangkan negara perubahan yang sama kita citakan.

Sekian dan terima kasih.


cheGuBard
Anggota Seumur Hidup
PKR Cabang Rembau

6 comments:

  1. Anonymous4:02 PM

    Nanti kena gantung pulak ekoran menyertai Forum Isu Semasa Selangor anjuran SuaraTV!
    - SuaraDariKubur

    ReplyDelete
  2. Anonymous5:28 PM

    Elehhhhh.....pejuang apa bendanya neh... baru kena gantung setahun dah bising satu donia. Pi ikut ezam masuk umno balik laa...

    ReplyDelete
  3. ramai ahli yg dipecat/gantung dan kini tidak berparti/bebas

    ReplyDelete
  4. Tidak perlu tembak menembak sesama sendiri tiada yang untung melainkan rugi belaka tumpuan harus diberikan untuk membela nasib rakyat yang tertindas dengan berbagai kesusahan GST, harga minyak perumahan mahal dsbnya.

    ReplyDelete
  5. Anonymous7:38 PM

    sama je .... bila muhiyuddin dll dr umno kritik umno pembangkang angkat depa hero sebab berani kritik parti sendiri... tp bila ahli pembangkang kritik parti sendiri pembangkang kata depa pengkianat kah kah kah

    ReplyDelete
  6. paparock1:00 PM

    SAPE la deme tu...ADUN PKR Kuala Terengganu pun tak kenal sape deme....hehehe

    ReplyDelete