Kenyataan Media
27 November 2013
Jangan Me'WakilRakyat'kan Ekonomi Selangor
Dalam
keadaan rakyat masih terus bergelut dengan tekanan hidup yang memuncak
ketika ini, ketika warga kota baru boleh menarik nafas lega dengan
keputusan rejim Pemerintah menangguhkan kenaikan cukai taksiran, negara
terus dikejutkan dengan tindakan pemain politik tempatan yang
seolah-olah lupa akan keperitan hidup rakyat.
ADUN-ADUN
Selangor bakal menikmati durian runtuh dengan pengumuman kenaikan elaun
mereka sehingga 200% dan dalam masa yang sama Menteri Besar Selangor
hanya mengumumkan imbuhan bonus setengah bulan gaji kepada penjawat awam
negeri tersebut.
SAMM
Johor melihat tindakan Kerajaan Negeri Selangor yang ditunjangi Pakatan
Rakyat ini tidak jauh bezanya dengan tindakan Kerajaan Negeri Sarawak
naungan Barisan Nasional. Terus tidak mempedulikan jeritan rakyat yang
semakin perit menanggung beban kehidupan seharian sebaliknya hanya
memenuhkan kocek masing-masing. Tiada beza diantara rejim Pakatan Rakyat
Selangor dan rejim Barisan Nasional Sarawak.
Malah,
SAMM Johor masih ingat lagi beberapa minggu sebelum ini Kelab Penyokong
Kerajaan Selangor (BBC) telah menghantar memorandum kepada Menteri
Besar Selangor untuk meningkatkan perbelanjaan yang memberikan faedah
kepada rakyat bukannya untuk menaikkan gaji dan elaun mereka yang berada
di koridor kuasa semata-mata.
Mengapa
jawatan Wakil Rakyat ini dijadikan satu kerjaya yang sungguh eksklusif
dengan tangga gaji yang mewah? Ini sudah tentunya akan menggalakkan
perebutan untuk jawatan tersebut kerana terpesona dengan aroma wang
ringgit semata-mata, bukannya berlumba-lumba untuk berkhidmat sebagai
wakil rakyat. Angka berbelas ribu hingga berpuluh ribu elaun ini sudah
pasti akan mengelabui mata rakyat.
Kenaikan
drastik elaun ADUN-ADUN Selangor ini hampir menyamai elaun Ahli-Ahli
Dewan Rakyat. Malah, elaun untuk Speaker DUN kalau pun tidak lebih namun
ia sudah hampir menyamai elaun Speaker Dewan Rakyat. Adakah DUN
Selangor sering bersidang seperti Parlimen Malaysia sehingga mewajarkan
elaun ADUN dinaikkan. Jumlah Persidangan DUN juga lebih pendek daripada
Dewan Rakyat, maka dimana kewajaran kenaikkan elaun yang dicadangkan.
SAMM
Johor sangat kecewa dengan pengumuman kenaikan elaun tersebut. Tiadalah
beza antara rejim Pakatan Rakyat dengan rejim Barisan Nasional.
Kedua-duanya hanya akan memikirkan keuntungan diri sendiri di puncak
kuasa sedang rakyat terpaksa memotong perbelanjaan harian kerana kos
taraf hidup yang semakin meningkat dari semasa ke semasa.
SAMM
Johor turut mendesak rejim Pakatan Rakyat Selangor untuk membatalkan
kenaikan drastik ini sebaliknya menggunakan peruntukkan tersebut bagi
memberikan lebih banyak faedah kepada rakyat. Jadilah sebuah Kerajaan
Pemerintah yang sentiasa menjadikan rakyat sebagai keutamaan sejajar
dengan Agenda MES, Merakyatkan Ekonomi Selangor bukan Mewakilrakyatkan
Ekonomi Selangor. Ingatlah, jawatan yg disandang itu adalah amanah yg
diberikan oleh rakyat, ianya bukan untuk menyenangkan kehidupan kamu.
Ahmad Anwar Asyraf
Penyelaras Bersama
Solidariti Anak Muda Malaysia Negeri Johor
SAMM Johor
No comments:
Post a Comment