3 Ogos 2012
Kenyataan Media sempena HIMPUNAN SOLIDARITI ROHINGYA 3 Ogos 2012, 3 petang, depan Kedutaan Myanmar di Kuala Lumpur
1. Bangsa
Rohingya ialah kaum minoriti dunia yang diiktiraf PBB sebagai kaum minoriti
yang paling tertindas di dunia. Mereka beragama Islam dan berdialek Benggali,
bermastautin di perbatasan Bangladesh, Myanmar (Burma) dan Thailand serta negara
sekitar kawasan tersebut.
2. Rohingya
sekian lama sudah tertindas dan tinggal di semua perbatasan ini.
3. Beberapa
bulan lepas di Rakhine, Myanmar telah berlaku keganasan pembunuhan etnik di
mana sentimen agama dan perkauman menebal diperguna untuk membunuh umat Islam
Rohingya. Keadaan ini berlarutan hingga kini. Malah menjadi lebih parah aparat
regim junta tentera di Myanmar turut terlibat.
4. Anak kecil
dibunuh, wanita diperkosa, dewasa disembelih, ada pula dibakar hidup-hidup
dirumah sendiri. Semuanya disenyapkan dan didiamkan.
5. Keperitan
menjadi lebih parah apabila Bangladesh bertindak menyekat pintu sempadan bagi
mangsa kekejaman menyelamatkan diri.
6. Kepungan
yang berlaku dan kezaliman yang berlaku sebenarnya lebih parah dari ‘kepungan
Gaza’ dalam keadaan kemampuan Rohingya untuk melawan jauh lebih rendah dengan
faktor kurang perhatian dunia dan sebagainya.
7. Menjadi
persoalan penting ialah mengapa kuasa besar dunia termasuk OIC dan ASEAN seolah
lembab dan di beberapa peringkat seolah bisu. Malaysia contohnya terus bisu
dalam isu ini sedangkan kita cukup mengetahui mengenai apa yang berlaku.
8. Adakah kerana
Malaysia dan banyak Negara diberi layanan ‘berseronok’ meneroka hasil bumi
Myanmar oleh regim junta membuat kita bisu ? Perdana Menteri Malaysia ‘wajib’ dalam masa secepat mungkin seharusnya
mengeluarkan kenyataan antarabangsa dan mengerakkan semua rangkaian pengaruh
Negara . Jika PM terus bisu kami tidak menolak mobilisasi besar mendesak
Kerajaan Malaysia tegas dalam isu ini.
9. Melihat
betapa kritikal dan seriusnya isu ini maka Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
telah menggerakan himpunan hari ini dengan mengajak banyak pertubuhan lain
sama. Melalui himpunan ini juga di umumkan kewujudan “Malaysian People Joint
Task Force For the Human Treatment Of
Rohingyas” . Badan bertindak ini akan menumpukan usaha tekanan dalam dan luar
Negara bagi mendesak campur tangan semua dalam isu ini. Risalah kesedaran juga
akan diedarkan bagi mempertingkatkan kesedaran rakyat Malaysia sendiri dalam
isu ini.
1. Beberapa
mobilisasi massa juga akan dilakukan dalam Negara dan di luar Negara dengan
kerjasama jaringan NGO di luar.
1. Ditegaskan
isu ini bukan isu kaum dan agama. Hari ini dalam himpunan yang diinisiatifkan
oleh SAMM ini turut menyatakan sikap organisasi agama lain seperti The
Malaysian Siamese Buddhist Monk Organization, Hindraf – Makkal Sakthi dan
banyak lagi. Setakat ini 25
Sekian.
che’GuBard
Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
No comments:
Post a Comment