KENYATAAN MEDIA
18 MAC 2014
Menteri Minta Pengundi Cina Sokong Calon Cina - Perkauman Sempit Bn Berterusan
1.
Pilihanraya kecil Kajang sekali lagi menyerlahkan sifat perkauman Bn
yang memecah-belahkan rakyat. Dasar pecah perintah yang diamalkan oleh
penjajah terus menjadi legasi pemerintahan hingga ke hari ini.
2. Strategi mereka melebelkan PKR dan PR sebagai
liberal dan melebihkan orang bukan melayu khususnya cina di kalangan
kelompok melayu namun di kelompok masyarakat bukan melayu melebelkan PR
sebagai ekstrimis Islam dan menindas bukan melayu telah menjadi perkara
rutin.
4. Ucapan penuh berbau perkauman ini juga berlaku
ketika Bn menyalah-guna bantuan kerajaan bagi tujuan kempen pilihanraya.
Bantuan berupa beras, kerusi roda, barangan keperluan asas serta baucar
beli-belah telah diagihkan. Program yang dinamakan "Sayangi Komuniti"
itu dianjurkan Rukun Tetangga, zon Kajang yang terletak di bawah Jabatan
Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional.
5. SAMM turut persoalkan bagaimana seorang menteri JPM boleh
menggunakan perbelanjaan dana rakyat di bawah peruntukkan Jabatan
Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional?
8. Perlu ditegaskan perletakan jawatan pada tahun
2008 ialah kerana memberi ruang pada Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dunia
maklum telah dihukum secara salah. Pada ketika itu juga Kak Wan
menyebut dengan jelas ingin menumpukan kepada urusan keluarga dan
menyambut tuntutan betapa Anwar Ibrahim harus segera ke Parlimen.
9. Namun pada ketika itu mungkin Kak Wan mungkin seperti yang
lain, tidak menyangka regim sanggup menggunakan skrip konspirasi yang
hampir sama untuk menghina Anwar dan keluarga. Maka Kak Wan sekali lagi
muncul menggantikan Anwar Ibrahim menghadapi konsirasi kotor regim
pemerintah.
che'GuBard
Pengasas
Τhanҡs a lоt for your extremelʏ appeɑling article - you
ReplyDeletesіmply can't surpass great content!
Also visit my web-site :: the best E liquid ()