Merdeka ke 57 tahun ini saya memilih untuk menulis mengenai keberadaan politik dinasti di Malaysia. Jika diselusuri sejarah ibu pertiwi ini kita akan dapat melihat suburnya politik dinasti ini di dalam sistem demokrasi Malaysia. Ia tidak sekadar tumbuh di dalam parti-parti politik malah telah mula masuk ke dalam sistem pentadbiran Persekutuan dan Negeri.
Politik Dinasti ini bukan satu perkara yang asing di dalam dunia ini. Dalam dunia politik moden hari ini, Amerika Syarikat yang dikatakan contoh negara paling demokrasi pun tidak dapat menghindari politik dinasti. Dinasti Bush dan Kennedy merupakan dinasti politik yang terkenal di Amerika Syarikat.
Di sekitar Asia Tenggara juga, politik dinasti telah menjadi seperti satu budaya politik rantau ini. Di Indonesia, wujud Soekarno-Megawati Soekarnoputri membentuk Dinasti Soekarno. Siapa tidak kenal Ninoy-Corazon-Noynoy yang membentuk legasi Dinasti Aquino dalam politik Filipina.
Singapura juga memperlihatkan bagaimana politik dinasti ayah dan anak iaitu Lee Kuan Yew-Lee Hsien Loong. Thailand juga tidak terkecuali, gandingan abang adik, Thaksin-Yingluck Shinawatra.
Malaysia juga telah memperlihatkan banyak gandingan-gandingan yang membentuk dinasti dalam iklim politik kita.
Dinasti Tun Razak, Dinasti Tun Mahathir, Dinasti Tun Abdullah Badawi, Dinasti Anwar Ibrahim, Dinasti Kit Siang, Dinasti Anwar Ibrahim, Dinasti Chua Soi Lek, Dinasti Yusuf Rawa dan banyak lagi. Politik Dinasti ini telah menjadi satu budaya tradisional dalam demokrasi Malaysia.
Politik dinasti ini boleh membawa kebaikan lantaran mempunyai latar politik yang ampuh dan memahami urustadbir dalam ertikata yang sebenarnya. Mereka tahu bagaimana untuk menjaga rakyat serta mereka faham untuk menjalankan pentadbiran sementelah mereka telah terdedah begitu lama dalam aspek politik kerana legasi ayah mereka.
Keterbiasaan dalam mengetuai rakyat memainkan peranan yang penting. Ia banyak membantu untuk menjadi seorang pemimpin yang baik. Sementelah dinasti ini muncul kerana undi daripada rakyat yang mungkin disebabkan keyakinan rakyat bahawa keluarga politik ini akan mampu menambahbaik kehidupan mereka.
Namun begitu, Politik Dinasti ini juga menterjemahkan betapa ia berupaya untuk mempengaruhi halatuju negara. Pemimpin silih berganti tetapi hakikatnya negara diperintah oleh legasi yang sama. Menjadi pemimpin politik sudah menjadi seperti perusahaan keluarga di mana setiap susur galur keluarga ini dijangka akan menuruti langkah ayah atau ibu dan berterusan untuk beberapa zaman.
Kemungkinan yang juga tidak boleh ditolak mentah-mentah adalah keluarga politik ini mempunyai kesempatan untuk membina kekuatan kewangan dan sumber untuk memastikan mereka akan terus menang dalam pilihanraya sama ada bersandarkan kekuatan nama keluarga ataupun melalui strategi pilihanraya yang lebih “kreatif”.
Dan yang paling teruk sekali dalam Politik Dinasti ini adalah apabila Keluarga Politik yang korup menguasai arena politik tanahair.
Politik Dinasti ini diharap ia tidak sampai memberikan kesan negatif dalam politik tanahair. Dinasti politik telah menjadi satu budaya namun jangan sampai ia menjadi sesuatu yang struktural dan mempengaruhi pertembungan politik yang menjadi perhatian rakyat.
Jika memilih untuk menolak Politik Dinasti pula, kita tidak boleh sehingga menindas hak politik seseorang warga untuk dipilih dan memilih.Kita sepatutnya mula melihat kepada tempoh senggang masa bagi seseorang yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan pemimpin-pemimpin sedia ada untuk melangkah jauh ke dalam pentas politik.
Penutup
57 tahun usia kemerdekaan ini kita harus mula memikirkan ke mana arahtuju politik negara ini. Sama ada kekal di takuk lama atau terus melangkah berani ke depan. Tidak lagi kita perlu untuk terus melihat ke belakang dengan isu-isu stereotaip menjelang merdeka - slogan perpecahan dan perpaduan kerana usia begini pasti rakyat faham apa itu nikmat berada di dalam keadaan damai. Apa yang penting adalah bagaimana kita ingin memetakan negara kita dalam transisi perjalanan politik dunia.
Selamat Hari Kemerdekaan ke 57 Semenanjung Malaysia
Selamat Hari Kemerdekaan ke 51 Sabah
Ahmad Anwar Asyraf
Penyelas SAMM Johor
klik sini untuk menyumbang kepada SAMM
Dapatkan buku terbaru bongkar hubungan Malaysia - Israel. Perbagai data dan dokumen sokongan bukti betapa munafiqnya bila kita bercakap simpati Palestin. dapatkan buku ini sebelum diharamkan klik http://chegubard.blogspot.com/ 2014/08/ buku-terbitan-terbaru-samm-bong kar.html?m=1
Penyelas SAMM Johor
klik sini untuk menyumbang kepada SAMM
Dapatkan buku terbaru bongkar hubungan Malaysia - Israel. Perbagai data dan dokumen sokongan bukti betapa munafiqnya bila kita bercakap simpati Palestin. dapatkan buku ini sebelum diharamkan klik http://chegubard.blogspot.com/
Tidak salah mahu ada dinasti politik. Tapi salah bila ada pihak lain marahkan lg satu pihak kerana mengamalkan dinasti politik. Dalam masa yg sama mereka yg marah itu turut mengamalkannya. Dan bila ada pihak lain yg marahkan mereka kerana cakap tak serupa bikin, mereka bangkitkan isu hak, kebebasan dan sebagainya. Isu2 ini dibangkitkan utk menghalal kn tindakan mereka. Dari pemerhatian, banyak yg cakap tak serupa bikin. Harap ahli politik malaysia berubah mjadi lebih matang. Kerana setiap yg kita lakukan akn ditanya kembali.
ReplyDeleteThe Reading Man